Jerai Geopark Kedah Apa Yang Menarik Di Padang Tok Sheikh Estuari Sungai Merbok


Jerai Geopark, Kedah | Apa Yang Menarik Di Padang Tok Sheikh & Estuari Sungai Merbok?|Dari Pulau Pinang kami terus naik ke Jerai Hill Resort di Gunung Jerai. Sejuk oih...nyaman. Aku suka suasana di sini dengan pokok bunga berwarna-warni. Waktu tu pelantar kaca masih dalam pembinaan.
Jerai Geoprak seluas 501 kilometer persegi telah diwartakan sebagai National Geopark sejak 18 Julai 2017. Geopark ini termasuk Kuala Muda dan Yan, bersempadan dengan Sungai Limau di utara manakala di selatan Kedah dan Pulau Pinang pula bersempadan dengan Sungai Muda. Gunung Jerai bukanlah gunung yang tertinggi di Kedah tapi kedudukannya di pesisir pantai dengan persekitaran yang lebih rendah daripadanya menyebabkannya menyerlah. Gunung Jerai dahulunya ialah Pulau Serai kerana paras air dikatakan jauh lebih tinggi berbeza dengan keadaannya sekarang

Jerai Geopark yang mempunyai 25 geosites penting adalah unik kerana secara saintifiknya terletak di kawasan geodiversiti batuan tinggi Formasi Jerai, Formasi Mahang dan Granit Jerai. Kawasan Jerai juga merupakan lokasi wujudnya Tamadun Kedah Tua dan terkenal dari aspek arkeologi menerusi penemuan Tamadun Sungai Batu iaitu tapak pelabuhan dan peleburan besi kuno, Tamadun Lembah Bujang dan puluhan candi dan binaan kuno di sepanjang Sungai Merbok. Tarikan lain yang terdapat dalam Geopark Jerai ialah Hutan Paya Bakau Sungai Merbok yang bernilai tinggi


Di mana Padang Tok Sheikh?Jika anda dah sampai ke Jerai Hill Resort, PTS kat atas lagi. Ia adalah kawasan batuan yang tidak berapa besar (yang boleh dilawati) yang menjadi sebahagian Jerai Geopark. Dari laporan berita dan tinggalan sampah, ada yang datang ke sini untuk 'beribadah'. Entahlah nak... tapi perangai buang sampai merata tu memang perangai sampah masyarakat! Di puncak yang satu lagi ada tentera berkawal. Biasanya yang naik ke sini hanyalah tentera dan juruteknik Telekom sahaja


Apa Yang Ada Di Padang Tok Syeikh?Kami naik ke tapak geologi Padang Tok Syeikh di Gunung Jerai. Masa ni masih hangat isu "Nabi Adam turun di Gunung Jerai", tak sangka aku sampai ke archaeological site ini. Memang teruja dengan lawatan begini kerana susah nak buat dengan keluarga. Seandainya pergi sekalipun suasananya tak sama. Lawatan ini bersama dengan pakar arkeologi tersohor iaitu bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin

Padang Tok Sheikh ni dinamakan bersempena dengan gelaran seorang pendakwah Arab, Sheikh Abdullah Yamani yang mengislamkan Raja Durbar pada tahun 1136 yang kemudiannya dikenali sebagai Sultan Muzaffar Shah. Dengan pengislaman inilah bermulanya penggunaan gelaran "Sultan" kepada raja pemerintah dan menggunakan nama Kedah menggantikan Kataha atau Khalaha

Gunung Jerai yang berketinggian 1,170 meter dari aras laut dipenuhi dengan metakuarzit yang terbina sejak 500 hingga 550 tahun lalu. Dipercayai dahulu kala paras air laut lebih tinggi dan Gunung Jerai ini dikenali sebagai Pulau Serai. Kemudian air menyusut dan menyerlahkan gunung yang disamping kawasan rendah di sekelilingnya. Macam tak logik tapi buktinya ada, fosil purba pun boleh dilihat menunjukkan lama dahulu ia kawasan berair. 
Dato' Dr Mokhtar Sidin yang pakar dalam bidang ni menerangkan dengan lancar dan menjawab soalan-soalan kami dengan bahasa mudah. Mungkin soalan kami ada yang naif tapi beliau tetap menjawab dengan baik. Untung kami dapat belajar daripada pengkaji yang mengkaji dengan disiplin ilmu dan bukan sembang semberono. 

Apa Yang Boleh Dilihat Di Geopark?1. Formasi batuan. Geopark selalunya akan menunjukkan formasi batuan yang terbentuk akibat hakisan, masa dan angin. 
2. Sesetengah geopark ada fosil yang tertanam di formasi batu yang boleh menerangkan serba sedikit tentang zaman prasejarah

3. Sesetengah geopark ada air terjun, gua dan pantai dilitupi batu seperti di Langkawi

4. Sesetengah geopark ada laluan mendaki. Di Padang Tok Sheikh ni pun ada kot

5.Sesetengahnya ada burung eksotik dan haiwan liar


Datuk Dr Mokhtar Saidin sedang memberi penerangan sebelum masuk ke Geotapak Padang Tok Sheikh.

Ahli arkeologi ni dia kena belajar dan tahu banyak perkara; mengenai cuaca, perubatan, jenis pokok dan batuan dan berbagai lagi. Kita boleh juga kesan pokok apa di zaman itu berdasarkan polen. Contohnya di Lenggong, jutaan tahun dahulu ia savanah sebelum bertukar kepada hutan hujan tropika

Padang Tok Sheikh ni, batuan granit di sini adalah batuan paling tua di Malaysia. Setiap garis, lapisan, bentuk memberi tahu kita tempoh pembentukan, jenis hentaman, pernah tenggelam dalam air ke tidak dan lain-lain lagi



Tengah teropong askar yang berkawal tapi tak nampak apa terlindung dek kabus.
Kulihat hijau...


Sebelum menamatkan lawatan kami singgah ke Telaga Tok Sheikh. Telaga ini tempat orang dulu dulu dapatkan air. Dari segi sains dan logik, telaga ini paling dekat dengan tapak dan bersebelahan sungai. Tiada yang aneh kerana agama Islam tidak terpisah dengan sains tetapi ada yang datang bertapa di sini dan melakukan ritual yang memesongkan akidah. Ada juga yang mengambil air telaga kerana menganggapnya suci dan mampu menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Ya, air telaga ini air mutlak yang suci lagi boleh menyucikan. Itu sahajalah. Janganlah berlebihan dengan melakukan upacara khurafat

Telaga Tok Sheikh.

Menyelusuri Sungai di Muara Sungai MerbokAktiviti terakhir pada hari tersebut ialah menyelusuri Sungai Merbok selama sejam setengah bermula dari Jeti Semeling. Sungai Merbok ini penting dalam tamadun Kedah Tua kerana memainkan peranan dalam perniagaan dan perdagangan

Sekarang kedalaman sungai ini dari tiga hingga 15 meter. Bayangkan dahulu betapa sibuknya dengan kapal dagang besar yang keluar masuk di sini. Pedagang dari tumur dan barat akan berhenti berbulan di sini beriaga sementara menunggu pertukaran angin monsun

Di sepanjang pelayaran, pemandu pelancong bercerita mengenai sejarah- rumah/bangunan apa yang ada di situ masa dulu, kapal yang dikatakan tenggelam... Selain itu beliau juga menyebut beberapa jenis pokok bakau yang terdapat di muara sungai. Pokok bakau sangat penting dalam menghindar hakisan tanah dan penampan ombak. Ia juga menjadi tempat beberapa hidupan air membiak. Dapatlah juga melihat beberapa spesis burung petang tu berkicau nak balik ke sarang

Sejenis pokok yang yang jarang dijumpai, kurma laut (Phoenix Paludosa), pun ada di sini. Di Bengal Barat, India, rimbunan pokok kurma laut ini menjadi tempat harimau Sundarban menyorok


Kepada yang berminat untuk mengambil pakej menyelusuri Sungai Merbok boleh menghubungi Encik Mazlan 016-5053531 atau Encik Zai 019-423 6521



© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/12/jerai-geopark-kedah-apa-yang-menarik-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Menyelongkar Tamadun Kedah Tua Di Tapak Arkeologi Sungai Batu

Kedah Menyelongkar Tamadun Kedah Tua Di Tapak Arkeologi Sungai Batu

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 584 hits
Kedah Menyelongkar Tamadun Kedah Tua Di Tapak Arkeologi Sungai Batu Sungai Batu 788BCLebih 1500 tahun dahulu atau 788 sebelum masehi penjelajah dunia dan pedagang datang berdagang besi di pusat besi dunia di Kalah Kataha Kataram dan Queada ...
Kedah Satu Malam Di The Jerai Hill Resort

Kedah Satu Malam Di The Jerai Hill Resort

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 241 hits
Kedah Satu Malam Di The Jerai Hill Resort Tak nak cerita banyak kawasan peranginan ni memang best Sejuk Boleh bawa kereta sendiri sampai atas Kalau datang dengan bas kena naik van dari tempat parkir di bawah sana dengan tambang RM8 atau RM1...
Arab Kitchen Sungai Petani Kedah

Arab Kitchen Sungai Petani Kedah

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum hai hang pa Ini hari nak share tempat makan best dekat Sungai Petani Kebetulan balik dari hari tu Itu yang tersinggah Mudah nak cari Tepi jalan Laluan utama nak ke Butterworth ikut jalan lama Dekat aje dengan Tol Sungai Peta...
Pembuatan Seramik Di Kampung Padang Lepai

Pembuatan Seramik Di Kampung Padang Lepai

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 177 hits
Industri dan penggunaan seramik terus berkembang seiring perkembangan teknologi moden Ia tidak lagi sekadar industri membuat tembikar labu sayong atau batu bata semata mata Di Kampung Padang Lepai Kadok terdapat industri membuat tembikar da...
Asyik Masak Sambal Saja Cuba Buat Sotong Masak Lemak Padang Memang Menambah Nasi

Asyik Masak Sambal Saja Cuba Buat Sotong Masak Lemak Padang Memang Menambah Nasi

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 234 hits
Selain sedap dibuat sambal goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang Bahan bahannya lebih daripada masak lemak biasa tapi inilah y...
Terjebak Asam Plum Viral Tik Tok

Terjebak Asam Plum Viral Tik Tok

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 210 hits
Assalamualaikum Hari ni SA x puasa rasa x sedap badan dari semalam maybe penat esok la SA sambung puasa ganti ada lagi 4 hari SA kalau x terjebak bukan SA la namanya pantang nampak sesuatu yang viral mesti nak cuba SA yakin bukan SA sorang ...
Situasi Banjir Pahang Sungai Belat Di Kuantan Dan Sungai Luit Di Maran Lepasi Paras Bahaya

Situasi Banjir Pahang Sungai Belat Di Kuantan Dan Sungai Luit Di Maran Lepasi Paras Bahaya

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 192 hits
KUANTAN Dua sungai di Pahang dilaporkan melebihi paras bahaya empat amaran dan 11 lagi waspada susulan hujan berterusan sejak Isnin Sungai Belat di Sri Damai Kuantan mencatat paras air setinggi 5 08 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 0 08...
Bersatu Sarawak Mahu Tanding 12 Kerusi Gesa Pemimpin Kerap Turun Padang

Bersatu Sarawak Mahu Tanding 12 Kerusi Gesa Pemimpin Kerap Turun Padang

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 154 hits
Pemimpin Bersatu Sarawak yakini peluang pada PRN akan datang mengatakan parti itu satu satunya pembangkang yang kuat di Sarawak SHAH ALAM Bersatu Sarawak meminta pertimbangan pusat untuk bertanding 12 DUN pada PRN yang dijangka pada 2026 de...
Telefon Dicuri Ketika Solat Isyak Tok Siak Sebak Geng Surau Kongsi Duit Belikan Yang Baru

Telefon Dicuri Ketika Solat Isyak Tok Siak Sebak Geng Surau Kongsi Duit Belikan Yang Baru

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 177 hits
Telefon dicuri ketika solat isyak membuatkan seorang tok siak tidak dapat melakukan rutin hariannya yang menghubungi keluarga di negara seberang memandangkan dia tidak kempunyai telefon lain Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dike...
Nanasheme Kau Yang Ku Sayang Chord

Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Drama Demam Viral

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Gagal Sertai Liga Malaysia Musim Depan Peminat Sri Pahang Anggap Final Piala Malaysia Tak Lagi Bermakna

Potong Cake Birthday


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Rompak Cari Duit Raya

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar