Masjid Nusantara Akihabara


CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI PERTAMA - RABU, 4 DISEMBER 2024
Jemput baca catatan terdahulu —> Kad IC Suica dan Menikmati Ramen Pertama di Nikoniko Mazemen, Akihabara.
Selesai menikmati hidangan di Nikoniko Mazemen, kami menuju ke Masjid Nusantara yang terletak di seberang jalan untuk aktiviti ziarah masjid dan menunaikan solat jamak. Ketika ini, masuk waktu solat Zohor pada pukul 11.31 pagi dan Asar pada pukul 2.09 petang

[Info] Masjid Nusantara mula beroperasi pada tahun 2019. Operasi masjid ini digerakkan oleh sekumpulan sukarelawan warga Indonesia yang menetap di Jepun. (Sumber : visit-chiyoda.tokyo) 
Masjid Nusantara terletak di bangunan tempat kami duduk menunggu giliran masuk restoran. Terdapat sebuah papan tanda masjid - Masjid Nusantara Akihabara.
Mulanya keliru juga, mana satu pintu masuk ke masjid? Kami ikut panduan anak panah pada papan tanda masjid - menuju ke bahagian sisi bangunan

Di sinilah pintu masuk menuju ke Masjid Nusantara yang terletak di aras 5, Yamaume Building.
Kami naik lif dan keluar di aras 4 - ruang solat muslimah, dari situ Encik Suami mendaki anak tangga untuk ke ruang solat lelaki di aras 5.
Semasa kami keluar lif, seorang lelaki muda berwajah Jepun menyapa kami dalam bahasa Indonesia. Lelaki tersebut menunjukkan pintu ke ruang solat muslimah - pintu sebelah kiri sebaik melangkah keluar dari lif.
Sebelum masuk, perlu buka kasut. Tak boleh bawa ke dalam, ia bertujuan menjaga kebersihan sebab ruangan yang ada sangat terhad

Sebaik membuka pintu, kita akan terus nampak singki begini. Inilah tempat berwuduk. Ketika inilah kita perlu betul-betul amalkan cara berwuduk dengan aliran air paip yang kecil dan melakukan gerakan perlahan - supaya kurang percikan air di sekitar kawasan

Di sini juga terdapat sebuah tandas yang terletak berhampiran tempat berwuduk

Inilah ruang solat muslimah. Terdapat sebuah skrin besar di bahagian hadapan yang memaparkan ruang solat lelaki - tempat imam dan saf pertama. Tentunya untuk kegunaan ketika solat fardu berjemaah. Kami sampai di sini  kira-kira pukul 12.30 tengah hari, di luar waktu solat fardu berjemaah

Telekung dan sejadah juga disediakan, tapi saya lebih selesa pakai kepunyaan sendiri. Saya bawa telekung jenis ringan dan sejadah nipis yang sesuai untuk bermusafir. Tuala kecil dan tisu pun saya bawa sendiri, lepas berwuduk lap kering bahagian anggota wuduk supaya telekung tak jadi lembab dan berbau tak sedap

Sudut bahagian belakang ruang solat muslimah. Siap ada hiasan bergantungan. Juga ada kamera CCTV di sini - satu di hadapan dan satu di belakang. Pandai-pandailah kita jaga aurat dan jaga kelakuan ya

Sudut untuk pengunjung mencoret sesuatu. Kira macam guest book. Rata-rata pengunjung yang mencoret di sini datang dari Malaysia dan Indonesia

Buku surah Yasin dan naskhah al-Quran

Alhamdulillah saya berkesempatan ke masjid ini bagi menyaksikan sendiri perkembangan agama Islam di Jepun - sebuah negara dengan agama utama penduduknya Shinto dan Buddha. Selain Masjid Nusantara, kami juga berpeluang ziarah ke tiga buah masjid lain

Seronok dan senang hati bila jumpa masjid di tempat asing, terasa bagai ada saudara di sini. Saya juga sangat kagum dengan kesungguhan mereka yang mendirikan rumah Allah di Jepun - khususnya para sukarelawan warga Indonesia yang telah berusaha membangunkan Masjid Nusantara. Bersama-sama kita gunakan kemudahan yang disediakan ini dengan baik dan hulurkan sumbangan ke dalam tabung masjid









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/02/masjid-nusantara-akihabara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Van Jenazah Hilang Bersama Keranda Pihak Masjid Lapor Polis

Van Jenazah Hilang Bersama Keranda Pihak Masjid Lapor Polis

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 191 hits
Bukan kenderaan mewah tetapi van jenazah yang amat diperlukan untuk urusan pengebumian dilaporkan hilang Van jenazah jenis Toyota Hiace berwarna putih milik Masjid Al Ubudiah di Teluk Gong Selangor itu disedari tidak berada di tempatnya sej...
Ke Bazaar Masjid Negara Lagi Makan Nasi Kukus

Ke Bazaar Masjid Negara Lagi Makan Nasi Kukus

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum SA ikut budak budak ni pi Masjid Negara lagi nasib x panas sangat tapi sebab berjalan kan so panas berpeluh2 ye la berjalan dari LRT Pasar Seni ke Masjid Negara turun tangga naik tangga dan ikut laluan bawah keluar ke susur ...
Remaja Ditahan Di Belgium Kerana Rancang Serang Masjid

Remaja Ditahan Di Belgium Kerana Rancang Serang Masjid

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 148 hits
BHarianonline nbsp BRUSSELS Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki mempunyai pandangan pelampau kanan ditahan pada Khamis di Brussels kerana didakwa merancang serangan pengganas terhadap sebuah masjid kata pihak berkuasa Suspek...
Jumaat Di Masjid Dengkil

Jumaat Di Masjid Dengkil

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 136 hits
Alhamdulillah hari ini menunaikan solat Jumaat di UiTM Dengkil Setelah hampir dua minggu berkelana membawa misi negara di beberapa negara kerinduan terubat saat disapa dan disambut anak anak mahasiswa yang menuntut di sini Saya titip pesan ...
Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 212 hits
Lokasi Masjid Seksyen 7 Shah Alam Alamat Jalan Kristal 7 70 Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor Waktu Operasi Tidak diketahui Tarikh Lawatan 19 Januari 2025 Masjid Seksyen 7 Shah Alam menjadi lokasi persinggahan tunggal pada hari ini selepas...
Iftar 2025 Dengan Flavours Of Nusantara Legoland Johor

Iftar 2025 Dengan Flavours Of Nusantara Legoland Johor

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 327 hits
Iftar 2025 dengan Flavours of Nusantara Legoland Johor Jom beriftar di Legoland Tempatnya selesa dan ceria suasananya Dah nama pun Lego kan Berwarna warni and dekat meja pun ada kertas aktiviti yang disediakan jika ada kanak kanak ingin mew...
Kad Ic Suica Dan Menikmati Ramen Pertama Di Nikoniko Mazemen Akihabara

Kad Ic Suica Dan Menikmati Ramen Pertama Di Nikoniko Mazemen Akihabara

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 349 hits
CATATAN TRIP KE JEPUN HARI PERTAMA RABU 4 DISEMBER 2024Jemput baca catatan terdahulu Selesai urusan simpan bagasi di Art Hotel Lungwood kami kembali ke Nippori Station Semasa berjalan kaki dari stesen ke hotel tadi kami perasan ada pintu ke...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 292 hits
nbsp BUFET RAMADAN TUNAMAYA BEACH amp SPA RESORT DESARU Kali ni kekda nak war warkan dekat korang Buffet Ramadhan di Tunamaya Beach amp Spa Resort yang terletak di Desaru Kota Tinggi Untuk korang yang nak mencari kelainan berbuka puasa deng...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laksa Penang Cikna Di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda