Perang Uhud Sejarah Peperangan Iktibar Buat Umat Islam


Perang Uhud merupakan perang kedua umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Peperangan ini telah berlaku disebabkan dendam kafir Quraisy, yang telah kalah pada peperangan pertama, iaitu Perang Badar.
Pertempuran kedua umat Islam dan kafir Quraisy ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun 625 Masihi, dengan umat Islam diketuai Rasulullah S.A.W. dan orang kafir Quraisy dipimpin Abu Sufyan.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang peperangan kedua umat Islam ini dan iktibar yang boleh anda peroleh daripadanya, pastikan anda bersama artikel ini sehingga ke penghujung.
Sejarah Perang Uhud Untuk pengetahuan anda, perang Uhud ini merupakan peperangan yang terjadi akibat dendam orang kafir Quraisy yang telah kalah dalam peperangan Badar. Ramai pemimpin mereka terkorban dalam peperangan tersebut dan ia menjadi satu , dan amparan besar buat mereka.
Oleh itu, kaum kafir Quraisy ini telah merancang serangan besar-besaran terhadap umat Islam di Madinah. Serangan yang berlaku pada tahun ketiga hijrah ini telah berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud, dan daripada nama kawasan itulah nama peperangan ini diberi.
Bukit Uhud Pada awalnya, pasukan Islam berjaya mendominasi pertempuran dalam Perang Uhud ini. Tentera Quraisy menjadi kucar-kacir, dan banyak di antara mereka melarikan diri meninggalkan medan perang. Namun, kemenangan awal ini menyebabkan sebahagian pemanah tergoda oleh harta rampasan perang dan melanggar pesanan Rasulullah S.A.W. yang menyuruh mereka agar jangan tinggalkan posisi mereka walau apa pun berlaku.

Kesempatan ini dimanfaatkan oleh Khalid bin Walid, yang ketika itu masih belum memeluk Islam, untuk memimpin pasukan berkuda Quraisy menyerang dari arah belakang. Serangan ini mengejutkan pasukan Islam dan membalikkan situasi, menyebabkan kekalahan yang besar kepada mereka.
Peperangan ini telah mengorbankan kira-kira 70 orang tentera Islam dan 23 orang tentera kafir Quraisy. Namun, kematian yang paling menyayat hati Rasulullah S.A.W, adalah kematian pak ciknya sendiri iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib (Singa Allah) yang telah mati dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi.
Jumlah Tentera Berbeza dengan peperangan Badar, yang jumlah tenteranya boleh dikatakan sedikit, Perang Uhud ini mengumpulkan lebih banyak tentera daripada kedua-dua belah pihak. Abu Sufyan ibni Harb yang merupakan ketua bagi kaum kafir Quraisy, telah berjaya mengumpulkan 3000 orang tentera mereka. Manakala, Rasulullah S.A.W telah mengumpulkan hampir 1000 umat Islam bagi peperangan ini.
Namun begitu, dari 1000 orang yang dikumpul oleh Rasulullah ini, 300 daripadanya telah menarik diri, menjadikan askar umat Islam yang berperang hanya tinggal 700 orang sahaja. Perkara ini berlaku kerana 300 orang tersebut termakan dengan kata-kata khianat Abdullah bin Ubay yang mempersoalkan kewibawaan Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin umat Islam.
Pengajaran dari Perang Uhud Banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil dari Perang Uhud ini. Antara pengajaran tersebut ialah:
Menjauhi Sifat Tamak: Tamak kepada harta menyebabkan kekalahan umat Islam dalam peperangan Uhud ini. Kehebatan Wanita: Peranan wanita seperti Nasibah Ummu ‘Amarah menunjukkan wanita boleh menyumbang dalam mempertahankan Islam dan dakwah. Kesabaran dalam Ujian: Kekalahan ini menguatkan lagi iman dan kesabaran umat Islam. Ia juga menjadi ujian yang membersihkan jiwa mereka dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Strategi dan Kepimpinan: Rasulullah SAW menunjukkan kepantasan dan kebijaksanaan dalam strategi peperangan, menekankan peranan ulama sebagai pewaris nabi dalam dakwah dan pentadbiran. Kesatuan Umat: Perpecahan kecil seperti yang berlaku di kalangan pasukan pemanah di Uhud membawa kesan buruk. Kesepakatan amat penting untuk kekuatan umat. Keberanian Pemimpin: Keberanian Rasulullah SAW di barisan hadapan memberi semangat kepada tentera Islam, menunjukkan pemimpin perlu berani dan teguh pendirian. Kepatuhan kepada Pemimpin: Kekalahan ini menjadi pengajaran betapa pentingnya mematuhi arahan pemimpin, terutama dalam situasi genting. Kealpaan beberapa pemanah menjadi punca utama kekalahan pasukan Islam. Menghormati Pemimpin: Keselamatan pemimpin adalah penting untuk kesinambungan perjuangan dan kejayaan dakwah Islam. Pengajaran dan iktibar yang dibawa dari kisah Perang Uhud ini perlu kita ambil serius. Hal ini kerana, dengan mengambil iktibar daripada peperangan inilah dapat kita elakkan daripada ia berlaku sekali lagi.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan KL


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/perang-uhud/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perang-uhud

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 123 hits
Hari Arafah adalah hari yang dinanti nantikan oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia yang jatuh pada 9hb Zulhijjah setiap tahun Ia merupakan hari penentuan bagi setiap jemaah haji melengkapkan rukun penting dalam pekerjaan ibadah haji Hari...
Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 141 hits
Daripada Tsauban r a beliau berkata Rasulullah SAW bersabda Hampir tiba suatu waktu di mana bangsa bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka Maka salah seorang sahaba...
Perang Badar Peperangan Pertama Pimpinan Rasulullah S A W

Perang Badar Peperangan Pertama Pimpinan Rasulullah S A W

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 153 hits
Tahukah anda Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun ke 2 Hijrah merupakan perang pertama umat Islam yang diketuai Rasulullah S A W dalam menentang kaum Quraisy Mekah Pertempuran ini dinamakan sempena lokasi berlakunya peperangan te...
Malaysia Zahir Komitmen Bantu Pembangunan Umat Islam Di Peru

Malaysia Zahir Komitmen Bantu Pembangunan Umat Islam Di Peru

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 117 hits
Md ZanSat 16 November 2024Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan bersama Persatuan Islam Peru pimpinan Murad Hamida di Lima sempena lawatan rasmi ke Amerika Latin dan Mesyuarat Pemimpi...
Para Mujahid Pengobar Perang Sabil Jawa Harus Dipisahkan Dari Islam

Para Mujahid Pengobar Perang Sabil Jawa Harus Dipisahkan Dari Islam

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 104 hits
BloggerBorneo com Perintah yang jelas dan tegas di masa kolonial itu lalu diimplementasikan dalam karya karya literatur yang nantinya menjadi rujukan utama penulisan sejarah Jawa Dimulai oleh Thomas Raffles dengan bukunya History of Jawa La...
Didapati Peniaga Bukan Islam Salah Guna Simbol Islam Kerajaan Akan Denda Rm1 Juta Atau Penjara 3 Tahun

Didapati Peniaga Bukan Islam Salah Guna Simbol Islam Kerajaan Akan Denda Rm1 Juta Atau Penjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 111 hits
Melalui laporan Malay Mail kini peniaga bukan Islam di dalam pengawasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas diberi amaran susulan salahguna simbol Islam untuk kaburi mata pelanggan Peniaga bukan Islam dilarang gu...
Tengku Ampuan Pahang Kembali Bergelar Mahasiswa Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tengku Ampuan Pahang Kembali Bergelar Mahasiswa Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 108 hits
SHAH ALAM Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi berita gembira bahawa baginda kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Perkongsian tersebut dibuat menerusi akaun rasmi TikTo...
Melampau Mendewakan Pemimpin Jika Disanggah Ia Akan Akan Dianggap Menghina Ulamak Dan Membenci Islam

Melampau Mendewakan Pemimpin Jika Disanggah Ia Akan Akan Dianggap Menghina Ulamak Dan Membenci Islam

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 91 hits
Angkat seseorang ke tahap dewa sampai tak boleh disanggah Pedas teguran Mohd NakhaieSITI NUR ZAWANIBekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia buat kesekian kalinya memberi teguran kepada segelintir individu yang mengagungkan pemim...
Bank Islam Aplikasi Perbankan Internet Baharu Netizen Sindir Kalau Slow Tak Nak Install

Bank Islam Aplikasi Perbankan Internet Baharu Netizen Sindir Kalau Slow Tak Nak Install

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 207 hits
Bank Islam hari ini melancarkan aplikasi dan laman web perbankan yang serba baharu Dengan menggunakan penjenamaan BIMB menurut laporan Astro Awani Pengguna Bank Islam kini boleh memuat turun aplikasi BIMB di peranti iPhone dan Android serta...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab