Masuk Bertanding Mesti Sedia Terima Kekalahan


 
Berbanding UMNO dan Pas yang lebih besar dan lama, bantahan daripada calon-calon yang kalah bertanding dalam PKR ternampak jauh lebih tinggi berbanding kedua-dua parti tersebut.
Bagi pemilihan jawatan utama PKR yang baru berakhir, diberitakan hampir 2,000 aduan atau bantahan diterima oleh pihak JPP daripada calon-calon yang tidak puas hati dengan kekalahan mereka.
Ada yang tidak berpuas hati dengan jumlah undi, mempertikai proses pengundian, mengesyaki berlaku manipulasi undi dalam talian dan macam-macam lagi.
Selain bantahan kepada JPP, ada juga calon yang membuat laporan polis kerana tidak dapat menerima kekalahan yang dialami.
Difahamkan, ketika pemilihan tahun 2018 yang lalu, selain tidak kurang yang membuat bantahan, turut berlaku mereka yang membuat laporan kepada polis dan SPRM selepas selesai proses pemilihan.
Berikutan banyaknya bantahan kali ini, termasuk tuntutan agar dilakukan forensik audit dalam proses pengundian, Kongres Nasional PKR tahun ini yang sepatutnya diadakan pada 24-26 Jun ini telah ditangguhkan kepada 15-17 Julai.
Penangguhan kongres ini adalah sesuatu yang sedikit malang, malah mencalarkan wajah PKR kerana sepatutnya sebaik saja pemilihan berakhir dan kemudian berkongres, tumpuan seterusnya ialah menyatukan seluruh kekuatan untuk menghadapi PRU15 akan datang.
Dengan penangguhan kongres itu, tumpuan kepada memperkukuh parti dan memulakan kerja untuk pilihan raya akan jadi tertangguh buat seketika.
Banyaknya bantahan kepada JPP dan sehingga ada yang membuat laporan polis, punca utamanya tidak lain adalah disebabkan calon-calon yang kalah tidak bersedia menerima kekalahan.
Barangkali sesetengahnya pula menganggap diri terlalu hebat dan popular hingga berasakan kemenangan wajib berpihak kepada mereka jika menyertai pertandingan.
Sementara kalah atau menang adalah adat dalam pertandingan dan semua orang yang masuk bertanding memang inginkan kepada kemenangan, tetapi sikap yang betul yang seharusnya ditanamkan dalam jiwa semua orang setiap kali mereka menyertai pemilihan ialah terlebih dahulu bersedia menerima kekalahan.
Apabila masuk bertanding dengan perasaan sedia kalah ada dalam jiwa, maka jika terbukti kalah sekali pun ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.
Kalau menang pula, mereka sekadar bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Tetapi masalah akan mula timbul bila seseorang itu masuk bertanding semata-mata hanya mahu menang, lebih-lebih lagi jika berasakan diri mereka ada kelebihan tertentu seperti sudah dikenali ramai, kenal dengan pimpinan atasan atau kerana memiliki banyak wang.
Mereka ini sukar menerima kekalahan, walaupun pada hakikatnya telah dikalahkan oleh lawan dengan majoriti undi yang besar, malah lawan tersebut mungkin pemimpin yang lebih baik lagi.
Jika ditanamkan terlebih dahulu perasaan sedia kalah, ia dengan sendirinya dapat mengelakkan perbuatan membantah secara keterlaluan apabila kemenangan tidak diperolehi kerana dalam berpolitik, yang penting akhirnya kedudukan parti itu sendiri, bukan sama ada kita menang atau kalah dalam pertandingan.
Apa guna memegang jawatan jika parti tidak menang dalam pilihan raya atau tiada masa depan di mata rakyat.
Terima sajalah kekalahan itu dengan semangat pertandingan yang sihat dan keutamaan dalam perjuangan adalah menjaga kekuatan, masa depan serta nama baik parti.
Bukankah lebih cantik imej parti jika semua pihak dapat menerima keputusan pemilihan dengan hati yang terbuka, sambil kongres tidak ditangguhkan dan kemudian sama-sama berpadu tenaga untuk memenangi pilihan raya?
Lagi pula, kalah kali ini tidak bererti akan kalah selama-lamanya kerana empat tahun akan datang boleh mencuba lagi dalam pemilihan yang berikutnya. – ShahbudinHusin 11/06/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/masuk-bertanding-mesti-sedia-terima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Lelaki Mesti Di Ajar Masuk Ke Dapur Elak Jadi Raja Rumah Tangga Kelak

Anak Lelaki Mesti Di Ajar Masuk Ke Dapur Elak Jadi Raja Rumah Tangga Kelak

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 161 hits
Mendidik anak untuk membesar dengan baik bukanlah tugas yang senang Terutama anak lelaki Perangai setiap anak juga berbeza dan sebagai ibu bapa kita juga sedang belajar cara terbaik untuk mendidik anak Bagi yang mempunyai anak lelaki boleh ...
Kj Terima Dana Politik Rm3 7 Juta Daripada Uksb Saksi

Kj Terima Dana Politik Rm3 7 Juta Daripada Uksb Saksi

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 246 hits
MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin turut menerima dana politik RM3 7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun juga memberitahu Menteri Dalam Negeri Tan Sr...
Muhyiddin Nafi Terima Rm1 3 Juta Dari Uksb

Muhyiddin Nafi Terima Rm1 3 Juta Dari Uksb

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 209 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 17 2022 7 01 PMPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin menafikan menerima RM1 3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd semasa berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan Dia berkata dakwaa...
Mahiaddin Dah Buat Penafian Shafie Apdal Anifah Aman Reezal Merican Yang Turut Dituduh Terima Duit Takkan Senyap Saja

Mahiaddin Dah Buat Penafian Shafie Apdal Anifah Aman Reezal Merican Yang Turut Dituduh Terima Duit Takkan Senyap Saja

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 344 hits
Saya dimaklumkan tentang keterangan mahkamah yang diberikan seorang pengurus pentadbiran syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd yang terlibat dalam kes sogokan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi Kononnya syarikat tersebut telah memberikan wang tunai seban...
Alamak Mahiaddin Shafie Apdal Anifah Aman Reezal Merican Pun Terima Duit

Alamak Mahiaddin Shafie Apdal Anifah Aman Reezal Merican Pun Terima Duit

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 158 hits
Seorang bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi bahawa Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal menerima dana daripada syarikat itu David Tan berkata Muhyiddin menerim...
Mp Umno Didakwa Terima Wang Uksb Dicabar Buat Penafian Seperti Muhyiddin

Mp Umno Didakwa Terima Wang Uksb Dicabar Buat Penafian Seperti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 215 hits
satuberita myBy June 18 2022AHLI Parlimen UMNO yang nama mereka turut disebut menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa tampil membuat penafian sebagaimana dilakukan Presid...
Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi

Akaun Bank Najib Terima Wang Hampir As 670 Juta Saksi

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 271 hits
malaysiakini comKES 1MDB Akaun AmBank Najib Razak menerima hampir AS 20 juta daripada Putera Arab Saudi Faisal Turki Bandar Al Saud pada 2011 menurut keterangan pengurus Unit Swift bank perdagangan itu Wedani Senen memberitahu Mahkamah Ting...
Ong Seongwu Esom Teruja Terima Trak Kopi Dari Yoo Ahin Di Set Penggambaran

Ong Seongwu Esom Teruja Terima Trak Kopi Dari Yoo Ahin Di Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 173 hits
Ong Seong wu dan Esom teruja dengan hadiah menarik yang diberi Yoo Ah in Ong Seong wu baru baru ini memuat naik di akaun rasmi Instagram satu imej dirinya dan rakan lakonnya Esom dengan trak kopi yang dihantar oleh Yoo Ah in ke set filem ak...
Terima Kasih Penyokong Sorakan Berjaya Tiup Semangat Pemain Faizal Azumu

Terima Kasih Penyokong Sorakan Berjaya Tiup Semangat Pemain Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 161 hits
Badai 43 tahun berakhir apabila skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 selepas menewaskan Bangladesh 4 1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi Menteri Belia d...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r