Masalah Teknikal Kegagalan Komunikasi Antara Punca Nahas Lrt


 Siti Hafidah
Hasil siasatan dapati penyelenggaraan dijalankan Prasarana teratur, ikut manual. PUTRAJAYA – Masalah teknikal dan kegagalan komunikasi antara Pusat Kawalan Operasi (OCC) dengan pemandu (hostler), adalah antara punca berlakunya pelanggaran tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada 24 Mei lepas, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata, dapatan itu terkandung dalam laporan Jawatankuasa Siasatan mengenai insiden nahas dua tren LRT antara stesen Kampung Baru dan KLCC itu yang dibentangkan kepada Kabinet semalam.
Berkongsi laporan itu dalam sidang media secara maya hari ini, Wee berkata, insiden itu melibatkan pertembungan tren bernombor 40 tanpa penumpang yang menghadapi masalah teknikal dan tren 81 dengan 213 penumpang yang melakukan perjalanan tanpa mendapat pengesahan tepat.
Menghuraikan urutan insiden itu, Wee berkata, tren 40 mengalami masalah teknikal pada jam 6.26 petang pada hari kejadian (24 Mei) melibatkan salah satu daripada dua sistem Komunikasi On-Board Vehicle (VOBC).
Menurutnya, apabila satu VOBC gagal berfungsi dan hilang komunikasi dengan OCC maka tren perlu dikosongkan di stesen berikutnya serta dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk penyelenggaraan di depoh Lembah Subang menerusi kawalan automatik iaitu Automatic Train Operation (ATO) ketika VOBC kedua masih berfungsi.
Namun, VOBC kedua tren 40 itu juga gagal berfungsi pada jam 8.13 malam ketika dalam perjalanan ke Lembah Subang dan terkandas di antara stesen LRT KLCC dan Kampung Baru.
“OCC tidak dapat mengawal tren 40 apabila kedua-dua VOBC tidak berfungsi. Justeru, pemandu diarahkan untuk mengendalikan tren 40 secara manual ke stesen berdekatan iaitu Dang Wangi bagi tujuan ‘reset’ untuk berada dalam mod ATO,” katanya.
Menurut Wee, siasatan mendapati ketika proses pemindahan tren 40 untuk diset semula dan dikembalikan kepada ATO, kedua-dua pemandu dan pengawal OCC telah mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kritikal tertentu, dan ini secara tidak sengaja mengakibatkan tren 40 bergerak secara manual ke arah Gombak di arah utara dan bukannya ke selatan menuju ke depoh.
Pada masa sama, katanya, tren 81 sedang ditahan di stesen KLCC dan meletakkan keadaan status Manual Route Reservation (MRR) iaitu perlindungan kepada tren 40 sebelum dapat dikendalikan secara ATO.
“Namun, tren 81 dilepaskan untuk melakukan perjalanan meninggalkan stesen KLCC menuju ke stesen Kampung Baru tanpa mendapat pengesahan tepat yang mengatakan tren 40 telah diset semula kepada ATO. Keadaan ini seterusnya mengakibatkan berlaku pertembungan antara tren 40 dan tren 81,” katanya.
Wee berkata, tindakan pemandu itu adalah tidak disengajakan kerana pada ketika itu maklumat mengenai ‘track section number’ tidak mencukupi, di mana pelaporan secara berkala dengan OCC sepatutnya berlaku.
Wee menegaskan objektif siasatan adalah untuk menentukan keadaan dan punca sebenar nahas dengan tujuan mengelakkan insiden daripada berulang serta menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam dan bukan bertujuan membuktikan kesalahan atau liabiliti terhadap mana-mana pihak.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, yang mengetuai Jawatankuasa Siasatan itu berkata, hasil siasatan mendapati penyelenggaraan dijalankan oleh Prasarana adalah teratur dan mengikut manual.
Katanya, tiada sebarang percanggahan dan anomali dalam penyelenggaraan tren namun SOP itu tidak diikuti sepenuhnya kerana perlu ada senarai semak bagi mengelak kejadian seumpama itu berlaku.
“Kegagalan VOBC tidak berlaku setiap hari, ia jarang berlaku. Tetapi apabila ia berlaku, mesti ada SOP di mana semua orang faham dan ikut cara mengendalikan kereta api secara manual,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/masalah-teknikal-kegagalan-komunikasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siri 3 Lebai Tengin Jauhilah Sikap Sebegini Antara Punca Pas Dibenci

Siri 3 Lebai Tengin Jauhilah Sikap Sebegini Antara Punca Pas Dibenci

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 183 hits
HAMDAN TAHAAntara ahli politik yang rosak satu ketika kata begini dan mempengaruhi rakyat satu ketika dah berbeza pendirian pula ini pemimpin yang sakit otak
Mangsa Nahas Lrt Bebas Boleh Saman Prasarana

Mangsa Nahas Lrt Bebas Boleh Saman Prasarana

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 140 hits
Oleh AMREE AHMAD SEBAHAGIAN penumpang yang mengalami kecederaan selepas tren LRT yang mereka naiki bertembung dengan tren lain berdekatan Stesen KLCC Gambar hiasanPUTRAJAYA Mana mana penumpang yang terlibat dalam insiden pertembungan dua tr...
Terpengaruh Berita Palsu Tak Semak Mysejahtera Antara Punca Tidak Hadir Vaksinasi

Terpengaruh Berita Palsu Tak Semak Mysejahtera Antara Punca Tidak Hadir Vaksinasi

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 228 hits
Di Pahang Raub merupakan daerah paling tinggi mencatatkan jumlah ketidakhadiran vaksinasi iaitu 45 Program vaksinasi kebangsaan dimulakan sejak Februari lalu Tidak menyemak aplikasi MySejahtera dan terpengaruh dengan berita tidak benar berk...
Benarkah Rakyat Punca Kegagalan Dan Pertukaran Kerajaan Tidak Mampu Merubah Keadaan

Benarkah Rakyat Punca Kegagalan Dan Pertukaran Kerajaan Tidak Mampu Merubah Keadaan

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 253 hits
Berikutan trending tanda pagar KerajaanGagal dan KerajaanBodoh di media sosial sejak kebelakangan ini sebagai manifesti penolakan terhadap kerajaan bersekali dengan kecaman terhadap beberapa menteri yang juga dianggap gagal dan tidak berfun...
Selain Mahiaddin Yang Gila Kuasa Punca Masalah Negara Juga Kerana Mahathir Yang Sentiasa Kemaruk Kuasa

Selain Mahiaddin Yang Gila Kuasa Punca Masalah Negara Juga Kerana Mahathir Yang Sentiasa Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 354 hits
Di samping dibelenggu oleh pentadbiran kerajaan yang gagal sehingga hampir semua perkara dalam negara jadi celaru dan haru biru kita juga sebenarnya berdepan dua masalah pokok yang lain Pertama Mahiaddin Md Yasin yang bukan saja gagal dan t...
Kerajaan Perlu Dedah Keseluruhan Hasil Siasatan Nahas Lrt

Kerajaan Perlu Dedah Keseluruhan Hasil Siasatan Nahas Lrt

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 484 hits
Laporan siasatan nahas tren LRT pada 24 Mei lalu mesti didedahkan kepada umum sepenuhnya bagi mengetahui punca sebenar kemalangan tersebut terjadi Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pengangkutan Syed Ibrahim Syed Noh berkata laporan yang dibe...
Lrt Bertembung Pm Arah Siasat Segera Kenal Pasti Punca

Lrt Bertembung Pm Arah Siasat Segera Kenal Pasti Punca

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 221 hits
LRT BERTEMBUNG PM ARAH SIASAT SEGERA KENAL PASTI PUNCA Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan siasatan penuh dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan membabitkan perlanggaran dua tren Transit Aliran Ringan yang menyebabkan 47 penumpang...
Gula Gula Biskut Kerepek Kentang Segala Makan Manis Punca Gigi Anak Berlubang Hadkan Makanan Manis

Gula Gula Biskut Kerepek Kentang Segala Makan Manis Punca Gigi Anak Berlubang Hadkan Makanan Manis

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 271 hits
Alamak Gigi anak berlubang dan rosak Apakah punca gigi berlubang yang mungkin tidak anda sedari Jom selidiknya dan ketahui cara pencegahannya Masalah gigi anak berlubang Dental caries atau lebih mudah dipanggil sebagai masalah gigi berluban...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Hajiji S Hasty Exoneration From Alleged Sabah Corruption

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Hiburan Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan