Defisit Fiskal Bukan Lagi Kayu Ukur Untuk Berbelanja Kata Menteri




PETALING JAYA: Defisit fiskal tidak lagi menjadi kayu ukur buat kerajaan persekutuan untuk berbelanja pada ketika negara terkesan dengan penularan wabak Covid-19, yang dilihat menjejaskan sumber pendapatan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed.
Mustapa berkata, tidak dinafikan sebelum wabak melanda, defisit fiskal salah satu faktor yang dilihat sebagai penentu kepada keupayaan kerajaan dalam membuat sebarang perbelanjaan.
“Kita perlu ikhtiar yang baru, berdasarkan ekonomi dunia dan berdasarkan hasil kita yang turun dengan mendadak. Satu masa, hasil kita kurang dan perlu untuk kita berbelanja, sebab itu kerajaan buat keputusan untuk memastikan jangan terlalu lihat kepada defisit fiskal.
“Ini sering kali yang kita dengar mengenai ruang fiskal, sudah pasti ini satu perkara yang bukannya kita harus ketepikan tetapi ia tidaklah se-relevan perkara ini berbanding sebelumnya. Ini perkara yang difikirkan kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Defisit fiskal merujuk kepada tindakan kerajaan berbelanja lebih daripada hasil yang diterimanya. Secara asasnya penting untuk Putrajaya mengurangkan defisit fiskal, jika tidak dilakukan ia akan menjejaskan kekuatan mata mata wang, serta memberi kesan kepada keyakinan pelabur dan menjejaskan import dan eksport.
Mustapa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu (PH-PKR), Saifuddin Nasution Ismail, yang memintanya menjelaskan apakah ikhtiar luar biasa akan dibawa Putrajaya hingga mewajibkan ia disokong semua pihak, ketika negara hadapi krisis seperti masalah pengangguran.
Terdahulu, Mustapa akui beberapa sektor seperti penerbangan dan pelancongan, sebelum ini menyumbang 16% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), mengalami penguncupan yang amat teruk.
Bahkan menurut Mustapa, mengambil kira kedudukan ekonomi terkini, pertumbuhan ekonomi pada 2020 dianggar menguncup antara 5.5% hingga 3.5% pada tahun ini dan dijangka berkembang pada 2021 dalam lingkungan antara 5.5% hingga 8%.
“Pelancongan ini berkait rapat dengan sempadan dan kini ia ditutup umpamanya Johor dan Singapura. Kita sedia maklum, bagaimana besarnya penggantungan Johor kepada Singapura dan ia jejaskan ekonomi Johor. Menteri Besar Johor sudah bentangkan kertas kerja pada Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
“Memang sektor penerbangan dan pelancongan terkesan dan saya yakin Jumaat depan isu ini akan diutarakan dan cadangan yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat pembangkang sedang meneliti. Benar kita hadapi masalah, bukan kita sahaja tetapi satu dunia,” katanya.
Mustapa turut yakin pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini bersifat sementara dan dijangka pulih pada tahun 2021. Baginya, beberapa petunjuk ekonomi pada Ogos dan Sept 2020 menunjukkan prestasi ekonomi lebih baik berbanding dengan prestasi separuh pertama 2020.
“Nilai jualan perdagangan borong dan runcit meningkat sebanyak 2.5% pada Ogos, jualan kereta penumpang meningkat 8% pada bulan Sept dan pasaran buruh kekal mencatatkan kadar pengangguran pada 4.7% bagi bulan Julai dan Ogos 2020,” katanya.
#Sumber : FMT 

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/defisit-fiskal-bukan-lagi-kayu-ukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
427 Hektar Tanah Kerajaan Diceroboh Di Selangor Kata Menteri Besar

427 Hektar Tanah Kerajaan Diceroboh Di Selangor Kata Menteri Besar

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 328 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan Selangor menjalankan usaha pemutihan sejak 2008 dan memberi ruang pemilikan tanah kosong di negeri itu pada harga pasaran semasa SHAH ALAM 427 hektar tanah kerajaan Selangor diceroboh p...
Kerajaan Setuju Pelarasan Gaji Doktor Kontrak Kata Menteri

Kerajaan Setuju Pelarasan Gaji Doktor Kontrak Kata Menteri

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju melaksanakan pelarasan gaji pegawai perubatan kontrak Gred UD41 kepada aras gaji Gred UD43 kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Bercakap pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat ...
Semua Sekolah Di Bawah Kpm Ditutup Bermula Esok Hingga Akhir Tahun Kata Menteri

Semua Sekolah Di Bawah Kpm Ditutup Bermula Esok Hingga Akhir Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 420 hits
Semua sekolah dibawah Kementerian Pendidikan ditutup bermula esok hingga hari terakhir persekolahan bagi tahun ini Menteri Kanan Radzi Jidin berkata bagi sekolah di negeri Kumpulan A sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember manakala bagi...
Kg Baru Dibangun Secara Berperingkat Tahun Depan Kata Menteri

Kg Baru Dibangun Secara Berperingkat Tahun Depan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 289 hits
Kementerian Wilayah Persekutuan sudah membuat bidaan peruntukan kepada Kementerian Kewangan sebanyak RM1 5 bilion bagi membolehkan usaha naik taraf dilakukan di Kampung Baru PETALING JAYA Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memaklumkan ...
Jadikan Internet Utiliti Awam Ketiga Negara Kata Menteri

Jadikan Internet Utiliti Awam Ketiga Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 326 hits
Jadikan Internet utiliti awam ketiga negara kata menteri Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Oct 2020 11 46P
Menteri Hud Hud Tidak Akan Dikenakan Tuduhan Kata Polis

Menteri Hud Hud Tidak Akan Dikenakan Tuduhan Kata Polis

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 543 hits
Jabatan Peguam Negara tidak akan tuduh Khairuddin kata polisFMT ReportersPETALING JAYA Polis hari ini memaklumkan Jabatan Peguam Negara tidak akan menuduh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali atas alasan tiada ...
Data Rasmi Kkm Mengenai Covid 19 Sahih Kata Menteri

Data Rasmi Kkm Mengenai Covid 19 Sahih Kata Menteri

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 295 hits
Data rasmi KKM mengenai Covid 19 sahih kata menteri nbsp Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Oct 2020 4 39P
Bahas Rm81 Juta Jasa Di Parlimen Kata Menteri

Bahas Rm81 Juta Jasa Di Parlimen Kata Menteri

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 406 hits
Datuk Takiyuddin Hassan berkata lapan hari diperuntukkan kepada ahli Parlimen membahaskan inti pati Belanjawan 2021 Foto BernamaALOR STAR 8 Nov Pihak kerajaan atau pembangkang bebas untuk membahaskan Belanjawan 2021 di Parlimen jika mempuny...
Semua Menteri Umno Kekal Dalam Kabinet Kata Zahid

Semua Menteri Umno Kekal Dalam Kabinet Kata Zahid

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 444 hits
freemalaysiatoday com October 30 2020 6 53 AMMajils Kerja Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat khas di Pusat Dagangan Dunia Putra hampir 5 jam malam tadi PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata semua menteri daripada parti itu...
In Cooking What Exactly Is Seasoning

Anti Corruption Talk Mere Theatre

Program Makan Bergizi Gratis Antara Cita Cita Realita Dan Tantangan

Audio Hadi Namakan Hamzah Calon Pm Pas Berteka Teki

Plastik Boleh Jadi Racun 7 Cara Mudah Kurangkan Bahaya

Top 3 Reksadana Pasar Uang Per September 2025 Ini

Google Perkenal Ai Baharu Dalam Google Drive Halang Serangan Ransomware Pulihkan Fail Dengan Mudah

Pemberian Kerakyatan Pemain Warisan Tak Ikut Syarat Peguam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajarlah Dari Strawberry

Peserta Malaysia Dalam Global Sumud Flotilla

Rockolusi Kuasa Dua Kristal X Azlan The Typewriter Gegar Zepp Kl 1 Februari 2026

Tiga Kapal Global Sumud Flotilla Diculik Disabotaj Tentera Laut Israel

Easy Beef And Noodles Recipe Quick

Tawaf Wada Dan Larangan Selepas Itu