Masjid Quba Masjid Pertama Dalam Sejarah Islam


Selain Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Haram, Masjid Quba merupakan antara masjid yang sangat terkenal dalam sejarah Islam. Hal ini demikian kerana, masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina dalam dunia dan dalam sejarah Islam.
Masjid ini merupakan antara masjid yang penuh sejarah. Hal ini demikian kerana, masjid ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah, tetapi juga menjadi simbol kekuatan, kesatuan, dan perkembangan Islam pada waktu itu. 
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui sejarah masjid pertama di dunia ini dengan lebih mendalam, pastikan anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini. 
Sejarah Pembinaan Masjid Quba Pembinaan masjid pertama dalam dunia ini, telah terjadi pada tahun 622 Masihi. Pada tahun tersebut, Rasulullah S.A.W dan para sahabat sedang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Pada 8 Rabiulawal, Baginda  bersama para sahabat, telah tiba di suatu kawasan yang bernama Quba.  
Setibanya di kawasan tersebut, Saidina Ammar yang merupakan salah seorang sahabat yang mengikuti penghijrahan tersebut telah mencadangkan agar dibangunkan sebuah tempat yang boleh digunakan mereka sebagai tempat solat dan tempat istirehat.
Cadangan itu telah disambut baik oleh Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar dan Saidina Ammar mula mengumpulkan batu-batu yang diletakkan satu persatu, yang ditumpuk satu batu dengan satu batu lainnya untuk membuat masjid. 
Dengan ketekunan dan kesabaran para sahabat, masjid pertama dalam sejarah dunia dan sejarah Islam telah berjaya dibina. Masjid yang dinamakan sebagai Masjid Quba, bersempena nama kawasan tersebut, mengambil masa selama empat hari untuk ditubuhkan.
Setelah ia siap, Baginda sendiri telah meletakkan batu qiblat (batu asas pertama) bagi masjid itu. Sejak pada itu, masjid ini telah menjadi simbol perpaduan dan kekuatan di kalangan umat Islam. Dengan sejarah yang begitu mendalam dan keistimewaan yang luar biasa, masjid ini terus menjadi pusat ibadah dan ziarah bagi umat Islam dari seluruh dunia.
Keistimewaan Masjid Quba Masjid Quba mempunyai banyak keistimewaan yang menjadikannya unik dalam sejarah Islam. Salah satu keistimewaannya ialah ia merupakan pusat ibadah pertama umat Islam yang dibina oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Dengan tangan Baginda sendiri, masjid ini mula dibina dan perkara ini dinyatakan dalam riwayat at-Thabrani:
“Aku melihat Rasulullah SAW ketika Baginda datang dan singgah di tempat ini (Quba’), lalu Baginda mendirikan Masjid Quba’. Aku melihat Baginda mengangkat batu sehingga Baginda kelihatan berjalan senget atau miring (kerana penat dan berat), dan aku melihat kesan tanah yang berwarna putih pada perut dan pusat Baginda. Maka datanglah salah seorang daripada sahabatnya lalu berkata: “Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah! Berikan kepadaku batu itu, biar aku ringankan bebanmu.” Baginda bersabda: “Tidak, ambillah batu yang lain” hingga Baginda ikut bersemangat membinanya. Baginda bersabda: “Sesungguhnya Malaikat Jibril menuju ke Kaabah untuk meluruskan kiblat masjid.” 
Diriwayatkan oleh at-Thabrani
Selain itu, masjid ini sangat istimewa kerana keberkatan yang bakal diperoleh jika kita bersolat didalamnya. Perkara ini telah disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi:
 “Sesiapa yang melakukan solat di masjid Quba, maka dia seolah-olah telah melakukan umrah.”
Hadis riwayat Tirmizi
Hadis ini menunjukkan betapa besar pahala dan ganjaran bagi mereka yang menunaikan solat di Masjid Quba, seakan-akan mereka telah melakukan ibadah umrah.
Seni Bina Masjid Quba Masjid Quba yang anda lihat pada masa kini bukanlah binaan asal masjid tersebut. Pada awalnya, masjid ini hanya mempunyai satu ruangan solat dan serambi sahaja, malah, saiz masjid ini juga tidaklah sebesar bangunannya yang sekarang. Masjid pertama ini dulunya dibina atas tanah sebesar 1200 persegi sahaja. Tiang masjid tersebut telah ditegakkan menggunakan batang pohon kurma, manakala atapnya pula dibina menggunakan pelepah pohon kurma yang telah dicampurkan dengan tanah liat. 
Namun begitu, seperti agama Islam yang terus berkembang mengikuti peredaran zaman, masjid ini juga telah banyak berubah. Masjid Quba ini telah melalui beberapa kali proses pembinaan dan pengubahsuaian untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat. Seni bina masjid ini menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden. Masjid ini mempunyai kubah yang besar dan menara yang tinggi, dengan reka bentuk yang indah dan sederhana. 
Di dalam masjid, terdapat ruang solat utama yang luas, dan dindingnya dihiasi dengan seni ukiran dan kaligrafi Arab yang memperindah suasana. Masjid ini juga dilengkapi dengan kemudahan moden untuk memudahkan para jemaah menjalankan ibadah dengan selesa. Di sekeliling masjid pula , terdapat kawasan lapang yang digunakan untuk solat dan aktiviti masyarakat.
Pada zaman sekarang, masjid ini memiliki 19 pintu, termasuk tiga pintu utama. Dua pintu diperuntukkan bagi jemaah lelaki, sementara satu pintu untuk jemaah wanita. Masjid ini dilengkapi dengan enam kubah besar, masing-masing berdiameter 12 meter. Selain itu, terdapat juga 56 kubah kecil dengan diameter enam meter. Kawasan masjid ini berkeluasan 135,000 meter persegi, dengan ruang solat utama seluas 5,035 meter persegi yang mampu menampung hingga 20,000 jemaah.
Fakta Menarik Berikut merupakan antara fakta-fakta menarik berkenaan masjid pertama bagi umat Islam ini, untuk pengetahuan dan makluman anda:
Masjid pertama ini dibina di Kampung Quba yang terletak tiga kilometer dari selatan Madinah.  Masjid ini didirikan di atas sebidang tanah milik keluarga Kalsum bin Hadam dan Kabilah Amru bin Auf.  Batu asas pertama masjid ini diletakkan sendiri oleh Rasulullah S.A.W sebelum diikuti berturut-turut oleh Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman.  Di masjid ini, solat jemaah pertama buat semua umat Islam telah dilakukan.  Pada awalnya, masjid ini hanya terdiri daripada satu ruang solat dan serambi sahaja. Pada mulanya, masjid ini di bina daripada tiang yang dibuat daripada pohon buah kurma dan atap yang dihasilkan dari pelepah pohon tersebut yang bercampur dengan tanah liat. Saidina Umar merupakan khalifah pertama yang mendirikan empat menara masjid ini yang tingginya 47 meter.  Masjid ini pernah mengalami peralihan arah kiblat dari Baitul Maqdis dan kemudiannya ditukar menghadap Baitullah di Mekah. Sumber: Majoriti



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/masjid-quba/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=masjid-quba

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Uhud Sejarah Peperangan Iktibar Buat Umat Islam

Perang Uhud Sejarah Peperangan Iktibar Buat Umat Islam

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 96 hits
Perang Uhud merupakan perang kedua umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad S A W Peperangan ini telah berlaku disebabkan dendam kafir Quraisy yang telah kalah pada peperangan pertama iaitu Pertempuran kedua umat Islam dan kafir Quraisy i...
Mengenal Garbarata Pertama Di Dunia Dan Indonesia Sejarah Inovasi Yang Menghubungkan

Mengenal Garbarata Pertama Di Dunia Dan Indonesia Sejarah Inovasi Yang Menghubungkan

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 101 hits
BloggerBorneo com Dalam dunia transportasi udara garbarata merupakan salah satu fasilitas penting yang tidak hanya meningkatkan kenyamanan penumpang tetapi juga efisiensi operasional bandara Sebagai penghubung antara terminal dan pesawat ga...
Fly High Syaikhul Islam Rangkul Anugerah Pemain Terbaik Puteri Sarah Liyana Bangga Dengan Kejayaan Anak Sulung

Fly High Syaikhul Islam Rangkul Anugerah Pemain Terbaik Puteri Sarah Liyana Bangga Dengan Kejayaan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 101 hits
Pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana berkongsi kegembiraan dan rasa bangganya terhadap kejayaan anak sulungnya Syaikhul Islam melalui Instagram Story miliknya Dalam perkongsian tersebut Puteri Sarah memuat naik beberapa gambar yang merakam ...
Ronaldo Ada Hajat Memeluk Islam Kata Bekas Penjaga Gol Al Nassr Waleed Abdullah

Ronaldo Ada Hajat Memeluk Islam Kata Bekas Penjaga Gol Al Nassr Waleed Abdullah

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 106 hits
AgensiRONALDO menyerlah di Arab Saudi bersama Al Nassr FOTO ReutersRiyadh Bekas penjaga gol Al Nassr Waleed Abdullah membuat kenyataan mengejutkan bahawa bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo memikirkan untuk memeluk agama Islam Ket...
Abdullah Bin Al Za Bari Dari Lawan Jadi Penyair Islam

Abdullah Bin Al Za Bari Dari Lawan Jadi Penyair Islam

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 177 hits
Banyak orang yang dulunya menentang dakwah kemudian berbalik menjadi pendukungnya Ada yang segera ada yang membutuhkan waktu lama Abdullah bin al Za bari adalah salah satunya Lahir dari suku Quraisy keturunan Bani Sahmi Ibnu al Za bari adal...
Tarikh Penting Islam Tahun 2025

Tarikh Penting Islam Tahun 2025

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 240 hits
Tarikh penting dalam Islam tahun 202527 01 2025 Israk Mikraj02 03 2025 Awal Ramadan 18 03 2025 Nuzul alQuran31 03 2025 Hari Raya Puasa29 05 2025 Awal Zulhijjah07 06 2025 Hari Raya Korban27 06 2025 Awal Muharam Maal Hijrah05 09 2025 Maulidur...
Hukum Mengunjungi Al Ula Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Wisatawan Muslim

Hukum Mengunjungi Al Ula Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Wisatawan Muslim

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 158 hits
Al Ula wilayah bersejarah di Arab Saudi menawarkan keindahan alam dan situs budaya yang kaya Namun bagaimana hukum mengunjungi tempat ini menurut Islam Temukan panduan Islami pelajaran sejarah dan tempat tempat aman yang dapat dikunjungi di...
Lirik Lagu Nirmala Noh Salleh

Pengertian Ilmu Kalam Sejarah Sumber Manfaat

First Time Di Aurum Theater Trx

Tangkasnet Slots And Big Wins Await You On 389sport

Hamzah Gets Taste Of Sabah S Woes Says Change In State Govt A Must

15 Foto Barang Yang Ada Dalam Beg Tangan Wanita Mengikut Kerjaya Mereka

How To Stay Positive And Manage Anxiety During Exam Season

Jjcm Kuching Day 3 Supper Di Rooftop


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Wanita Ditahan Kerana Memandu Secara Bahaya Cuba Langgar Polis

Pemandu Ditelan Lubang Benam Penuh Air

Nightlife Unplugged Discover Da Nang S Hidden Gems

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters