Masjid Putrajaya Latar Belakang Dan Keindahan Seni Bina


Keindahan Masjid Putrajaya tidak perlu disangkal lagi. Seni bina masjid serba merah jambu dengan konsep reka bentuk Parsi ini mampu memukau setiap pengunjung yang datang.
Lokasi masjid yang terletak di pinggir tasik Putrajaya seakan menambah lagi seri panorama masjid yang sudah berdiri selama hampir 25 tahun ini.
Ia sekaligus menjadi salah satu mercu tanda terkenal dan lokasi wajib buat pelancong yang datang ke Putrajaya.
Sumber : IIUM Conference Latar Belakang Diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, masjid ini dinamakan Masjid Putra bagi mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Alhmarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Ia dibina pada 15 Mac 1996 iaitu ketika bermulanya pembangunan fasa pertama pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
Masjid Putra Putrajaya dirasmikan dan dibuka kepada orang ramai pada 30 Ogos 2000.
Tidak hanya berlatar belakangkan panorama taman dan tasik yang indah, malah lokasinya yang terletak di tengah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan menjadikan ia sebagai mercu kegemilangan sebuah bangsa Merdeka dan sebuah negara berdaulat yang mengangkat Islam sebagai pencetus kejayaan ummah.
Masjid yang terletak bersebelahan Kompleks Perdana Menteri ini juga kelihatan terapung di permukaan tasik kerana kedudukannya yang unik di pinggir tasik Putrajaya.  
Seni Bina dan Struktur Masjid Putrajaya Diperbuat daripada batu granit berwarna merah jambu, keseluruhan pembinaan masjid ini berkonsepkan reka bentuk seni bina Parsi zaman Kerajaan Safawi yang digabungkan dengan ciri-ciri moden dan kontemporari.
Sementara itu, unsur seni bina tradisional turut dikekalkan sebagai penghubung reka bentuk segi empat dewan solat kepada bentuk bulat yang terdapat di kubah utama dengan memperkenalkan segi lapan sebagai bentuk perantaraannya.
Pengunjung yang baru tiba di masjid akan disambut dengan pintu gerbang indah yang bercirikan seni bina Isvahan.
Di bahagian hadapan pula terdapat halaman yang terbuka luas atas Sahn yang memusahkan pintu masuk dengan ruang solat utama Masjid Putrajaya.
Pengunjung pasti akan terkesima dengan keindahan halaman yang dihiasi dengan pohon palma dan kolam yang airnya mengalir sepanjang masa.
Di sebelah kiri pintu gerbang, terdapat sebuah menara setinggi 116 meter yang berbentuk Bintang lapan penjuru.
Menara ini mempunyai lima tingkat pembahagi yang melambangkan lima rukun Islam dan solat lima waktu.
Kubah utama mempunyai reka bentuk berasaskan Arabes iaitu ukiran bermotifkan tumbuh-tumbuhan seperti yang didapati pada kebanyakan kubah masjid di Mesir.
Terdapat juga lapan buah kubah kecil dengan reka bentuk yang sama di empat penjuru masjid.
Masjid ini terbahagi kepada empat  aras iaitu Aras Satu, Aras Bawah, Aras Bawah Satu dan Aras Bawah Dua.
Aras Satu menempatkan dewan solat utama bagi jemaah wanita. Aras Bawah pula merupakan kawasan terpenting Masjid Putra sebagai lokasi dewan solat utama.
Selain ukiran mimbar dan kubah yang menggabungkan seni khat dan bentuk gemoteri, salah satu keunikan ruang solat di bahagian utama ini adalah sistem aliran udara yang bersumberkan air dari tasik.
Ia disalurkan ke dewan utama melalui ruang udara di sudut bawah tiang utama masjid sehingga mampu mendinginkan suasana di dalam dewan masjid.
Sumber : Anwar Ibrahim (X) Pada masa yang sama, Masjid Putra turut menggunakan konsep terbuka bagi membolehkan udara segar dari tasik masuk ke kawasan masjid secara semulajadi.
Aras Bawah Satu pula menempatkan kemudahan seperti  tempat berwuduk, auditorium serbaguna yang lengkap dengan alat audiovisual terkini dan dewan makan.
Selain itu, ia turut menempatkan tiga buah bilik kuliah yang sederhana besarnya.
Sementara itu, Aras Bawah Dua menjadi penghubung utama kepada pejalan kaki untuk menikmati keindahan sekitar tasik berhampiran Masjid Putrajaya.
Keempat-empat aras ini dihubungkan oleh rangkaian tangga yang bermula dari tempat wuduk utama serta dua buah lif di kiri dan kanan pintu dewan solat utama.
Fakta Menarik Setiap hari, masjid ini menerima kira-kira 2,000 pengunjung termasuk pelancong dari luar negara.
Dewan solat utama boleh menampung 8,00 jemaah dan Aras Satu pula boleh menampung 2,000 jemaah.  
Bahagian Sahn atau halaman masjid boleh menempatkan seramai 5,000 orang jemaah.
Auditorium Masjid Putrajaya boleh memuatkan sehingga 400 orang dan dewan makan pula boleh menampung lebih 700 orang.
Kedudukan Masjid Putra yang berada di tengah-tengah pusat pentadbiran menjadikan ia lokasi yang wajib disinggahi semua pelancong yang berada di Putrajaya.
Selain berfungsi sebagai pusat ibadah, ia turut menawarkan pelbagai kemudahan dan terbuka kepada semua termasuk yang bukan Islam untuk mempelajari serba sedikit tentang agama Islam.
Halamannya yang luas dan indah juga boleh dikunjungi sebagai tempat untuk berehat dan bersiar-siar bersama keluarga dan rakan.
Sumber : Facebook Masjid Putra Putrajaya, masjidputra.gov.my, Tourism Malaysia
Baca Juga : Masjid Selat Melaka : Latar Belakang dan Fakta Menarik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/masjid-putrajaya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=masjid-putrajaya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 220 hits
Masjid Sri Sendayan yang terletak di Negeri Sembilan merupakan sebuah pusat Ibadah yang terkenal di Malaysia Ia merupakan salah satu tarikan pelancong di negeri tersebut terutama dalam kalangan pelancong beragama Islam Masjid yang telah sia...
10 Negara Terkecil Di Dunia Saiz Geografi Dan Latar Belakang

10 Negara Terkecil Di Dunia Saiz Geografi Dan Latar Belakang

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 408 hits
Jika dibandingkan saiz negara Singapura dengan Malaysia negara Singapura saiznya cukup kecil sekali namun tahukah anda apakah 10 negara terkecil di dunia Jangan terkejut apabila melihat senarai ini anda kesemuanya jauh lebih kecil daripada ...
Terdapat Ruang Di Belakang Rumah Boleh Buat Dapur Basah Macam Ni Cantik

Terdapat Ruang Di Belakang Rumah Boleh Buat Dapur Basah Macam Ni Cantik

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 150 hits
Ada tanah lebih di belakang rumah boleh buat tambahan untuk dapur basah seperti ini Cantik kan Ada tanah lebih belakang rumah boleh extend buat dapur basah macam ni Cantik The post appeared first on
Pay Rm1 27bil Army Camp Land Premium In Instalments Ns Tells Putrajaya

Pay Rm1 27bil Army Camp Land Premium In Instalments Ns Tells Putrajaya

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 212 hits
Menteri besar Aminuddin Harun said Negeri Sembilan had agreed to exclude the 2 737ha military firing ground area at the Syed Sirajuddin Camp reducing the premium payable by Putrajaya to RM1 27 billion SEREMBAN Negeri Sembilan is prepared to...
Movie Jangan Pandang Belakang 2

Movie Jangan Pandang Belakang 2

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 118 hits
Jangan Pandang Belakang 2Selepas 17 tahun menggegarkan tanah air filem seram ikonik kini kembali menghantui layar perak Jangan Pandang Belakang 2 Aku Tahu Asal Usulmu sebuah kisah seram arahan Pierre Andre ini menampilkan barisan pelakon he...
Terbongkar Sudah Siapa Di Belakang Wanita Yang Bising Isu Kampung Sungai Baru

Terbongkar Sudah Siapa Di Belakang Wanita Yang Bising Isu Kampung Sungai Baru

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 155 hits
HarapandailySeorang wanita yang sebelum ini tular lantaran menyebarkan kepalsuan isu Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur akhirnya terbongkar siapa dalang di belakangnya Dia yang pernah berlakon dan bernyanyi itu didapati mengambil bahagian ...
Wisata Raja Ampat Yang Memukau Dengan Keindahan Biota Laut Yang Kaya

Wisata Raja Ampat Yang Memukau Dengan Keindahan Biota Laut Yang Kaya

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 174 hits
Siapa sih yang nggak kenal Raja Ampat Papua Ya tempat ini memang sudah sangat popular dan kerap menjadi lokasi shooting acara acara TV hingga film layer lebar Ini tak lain karena daya tarik wisata Raja Ampat Bagai magnet bagi para wisatawan...
Who Would Be Eligible For Ron95 Subsidy Putrajaya Says It Depends On Size Of Households And Number Of Cars

Who Would Be Eligible For Ron95 Subsidy Putrajaya Says It Depends On Size Of Households And Number Of Cars

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 210 hits
Deputy Domestic Trade and Cost of Living Minister Fuziah Salleh speaks in the Dewan Rakyat Bernama picKUALA LUMPUR Nov 18 Putrajaya said today that a Malaysian s eligibility for RON95 subsidy will among others be determined by the size of h...
Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya

Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 418 hits
Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni Budaya Isu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kembali menjadi perbualan hangat di kalangan ahli politik dak rakyat di negara ini Walau pun kedudukan Bahasa Melayu sebagai baha...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Fuel Prices Remain Unchanged

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Nasi Tomato Salam

Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang Bertema Seni Citarasa Ramadan Hidangan 1001 Rasa

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

Video Tular Bukan Lebuh Raya Baru China Ke Pakistan

Umrahgo Bantu Bakal Jemaah Dapatkan Pakej Umrah Selamat

Boh Perkenal Teh Edisi Istimewa Limited Edition Emerald Blend