Masihkah Relevan Aku Tulis Blog
Salam guys
Lama dah tak update kat sini. Rasa dah dekat setahun lebih kot. Nak taip entri pun dah lupa haha.
So far aku masih keje yang sama. Dah dekat tiga tahun dah. Dan aku dah mula rasa tak banyak improvement dalam diri aku. So aku rasa kena cari kerja lain.
Tapi masalah jugak bila kerja position level biasa2 tapi nak kena bagi notis 3 bulan. Susah nak cari majikan yang sanggup tunggu kita sampai 3 bulan unless kita punya skills ni sangat2 susah dijumpai la. Selalu aku rasa point ni je dah buatkan aku fail kalau aku pergi interview mana2. Tapi sebenarnya skill interview aku pun tak power gak haha. Sebab dah pergi beberapa interveiw tak dapat2..
Aku boleh cerita something melalui penulisan macam dalam blog ni tapi aku sendiri rasa bila aku bercerita secara lisan, cerita aku bosan haha. Dan aku tak suka cerita benda yang sama berulang kali walaupun kepada orang yang berlainan. So bila aku pergi interview, aku rasa cara aku explain experience aku pun tak cukup details sebab aku rasa nak cepat habiskan cerita. So sampai sekarang la aku masih stay kerja yang sama. Macam mana pun alhamdulillah la masih lagi ada keje.
Sebenarnya ok je keje aku cuma bila terlalu sikit improvement dalam diri, aku rasa benda ni tak bagus. Plus ceo aku ni pun tak tahu direction dia nak pergi mana. Muda lagi , kurang pengalaman. So semua staff pun jadi lost. In a normal situation, ceo macam ni patutnya dah kena kick awal dah, tapi situasi kat tempat keje aku ni tak normal sikit haha.
Ok la sampai situ je la aku update pasal life aku..
Apa lagi entri best yang aku boleh ceritakan eh??
Aku tengah nak beli rumah. Tapi tak settle lagi.
Aku belum kahwin lagi. Tapi tu pun dah malas sikit nak update blog. Camne ni? Haha
Aku sekarang sewa rumah dua tingkat dgn adik beradik aku. Besar woo
Aku dah kurang buat bisnes online. Tapi masa puasa lepas hari tu aku ada tolong adik aku layan customer dia, Gila 24/7 tak berhenti weh whatsapp masuk. Tu baru main paid review tu, belum main iklan tv lagi haha.
Aku baru tahu ada router yang boleh masuk simcard. Alangkah mudahnya untuk orang2 yang takde cable fiber(macam unifi) kat rumah dia.
Aku baru je experience naik flight yang agak seram, bila landing semua orang tepuk tangan kepda pilot.
Haa mana satu yang korang nak aku cerita lebih lanjut lagi? Ke dah takde orang nak komen kat entri aku ni dan tak kisah pasal aku dah?? Haha. Terima kasih la kepada sesiapa yang masih baca blog aku dan masih menunggu kehadiran aku. You are the best.
Sekian.
*Kalau korang tuan rumah buat sewa bilik khas utk lelaki atau khas utk perempuan sahaja, korang akan accept tak couple nak sewa salah satu bilik atas alasan diorang urgent n terdesak?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://caspositif.blogspot.com/2018/12/masihkah-relevan-aku-tulis-blog.html