Mat Sabu Selar Agamawan Hasut Permusuhan Dengan Bukan Islam


FMT ReportersPresiden Amanah Mohamad Sabu berkata, kewujudan orang bukan Islam bukanlah untuk dimusuhi, sebaliknya diterima sebagai saudara senegara, jiran tetangga atau saudara kemanusiaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini mengkritik sesetengah ahli agama di negara ini yang disifatkannya cenderung menghasut orang Islam supaya bermusuh dengan rakyat bukan Islam.

Katanya, nampak seolah-olah hukum asal dalam hubungan antara orang Islam dan penganut agama lain merupakan hubungan permusuhan dan tidak wujud nilai kesaksamaan antara mereka dengan orang bukan Islam.

Berucap sempena konvensyen parti itu di Ipoh hari ini, Mohamad yang juga menteri pertahanan berkata, sebaliknya mereka yang menggelar diri pejuang Islam itu tidak mempedulikan isu berkaitan rasuah dan salah guna kuasa yang jelas merupakan perbuat

an terkutuk daripada segi agama dan boleh menghancurkan negara.

“Malah mereka sanggup pula bersimpuh dengan perasuah yang menghancurkan negara atas nama perjuangan bangsa dan agama kononnya,” katanya.

Mohamad, yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu, menyampaikan ucapan bertajuk “Menggalas Amanah Membina Negara” itu juga berkata, hubungan damai sebagai saudara kemanusiaan adalah asas hubungan orang Islam dan orang bukan Islam, bukan sebaliknya.

“Dakwaan yang mengatakan hubungan asal orang Islam dan bukan Islam sebagai hubungan perang adalah dakwaan yang melampau dan bercanggah dengan semangat kejadian manusia untuk kenal mengenal dan saling membantu dalam kehidupan dunia,” tambahnya.

Menurut Mohamad lagi, kewujudan orang bukan Islam bukanlah untuk diperangi atau dimusuhi, sebaliknya perlu diterima sebagai saudara senegara, jiran tetangga, rakan sekerja, teman sepermainan atau saudara kemanusiaan.

“Selain mereka yang menceroboh secara fizikal seperti yang ditegaskan dalam ayat 8 dan 9 Surah al-Mumtahanah, umat Islam wajib melayan mereka dengan baik dan saksama,” kata beliau.

Beliau juga berkata, kewujudan orang bukan Islam perlu dilihat sebagai medan untuk umat Islam berdakwah sama ada secara lisan mahupun melalui amalan dan akhlak mulia.

Mohamad berkata, orang Islam boleh mencapai kecemerlangan yang pernah dinikmati sebelum ini, bukannya kerana mereka rasis, anti-kepelbagaian atau mensucikan kaum sendiri.

“Kerajaan Abbasiah misalnya telah membuktikan bagaimana mereka boleh mencapai kecemerlangan tamadun dengan memanfatkan kepelbagaian kaum, bangsa dan mazhab yang tidak lokek berkongsi ilmu dan kepakaran.

“Kerajaan Melaka suatu masa dahulu pula mencapai kemajuan dengan memanfaatkan para pedagang dan saudagar dari pelbagai kaum dan bangsa berniaga di Selat Melaka.

“Kerajaan Malaysia zaman moden juga mencapai kemerdekaan dan bangkit daripada belenggu kemiskinan dengan memanfaatkan rakyat pelbagai bangsa dari benua China dan India untuk sama-sama membangunkan negara selepas era penjajahan,” katanya.

Rasuah perlu dihapuskan

Dalam pada itu Mohamad berkata, kesan amalan rasuah dalam kalangan pemimpin dan pentadbir kerajaan telah menyebabkan berlakunya kerosakan besar di negara ini.

Katanya, akibat rasuah perbelanjaan negara tiris disebabkan pembelian dan pembayaran yang tidak wajar, sama ada kerana penipuan nilai kontrak mahupun kecurangan dalam pelaksanaan projek dan pembelian.

“Runtuhnya amanah dan integriti dalam kalangan pemimpin dan pentadbir kerajaan juga menyebabkan hasil daripada sumber kekayaan negara tidak dapat sampai sepenuhnya kepada akaun negara, tetapi masuk ke poket kroni dan penyamun berkolar putih,” katanya.

Disebabkan rasuah juga, katanya, pengagihan bantuan, insentif dan subsidi kerajaan tidak sampai secara tepat kepada mereka yang sewajarnya, menyebabkan objektif sebenar program bantuan kerajaan tidak dapat dicapai.

Begitu juga katanya, kerana tiada integriti, polisi dan program yang dirangka tidak dibuat untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk membuka ruang bagi sesetengah pihak membuat kekayaan.

“Akhirnya yang merana adalah rakyat. Kekayaan semakin menyusut dari kantung kerajaan dan rakyat hilang peluang untuk merasai hasil kekayaan negara.

Ketidakadilan dalam pengurusan dan urus tadbir, sikap tamak, korup dan ketidaksamaan pengagihan kekayaan berulang kali menyebabkan berlakunya krisis kewangan dan ekonomi yang menyaksikan rakyat termiskin kerap menanggung bebannya,” katanya.

Sebelum itu, setiausaha agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, konvensyen kali ke-3 yang dijangka dihadiri lebih 1,000 perwakilan dari 156 kawasan yang sah merupakan konvensyen pertama selepas parti itu membentuk kerajaan pusat bersama Pakatan Harapan pada Mei lepas.

Beliau berkata, konvensyen berkenaan akan menjadi satu “post-mortem” bagi menilai prestasi setiap pemimpin parti yang kini menjadi anggota Kabinet.

Anuar berkata, antara isu yang akan dibahaskan merangkumi isu ekonomi, sosial, politik, antarabangsa dan pendidikan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/mat-sabu-selar-agamawan-hasut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Bertemu Erdogan

Mat Sabu Bertemu Erdogan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Ancaman pengganas Daesh dan isu penduduk etnik Rohingya antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan antara Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam lawatan rasmi ke negara itu yang bera...
Mat Sabu Amanah Sedia Terima Bekas Pemimpin Umno Sabah

Mat Sabu Amanah Sedia Terima Bekas Pemimpin Umno Sabah

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 446 hits
DENYUT REFORMASIIPOH Parti Amanah Negara sedia menerima mana mana ahli parlimen Sabah yang keluar Umno baru baru ini walau ada desas desus mereka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PKR Presiden Mohamad Sabu berkata parti itu...
Territorial Dispute With Singapore Handled By Foreign Ministry Mat Sabu

Territorial Dispute With Singapore Handled By Foreign Ministry Mat Sabu

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 368 hits
All matters related to territorial tussle with Singapore would be handled by the Foreign Ministry said Defence Minister Mohamad Sabu He told reporters when refusing to comment about the ongoing row between Putrajaya and the Singapore govern...
Aset Lama Di Esszone Akan Ditukar Mat Sabu

Aset Lama Di Esszone Akan Ditukar Mat Sabu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 296 hits
SANDAKAN Kementerian Pertahanan akan menukar aset lama di Zon Selamat Timur Sabah dalam mengukuhkan perairan keselamatan negara Menterinya Mohamad Sabu berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada perkembangan bajet pihaknya Kita perl...
Racial Religious Sentiments Being Played Up By Opposition Says Mat Sabu

Racial Religious Sentiments Being Played Up By Opposition Says Mat Sabu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 300 hits
Amanah president Mohamad Sabu says it is very easy to stoke sentiments by talking on racial and religious issues SANDAKAN Muslims in Malaysia must be cautious and not be easily swayed by racial and religious sentiments being played up by su...
Provokasi Singapura Mat Sabu Jangan Membisu

Provokasi Singapura Mat Sabu Jangan Membisu

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 582 hits
JOHOR BAHRU Dewan Muda Johor menggesa Menteri Pertahanan Mohamad Sabu perlu segera mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan pendirian serta ketegasan Malaysia dalam soal kedaulatan serta keselamatan negara Menurut DMJ mereka mengambil serius...
Rakyat S Hopes Would Be Crushed Were Harapan To Split Mat Sabu

Rakyat S Hopes Would Be Crushed Were Harapan To Split Mat Sabu

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 365 hits
AMANAH AGM Pakatan Harapan s strength comes from its unity and as such should not be allowed to break apart Amanah president Mohamad Sabu said today Speaking at the Amanah convention in Ipoh Mohamad reminded his party that the people s hope...
At Amanah Agm Mat Sabu Asked What Gov T Hiding On Yemen Crisis

At Amanah Agm Mat Sabu Asked What Gov T Hiding On Yemen Crisis

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 437 hits
AMANAH AGM A delegate at Amanah convention today wanted answers from Defence Minister Mohamad Sabu on whether Putrajaya was hiding anything about its involvement in the Yemen crisis Mus ab Muszahar representing Kemaman Amanah told delegates...
Umno Sedang Mengalami Fasa Keruntuhan Mat Sabu

Umno Sedang Mengalami Fasa Keruntuhan Mat Sabu

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 408 hits
IPOH Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menyifatkan UMNO sedang mengalami fasa keruntuhan di seluruh negara disebabkan ramai di kalangan ahlinya yang bertindak keluar parti Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata ramai di antara...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Inilah Alasan Mengapa Sesetengah Tingkap Hotel Tidak Boleh Dia Buka

Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis