Maszlee Kemuka Tujuh Persoalan Kepada Menteri Pendidikan


 
BOB KELANANG













Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Kanan Pendidikan dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia di atas pengumuman penting sebentar tadi.

Sekurang-kurangnya terdapat 2 pengumuman penting yang telah disampaikan iaitu penutupan semua sesi persekolahan sehingga Januari 2021 serta pindaan tarikh beberapa peperiksaan penting seperti SPM, STPM, SVM & STAM.

Sejak pengumuman tadi juga, saya dihujani dengan pelbagai reaksi dan maklum balas dari pelbagai pihak. Timbul beberapa persoalan dan kebimbangan yang saya fikir wajar disuarakan dan diberikan tumpuan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Persoalan-persoalan ini mungkin kelihatan operasional, namun ianya memberikan dampak yang langsung dan menyentuh soal kehidupan rakyat seharian. Saya percaya rakyat yang sedang berdepan dengan kesukaran ekonomi di luar sana tidak boleh dibebankan dengan isu operasional KPM yang tidak jelas.

#Pertama, pengumuman saat akhir penutupan sekolah ini telah menyukarkan ibu bapa yang terpaksa mencari cara untuk merentas negeri untuk mengambil anak-anak di asrama. Persoalan yang dibangkitkan ialah mengapa pengumuman penting seperti ini dibuat secara tiba-tiba? Bagaimana dengan 2.4 juta keluarga miskin & B40 yang terpaksa mencari wang untuk membeli tiket dan membiaya kos perjalanan dalam masa terdekat?

#Kedua, apakah status guru duka lara yang telah lama berjauhan dengan pasangan masing-masing? Selama ini mereka terpaksa menanggung beban membeli tiket berkali-kali akibat pengumuman saat akhir YBMK. Adakah mereka dibenarkan kembali bersama setelah berbulan-bulan tidak bersua muka, terutama untuk mereka yang terpaksa berulang alik antara Sabah, Sarawak & Semenanjung?

#Ketiga, apakah nasib lebih dari 600,000 murid penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang hari ini tidak boleh ke sekolah? Apakah YBMK mempunyai perancangan khas untuk membantu lebih setengah juta anak warga miskin & B40 ini yang selama ini bergantung sepenuhnya dengan pengambilan RMT?

#Kempat, apakah perancangan untuk lebih dari 70,000 pekerja kantin yang hari ini tiada gaji harian kerana sekolah ditutup? Saya percaya jumlah mereka yang banyak ini memerlukan perhatian yang lebih besar oleh Kerajaan kerana mereka rata-ratanya datang dari golongan miskin & B40.

#Kelima, apakah perancangan YBMK untuk 36.9% murid yang tiada peranti di rumah? Apakah perancangan alternatif untuk memastikan golongan ini tidak ketinggalan ketika rakan-rakan mereka yang lain melaksanakan kelas dalam talian bersama guru mereka? Bagaimana pula dengan keluarga miskin & B40 yang bukan sahaja tidak mempunyai peranti, bahkan tidak mempunyai talian internet di rumah?

#Keenam, apakah perancangan YBMK untuk murid cicir setelah sekolah dibuka kelak? Saya difahamkan murid Tingkatan 2 & 3 hanya akan kembali ke sekolah pada Mac 2021. Ini bermakna mereka akan berada di rumah sekitar 3 bulan. Terdapat kajian yang menyatakan ketidakhadiran murid ke sekolah selama 14 minggu boleh menyebabkan anak-anak kehilangan pembelajaran seolah-olah 2 tahun lamanya. Adakah pihak KPM akan mengeluarkan data murid cicir pasca PKP kepada umum kelak?

#Ketujuh, apakah KPM ada melaksanakan bantuan psikologi & mental untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan penting seperti SPM & STPM? Saya percaya mereka adalah golongan yang paling terjejas akibat beberapa pengumuman tundaan peperiksaan. Peperiksaan penting yang akan mereka duduki akan menentukan masa depan mereka kelak. Cadangan saya, KPM harus segera melaksanakan saringan mental dan mempunyai perancangan untuk memastikan motivasi mereka tidak jatuh berkecai semata-mata kerana kegagalan kita semua merancang yang

terbaik

buat mereka.

Saya percaya kesemua soalan-soalan ini adalah rintihan rakyat terbanyak, dari ibu bapa yang bergelut dengan masalah ekonomi, dari anak murid di sekolah, yang tiada peranti di rumah, yang kehilangan motivasi untuk menduduki peperiksaan, dari guru yang berjauhan dengan suami dan isteri masing-masing serta dari pekerja di sekolah yang akan terjejas akibat penutupan sekolah.

YBMK perlu menjelaskan kepada rakyat apakah perancangan mereka secara menyeluruh. Rakyat tidak boleh dibiarkan berada dalam keadaan resah semata-mata kerana kegagalan komunikasi atau ketiadaan perancangan yang baik buat mereka.

YBMK juga perlu menjalankan libat urus dengan kesatuan-kesatuan guru seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Malaysia Barat dan juga NGO-NGO berkaitan pendidikan dan meneliti input-input berguna dari mereka kerana mereka mewakili suara terbanyak para guru di Malaysia.

Saya merayu agar YB Menteri menjawab semua soalan ini dalam masa terdekat. Saya juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak KPM untuk mempermudah sebarang urusan dan juga memastikan bukan sekadar nyawa anak-anak yang boleh diselamatkan, tetapi juga masa depan pendidikan mereka.

YB Dr Maszlee Malik

8 November 2020

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/maszlee-kemuka-tujuh-7-persoalan-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengumuman Saat Akhir Kementerian Pendidikan Cetus Banyak Persoalan

Pengumuman Saat Akhir Kementerian Pendidikan Cetus Banyak Persoalan

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 298 hits
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR MASZLEE MALIKJOHOR BAHRU Pengumuman saat akhir Kementerian Pendidikan berhubung penutupan sesi persekolahan dilihat menyusahkan semua pihak termasuk ibu bapa kerana keputusan itu gagal mengambil kira pelbagai aspe...
Dr Maszlee Tanya Menteri Kenapa Tergesa Gesa Istihar Cuti

Dr Maszlee Tanya Menteri Kenapa Tergesa Gesa Istihar Cuti

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 205 hits
NIZAM AKADr Mazlee tanya Menteri Pendidikan kenapa bagi sekolah cuti mengejut Bagaimana anak anak B40 yang berada di asrama penuh sempatkah mereka cari duit nak pi jemput anak anak di asrama Saya setuju dengan persoalan ini sejauhmama Mente...
Nasib Calon Spm 2020 Menteri Pendidikan Usah Terlalu Bermimpi

Nasib Calon Spm 2020 Menteri Pendidikan Usah Terlalu Bermimpi

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 313 hits
Gelombang pandemik Covid 19 benar benar memberi kesan bukan sahaja pada negara kita malah seluruh dunia Semua sendi ekonomi dan pentadbiran negara menguncup dan terjejas Semasa gelombang pertama pandemik berjaya diatasi kerajaan dilihat ber...
Maszlee Tubuh Untuk Malaysia Fokus Isu Pendidikan Rakyat Miskin

Maszlee Tubuh Untuk Malaysia Fokus Isu Pendidikan Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 250 hits
Oleh AMREE AHMAD MASZLEE Malik bercakap pada sidang akhbar khas Gerakan Untuk Malaysia di Perdana Lakeview Cyberjaya di sini hari ini UTUSAN FAISOL MUSTAFA CYBERJAYA Terkesan dengan pelbagai permasalahan pendidikan yang semakin kritikal keb...
Defisit Fiskal Bukan Lagi Kayu Ukur Untuk Berbelanja Kata Menteri

Defisit Fiskal Bukan Lagi Kayu Ukur Untuk Berbelanja Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 322 hits
PETALING JAYA Defisit fiskal tidak lagi menjadi kayu ukur buat kerajaan persekutuan untuk berbelanja pada ketika negara terkesan dengan penularan wabak Covid 19 yang dilihat menjejaskan sumber pendapatan negara kata Menteri di Jabatan Perda...
Pertemuan Pemuda Pas Dengan Menteri Kewangan Atas Beberapa Cadangan

Pertemuan Pemuda Pas Dengan Menteri Kewangan Atas Beberapa Cadangan

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 258 hits
Alhamdulillah baru sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Dato Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz di Kementerian Kewangan sebentar tadi Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menyertai rombonga...
Menteri Umno Dibelasah Puad Zarkashi Buat Cerita Karut Annuar Musa

Menteri Umno Dibelasah Puad Zarkashi Buat Cerita Karut Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 375 hits
CYBERJAYA Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menafi dakwaan bahawa terdapat pertelingkahan dalam mesyuarat Kabinet rabu lalu berkaitan dengan isu darurat seperti yang didakwa oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi ...
Darurat Hanya Sesuai Apabila 73 Menteri Makan Gaji Buta Dan Gagal Urus Negara

Darurat Hanya Sesuai Apabila 73 Menteri Makan Gaji Buta Dan Gagal Urus Negara

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 436 hits
Covid19 menyebabkan ramai Menteri tidak berfungsi dan kurang aktiviti kenapa tidak gaji dan elaun mereka dipotong 50 Kenapa rakyat yang jadi mangsa
Kerajaan Pn Syok Sendiri Netizen Kecam Saifuddin Jadi Moderator Soal Menteri

Kerajaan Pn Syok Sendiri Netizen Kecam Saifuddin Jadi Moderator Soal Menteri

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 237 hits
November 4 2020 Tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menjadi moderator dalam satu forum bersama Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dipersoal warga maya Rata rata meny...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi