Bagaimana Hendak Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Yang Banyak Nama Dan Bahagian Makin Mengecil


Dikongsikan maklumat mengenai masalah tanah pusaka yang mempunyai banyak nama. Dipetik melalui Facebook seorang peguam tersohor bernama SALKUKHAIRI ABD SUKOR. Berikut nasihat beliau sebagai seorang yang pakar dalam bidang ini. Semoga bermanfaat.

1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney - PA)
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri
II. Semua penama jual bahagian masing-masing
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahanBoleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut
Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tak. Wallahuaklam

#kredit kepada : SALKUKHAIRI ABD SUKOR, Pengerusi, Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://belogmummyfara.blogspot.com/2019/06/bagaimana-hendak-selesaikan-masalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Asli Dapat Semula Akses Kepada Tanah Pusaka Di Gua Musang

Orang Asli Dapat Semula Akses Kepada Tanah Pusaka Di Gua Musang

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 246 hits
Peguam G Ragumaren dan David Ragumaren meraikan kemenangan mereka dengan defendan Orang Asli di luar MahkamahTinggi Kota Baru hari ini PETALING JAYA Orang Asli suku Temiar i 10 petempatan di Pos Simpor Gua Musang memperoleh kemenangan besar...
Benarkan Minum Terlalu Banyak Bubble Tea Bisa Timbulkan Masalah Pada Pencernaan

Benarkan Minum Terlalu Banyak Bubble Tea Bisa Timbulkan Masalah Pada Pencernaan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 299 hits
Mungkinkah masalah ini bisa terjadi Dilansir dari Medical Daily Dr Ryan Marino bagian Unit Gawat Darurat dari UPMC di Pittsburgh menyebut bahwa mungkin saja tapioka yang menempel di perut ini berujung pada konstipasi
Isu Video Intim Biar Pkr Selesaikan Masalah Dalaman Sendiri Dr Wan Azizah

Isu Video Intim Biar Pkr Selesaikan Masalah Dalaman Sendiri Dr Wan Azizah

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 312 hits
Astro Awani Dr Wan Azizah ditemui selepas Program Bicara Ilmu Sri Satria di Putrajaya pada Khamis PUTRAJAYA Tiada keperluan bawa isu video intim yang terkait dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke mesyuarat Majlis Pres...
Sekjen Pdip Rakernas Iv Tertutup Banyak Bahas Masalah Internal

Sekjen Pdip Rakernas Iv Tertutup Banyak Bahas Masalah Internal

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 172 hits
Partainya menyadari masih kata dia bahwa politik memerlukan ruang kontemplasi agar mengalirlah gagasan jernih dan semakin berdedikasi bagi rakyat bangsa dan negara Indonesia
Lagi Nama Akan Dimasukkan Pada Senarai Saman Lucut Hak 1mdb

Lagi Nama Akan Dimasukkan Pada Senarai Saman Lucut Hak 1mdb

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 296 hits
Diterbitkan Hari ini 3 04 petangMenteri Kewangan Lim Guan Eng mengingatkan Pemuda PAS bahawa senarai saman sivil pelucuthakan yang sebelum ini mempunyai 41 nama individu dan entiti yang diarahkan supaya memulangkan wang 1MDB itu belum mukta...
Nama Anak Saya Google Bapa Tertarik Kerana Maksudnya Boleh Tolong Orang

Nama Anak Saya Google Bapa Tertarik Kerana Maksudnya Boleh Tolong Orang

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 308 hits
Pasangan dari Indonesia Andi Cahya Saputra 31 dan Ella Karina 27 memberi nama kepada anak mereka yang lahir pada 30 November lalu sebagai Google Menerusi laporan media tempatan Kumparan nama itu tercetus semasa isterinya hamil tujuh bulan N...
Petugas Khas Kaji Laporan Suhakam Nama Akan Diumum Dalam Masa Terdekat

Petugas Khas Kaji Laporan Suhakam Nama Akan Diumum Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 214 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Enggan Buat Ujian Poligraf Dan Sumpah Laknat Azmin Tolak Peluang Bersih Nama Lokman

Enggan Buat Ujian Poligraf Dan Sumpah Laknat Azmin Tolak Peluang Bersih Nama Lokman

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 296 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berkata keengganan Menteri Hal Ehwal Eonomi Datuk Seri Azmin Ali untuk melakukan ujian poligraf seakan jelas membuktikan bahawa sememangnya dia terlibat dalam jenayah seks luar tabii J...
18 Asal Usul Nama Daerah Di Jakarta Mendapat Namanya

18 Asal Usul Nama Daerah Di Jakarta Mendapat Namanya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 371 hits
Dengan Wajah barunya hari ini Jakarta genap berusia 492 tahun Bagi mereka yang tinggal berhijrah atau pernah melancong ke Jakarta pasti tertanya dari manakah nama nama tempat di daerah Jakarta ini mendapat namanya ye Jadi jom kita selongkar...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Cara Meletakkan Keywords Dengan Betul

Jom Claim Air Free Di Fajja

Siri 1 2025 Tawaran Kompaun Khas Jpj Settle Your Saman For Just Rm150