Mata Masih Merah
Beginilah keadaan mata merah sebelah kanan semasa hari pergi ke klinik 4 Januari haritu (dalam gambar guna camera depan, jadi mata nampak sebelah kiri). Mata mula merah 1 Januari tapi tak sakit pun. Ingatkan merah biasa je macam shampoo masuk mata lepas mandi tu. Bila dia berlarutan dan sakit, terpaksalah menyerah diri pergi klinik.
Ikutkan malas, tapi risau jugak kalau tiba tiba jadi teruk tak pergi awal-awal. Malas tu bukan apa, musim Covid ni kalau boleh nak elakkan pergi pusat perubatan. Tempat tu dah tentu ramai orang sakit. Dan prosedur tu akan makan masa jugaklah kan. Kena ikut SOP.
Syukurlah saya pergi petang Klinik Kesihatan yang berhampiran dengan rumah. Tak ramai orang sangat. Urusan saya settle lebih kurang 15 minit macam tu. Sekarang ni kalau nak pergi dapatkan rawatan kesihatan memang dorang akan suruh pergi klinik yang berdekatan dengan rumah.
Keadaan mata terpaling sakit bila nak gerakkan biji mata tu atau nak tengok screen handphone. Kena cahaya luar pun boleh menangkap sakit mata jugak
Bila doktor tanya sakit apa, saya jawab sakit mata. Terus laju dia menulis nama ubat di slip tanpa melihat keadaan mata saya. Sambil tu saya pun cakaplah mata saya sakit sejak bila dan merah dengan harapan dia akan check. Tapi tak!
Saya tanya bagi ubat apa, dia kata antibiotik dan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit tu rupanya paracetamol a.k.a panadol. 2 biji sekali makan. 4 kali sehari bila perlu. Terkejut 4 kali sehari tu. Tapi bila perlu je lah.
Ubat titis ni okay je tak pedihkan mata pun. Melegakan mata. Tapi yang tak tahannya tu ubat ni bila dah dititis dalam mata, selepas beberapa ketika dia akan melalui tekak. Dia punya pahit tu yang tak tahan tu. Kena sediakan makanan macam buah atau gula gula untuk elakkan rasa pahit tu.
Kalau minum air, dia tak jalan sangat tetap rasa pahit juga. Harini urat mata merah tapi tidak sakit sangat. Macam nampak tanda tanda nak baik dah. In case tak baik jugak kenalah jumpa doktor lagi hari Isnin nanti.
Terima kasih yang mendoakan saya cepat sembuh. Saya syak mungkin saya pakai contact lens jadi infection. Tapi masa tu pakai kejap je. Atau mungkin juga terkena gigitan serangga atau habuk dalam bilik kat kampung. Tak tahu apa punca mata merah dan gatal pada mulanya haritu
Bila sakit ni lah masa untuk rehatkan mata. Terpaksa cuti rehat design kejap sebab tak boleh hadap desktop lama-lama. Blogwalking pun sikit sikit dulu. Maaf ye kalau saya masih belum berkunjung lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/01/mata-masih-merah.html