Masih Ada Pemimpin Berunding Keluar Umno



Masih ada pemimpin berunding keluar Umno?Posted By: Pentadbiron: April 29, 2019 Print EmailKalangan aktivis Umno tetap percaya rundingan masih dijalankan untuk menarik ahli Parlimen parti itu untuk berpaling tadah menyertai parti kerajaan, walau dinafikan oleh pemimpin parti.Tokoh yang dituduh terlibat sebagai broker dalam usaha tersebut adalah bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein yang menafikannya apabila dakwaan itu muncul Oktober lalu.Dakwaan itu reda seketika hujung tahun lalu apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan untuk bercuti dan menyerahkan tugas kepada timbalannya Mohamad Hasan.Pada waktu itu, Hishammuddin dikritik hebat oleh aktivis parti secara terbuka di media sosial yang mendakwa bekas naib presiden Umno itu mengatur urusan tersebut.Paling lantang Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat) Rafi Awang Kechik dan bekas setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yasin.Rafi ketika dihubungi The Malaysian Insight mengulangi dakwaan bahawa Hishammuddin berunding dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membawa masuk pemimpin Umno ke dalam Bersatu.Ia bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno agar sebarang rundingan dengan parti lain untuk membentuk kerajaan atau pembangkang perlu dibuat secara bersama atau en-bloc, katanya.“Di peringkat awal Umno bersetuju dengan apa jua cadangan untuk berunding dengan mana-mana parti dengan syarat secara en bloc, bukan dengan cara melepaskan tengkuk masing-masing.“Kalau tengok tindakan dan kenyataan-kenyataan dia, maknanya rundingan itu masih berjalan, cuma kita tidak ada bukti yang khusus,” katanya.Beliau berkata keputusan tersebut dibuat oleh Umno selepas parti itu tewas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu.Desas-desus itu muncul kembali akhir tahun apabila Hishammuddin didapati membawa keluarganya untuk bercuti di Maghribi dengan keluarga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.Dakwaan itu muncul semula kerana kedua-dua pemimpin itu dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Dr Mahathir.Aktivis parti seterusnya mendakwa usaha memujuk ahli Parlimen BN berpaling tadah itu digerakkan semula berdasarkan kenyataan Hishammuddin pada awal bulan lalu.Ahli Parlimen Sembrong tersebut dilaporkan berkata ahli Parlimen BN akan menyokong Dr Mahathir sekiranya wujud gerakan dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan perdana menteri itu.Mengulas perkembangan itu, Rafi berkata beliau jengkel dengan tindak-tanduk tersebut dan mencadangkan kepada Hishammuddin untuk keluar parti jika benar-benar berniat demikian“Kalau hendak keluar, keluarlah. Jangan rosakkan parti. Semua tahu dia ada cita-cita besar. Saya bukan serang secara peribadi cuma tindak-tanduk H2O (Hishammuddin) ini menyakit mata,” kata Rafi.Zaharin pula ketika ditemui The Malaysian Insight juga menyatakan dengan yakin bahawa beliau melihat “rundingan masih berjalan”.Usaha berkenaan akan melemahkan lagi Umno yang kini hanya menguasai 37 kerusi Parlimen selepas 17 ahli Parlimen keluar parti.Namun anak buah Hishammuddin menganggap tuduhan berkenaan sebagai fitnah semata-mata dan menafikan ahli Parlimen Sembrong itu menjadi broker dan tali barut lawan.Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong Hafiz Ariffin urut menjelaskan mengenai pertemuan ahli Parlimen Umno dan Hishammuddin selepas parti itu tewas PRU14 tahun lalu.Katanya, pertemuan itu hanyalah untuk mendapatkan pandangan mengenai hala tuju dan masa depan parti.“Dalam keadaan ramai yang kata Hisham adalah tali barut, Hisham adalah broker, ini semua hanya persepsi dan tanggapan sinis.“Perkara yang sebenar adalah, sejurus kalah pada PRU 14 yang lepas, ramai rakan MP yang bertemu (Hishammuddin) bertanya dan bertukar pendapat atas kapasiti sebagai kawan lama, apa dan bagaimana hala tuju di dalam parti pasca PRU14,” katanya.Katanya, pertemuan itu berlaku dalam keadaan di mana ahli Parlimen parti tidak lagi mendapat sebarang perhatian dan bantuan dari kerajaan Pusat.Beliau berkata pada masa itu, akaun parti dibekukan dan aset disita susulan siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd yang membelit Najib Razak.“Perkara ini menjadi cabaran untuk melakukan tugasan selaku ahli Parlimen. Ramai yang patah semangat, hendak meninggalkan parti.“Tapi Hisham terus memujuk mereka supaya kekal di dalam parti, memberikan kepercayaan dan sokongan terhadap Tok Mat (Mohamad Hasan) selaku timbalan presiden menjalankan tugas presiden,” katanya.Perkara yang sama turut dikongsi Ahli Parlimen Kuala Krau Ismail Mohamed Said yang berpendapat dakwaan berkenaan hanyalah usaha melaga-lagakan pemimpin parti.Beliau berkata Hishammuddin tidak pernah memujuk beliau keluar parti sewaktu menyertai pertemuan ahli Parlimen dengan bekas naib presiden parti itu.Katanya, Hishammuddin memainkan peranannya dengan baik dalam membantu parti walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam Umno.“Cukup-cukuplah melagakan para pemimpin Umno. Tidak ada istilah kabilah Bagan Datuk, kabilah Rantau, mahupun kabilah Sembrong.“Sepanjang saya dan sahabat ahli Parlimen bertukar pandangan atau berjumpa Hishammuddin, tidak pernah sekali pun beliau ajak atau minta kami semua untuk keluar parti Umno.“Bahkan (Hishammuddin) minta kekal dalam Umno, termasuk rakan-rakan dari Sabah yang kini menyertai Bersatu,” katanya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/04/masih-ada-pemimpin-berunding-keluar-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjalanan Umno Masih Jauh Jangan Terleka Dengan Kemenangan Hatrik Di Rantau

Perjalanan Umno Masih Jauh Jangan Terleka Dengan Kemenangan Hatrik Di Rantau

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 466 hits
13 April 2019 yang lalu Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas2 Presiden UMNO yang juga merupakan calun Barisan Nasional telah di umumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau yang sah lepas menewaskan 2 calun Bebas dan seorang c...
Pemimpin Dap Tutup Mulut Jangan Fitnah Kerjasama Umno Dan Pas Shamsul Anuar Nasarah

Pemimpin Dap Tutup Mulut Jangan Fitnah Kerjasama Umno Dan Pas Shamsul Anuar Nasarah

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 338 hits
Pemimpin Dap tutup mulut jangan bercakap dan menuduh UMNO dan PAS dengan tuduhan yang tidak benar dan tidak betul ujar Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah Jelas beliau 61 tahun Barisan Nasional memimpin negara ini ...
Hishammuddin Tegaskan Beliau Masih Setia Terhadap Umno

Hishammuddin Tegaskan Beliau Masih Setia Terhadap Umno

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 215 hits
JOHOR BAHRU Ketua UMNO Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk tidak akan melompat parti dan masih tetap setia terhadap UMNO Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata beliau mengal...
Pemimpin Ph Jangan Bawa Perompak Masuk Sejarah Umno Rosak Kerana Saudagar Minyak Unta

Pemimpin Ph Jangan Bawa Perompak Masuk Sejarah Umno Rosak Kerana Saudagar Minyak Unta

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 484 hits
Dr Muhaimin Sulam memberi peringatan kepada pemimpin Pakatan Harapan akan sejarah Umno Foto Sinar Harian oleh Dr Muhaimin Sulam Al kisahnya saudagar minyak unta ini ialah salah satu watak dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk karya Seniman Agun...
Baby Girl Dah Keluar Kami Bukan Lagi Bertiga Syatilla Sam Sambut Anak Kedua

Baby Girl Dah Keluar Kami Bukan Lagi Bertiga Syatilla Sam Sambut Anak Kedua

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 338 hits
Syatilla Sam Shaheizy selamat menyambut kelahiran kelahiran anak kedua mereka Nampaknya sudah tidak lagi bertiga tapi berempat Perkhabaran gembira ini dikongsi Syatilla Sam menerusi Instagram Anak kedua pasangan ini dilahirkan pada 17 April...
Akar Umbi Tetap Istiqamah Mahu Umno Terus Menjadi Parti Berwibawa Azri

Akar Umbi Tetap Istiqamah Mahu Umno Terus Menjadi Parti Berwibawa Azri

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR 6 Mei Kesungguhan akar umbi dalam melaksanakan tanggungjawab mengendalikan persidangan tahunan di peringkat Cawangan jelas memperlihatkan kematangan dan keutuhan pendukung pendukung parti ujar Exco Pemuda UMNO Malaysia Wan Muha...
Bayi Terkecil Di Dunia Dibenarkan Keluar Hospital

Bayi Terkecil Di Dunia Dibenarkan Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 410 hits
Berat bayi lelaki terkecil di dunia Ryusuke Sekiya hanya 258 gram seberat sebiji epal Berita penuh di https bit ly 2IGruIS bayi kecil Jepun RyusukeSekiya sinarharian
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord