Mata Asyik Kabur Waktu Mengandung Bukan Biasa Kalau Biar Berisiko Kena Sawan


Sawan boleh berlaku pada wanita hamil. Ia disebabkan oleh masalah epilepsi, jangkitan di bahagian otak (encephalitis) dan ketumbuhan (tumor) di otak tetapi sebab utama berlakunya sawan ketika hamil adalah eclampsia. Sawan eklampsia ini adalah satu kes kecemasan. Ia membahayakan ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Berlaku secara tiba-tiba dan jarang sekali dapat diramalkan kejadiannya.
Apabila kecemasan sebegini berlaku di hospital, semua doktor pakar perbidanan, kecemasan, bius dan staf yang ada diperlukan dan akan bekerjasama melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan ibu yang mengalami sawan. Boleh anda bayangkan apa yang berlaku jika kes kecemasan yang sama berlaku di rumah wanita itu dan bukan di hospital? Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Hospital Columbia Asia, Seremban mengulas lanjut mengenai hal ini.

Bagaimana berlakunya sawan?
Eklampsia berlaku kerana masalah tekanan darah yang tinggi pada wanita yang mengandung. Jika ibu hamil memang sedia ada darah tinggi, risiko untuk mendapat eklampsia juga lebih tinggi. Setiap wanita yang hamil dinasihatkan untuk melakukan “antenatal booking” di klinik kesihatan atau klinik berhampiran dan salah satu pemeriksaan yang penting adalah bacaan tekanan darah.
Artikel Menarik: [Campur Itu Ini Dengan Peluntur, Konon Nak Bersihkan Rumah. Rupanya Jadi Racun!]
Ramai wanita akan mengeluh apabila bacaan tekanan darah mereka rendah : nasihat saya, jangan risau kerana bacaan tekanan darah yang rendah adalah perubahan yang NORMAL sewaktu hamil. Bacaan ini akan naik semula ke tahap “tekanan darah yang normal” selepas kehamilan melintasi minggu yang ke-20.
Tekanan darah dikategorikan sebagai tinggi jika ia sama atau melebihi 140/90 mmHg, bacaan ini diukur sekali lagi selepas 4 jam.

Ada juga doktor yang berpendapat, jika tekanan darah diastolik meningkat 15mmHg dan sistolik meningkat 30mmHg, ini cukup untuk meletakkan wanita tadi dalam pemerhatian rapi kerana tidak semua wanita yang mengalami eklampsia mempunyai tekanan darah 140/90mmHg.
Namun, bacaan tekanan darah 160/110mmHg ke atas adalah perkara serius, maka tidak perlu untuk “tunggu dan lihat”, malah wanita tadi memerlukan rawatan hospital dengan segera.
Ketika ibu hamil mengalami tekanan darah yang tinggi, protein di dalam air kencing perlu diperiksa misalnya dengan menggunakan dipstik, jika ia 1+ atau lebih, keadaan ini dinamakan sebagai pre-eklampsia. (Pre-eklampsia bererti “sebelum berlakunya eklampsia”)
Mengapa rawatan segera penting dalam kes-kes darah tinggi dan/atau pre-eklampsia? Ini adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu menyelamatkan nyawa ibu yang hamil tadi dan mengelakkan dari berlakunya sawan atau eklampsia. Bacaan tekanan darah semakin tinggi sewaktu pre-eklampsia dan eklampsia dipercayai  menyebabkan otak membengkak dan seterusnya mencetuskan sawan atau eklampsia pada ibu yang hamil itu.
Apakah kesannya jika sawan ini berlaku?
Jika eklampsia berlaku, ibu akan menerima rawatan resusitasi dan ubat dimulakan untuk eklampsia dan darah tinggi. Setelah stabil, bayi akan dilahirkan walaupun usia bayi belum matang lagi.

Eklampsia adalah sawan yang berlaku hanya ketika wanita itu hamil. Bayi dan uri dalam kandungan adalah penyebabnya. Untuk merawat dan menyelamatkan wanita tadi, “penyebab” eklampsia perlu “dilahirkan”. Kebanyakan kes eklampsia akan semakin pulih selepas kelahiran bayi TETAPI ada juga kes-kes yang kritikal dan tidak pulih, malah meninggal dunia akibat eklampsia. Ini adalah kerana eklampsia boleh menyebabkan komplikasi yang serius di dalam pelbagai organ seperti:
Pendarahan di otak / strokPendarahan yang tidak berhenti/ DIVCPendarahan di hati dan ginjalMasalah paru-paru berairMasalah jantung / “heart failure”KomaMeninggal duniaJika keadaan ini berlaku, apa risiko pada bayi dalam kandungan?
Masalah eklampsia berkait rapat dengan masalah placenta/uri dalam kandungan. Kajian menunjukkan uri adalah organ yang menyalurkan darah dari ibu kepada bayi untuk bekalan oksigen dan nutrisi tetapi dalam kes tekanan darah tinggi, pre eklampsia dan eklampsia, perjalanan darah di dalam uri semakin berkurangan dan boleh menyebabkan kandungan tadi mengalami masalah tumbesaran dalam kandungan. Bayi dalam kandungan juga boleh meninggal dunia.
Artikel Menarik: [Minum Ais Guna Mulut Bukan Saluran Lain. Macam Mana Boleh ‘Becak’ Di Kawasan Sulit?]
Jika ibu mengandung mengalami pre-eklampsia atau eklampsia, bayinya terpaksa dilahirkan dan ini mungkin berlaku sebelum bayi itu matang. Bayi pramatang boleh mengalami masalah paru-paru dan pendarahan di otak. Bayi pramatang boleh juga mengalami masalah usus yang dikenali sebagai necrotizing enterocolitis. Mereka juga mudah mengalami jangkitan kuman di paru-paru misalnya.
Bayi-bayi ini juga boleh mengalami masalah visual dan pendengaran di kemudian hari.
Bagaimanakah cara nak elakkan sawan ketika hamil?
Pada waktu ini tidak ada bukti kukuh untuk mengurangkan risiko eklampsia, tetapi penggunaan ubat “low dose aspirin”, kalsium, L-arginin dan antioksidan banyak digunakan bagi tujuan ini.
Pada waktu yang sama, ibu dinasihatkan supayaya berhati-hati jika:
Termasuk dalam golongan yang berisiko tinggiBerlaku kenaikan bacaan tekanan darah, kenaikan berat badan dan keputusan air kencing menunjukkan adanya protein ketika pemeriksaan kehamilanAdanya simptom-simptom pre-eklampsia (walaupun tekanan darah normal ketika itu), hendaklah terus pergi ke hospital!Golongan wanita yang berisiko tinggi adalah:
Hamil buat kali pertamaHamil buat kali pertama dengan pasangan yang baruPernah mengalami pre-eklampsiaIbu atau adik-beradik pernah mengalami pre-eklampsiaMengandung anak kembar (atau lebih)Mengalami masalah darah tinggi SEBELUM hamilBerat badan naik dengan mendadakUjian air kencing dipstick menunjukkan adanya protein
Simptom-simptom atau gejala-gejala pre-eklampsia boleh berlaku sebelum tekanan darah melonjak tinggi. Jika anda mengalaminya, pergi ke hospital dengan segera. Di antaranya adalah:
Sakit kepala atau migrainPeningLoyaSakit ulu hati/ gastrikKabur mataMuntahKesimpulannya kes-kes sawan eklampsia ini masih merupakan kes kecemasan yang utama dan serius di mana-mana hospital. Oleh itu, pihak kakitangan hospital dan juga semua wanita hamil hendaklah sentiasa berjaga-jaga jika tekanan darah mula meningkat tinggi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/mata-asyik-kabur-waktu-mengandung-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Mengandung Makan Kicap Kulit Anak Gelap Kalau Makan Sayur Anak Jadi Incredible Hulk Ke

Waktu Mengandung Makan Kicap Kulit Anak Gelap Kalau Makan Sayur Anak Jadi Incredible Hulk Ke

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 511 hits
Kepercayaan dahulu katanya apabila si ibu hamil tak boleh tersalah makan Nanti terkenan pada anak Contohnya kalau makan kicap atau minum air kopi anak akan dilahirkan gelap Ibu yang minum air soya pula anaknya akan lahir putih melepak Boleh...
Bila Semua Benda Kita Share Dengan Bff Tahu Tahu Mengandung Pun Sekali

Bila Semua Benda Kita Share Dengan Bff Tahu Tahu Mengandung Pun Sekali

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 594 hits
Apabila kita disahkan hamil sudah tentulah gembira Kita pun teruja berkongsi berita kehamilan ini dengan teman teman rapat Tup tup seminggu dua selepas itu kita pula dikejutkan dengan berita kehamilannya Pernahkah anda mengalami situasi beg...
Baju Mengandung Tak Sendat Sana Sini Pandai Suami Dia Didik

Baju Mengandung Tak Sendat Sana Sini Pandai Suami Dia Didik

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 265 hits
Usia kandungan mencecah lapan bulan dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi ramai yang tidak sabar menantikan kelahiran anak sulung pasangan Elfira The post appeared first on
Isteri Tajul Mengandung Ke Bila Masa Tajul Berkahwin Tajul Tampil Buka Mulut Cerita Hal Sebenar

Isteri Tajul Mengandung Ke Bila Masa Tajul Berkahwin Tajul Tampil Buka Mulut Cerita Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 2063 hits
TEKA TEKI mengenai status Tajul Ariff sudah berkahwin atau belum masih menjadi tanda tanya apabila penyanyi itu tetap dengan pendiriannya memilih untuk mengunci mulut Isteri Tajul Mengandung Ke Bila Masa Tajul Berkahwin Tajul Tampil Buka Mu...
Polisi Cuitan Dandhy Mengandung Sara Belum Bisa Dicek Kebenarannya

Polisi Cuitan Dandhy Mengandung Sara Belum Bisa Dicek Kebenarannya

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 207 hits
Berawal dari postingan di media sosial milik DDL postingan dalam tulisan itu menggambarkan kegiatan di Papua yang belum bisa dicek kebenarannya kata Argo di Polda Metro Jaya Jumat
Posisi Tidur Ibu Mengandung Salah Satu Sebab Bayi Mati

Posisi Tidur Ibu Mengandung Salah Satu Sebab Bayi Mati

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 601 hits
Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati Ditulis oleh Dr IzzatPosisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan Betul ke Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan Saya nak cerita sikit ...
Mengandung Ramai Bawa Rezeki Bukan Sebab Tak Ada Kerja Lain

Mengandung Ramai Bawa Rezeki Bukan Sebab Tak Ada Kerja Lain

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 465 hits
Sebelum bercakap dan bertanya sesuatu perkara kepada wanita hamil anda kena sentiasa ingat yang dia sedang melalui fasa perubahan hormon bentuk fizikal sehingga menjadikannya mudah menjadi sensitif Ambil tahu dan elakkan soalan soalan seper...
Berat Badan Bertambah Itu Normal Ibu Mengandung Ini 5 Cara Hadapi Isu Bentuk Badan Ketika Hamil

Berat Badan Bertambah Itu Normal Ibu Mengandung Ini 5 Cara Hadapi Isu Bentuk Badan Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 410 hits
Kebanyakan bakal ibu pasti akan berasa teruja apabila perut anda sudah naik baby bump kan Saat ini juga merupakan waktu yang paling best untuk anda berkongsi foto atau video perubahan saiz perut anda bulan demi bulan di laman sosial Pun beg...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Petua Cara Membersihkan Hati

Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino