Masjid Kristal Keunikan Dan Fakta Menarik


Masjid Kristal menjadi salah satu mercu tanda ikonik bagi negeri Terengganu. Reka bentuknya yang unik menjadikan ia antara lokasi yang wajib dikunjungi pelancong.
Terletak di tebing Sungai Terengganu, Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, masjid yang dibangunkan menggunakan kaca dan keluli ini mencuri tumpuan ramai melalui seni binanya yang luar biasa.
Selain mempunyai reka bentuk yang indah, masjid ini juga pernah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia dan diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia.
Sumber : SinarPlus Reka Bentuk Masjid Kristal Dengan berdirinya masjid ini, ia turut menjadi contoh bagaimana seni bina Islam dapat diintegrasikan bersama keindahan semula jadi dan keunikan budaya tempatan.
Masjid Kristal mendapat namanya melalui seni binanya yang diperbuat daripada kaca dan keluli. Masjid ini dibina dengan ciri-ciri unsur Moor sambil memadukan elemen-elemen tradisional.
Pengunjung juga turut mengagumi seni bina masjid ini kerana walaupun ia diperbuat daripada kaca dan cahaya matahari boleh memasuki ruang solat, ia tidak menyebabkan jemaah dalam masjid berasa panas.
Pada masa yang sama, masjid ini juga tidak mempuyai tingkap dan hanya dilengkapi dengan 15 pintu masuk termasuk satu pintu utama. Bagi memberi keselesaan kepada pengunjung, masjid ini dilengkapi dengan alat pendingin hawa.
Berlatarkan Taman Tamadun Islam dan menghadap Laut China Selatan, masjid ini juga direka agar serasi dengan alam semula jadi sekitarnya.
Sumber : Amazing Terengganu Permukaan luar masjid akan berkilau bak kristal apabila disinari cahaya matahari. Ini sekaligus mencipta pemandangan memukau yang sangat indah dan tidak boleh ditemui di masjid lain di Malaysia.
Pada waktu malam, keindahan masjid ini turut diserlahkan dengan sistem pencahayaan menarik menggunakan lampu diod pancaran cahaya (LED) yang berwarna warni.
Sumber : Amazing Terengganu Perasmian Masjid kebanggaan rakyat Terengganu ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Februari 2008.
Majlis perasmian bagi masjid ini turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, iaitu Tuanku Mizal Zainal Abidin bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Fungsi dan Fasiliti Pelancong beragama Islam juga boleh merasai pengalaman berbeza menunaikan solat dengan suasana masjid yang unik di dewan solat berbentuk segi empat.
Tak hanya menjadi pusat ibadah bagi umat Islam setempat, malah masjid yang indah ini juga berperanan sebagai pusat persembahan budaya dan pendidikan.
Masjid ini sering mengadakan pameran seni, persembahan kebudayaan serta program pendidikan bagi warga setempat dan pelancong.
Sumber : Remaja Fakta Menarik Masjid ini dibina dengan kos RM 22 juta dan mempunyai 51 kubah dan empat menara. Berkeluasan 2,146 meter persegi, masjid ini boleh memuatkan sehingga 700 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini turut diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia. Dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan jalur lebar tanpa wayar (WiFi), pengunjung berpeluang untuk menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik. Masjid ini pernah ditutup selama 4 tahun bermula 2018 hingga 2022 untuk kerja-kerja baikpulih. Kesimpulannya, Masjid Kristal bukan sahaja menjadi pusat ibadah yang penting buat masyarakat setempat, malah ia turut menjadi salah satu tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara.
Dengan keindahan dan nilai-nilai seni keagamaan yang tersergam indah melalui seni bina unik, Masjid Kristal kekal menjadi salah satu mercu tanda seni bina yang terkemuka di Malaysia.
Sumber : Discovery Terengganu, Facebook Amazing Terengganu, SinarPlus, Remaja, Harian Metro
Baca Juga : Masjid Sri Sendayan : Keindahan & Keunikan Seni Bina Masjid


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/masjid-kristal/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=masjid-kristal

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ummi Nazeera Biodata Perkembangan Kerjaya Fakta Menarik

Ummi Nazeera Biodata Perkembangan Kerjaya Fakta Menarik

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 175 hits
Dalam dunia hiburan tanah air nama Ummi Nazeera bukan lagi sesuatu yang asing terutamanya bagi peminatnya yang menggemari lakonannya Pelakon berbakat ini telah mencuri perhatian penonton dengan bakat lakonan yang mengagumkan dan personaliti...
Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 248 hits
Masjid Sri Sendayan yang terletak di Negeri Sembilan merupakan sebuah pusat Ibadah yang terkenal di Malaysia Ia merupakan salah satu tarikan pelancong di negeri tersebut terutama dalam kalangan pelancong beragama Islam Masjid yang telah sia...
Highlight Sgcc2024 Ini Fakta Menarik Korang Kena Tahu

Highlight Sgcc2024 Ini Fakta Menarik Korang Kena Tahu

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 172 hits
Untuk tegar peminat komik yang masih tak tahu Singapore Comic Con 2024 bakal kembali Kali ini ada lebih daripada 400 pempamer dan 480 terlibat Semuanya bakal berlangsung di ruang 200 000 kaki persegi pada 7 dan 8 Disember di Marina Bay Sand...
Kesilapan Fakta Yang Fatal Tapi Kita Tahu Walaun Gagal Menghafal Fakta Hatta Di Sekolah

Kesilapan Fakta Yang Fatal Tapi Kita Tahu Walaun Gagal Menghafal Fakta Hatta Di Sekolah

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 919 hits
Kesilapan fakta yang Betul Covid 19 melanda ketika PH1 0 baru ambil alih kerajaan Tapi pada ketika itu pandemik itu Ada 13 hari tanpa kes sbaru ebelum Sebelum apa Sebelum Apabila Langkab Sheraton berlaku Mahathir maka parlimen pun Pada keti...
Kisah Walaun Mainkan Isu Kita Baca Fakta

Kisah Walaun Mainkan Isu Kita Baca Fakta

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 119 hits
Ini isu yang sedang hangat dimainkan oleh walaun dan lebai Kononnya DS Anwar Susah bila manusia ni Ambil contoh begini Ada seorang kaki buli dekat sekolah Kaki buli ni pula Untuk lawan kaki buli ni pula kita daripada Ketua Pengawas tersebut...
Setpol Anwar Bidas Bersih Gopoh Dangkal Beri Gred Tanpa Fakta

Setpol Anwar Bidas Bersih Gopoh Dangkal Beri Gred Tanpa Fakta

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 156 hits
Muhammad Kamil Abdul Munim berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan sentiasa terbuka menerima kritikan bertanggungjawab PETALING JAYA Seorang pegawai Anwar Ibrahim menegaskan pemberian gred kepada kerajaan pusat dengan mengetepika...
Fakta Atau Auta Bolehkah Anda Mendapat Terlalu Banyak Vitamin D Dari Sinar Matahari

Fakta Atau Auta Bolehkah Anda Mendapat Terlalu Banyak Vitamin D Dari Sinar Matahari

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 182 hits
Oleh Connie Johnny Dr Nor Aini binti Jamil Pelajar Sarjana Pemakanan Klinikal Universiti Kebangsaan Malaysia Pensyarah kanan Program Dietetik dan Pusat Kajian Kesihatan Komuniti Fakulti Sains Kesihatan UKM Vitamin D juga dikenali sebagai vi...
7 Content Creator Tiktok Kongsi Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kelantan

7 Content Creator Tiktok Kongsi Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kelantan

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 319 hits
10 Content Creator Di Tiktok Kongsi Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kelantan Artikel untuk kali ini khas buat korang yang tinggal di Kelantan dan korang yang datang bercuti di negeri Kelantan tapi tak tahu nak makan dekat mana Salah satu s...
Jerai Geopark Kedah Apa Yang Menarik Di Padang Tok Sheikh Estuari Sungai Merbok

Jerai Geopark Kedah Apa Yang Menarik Di Padang Tok Sheikh Estuari Sungai Merbok

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 396 hits
Jerai Geopark Kedah Apa Yang Menarik Di Padang Tok Sheikh Estuari Sungai Merbok Dari Pulau Pinang kami terus naik ke Jerai Hill Resort di Gunung Jerai Sejuk oih nyaman Aku suka suasana di sini dengan pokok bunga berwarna warni Waktu tu pela...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Potong Cake Birthday

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home

Warga Emas Maut Tertusuk Bilah Forklift

Jiwa Tersenyum Tapi Hati Berkeping Keping

Guan Eng Ingatkan Anwar Dap Rakan Setia Tapi Bukan Yes Man