Maszlee Menari Ikut Rentak Najib Kata Superman


MALAYSIAKINI



Penulis komik kontroversi berkenaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Hew Kuan Yau mengkritik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana mengharamkan komik itu di sekolah.

Hew yang juga kurator Muzium Kebudayaan dan komik Asia di Pulau Pinang mendakwa menteri itu menari mengikut rentak bekas perdana menteri Najib Razak.

Meluahkan rasa tidak puas hatinya di media sosial, Hew berkata dia merangka dan menerbitkan komik itu dalam tiga bahasa untuk meningkatkan pemahaman rakyat terhadap BRI.

"Untuk menggalakkan pelajar untuk lebih tahu tentang BRI, (kami) menghantar komik itu secara percuma di setiap sekolah. Tidak wujud soal mencuci otak murid dan menyemai komunisme," katanya yang lebih dikenali dengan gelaran 'Superman'.

Bagaimanapun bekas ahli politik DAP itu berkata Maszlee segera mengarahkan sekolah agar tidak menerima komik itu - bertajuk Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama - sebaik selepas Najib membangkitkannya dan mendakwa DAP mengancam orang Melayu.

Dia bertanya sama ada Maszlee mengamalkan double standard dengan membangkitkan universiti awam yang dibenarkan menganjurkan Kongres Maruah Melayu baru-baru ini

"Dia (Maszlee) membenarkan universiti menjadi tempat mencuci otak tetapi mengharamkan komik di pustaka sekolah. Inilah menteri pendidikan yang saya kenal," katanya yang juga ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan China-Malaysia (JBC).
Pada Rabu lalu, Najib bertanya kepada Maszlee sama ada kementeriannya membenarkan komik itu diedarkan di sekolah.

Dia juga mendakwa Muzium Kebudayaan dan komik Asia didanai kerajaan Pulau Pinang dan menyebarkan propaganda di sekolah.

Selain itu, Najib berkata komik itu merendah-rendahkan dirinya dan keluarga, serta kerajaan BN.
Versi Bahasa Melayu komik itu diedarkan secara percuma di sekolah menengah vernakular dan kebangsaan.

Maszlee berkata kementeriannya tidak pernah mengeluarkan kebenaran mahupun kelulusan untuk pengedarannya.

"Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik ini daripada mana-mana pihak atau pembekal.

"Sekolah merupakan institusi pendidikan yang neutral dan tidak seharusnya menjadi medan penyebaran propaganda politik," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/maszlee-menari-ikut-rentak-najib-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalahnya Najib Pakai Tiga Topi Kata Bekas Ceo 1mdb

Masalahnya Najib Pakai Tiga Topi Kata Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 326 hits
Mahkamah Tinggi di Kualal Lumpur hari ini diberitahu perubahan kuasa membuat keputusan daripada kerajaan persekutuan kepada perdana menteri dalam Memorandum dan Artikel Pertubuhan 1Malaysia Development Berhad dicadangkan oleh ahli perniagaa...
Ph Jual Aset Lima Kali Ganda Dari Bn Setahun Kata Najib

Ph Jual Aset Lima Kali Ganda Dari Bn Setahun Kata Najib

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 353 hits
Diterbitkan Hari ini 7 01 malam Bekas perdana menteri Najib Razak berkata kerajaan Pakatan Harapan menjual aset negara lima kali ganda berbanding BN dalam tempoh setahun Jelas Najib BN menjual 84 aset negara bernilai lebih RM45 bilion dalam...
Ph Peruntuk Hanya Rm100 Pada 2019 2020 Untuk Bayar Hutang Kerajaan Kata Najib

Ph Peruntuk Hanya Rm100 Pada 2019 2020 Untuk Bayar Hutang Kerajaan Kata Najib

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 372 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan hanya memperuntukkan RM100 untuk membayar balik hutang kerajaan dalam Belanjawan 2019 dan Belanjawan 2020 Beliau berkata PH sering menggunakan alasan hendak bayar balik hut...
Dap Grassroots To Maszlee If Its Factual Even A Najib Comic Can Be In School

Dap Grassroots To Maszlee If Its Factual Even A Najib Comic Can Be In School

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 552 hits
Forty three DAP Youth grassroots members have come forward to defend a comic book authored by a former party member regarding China s Belt and Road Intiaitive In a joint statement the group said Education Minister Maszlee Malik should not b...
Kata Rosa Meldianti Soal Ikut Puteri Indonesia 2020 Lihat Saja Perubahan Nanti

Kata Rosa Meldianti Soal Ikut Puteri Indonesia 2020 Lihat Saja Perubahan Nanti

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 224 hits
Rosa Meldianti begitu percaya diri bisa mengikuti ajang kecantikan Puteri Indonesia 2020 Kata Meldi ia akan melakukan persiapan dari sekarang
Komik Diedar Ke Sekolah Perlu Lalui Saluran Kdn Kata Maszlee

Komik Diedar Ke Sekolah Perlu Lalui Saluran Kdn Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 333 hits
October 20 2019 12 24 PMMenteri Pendidikan Maszlee Malik pada sidang media di Sekolah Menengah Tanjung Kerang Pontian hari ini PONTIAN Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata sebarang komik politik buku politik atau apa apa bahan bersifat ...
Pendakwaan Gagal Bukti Kes Najib Berhak Bebas Kata Peguam

Pendakwaan Gagal Bukti Kes Najib Berhak Bebas Kata Peguam

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes salah guna kuasa terhadap Najib Razak kerana penglibatannya dalam memberikan jaminan kerajaan kepada SRC International bagi mendapatkan pinjaman RM4 bilion dari dana pesara bukan amalan ra...
1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 325 hits
17 September 2019 Perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development yang masuk hari ke 8 menyaksikan saksi Datuk Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan balas melibatkan pertuduhan penyelewengan dana RM2 3 bilion oleh Datuk Seri Na...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam