Maszlee Tubuh Untuk Malaysia Fokus Isu Pendidikan Rakyat Miskin


 Oleh AMREE AHMAD
MASZLEE Malik bercakap pada sidang akhbar khas Gerakan #Untuk Malaysia di Perdana Lakeview, Cyberjaya di sini, hari ini. -UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA CYBERJAYA: Terkesan dengan pelbagai permasalahan pendidikan yang semakin kritikal kebelakangan ini, Dr. Maszlee Malik mengambil inisiatif menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau gerakan khas.
Bekas Menteri Pendidikan itu melancarkan Untuk Malaysia yang dirujuknya bukan sebuah pertubuhan biasa tetapi lebih kepada badan sukarela melibatkan rakyat prihatin isu tersebut.
“Untuk Malaysia terbuka kepada semua tanpa kira ideologi politik, usia, bangsa, agama dan latar belakang malah semua pihak berkaitan pendidikan dijemput menyertai kami,” katanya.
Maszlee yang juga pengasas gerakan itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Untuk Malaysia dan turut merasmikan laman sesawang badan bebas tersebut.
Mengulas lanjut, beliau bersedia untuk bertemu sendiri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi berbincang isu semasa melibatkan bidang pendidikan yang terlepas pandang.
“Ada pihak luar yang mahu membantu pihak sekolah kerana kemudahannya daif, namun sebab kerenah birokrasi, mereka tidak tahu cara betul walhal perkara itu mudah diuruskan,” jelasnya.
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut memberi contoh beberapa inisiatif awal yang pernah dibuat Untuk Malaysia melalui program Siswa Jaga Siswa dan Kita Jaga Sabah baru-baru ini.
Hasilnya, banyak pihak tampil bantu meskipun derma hanya RM1 apatah lagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan sekolah begitu lama ditutup.
“Saya juga tersentuh apabila ramai Ahli Parlimen jumpa saya sendiri minta tolong ada pelajar universiti di kawasan mereka yang tidak mampu beli komputer riba sebab miskin,” katanya.  
Justeru, Maszlee berharap masyarakat terutama badan korporat kecil dan pemimpin komuniti tidak kira latar belakang tampil membantu kerana Untuk Malaysia bersedia menjadi perantara.
Ini ekoran banyak laporan diterima mengenai kesukaran pelajar miskin dari keluarga B40 yang gagal mendapat akses pendidikan sempurna ketika PKP bahkan ada juga langsung tercicir.
“Kami memerlukan ramai sukalerawan dan penggerak untuk membantu rakyat marhaen yang terkesan selain sumbangan syarikat tempatan untuk membaik pulih kelemahan.” tegasnya.
Beliau turut berkongsi pengalaman dirinya sendiri sewaktu pernah menerajui KPM apabila menyedari ada perkara tertentu membataskan penglibatan agensi kerajaan bertindak segera.
Tambah Maszlee, mereka yang berminat untuk turut serta selain memberi sumbangan atau mohon bantuan boleh melayari portal untukmalaysia.my bagi mendapatkan informasi lanjut. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/maszlee-tubuh-untuk-malaysia-fokus-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2021 Tumpu 6 Isu Utama Rakyat Fokus Isu Wanita

Bajet 2021 Tumpu 6 Isu Utama Rakyat Fokus Isu Wanita

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 380 hits
Wanita KEADILAN berpendapat Belanjawan 2021 harus menumpukan kepada isu isu berkaitan memperkasakan pembelaan sosial bagi rakyat terbanyak Ketua Wanita KEADILAN Fuziah Salleh berkata tumpuan belanjawan harus diutamakan kepada sektor sosial ...
Belanjawan 2021 Harus Fokus Untuk Memenuhi Keperluan Ekonomi Rakyat Malaysia Jauhi Agenda Politik Ph

Belanjawan 2021 Harus Fokus Untuk Memenuhi Keperluan Ekonomi Rakyat Malaysia Jauhi Agenda Politik Ph

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 390 hits
Pakatan Harapan telah selesai mengadakan pertemuan pertama dengan Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk membincangkan Belanjawan 2021 Pakatan Harapan memandang belanjawan tahunan negara sebagai tugas uta...
30 Tahun Bersama Rakyat Malaysia Jom Kongsi Memori Anda Bersama Kedai Ayamas

30 Tahun Bersama Rakyat Malaysia Jom Kongsi Memori Anda Bersama Kedai Ayamas

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 338 hits
Sejak pandemik COVID 19 melanda dan PKP dilaksanakan di Malaysia sudah lama kami tidak mengunjungi salah satu restoran kegemaran Kedai Ayamas Masa PKP ini memang kadangkala rasa rindu nak makan Ayam Panggang Ayamas tue memang membuak buak i...
Ruu Lembaga Angkasa Malaysia Dibentangkan Di Dewan Rakyat Bagi Mentadbir Ruang Angkasa Negara

Ruu Lembaga Angkasa Malaysia Dibentangkan Di Dewan Rakyat Bagi Mentadbir Ruang Angkasa Negara

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 262 hits
Rang Undang undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 telah dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini menguruskan ruang angkasa negara Ia dibentangkan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan menetapkan fungsi Lembaga Angkasa ...
Komuniti Harapan Malaysia Adalah Jasa Versi Ph Ramai Kena Kencing Dalam Isu Bajet Jasa

Komuniti Harapan Malaysia Adalah Jasa Versi Ph Ramai Kena Kencing Dalam Isu Bajet Jasa

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 506 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berharap Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz membatalkan peruntukan Belanjawan 2021 bagi penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas dan Penggerak Komuniti Tempatan Anggota parlimen Port Dickson itu berkata...
Malaysia Harap Dasar As Bantu Isu Palestin

Malaysia Harap Dasar As Bantu Isu Palestin

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 327 hits
Kuala Lumpur Malaysia meletakkan harapan kepada perubahan pentadbiran Amerika Syarikat untuk memberi sinar kepada isu Israel Palestin dan serantau Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata Wisma Putra berharap ia akan membawa per...
Rakyat Malaysia Tak Sedar Diri Pasal Kwsp Akaun 1

Rakyat Malaysia Tak Sedar Diri Pasal Kwsp Akaun 1

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 574 hits
Admin dah fed up baca pasal kes akaun 1 KWSP Isu akaun 1 KWSP ini meletup sebab gara gara si bekas PM Najib kita syorkan kerajaan benarkan one off RM10K pengeluaran pada semua rakyat kerana ramai yang susah kerana COVID 19 ini Rakyat Malays...
Belanjawan Perpaduan Harus Fokus Bantu Rakyat

Belanjawan Perpaduan Harus Fokus Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 231 hits
Menurut pimpinan PAKATAN HARAPAN Belanjawan Perpaduan ini adalah penting untuk menjunjung Titah DiRaja menolak pengisytiharan darurat dan mengelak pilihan raya dalam tempoh terdekat yang hanya akan mengeruhkan lagi gelombang ketiga Covid 19...
Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Levels Of Investments

3 Cara Menghilangkan Objek Di Foto Tanpa Install Program Atau Aplikasi Dulu

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bezakan Goiter Dan Cyst Di Kelenjar Tiroid Perlu Makan Ubat Seumur Hidup Ke

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

Salam 1mei Selamat Hari Pekerja

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

Navigating Insurance In Miramar Beach Fl Protecting Your Coastal Lifestyle

Maximizing Power Bi Performance Proven Techniques For Faster Smarter Dashboards