Masalah Pemabuk Rakyat Menanti Solusi Daripada Parti Islam Terkemuka Dunia


Walaupun kerajaan bertukar nampaknya isu mabuk tetap tidak dapar diselesaikan. Pemandu mabuk kian meningkat setiap hari. Jika semalam kita disajikan dengan pemabuk yang melanggar dan mengheret penunggang motosikal sejauh 2km. Hari ini, polis pula dipukul. 
Tindakan? [Hak pemabuk dijamin Kerajaan?]
Paling mudah dan simple, haramkan arak diminum dikedai makan, disco. Nak haramkan terus penjualan arak, nantikan rugi cukai kan. Kita tunggu jela parti islam terkemuka dunia ketengahkan idea macam mana nak tutup semua kilang arak atau macam mana. 
Sudah mabuk, tumbuk dan baling kerusi pula pada polis

BeritaHarian | Seorang pengurus kelab malam dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan termasuk memandu dalam keadaan mabuk, menumbuk polis serta membaling kerusi terhadap penjawat awam itu.

Leng Kar Loon, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi dan S. Mageswary.

Di hadapan Majistret Puteri Nursheila, bapa kepada dua anak itu didakwa memandu kereta jenis Toyota Avanza di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badannya didapati sebanyak 200 miligram (mg) bagi setiap 100 mililiter darah (ml) berbanding had ditetapkan 80 mg bagi 100 ml darah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Bulatan Bilion, Cheras di sini pada 1 pagi, 21 Mei lepas, mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara maksimum 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala peguam Tan Kian Peng yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum kerana anak guamnya yang berpendapatan RM2,500 sebulan menanggung dua anak berumur 10 dan 20 tahun.

Majistret Puteri Nursheila membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Di hadapan Majistret Mageswary, Leng mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan.

Dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap anggota polis trafik, Lans Koperal Mohd Radhie Md Yatim, 37, dengan menumbuknya sehingga menyebabkan kecederaan terhadap penjawat awam mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan kekerasan jenayah terhadap anggota polis sama dalam menjalankan tugas dengan membaling kerusi kepada mangsa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen serupa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa berkelakuan rusuh dan tidak senonoh terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah seksyen serupa yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau hukuman penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di Bilik Penguat Kuasa Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee di sini, pada 1 pagi, 21 Mei lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan, manakala Tan memohon jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 21 Julai untuk sebutan semula kes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/masalah-pemabuk-rakyat-menanti-solusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengakhiran Yang Bahagia Semalam Peluk Islam Hari Ini Meninggal Dunia

Pengakhiran Yang Bahagia Semalam Peluk Islam Hari Ini Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 398 hits
Ajal jodoh dan rezeki seseorang itu merupakan rahsia daripada Allah S W T Tiada siapa dapat menduga jalan kehidupan dan juga pengakhiran individu tersebut di dunia ini Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dikenali se...
Sayu Lelaki Bangsa Cina Meninggal Dunia Sehari Selepas Lafaz Syahadah Peluk Agama Islam

Sayu Lelaki Bangsa Cina Meninggal Dunia Sehari Selepas Lafaz Syahadah Peluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 470 hits
Hidayah itu datang daripada Allah Dia memberi kepada sesiapa yang dikehendaki Nya Kita sebagai manusia tidak dapat menduga bagaimana pengakhiran hidup setiap individu di dunia ini kerana semua itu merupakan rahsia Allah Seperti satu perkong...
Tiada Laporan Rasmi Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di New York Kementerian Luar Negeri

Tiada Laporan Rasmi Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di New York Kementerian Luar Negeri

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 431 hits
PUTRAJAYA 28 Mei Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana mana agensi kerajaan Amerika Syarikat berhubung rakyat Malaysia yang dijangkiti atau meninggal dunia akibat COVID 19 di...
Ph Bukan Kerajaan Melayu Islam Pn Bodohkan Rakyat

Ph Bukan Kerajaan Melayu Islam Pn Bodohkan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 419 hits
YB Nurin menolak isu PH memperkecilkan Islam sebagaimana didakwa PN sebelum ini Juga tuduhan kononnya kerajaan PH Kedah bukan Melayu Islam Faktanya PH ada 19 kerusi hanya 6 ADUN bukan Islam 13 adalah Melayu Islam Apakah isunya 68 Islam dala...
Filem Animasi Pertama Kisah Rakyat Asli Sabah Kepada Khalayak Seluruh Dunia

Filem Animasi Pertama Kisah Rakyat Asli Sabah Kepada Khalayak Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 587 hits
Kisah asli Sabah kepada khalayak di seluruh dunia Kisah rakyat Sabah dalam animasi Sabah memang kaya Bukan sahaja Sabah kaya dengan kepelbagaian alam semula jadi budaya unik pantai indah dan makanan yang hebat tetapi juga rakyatnya yang ber...
Retak Tempurung Kepala Mabuk Lagi Lihat Indah Adil Solusi Cara Islam

Retak Tempurung Kepala Mabuk Lagi Lihat Indah Adil Solusi Cara Islam

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 310 hits
Penunggang motor retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabukSEORANG lelaki yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas pergi ke kedai runcit retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk malam tadi Mangsa Bishamhadi M...
Singkirkanlah Pengkhianat Yang Masih Mendiami Parti Keadilan Rakyat

Singkirkanlah Pengkhianat Yang Masih Mendiami Parti Keadilan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 260 hits
Surat TerbukaKepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden Parti Keadilan Rakyat4 Jun 2020Assalamualaikum YB Datuk Seri Anwar Ibrahim Surat ini saya tulis atas rasa tanggungjawab saya sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat Saya mahu melihat in...
Rakyat Tak Sabar Menanti Perutusan Khas Pm Petang Ini

Rakyat Tak Sabar Menanti Perutusan Khas Pm Petang Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini pasti dinanti na...
Datuk Aziz Kaprawi Ahli Parlimen Sri Gading Pentingkan Politik Parti Berbanding Rakyat

Datuk Aziz Kaprawi Ahli Parlimen Sri Gading Pentingkan Politik Parti Berbanding Rakyat

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 523 hits
1 Saya ingin menzahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Ahli Parlimen Sri Gading YB Datuk Dr Shahruddin Md Salleh untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya semalam 2 Kenyataan beliau yang meletakkan jawatan kerana mementi...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai