Parlimen Masih Boleh Bersidang Walaupun Darurat Bekas Ag
Parlimen boleh bersidang dan berfungsi seperti biasa walaupun darurat diisytiharkan, kata bekas peguam negara Tommy Thomas.
Dalam  satu artikel, Thomas berkata tindakan kerajaan adalah tidak  berperlembgaan sekiranya menggantung parlimen dan melaksanakan  Belanjawan 2021 dengan keputusan eksekutif.
Memetik Perkara 150  (3), Perkara 150 (5) dan Perkara 150 (9) Perlembagaan Persekutuan,  Thomas berpendapat parlimen boleh berfungsi seperti biasa jika ia tidak  dibubarkan.
"Sudah terang dan jelas bahawa mengisytiharkan darurat  tidak akan membawa hasil yang diharapkan. Parlimen harus melaksanakan  tugasnya.
"Oleh  itu, Dewan Rakyat harus bersidang seperti biasa bagi sesi pembentangan  belanjawan pada awal November, seperti yang dijadualkan," katanya.
							Semalam kabinet dilapor bersetuju dengan cadangan untuk mengisytiharkan darurat bagi memerangi wabak Covid-19.
Pada  sebelah petang, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilapor mengadap Yang  di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz di Kuantan, namun butiran mengenai  pertemuan itu masih belum jelas.
Kerajaan setakat ini  belum mengesahkan atau menafikan spekulasi bahawa darurat akan  diisytiharkan yang memerlukan parlimen digantung.
Untuk rekod, undian Belanjawan 2021 dijadualkan pada 17 November.
Sementara  itu, Thomas menggesa Muhyiddin Yassin melakukan rundingan dengan  lawannya bagi memastikan Belanjawan 2021 dapat diluluskan.
"Masalah ini dibuat oleh 222 anggota Parlimen. Oleh itu, penyelesaiannya terletak di tangan mereka.
"Ini  bererti, perdana menteri dan lawan politiknya perlu memperuntukkan masa  minggu depan untuk tawar menawar dan rundingan untuk sebuah kerajaan  perpaduan, mereka harus melaksanakannya dengan semangat muafakat dan  kompromi.
"Rakyat Malaysia, yang seharusnya anda wakili,  benar-benar jijik dengan keadaan semasa. Darurat adalah perkara terakhir  yang kita kehendaki hanya disebabkan oleh cita-cita dan kerakusan ahli  politik," katanya. Artikel penuh Thomas boleh di baca di sini.
Semalam  pakar perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata parlimen masih  boleh bersidang dalam keadaan darurat sekiranya tidak dibubarkan,  merujuk kepada Perkara 150 (4) perlembagaan.
"Darurat boleh  diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama  semasa parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga  semasa parlimen bubar. Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan  elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan,  kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar  berlaku.
"Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif  persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan  negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai  atau pihak berkuasa Negeri," katanya. 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/parlimen-masih-boleh-bersidang-walaupun.html