Cabaran 30 Hari Menulis Blog
Hati kuat nak menulis. Setiap hari meratib nak menulis, nak menulis, nak menulis
Tapi tak ada idea, masa.
..atau selalu hilang motivasi. Ini yang selalunya lah
Hilang motivasi bukan sebab tiada pembaca tapi tak ada sebab kukuh nak menulis untuk diri sendiri, nak rasa kepuasan menulis pendapat sendiri, nak rasa pendapat kita ni disalurkan di blog, nak orang tahu apa point of view kita mengenai sesuatu perkara
Tapi itu lah, bila dah tulis, publish di blog, timbul pula rasa insecure apa nanti pembaca fikir mengenai isi entri blog kita. Atau apa pula pembaca akan judge bila baca penulisan kita, 'setakat ni je buah fikiran kau, baik tak payah menulis' 'takde nilai la entri blog macam ni' dan seterusnya. Hilang sudah prinsip menulis-bukan-untuk-siapa-siapa tu. Rasa macam pendapat sendiri tak penting pun ye juak. Haih. Takut sangat dengan judgement orang
Tapi..takpalah
Sekarang, nak cabar diri sendiri menulis setiap hari
Kita start bulan Disember nanti. Kita buat 30 days blog challenge
Cari kat Pinterest, ambil contoh dari situ dan ubahsuai ikut kesesuaian
Boleh lah kan dari takde
30 Hari Cabaran Menulis Blog20 Fakta Mengenai Diri AndaPetikan Kegemaran (Favourite Quote)Cara Untuk Memenangi Hati AndaLagu Kegemaran Anda SekarangKetakutanPerkara Menjengkelkan (Pet Peeves)Apa Di Dalam Beg AndaTabiat BurukCiri Fizikal Yang TerbaikBeberapa Perkara KegemaranPakaian Hari Ini (Outfit Of The Day)Things That Make Your DayKalau Saya Menang RM100,00.00Hari Biasa (An Average Day)Gambar Tulisan AndaSaat MembanggakanMakna Disebalik Nama Blog AndaKoleksi AndaMasa Sukar Dalam Hidup AndaMakanan KegemaranPerkara Terbaik Yang Berlaku Dalam Tahun IniKerjaya ImpianBuku Kegemaran di Zaman Kanak-KanakBlog KegemaranGambar Lama Diri AndaNota Kepada SeseorangApa Yang Saya Nantikan (What I Look Forward To)Tempat Yang Saya KunjungiApa Di Dalam Beg Mekap AndaKenapa Anda Menulis Blog
Mampu
Kita tengok macam mana pergi dia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://fentomatte.blogspot.com/2018/11/cabaran-30-hari-menulis-blog.html