Masalah Telinga Berair Waspada Mengorek Telinga



Ketika kecil, arwah nenek sering berpesan supaya berhati-hati setiap kali mengorek telinga kerana bimbang akan mencederakan gegendang yang boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran.

Pesanan itu menimbulkan rasa takut dan meninggalkan kesan apabila sentiasa berwaspada ketika mengorek telinga meskipun sudah dewasa.

Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat serta boleh berfungsi dengan baik. Ini kerana terdapat dua kepentingan anggota berkenaan iaitu untuk pendengaran dan keseimbangan.

Bagaimanapun, perlu diketahui jika seseorang itu sering mengalami masalah telinga berair dalam lebih dari dua minggu, diingatkan agar tidak memandang mudah perkara berkenaan.

Ini kerana ia salah satu simptom penyakit kanser telinga terutamanya yang berumur lebih 40 tahun. Mereka yang mengalami telinga berair lebih 10 tahun juga lebih berisiko mendapat kanser di bahagian tengah anggota terbabit.

Pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) Hospital An Nur, Dr Abdul Halim Shibghatullah mengulas lanjut mengenai penyakit berkenaan disifatkan jarang berlaku jika dibandingkan dengan penyakit kanser lain.

Beliau berkata, boleh dikatakan hanya satu daripada sejuta orang disahkan mengalami penyakit berkenaan.

“Kanser telinga boleh terjadi pada telinga atau berpunca dari bahagian lain iaitu di kawasan berhampiran dengan bahagian telinga dan seterusnya memberi kesan kepada anggota pendengaran ini.“Sebagai contoh kanser di bahagian parotid (kelenjar air liur yang ada di hadapan telinga) boleh menyebabkan kanser berkenaan menekan dan merebak pada telinga yang seterusnya memberi kesan kepada anggota ini.“Kanser daripada pangkal hidung (bahagian nasofarinks) juga boleh merebak ke telinga melalui saluran Eustachia,” katanya.
Dr Abdul Halim berkata, kanser telinga biasanya membabitkan cuping telinga yang diliputi kulit iaitu sebahagian daripada sistem kulit pada tubuh. Umum mengetahui, keseluruhan badan manusia diselaputi kulit yang boleh menyebabkan kanser tetapi risiko di bahagian kulit cuping telinga hanyalah sekitar lima hingga 10 peratus.

“Dalam kalangan 100 pesakit kanser kulit, hanya lima hingga 10 pesakit yang mengalami kanser kulit pada bahagian cuping telinga,” katanya.

Ditanya apakah simptom lain kanser telinga, beliau berkata, seseorang akan mengalami masalah pendengaran, sakit dalam telinga, telinga berdesing dan vertigo (terasa persekitaran berpusing-pusing)

Katanya, otot muka boleh menjadi lemah kerana saraf muka melalui kawasan telinga dan menjalar ke muka. Apabila kanser merebak, ia menekan dan ‘menyusup’ ke saraf muka menjadikan otot muka lemah dan senget sebelah.

Sehingga kini, masih tidak diketahui punca sebenar penyakit kanser telinga tetapi lazimnya tabiat merokok dan faktor umur seperti penyakit kanser lain.

Katanya, kaedah rawatan bergantung kepada tahap kanser dihidapi pesakit, saiz kanser, umur dan tahap kesihatan mereka.

“Sekiranya penyakit ini dikesan pada peringkat awal pembedahan adalah kaedah rawatan utama. Bagaimanapun sekiranya selepas pembedahan kanser masih tidak dapat dikeluarkan kesemuanya rawatan lain akan diteruskan seperti radioterapi ataupun kemoterapi,” katanya.

Dr Abdul Halim berkata, ada pesakit yang dikesan kansernya sudah merebak ke organ lain, jadi mereka hanya perlu membuat rawatan kemoterapi paliatif.

“Kemoterapi paliatif adalah kaedah rawatan bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi mengawal dan melambatkan pertumbuhan sel kanser,” katanya.

Manakala kaedah pembedahan bergantung di mana kanser itu berada, contohnya jika di cuping telinga, pembedahan akan membuang bahagian terbabit dengan kanser dan pembedahan biasanya tidak memerlukan bantuan mikroskop.

“Sebaliknya sekiranya kanser membabitkan saluran telinga atau bahagian telinga tengah atau telinga dalam, sudah tentu pembedahan lebih mencabar dan memerlukan bantuan mikroskop dan alatan lain.

“Penyakit ini diklasifikasikan kepada peringkat pertama hingga empat dan boleh menyebabkan kematian jika sel berkenaan sudah merebak ke organ lain dalam,” katanya.

Tidak cukup diuji dengan kesakitan, pesakit berhadapan risiko kehilangan pendengaran sekiranya kanser menyerang di kawasan telinga tengah dan dalam kerana menjejaskan koklea.

Pesakit tidak perlu gusar kehilangan pendengaran jika kanser peringkat awal dan berlaku di bahagian cuping kerana masih boleh dirawat dengan sempurna.

Telinga terdiri daripada tiga bahagian

Telinga luar terdiri daripada pina dan salur telinga.Telinga tengah terdiri daripada tiga tulang kecil yang dipanggil tukul, andas dan rakap.Telinga dalam terdiri daripada koklea dan salur separuh bulat.

Panduan menjaga pendengaran

Memakai alat perlindungan pendengaran apabila mengendalikan mesin jentera yang mengeluarkan bunyi kuat.Mengurangkan bunyi iPod apabila memakai fon telinga.Memakai alat perlindungan pendengaran jika menghadiri konsert.Mengubah mod pembesar suara apabila menggunakan telefon bimbit.

HM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/07/masalah-telinga-berair-waspada-mengorek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kredit Macet Masih Jadi Masalah Utama Perbankan

Kredit Macet Masih Jadi Masalah Utama Perbankan

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 169 hits
NPL merupakan tantangan besar bagi bank untuk memperoleh keuntungan sekaligus untuk dapat memberikan pinjaman kepada debitur lain
Kelewatan Berpunca Dari Masalah Teknikal Mas Mohon Maaf Pada Menteri Pertahanan

Kelewatan Berpunca Dari Masalah Teknikal Mas Mohon Maaf Pada Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 272 hits
Pejabat Menteri Pertahanan Malaysia baru baru ini mengeluarkan kenyataan media yang menegur kelewatan pesawat Malaysia Airlines sehingga menyebabkan menterinya Mohamad Sabu gagal bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Lon...
Bagaimana Hendak Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Yang Banyak Nama Dan Bahagian Makin Mengecil

Bagaimana Hendak Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Yang Banyak Nama Dan Bahagian Makin Mengecil

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 339 hits
Dikongsikan maklumat mengenai masalah tanah pusaka yang mempunyai banyak nama Dipetik melalui Facebook seorang peguam tersohor bernama SALKUKHAIRI ABD SUKOR Berikut nasihat beliau sebagai seorang yang pakar dalam bidang ini Semoga bermanfaa...
Masalah Penjualan Kayu Catut Tewas Ditembak Rekan Bisnis

Masalah Penjualan Kayu Catut Tewas Ditembak Rekan Bisnis

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 161 hits
Kapolres OKI AKBP Donny Eka Syaputra mengatakan informasi sementara korban ditembak pelaku BN di TKP Senin malam Pelaku langsung kabur usai kejadian
Masalah Internet Banking Mandiri

Masalah Internet Banking Mandiri

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 255 hits
Pernah mencoba topup OVO lewat internet banking Bank Mandiri tapi malah gagal Ya sekitar bulan puasa kemarin saya pertama kali mengalaminya dan setelah beberapa kali mencoba akhirnya saat itu saya biarkan karena berpikir sistem Mandiri mung...
Isu Peralihan Jawatan Pm Anwar Tegaskan Tiada Masalah Antara Dia Dan Tun M

Isu Peralihan Jawatan Pm Anwar Tegaskan Tiada Masalah Antara Dia Dan Tun M

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 265 hits
PUTRAJAYA Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada masalah antara dirinya dan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan peralihan jawatan Perdana Menteri Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata soal tarikh dan sebagainya adalah ...
Pengerusi Felda Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan Kata Dr M

Pengerusi Felda Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan Kata Dr M

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 297 hits
June 25 2019 10 11 AMMegat Zaharuddin Megat Mohd Nor PETALING JAYA Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor yang didakwa akan meletak jawatan sebagai pengerusi Felda kurang setahun selepas pelantikannya di...
Peralihan Kuasa Akan Berterusan Jadi Masalah Selagi Tun M Sendiri Suka Cakap Berubah Ubah

Peralihan Kuasa Akan Berterusan Jadi Masalah Selagi Tun M Sendiri Suka Cakap Berubah Ubah

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 316 hits
Dulu sebelum PH menang pilihanraya Tun Mahathir Mohamad mengatakan beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk tempoh dua tahun saja Katanya tempoh itu dikira mencukupi untuk beliau menyelesaikan beberapa masalah negara seperti 1MDB hut...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense