Letak Jawatan Dr Maszlee Kurang Pengalaman Politik Lemah Komunikasi



Punca bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik meletak jawatan bukan akibat dasar yang tidak diterima umum tetapi lebih kepada kurang pengalaman politik dan lemah dalam komunikasi
Demikian menurut beberapa penganalisis politik memperkatakan sebab utama pengunduran bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu daripada jawatan menteri penuh.
Bagaimanapun penganalisis mengakui idea Maszlee progresif dan sesetengahnya terlalu ke hadapan untuk budaya politik Malaysia yang masih menghargai kesetiaan berbanding prestasi.
“Pendidikan adalah portfolio kementerian yang paling mencabar di Malaysia kerana pendidikan adalah satu isu yang paling berbelah bahagi
“Semua orang mahu menterinya menjalankan sesuatu yang mereka percaya betul dengan ‘keazaman politik’.
“Hampir tiada dasar atau keputusan pendidikan yang tidak kontroversi kerana dibayangi isu identiti dan kelas di Malaysia ,” kata ahli sains politik Dr Wong Chin Huat dipetik The Malaysian Insight..
Menurutnya, Maszlee perlu melakukan komunikasi yang baik untuk rakyat atau bawahannya memahami apa yang beliau mahukan.
“Menteri pendidikan yang baik bukan saja melakukan perkara yang betul tetapi perlu berkomunikasi dengan kaedah yang betul kepada pemegang taruh supaya beliau boleh mendapatkan suara majoriti yang di poros tengah untuk bersamanya,” sambungnya.
Beliau memberi contoh isu peralihan kasut putih kepada kasut hitam di sekolah sebagai contoh kegagalan Maszlee menghebahkan dasarnya.
Media memperlekehkan idea itu, kata Wong, manakala hanya segelintir golongan kelas menengah faham bagaimana langkah itu akan menjimatkan perbelanjaan keluarga miskin.
“Maszlee berdepan dengan media yang menyerangnya bermula dengan isu kasut hitam. Beliau tidak begitu arif tentang media untuk membetulkan keadaan,” tambah Wong.
Satu lagi keputusan yang disambut hambar ialah langkah beliau mengekalkan pegawai kementerian yang setia kepada rejim Barisan Nasional (BN), kata pensyarah politik Dr Mazlan Ali.
“Kerana latar belakangnya sebagai ahli akademik dan aktivis sosial, Maszlee seorang yang progresif memiliki idea yang progresif
“Antara ideanya ialah melihat prestasi tanpa mengira kecenderungan politik, tetapi ini tidak diterima,” kata pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Maszlee mengaitkan keputusannya letak jawatan kerana menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan antaranya susulan keputusan pengenalan pengajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah jenis bukan kebangsaan.
Langkah itu, yang sebenarnya dimulakan oleh pentadbiran BN pada 2014, umumnya ditolak oleh ibu bapa dan pentadbir sekolah Cina dan Tamil.
Mereka terus membantah walaupun Jemaah Menteri memutuskan pengajaran tulisan Jawi hanya tiga muka surat dalam buku teks daripada enam muka surat asal dan tertakluk pada persetujuan lebih separuh ibu bapa.
Namun kerajaan tidak boleh berpatah balik daripada keputusan itu kerana ia akan membangkitkan kemarahan orang Melayu Islam yang seterusnya akan mengikis lagi sokongan pengundi Melayu kepada PH, kata Mazlan.
“Jawi ini isu yang berpaut pada sentimen, ada kaitan dengan perasaan kedua-duanya Melayu dan Cina,” katanya.
Mazlan baru-baru ini membuat kaji selidik mengenai isu itu di Johor.
“95% peratus ibu bapa Cina menentang atas alasan akan menyusahkan anak mereka. Tetapi kalau kerajaan batal boleh sebabkan orang Melayu marah,” katanya.
Sementara itu, Wong melihat kontroversi isu tulisan Jawi sebagai perang proksi mengenai Islamisasi.
“Baik yang menyokong atau menentang tulisan Jawi melihatnya sebagai alat untuk Islamisasi,” kata Wong.
Beliau menambah kemarahan rakyat mengenai isu itu boleh diurus sekiranya kementerian memperakui sensitivitinya.
Wong berpendapat sekiranya Maszlee berkomunikasi lebih baik dengan umum, kemarahan itu boleh diredakan.
Beliau merujuk keputusan Kabinet mengurangkan jumlah muka surat buka teks melibatkan tulisan Jawi daripada enam kepada tiga, dan bahan pembelajarannya iaitu tulisan cogan kata jata negara dan pada duit kertas.
“Tetapi kenyataan medianya tidak menonjolkan perubahan ini sebaliknya menekankan komitmen kementerian untuk meneruskan dasar itu.
“Ini disambut oleh media yang memberikan tajuk berita seperti kerajaan tidak hiraukan bantahan ibu bapa.”
Mazlan berkata peletakan jawatan Maszlee boleh jadi langkah pertama kerajaan untuk mengendurkan isu tulisan Jawi tanpa mencetuskan kemarahan mana-mana pihak baik Melayu atau bukan Melayu.
“Menteri baharu mungkin ada peluang lebih baik untuk mencari jalan tengah dan jalan ke depan, berbanding Maszlee.
“Peletakan jawatannya boleh jadi langkah tolak ansur untuk jalan lain itu,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25973

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Letak Jawatan Dr Maszlee Malik

Kenyataan Letak Jawatan Dr Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 339 hits
Assalamualaikum Selamat Sejahtera dan Salam Tahun Baru 2020 Terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya pihak media dan warga keluarga KPM Ketika saya masuk ke bangunan ini sebagai Menteri Pendidikan hampir 20 bulan yang lalu saya seri...
Maszlee Letak Jawatan Pyanhabib Naik Angin

Maszlee Letak Jawatan Pyanhabib Naik Angin

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 503 hits
Penyajak Mohd Supyan Abdul Rahman atau Pyanhabib KUALA LUMPUR Penyair Pyanhabib Rahman nampaknya kecewa dengan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malah beliau menyalahkan Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perd...
Dap Atau Ppbm Yang Desak Maszlee Malik Letak Jawatan

Dap Atau Ppbm Yang Desak Maszlee Malik Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 829 hits
Akhirnya terjawab khabar angin yang mengatakan ada tsunami yang akan berlaku di Kementerian Pendidikan pada awal tahun 2020 Pengumuman perletakan jawatan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebenarnya bukanlah satu kejutan tetapi merupakan ...
Tak Rugi Baca Sebab Dr Maszlee Malik Letak Jawatan

Tak Rugi Baca Sebab Dr Maszlee Malik Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 728 hits
Aku bukanlah gemar berbicara tentang politik Pada aku susah nak
Atas Nasihat Ayahanda Tun M Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan Maszlee

Atas Nasihat Ayahanda Tun M Saya Letak Jawatan Menteri Pendidikan Maszlee

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 545 hits
Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam satu sidang media khas pada Khamis Foto Astro AWANI SHAHIR OMARPUTRAJAYA Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok Menurut Maszlee...
Pas Kata Maszlee Letak Jawatan Sarawak Rugi

Pas Kata Maszlee Letak Jawatan Sarawak Rugi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 296 hits
PELETAKAN jawatan oleh Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan adalah satu berita yang mengejutkan semua pihak di hari pertama persekolahan Menteri Pendidikan itu antara Menteri yang rajin turun ke Sarawak malah telah berusaha untuk men...
Dr Maszlee Malik Sah Letak Jawatan Menteri Pendidikan

Dr Maszlee Malik Sah Letak Jawatan Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 569 hits
Tular di media sosial berkenaan dengan dakwaan bahawa Dr Maszlee Malik iaitu Menteri Pendidikan Malaysia bakal mengumumkan yang dipegangnya itu pada hari ini Terkini siaran langsung bersama Dr Maszlee Malik tentang perletakan jawatannya seb...
Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

Maszlee Malik Letak Jawatan Dalam Keadaan Berat Hati Selepas Terima Nasihat Dari Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 654 hits
MENTERI Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik sebentar tadi membuat pengumuman rasmi meletak jawatan berkuatkuasa 3 Januari 2020 Dalam pengumuman sidang media khas yang dihadiri oleh ramai wartawan itu Dr Maszlee memberitahu keputusan itu di...
Saya Dilihat Banyak Timbulkan Krisis Terutama Isu Tulisan Jawi Dr Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

Saya Dilihat Banyak Timbulkan Krisis Terutama Isu Tulisan Jawi Dr Maszlee Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 751 hits
Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan yang akan berkuat kuasa mulai esok selepas mendapat nasihat dari Perdana Menteri Saya dengan taat setia dan reda walaupun berat dengan nasihat ayahanda Perd...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms