Maszlee Sudah Nie Ching Dan Waytha Moorthy Bila Lagi


sitifatimah Menteri-menteri Melayu tunjukkan sikit 'anak jantan' pertahan hak
LAIN yang didesak, lain pula yang dibuang. Itulah lumrah politik. Tak dapat diduga apa akan berlaku. Pedang hormat keputusan Dr Maszlee Malik, mengikut perintah ‘bos’ besar. Cuma Pedang harap pengganti Maszlee nanti bukanlah yang lagi mudarat.
Yang ada sekarang pun sudah peningkan rakyat, ramai sangat yang berebut kuasa daripada memikirkan masalah rakyat marhaen. Sudah diberi mandat, tapi sibuk fikir tugas orang lain. Masa belum jadi menteri, berdegar-degar janji, sampai nak termuntah Pedang dengar. Nah, dapat kuasa buat-buat lupa pula.
Sejak Pakatan Harapan ambil alih, Malaysia seperti jadi bahan jenaka masyarakat dunia. Sudah lah gagal jalankan tanggungjawab, macam-macam isu timbul. Jika sebut Melayu Islam makin terancam, mereka marah. Tapi itu hakikatnya. Dengan isu UEC, Statut Rom, tulisan jawi, komik komunis, abu mayat Chin Peng, bendera 5 bintang, bendera terbalik sehinggalah ke sekolah vernakular. Tak habis-habis. Banyak sangat nak sebut satu persatu. 
Sebab itu, nak jadi pemimpin perlu yang benar-benar berwibawa. Kalau setakat cakap ‘pung pang pung pang’ tapi bila bab nak pertahan hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan mereka kecut. Jadi biarlah peletakan jawatan Maszlee ini menjadi amaran kepada menteri-menteri Melayu yang lain. Tunjukkan sikit anak jantan.
Cuma, Pedang fikir, selain Maszlee yang sepatutnya letak jawatan juga ialah timbalannya, Teo Nie Ching. Tak adil jika Maszlee saja. Pedang yakin yang banyak cetus masalah selama ini adalah Nie Ching.
Nie Ching antara yang lantang pertahan sekolah vernakular. Tidakkah dia sedar selama ini sekolah vernakular punca perpecahan kaum. Adakah sebab kaum sendiri sanggup mengetepikan hasrat dan aspirasi pendidikan negara?
Bukan itu sahaja, Nie Ching juga lantang mempertahan graduan, Wong Yan Ke apabila sijil ijazah pelajar itu disekat selepas mencetuskan kontroversi membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, mendesak naib canselor meletakkan jawatan.
Dia juga ‘berani’ meminta pandangan daripada bukan Islam untuk menambah baik silibus mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan. Dia mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi idea kepada Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI).
Pelik, isu yang menyentuh kepentingan umat Islam, Nie Ching tanpa rasa bersalah meminta pendapat non muslim. Ini yang Pedang katakan, terlebih sudu dari kuah.
Pedang setuju benar dengan kata-kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah. Katanya, ultra kiasu sangat licik. Buat kerja dalam diam, seperti diam-diam ubi berisi, bukan macam kita diam-diam besi berkarat.
Alang-alang Tun Dr Mahathir sedang bermain ‘game’, Pedang fikir perdana menteri patut memilih P Waytha Moorty sebagai sasaran. Arahkan Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional berundur secara terhormat atau arahan seperti yang dibuat terhadap Maszlee.
Tidak pasti kenapa Waytha Moorty begitu kebal. Dia pernah menyebarkan fitnah mengenai Malaysia kepada negara luar. Dahulu, tular video menunjukkan Waytha memburuk-burukkan negara dan menggambarkan seolah-olah Malaysia melakukan penindasan teruk kepada kaum serta penganut agama lain.
Waytha Moorthy juga pernah dikaitkan dengan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya tahun 2018, sehingga meragut nyawa pegawai bomba, Muhammad Adib Mohamad Kassim. Dia menyalahkan pihak polis di atas kekacauan yang berlaku di kuil berkenaan.
Dia juga berkeras mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Jadi, tidak ada sebab untuk Tun Mahathir simpan lagi menteri ini. Petisyen menuntut perlucutan jawatan Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator juga sudah cecah 314,903 sokongan. Tapi malang, ia seolah-olah tidak diendah.
Kata Pedang: Jika Nie Ching, Waytha Moorthy ada maruah dan integriti, mereka mesti letak jawatan…ikut jejak Maszlee.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/maszlee-sudah-nie-ching-dan-waytha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Adil Maszlee Sahaja Teoh Nie Ching Juga Perlu Letak Jawatan

Tidak Adil Maszlee Sahaja Teoh Nie Ching Juga Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 396 hits
TIDAK adil buat Maszlee Malik sahaja yang perlu memikul segala tanggungjawab di atas kegagalan Kementerian Pendidikan Sedang timbalannya Teoh Nie Ching boleh lepas laku Peletakkan jawatan Teoh Nie Ching akan membuktikan bahawa parti DAP yan...
52 2 Responden Tinjauan Tmi Pilih Nurul Izzah Ganti Maszlee

52 2 Responden Tinjauan Tmi Pilih Nurul Izzah Ganti Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1109 hits
52 2 responden tinjauan TMI pilih Nurul Izzah ganti Maszlee Dikemas kini 3 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Jan 2020 3 00P
Warga Pendidik Sokong Maszlee

Warga Pendidik Sokong Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 174 hits
Via WhatsApp Lama sebelum dia jadi YB aku dah ikuti dia Rasanya sejak 2005 barangkali sejak ada Youtube Biasa sy dengar talk nya khususnya di pentas2 akademik Aku suka pandangan sedarhananya realistik bukan seperti sesetengah speaker yg suk...
Calon Bebas Prk Port Dickson Bakal Ganti Maszlee

Calon Bebas Prk Port Dickson Bakal Ganti Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 321 hits
MYOCHO KAN calon Bebas pada pilihan raya kecil Port Dickson lalu patut ditimbangi untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Menteri Pendidikan selepas Maszlee Malik meletakkan jawatan berkuat kuasa esok Satu pertimbangam mungkin kelihatan ag...
Adakah Peletakan Jawatan Dr Maszlee Ada Kaitan Dengan Projek 1bestarinet

Adakah Peletakan Jawatan Dr Maszlee Ada Kaitan Dengan Projek 1bestarinet

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1050 hits
1BestariNet 5 sebab kementerian tak sambung kontrak YTLCPUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memberi lima sebab tidak menerima tawaran daripada YTL Communications Sdn Bhd untuk menyambung kontrak perkhidmatan internet percuma
Kesilapan Besar Maszlee Terlalu Jaga Ultra Kiasu Ridhuan Tee

Kesilapan Besar Maszlee Terlalu Jaga Ultra Kiasu Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 238 hits
Isu UEC tulisan jawi senyap hanya lantang kritik Najib di ParlimenBANGI Sekiranya Dr Maszlee Malik bertegas mengenai isu tulisan jawi dan Sijil Peperiksaan Bersepadu sudah cukup untuk melonjakkan namanya kata Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan...
Zero Reject Policy Mudahkan Anaknya Bersekolah Ibu Terharu Dasar Maszlee Banyak Bantunya

Zero Reject Policy Mudahkan Anaknya Bersekolah Ibu Terharu Dasar Maszlee Banyak Bantunya

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 385 hits
Perletakan jawatan Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik pada 3 januari lalu sangat mengemparkan seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan pendidikan Bahkan ia menimbulkan reaksi dan persoalan orang ramai Menerusi satu perkongsian y...
Letak Jawatan Dr Maszlee Kurang Pengalaman Politik Lemah Komunikasi

Letak Jawatan Dr Maszlee Kurang Pengalaman Politik Lemah Komunikasi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 362 hits
Punca bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik meletak jawatan bukan akibat dasar yang tidak diterima umum tetapi lebih kepada kurang pengalaman politik dan lemah dalam komunikasi Demikian menurut beberapa penganalisis politik memperkataka...
Nutp Saddened By Maszlee S Departure

Nutp Saddened By Maszlee S Departure

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 169 hits
The National Union of Teaching Professions has expressed sadness on Education Minister Maszlee Malik s decision to resign NUTP president Aminuddin Awang said Maszlee had rolled out several initiatives to improve the education system includi...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal