Masih Boleh Mohon Tangguh Bayaran Pinjaman Bnm


BERNAMA   Kuala Lumpur: Peminjam terutamanya yang terjejas susulan sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan akibat lonjakan kes Covid-19 di Malaysia masih boleh mendapatkan bantuan pembayaran balik pinjaman daripada bank masing-masing.
"Peminjam tidak perlu bimbang. Bantuan pembayaran balik masih dilaksanakan dan akan dilanjutkan sehingga 2021. Kami faham keadaan dan ketidakpastian boleh berubah pada masa depan dan orang ramai boleh mendapatkan bantuan pada bila-bila masa," kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Jessica Chew kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.
Walaupun moratorium penangguhan pinjaman secara automatik, bantuan pembayaran balik dan moratorium bersasar yang selanjutnya tidak pernah berlaku sebelum ini, bank telah menggerakkan kesemua sumber mereka untuk menguruskan situasi ini.
"Bank-bank dalam kedudukan yang baik untuk memberi maklum balas mengenai keperluan peminjam. Semua bank mempunyai sumber khusus dan merekayasa semula proses untuk mengkaji kembali permohonan peminjam," kata Chew.
Peminjam boleh menghubungi bank secara dalam talian atau panggilan telefon walaupun berada di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"BNM mempunyai laman khas (www.bnm.gov.my/tra) yang mana peminjam yang memerlukan bantuan pembayaran balik, boleh mendapatkan lebih banyak maklumat.
"Peminjam juga boleh mengisi borang di laman web http://bnm.my/RAsurvey berserta sedikit maklumat ringkas yang boleh kami gunakan untuk menguruskan panggilan semula daripada bank-bank mereka," kata Chew.
Sebanyak 640,000 permohonan bantuan telah diterima setakat 9 Oktober lepas. Kadar kelulusan berjumlah 98 peratus dengan 40 peratus daripadanya menerima lanjutan moratorium dan 60 peratus lagi mendapat pengurangan ansuran.
Malah, Chew berkata permohonan bantuan pembayaran semula telah mula diterima meskipun sebelum moratorium menyeluruh tamat.
Beliau menegaskan bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar adalah paling sesuai buat masa ini kerana ia membolehkan bank melanjutkan bantuan sementara kepada peminjam yang sangat memerlukan.
Bank juga telah lebih bersedia dengan menyediakan infrastruktur untuk membantu peminjam berbanding ketika pandemik ini kali pertama berlaku.
"Pada Mac tahun ini, ketika segala aktiviti terhenti secara tiba-tiba, tiada siapa menyangka situasi seperti itu akan terjadi. Dalam situasi berkenaan, terdapat keperluan untuk menyediakan bantuan segera kepada para peminjam.
"Kini, bukan hanya sistem penjagaan kesihatan kita yang lebih bersedia, malah bank juga begitu," katanya.
Bantuan bayaran balik bersasar turut menambah baik kebolehlihatan prestasi pinjaman bank.
"Masih banyak ketidakpastian memandangkan kita belum tahu berapa lama pandemik ini akan berakhir, sekurang-kurangnya sehingga vaksin dibangunkan. Oleh itu, adalah penting untuk menjimatkan sumber dan diberikan kepada perniagaan dan mereka yang memerlukan sahaja," katanya.
Pinjaman baharu turut penting untuk menyokong pemulihan ekonomi dan bank perlu selesa untuk memberikan pinjaman, kata Chew.
"Sekiranya sumber digunakan di tempat lain, ia mungkin menjejaskan aliran kredit kepada sektor yang memerlukan pembiayaan untuk memulakan semula aktiviti perniagaan. Ini seterusnya boleh menjejaskan ekonomi dan kadar pemulihan ekonomi," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/masih-boleh-mohon-tangguh-bayaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Masih Boleh Bersidang Walaupun Darurat Bekas Ag

Parlimen Masih Boleh Bersidang Walaupun Darurat Bekas Ag

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 213 hits
Parlimen boleh bersidang dan berfungsi seperti biasa walaupun darurat diisytiharkan kata bekas peguam negara Tommy Thomas Dalam satu artikel Thomas berkata tindakan kerajaan adalah tidak berperlembgaan sekiranya menggantung parlimen dan mel...
B40 Oku Boleh Mohon Pengecualian Pengurangan Bayaran Kuarantin

B40 Oku Boleh Mohon Pengecualian Pengurangan Bayaran Kuarantin

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR 22 OKT Individu tertentu seperti golongan B40 dan Orang Kurang Upaya boleh memohon pengecualian bayaran kuarantin atau pengurangan bayaran kepada Kementerian Kesihatan demikian menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Anak Masih Tak Pandai Pegang Pensil Ini 3 Cara Ibu Boleh Bantu Praktikkan

Anak Masih Tak Pandai Pegang Pensil Ini 3 Cara Ibu Boleh Bantu Praktikkan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 469 hits
Usia anak sudah pun hampir lima tahun tapi masih belum pandai memegang pensil dengan tepat Inilah yang membuatkan ibu mula bimbang Sebenarnya masih belum terlambat untuk merangsang anak anak ini untuk mahir memegang pensil Ada cara mudah ya...
Majikan Tidak Boleh Paksa Guna Al Bayaran Gaji Seperti Biasa

Majikan Tidak Boleh Paksa Guna Al Bayaran Gaji Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 268 hits
M Update 22 10 2020 Majikan tidak boleh memaksa dan mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji susulan arahan bekerja dari rumah yang berkuat kuasa hari ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ma...
Masih Belum Ada Ubat Boleh Rawat Covid 19 Noor Hisham

Masih Belum Ada Ubat Boleh Rawat Covid 19 Noor Hisham

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 319 hits
PUTRAJAYA Satu dunia masih mencari ubat bagi merawat pendemik Covid 19 kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Jelas beliau ubat ubatan yang digunakan setakat ini tidak dapat menyembuhkan pesakit Covid 19 secara berkes...
Patutlah Buaian Kat Taman Selalu Jadi Rebutan Rupanya Boleh Buat Anak Lebih Berani Yakin

Patutlah Buaian Kat Taman Selalu Jadi Rebutan Rupanya Boleh Buat Anak Lebih Berani Yakin

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 455 hits
Kanak kanak dan bermain memang sinonim Lebih banyak mereka bermain lebih banyak mereka meneroka dan belajar benda baru Bermain buaian sering menjadi pilihan anak anak bila berkunjung ke taman permainan Rupanya menggalakkan anak anak bermain...
Apple Ipad Air Kini Boleh Dibeli Melalui Laman Rasmi Apple Harga Bermula Rm2599

Apple Ipad Air Kini Boleh Dibeli Melalui Laman Rasmi Apple Harga Bermula Rm2599

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 359 hits
Apple Malaysia kini telah mula menawarkan tablet terbaru iPad Air mereka melalui laman rasmi sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan tablet berkenaan dan menerimanya seawal 30 Oktober 2020 ini Apple iPad Air hadir dengan skrin 10 9 inci ...
Boy Tun Mahathir Tak Payah Nak Buat Cerita Temberang Boleh Tak

Boy Tun Mahathir Tak Payah Nak Buat Cerita Temberang Boleh Tak

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 253 hits
Fakta 1 Tun Mahathir letak jawatan tanpa perbincangan 2 Tun Mahathir dalang Langkah Sheraton Uturn saat akhir sebab tolak penyertaan Najib dan UMNO secara enbloc Yang Tun mahukan sokongan Ahli Parlimen UMNO PAS Jika Ahli Parlimen UMNO beram...
Hun Haqeem Tak Percaya Berlakon Dalam Mv Terbaharu Tokti Rasa Tak Boleh Brain

Hun Haqeem Tak Percaya Berlakon Dalam Mv Terbaharu Tokti Rasa Tak Boleh Brain

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 329 hits
Pelakon yang popular dengan watak Jakfer dalam drama Kampung People Hun Haqeem telah dipilih sebagai pelakon dalam muzik video terbaharu penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berjudul Siapa Tak Mahu source
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live