Setpol Anwar Bidas Bersih Gopoh Dangkal Beri Gred Tanpa Fakta


 
Muhammad Kamil Abdul Munim berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan sentiasa terbuka menerima kritikan bertanggungjawab. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang pegawai Anwar Ibrahim menegaskan pemberian gred kepada kerajaan pusat dengan mengetepikan fakta dan kedudukan terkini sebagai kenyataan gopoh dan dangkal.
Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata semua pihak harus belajar daripada pengalaman lalu dengan sebarang perubahan harus dilaksanakan secara bijaksana, tidak gopoh dan mengikut keutamaan berdasarkan konteks serta keadaan semasa.
“Perdana menteri (Anwar) dan kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan serta kritikan yang bertanggungjawab.
“Sebarang kenyataan dan skema penggredan mengenepikan fakta serta kedudukan terkini dilihat sebagai kenyataan yang agak gopoh dan dangkal,” katanya di X.
Semalam, Bersih menilai kerajaan perpaduan dengan gred ‘D’ mengambil kira prestasi sejak dua tahun pembentukannya, selain meletakkan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri terbaik sejak 2009.
Pengerusi Faisal Abdul Aziz berkata, gred diterima kerajaan perpaduan mencerminkan kemajuan terhad melaksanakan reformasi, serta jurang antara retorik dan tindakan.
Menurut Bersih, ketiadaan reformasi yang ketara bawah pentadbiran Anwar sesuatu membingungkan, memandangkan kerajaan perpaduan menikmati sokongan kuat di Parlimen berbanding ketika pentadbiran Ismail dan Dr Mahathir Mohamad (pada 2018), yang melakukan lebih banyak reformasi dalam tempoh dua tahun pertama.
Mengulas lanjut, Kamil berkata reformasi dan agenda perubahan politik, ekonomi serta pentadbiran bawah pemerintahan Anwar masih berjalan.
“Prestasi kerajaan mesti dinilai melalui indikator dan petunjuk ekonomi secara keseluruhan serta keyakinan pelabur,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan dalam dua tahun ini juga sudah melaksanakan beberapa reformasi mendesak walaupun keputusan itu tidak popular seperti penyasaran subsidi diesel.
“Kita juga dapat saksikan bantuan langsung kepada rakyat telah ditingkatkan selain pewujudan akta fiskal yang menuntut kerajaan berbelanja mengikut keupayaannya dan tidak boros sememangnya reformasi begitu mendesak serta diberi keutamaan.
“Ketiga, hal lain sedang direncana termasuk akta perolehan kerajaan bagi memastikan sistem lebih telus dan berintegriti, juga antara dasar reformasi sedang dirangka,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/setpol-anwar-bidas-bersih-gopoh-dangkal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trump Diharap Bawa Impak Positif Kepada Geopolitik Dunia Pm Anwar

Trump Diharap Bawa Impak Positif Kepada Geopolitik Dunia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 265 hits
KREDIT HARAPANMADANI Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan Trump dapat mencari kaedah mendamaikan konflik di Ukraine sekali gus membantu dalam menyelesaikan kemelut ekonomi dunia Foto BernamaBEIJING 7 Nov Datuk Seri Anwar Ib...
Asean Must Collaborate To Resolve South China Sea Dispute Says Anwar

Asean Must Collaborate To Resolve South China Sea Dispute Says Anwar

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 509 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim prefers to adopt bilateral multilateral and Asean mechanisms to resolve China s claims to sovereignty over Malaysia s exclusive economic zones in the South China Sea PUTRAJAYA Prime Minister Anwar Ibrahim says A...
Kisah Hadi Vs Anwar Bukan Lagi Soal Politik Tapi Peribadi

Kisah Hadi Vs Anwar Bukan Lagi Soal Politik Tapi Peribadi

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 465 hits
Kisah Hadi vs Anwar bukan lagi soal politik tapi peribadiHADI KINI MAINKAN SENTIMEN NABIKisah hubungan Anwar dan Hadi Awang bukan lagi berkisar kpd pemusuhan politik tetapi Hadi Awang dilihat berlawan dgn Anwar kerana soal peribadi Lebih kp...
Jenazah Bersih Tanpa Darah Guru Al Quran Kemalangan Maut

Jenazah Bersih Tanpa Darah Guru Al Quran Kemalangan Maut

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 297 hits
Bersih mayat dia bang Tak ada darah pun Kecuali di dagu sikit ja Itu pun nampak seolah olah cedera ringan Kongsi saksi kejadian kemalangan maut seorang guru al Quran dikenali Ustaz Muaz Abdullah pada Selasa Bayangkan jasad yang terbaring se...
Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

Sprm Bidas Helah Pemberi Maklumat Kes Rasuah Adun Sabah

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 316 hits
FMT ReportersAzam Baki berkata Akta Pemberi Maklumat 2010 hanya diberi kepada mereka yang tidak melakukan salah laku dalam sesebuah kes Azam Baki berkata SPRM tidak boleh memberikan imuniti kepada individu mendakwa menjadi pemberi maklumat ...
Anwar In Egypt To Enhance Bilateral Ties

Anwar In Egypt To Enhance Bilateral Ties

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 418 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s four day official visit to Egypt starting today is set to mark a significant milestone in the relations between Malaysia and Egypt said Malaysia s ambassador to Egypt Mohd Tarid Sufian He said the visit at the...
Anwar Pm Yang Tidak Reti Kecewakan Orang

Anwar Pm Yang Tidak Reti Kecewakan Orang

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 260 hits
Seorang kawan saya kirim print skrin apa ditulis Nga Kor Ming tentang Datuk Seri Anwar yang bekerja lebih 18 jam sehari Kata Kor Ming pegawai sediakan lima program tetapi PM minta 10 Bukan saja Kor Ming yang memahami dan tahu akan kerajinan...
Mohon Doa Semua Kurang Sihat Keluarga Sahkan Bung Moktar Kini Dirawat Di Hospital

Pengerusi Bn Sabah Ahli Parlimen Kinabatangan Dan Adun Lamag Bung Moktar Radin Meninggal Dunia Jam 1 46 Pagi Ini

Isu Tng Buka Mata Keperluan Platform Alternatif Di Malaysia

Boikot Touch N Go Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Jalan Menuju Kebahagiaan Rumah Tangga

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Di Awangan

Selamatkan Buku Sekolah Ketika Banjir

Roasted Chicken Wings Resipi Sedap Ala Pizza Hut Yang Sangat Berbaloi Menggiurkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suami Gay Isteri Kena Cepat Minta Cerai

The Orchid Journey Misi Menemukan Keseimbangan Hidup Wanita Moden

Peranan Packaging Dalam Branding Produk Kecil Sederhana

Politik Veteran Sabah Bung Moktar Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun

Penemuan Luar Biasa Hasil Buruan Pemburu Inupiat Di Pantai Alaska Pada 2007

Golden456 27 February 2026 Golden456 15 1 456 Top 56 By Doyle