Siarkan Iklan Bidvertiser Dalam Blog Bagus Ke
Program pengiklanan Bidvertiser ini merupakan satu alternatif bagi program pengiklanan Google Adsense.
Rupa-rupanya saya dah sertai program ini sejak dari tahun 2014 lagi.
Memandangkan saya jarang-jarang dapat payment dari program ini, justeru saya tak begitu beri perhatian kepada program ini.
Pada masa yang sama, saya masih ada banyak lagi program pengiklanan yang saya sertai bagi menghasilkan pendapatan diinternet.
Kalau melihat kepada trend sekarang ini, saya dapati prestasi pendapatan yang berjaya saya hasilkan menerusi program pengiklanan seperti semakin merosot saban hari.
Saya berpendapat mungkin ia disebabkan oleh trend perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat besar sekarang ini, yang mula menggunakan media sosial untuk mendekati para pelanggan sasaran mereka.
Apabila syarikat-syarikat ini boleh berinteraksi dengan para pelanggan mereka melalui media sosial, ini lebih menjimatkan kos operasi mereka.
Pada masa yang sama, jenama-jenama terkemuka juga kini sudah banyak yang menggunakan laman web ecommerce seperti Lazada Malaysia dan juga Shopee untuk memasarkan produk mereka.
Kalau dulu, syarikat-syarikat besar ini semua perlu keluarkan bajet untuk iklankan produk dan jenama mereka, kali ini mereka hanya perlu jual melalui shopee atau Lazada dan ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos untuk pemasaran.
Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendapatan penyiar iklan (publisher) seperti saya.
Kalau syarikat-syarikat ini semua sudah tidak membuat iklan, bermakna akan berkuranglah sedikit sumber pendapatan.
Ini menjadi sebab kenapa iklan sudah tak banyak disiarkan dan pendapatan dari kerja-kerja penyiaran iklan juga makin berkurangan.
Program iklan Bidvertiser
As of now, blog ini saya siarkan dengan iklan Bidvertiser, walaupun sebenarnya saya tak berapa suka dengan konten iklan yang disiarkan.
Blog ini macam ada masalah untuk siarkan iklan dari Google Adsense. Saya pun tak berapa tahu apa masalahnya.
Cuma saya anggap, ianya mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kalau nak siarkan iklan google, bayaran akan masuk terus ke dalam akaun bank. Itupun kena tunggu jumlah terkumpul mencecah USD100.
Buat masa ini, untuk capai USD100 tu, saya perlu sekurang-kurangnya dua bulan. In Shaa Allah saya akan tambahkan lagi usaha supaya boleh dapat cash out setiap bulan.
Nama domain untuk blog ini, iaitu mohdsabree.com saya beli dari sebuah syarikat luar negara.
Kos langganannya adalah lebih kurang USD15 setahun. Awal-awal dulu, cuma kena bayar USD10 sahaja kalau tak salah saya. Masa tu ada promosi. Tapi sekarang ini, nampaknya ada pertambahan dari segi bayaran.
Sebelum ini, kos langganan domain ini dibayar menerusi bayaran yang saya terima dari program pengiklanan Mobicow.
Tapi sejak akhir-akhir ini, saya dapati income dari Mobicow tak begitu memberangsangkan, dan saya lihat dah mula susah nak dapat income dari program tersebut, saya mula mencari alternatif.
Baru-baru ini, dengan tak disangka-sangka, saya dapat bayaran dari Bidvertiser.
Rasa macam tak percaya pun ada. Tak sangka, masih ada lagi rezeki dengan program ni.
Bolehlah gunakan bayaran ini untuk renew domain bagi blog ini nanti. Saya perlu buat bayaran untuk nama domain ini pada bulan December 2018 nanti.
Bila dah mula dapat payment macam ni, nampaknya saya kena siarkan semula iklan dari Bidvertiser.
Bukan nak buat untung sangatpun, dengan siarkan iklan bidvertiser.
Ianya lebih kepada untuk tujuan survival laman web ini. Tanpa pendapatan dari progam pengiklanan, saya khuatir mungkin satu masa nanti, saya terpaksa berhenti menulis disini dan mungkin akan tutup sahaja blog ini.
Saya harap, para pelawat yang melayari laman web ini, dapatlah bersabar dengan sedikit gangguan dari iklan yang muncul di laman web ini.
Saya luangkan masa untuk menulis dalam blog ini, bagi berkongsi sesuatu yang mungkin ada manfaat kepada anda semua, sebagai balasan harap anda dapat luangkan sikit masa untuk lihat iklan-iklan yang dipaparkan dalam blog ini.
Deal, ok?
Melalui program pengiklanan Bidvertiser ini, bayaran akan dibuat melalui paypal. Duit dari paypal ini pula, saya boleh terus gunakan untuk renew domain.
Nak shopping barang dari luar negara pun senang, kalau ada duit dalam akaun paypal.
Selepas saya fikir sejenak, nampaknya saya akan siarkan iklan bidvertiser dalam blog ini. Mungkin hanya untuk sementara, atau mungkin sampai bila-bila, selagi mana ia tidak mengundang masalah kepada saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mohdsabree.com/2018/11/siarkan-iklan-bidvertiser-dalam-blog.html