Filem Animasi Pertama Kisah Rakyat Asli Sabah Kepada Khalayak Seluruh Dunia


Kisah asli Sabah kepada khalayak di seluruh dunia Kisah rakyat Sabah dalam animasi

Sabah memang kaya. Bukan sahaja Sabah kaya dengan kepelbagaian alam semula jadi, budaya unik, pantai indah dan makanan yang hebat, tetapi juga rakyatnya yang berbakat. Yakin sepenuhnya dengan kreativiti dan bakat rakyat Sabah, penerbit animasi Geoffrey Sinn, nekad untuk menggunakan bakat tempatan menjadi sebahagian daripada pasukan produksinya.


“Saya ingin melawan arus dan mengasah bakat animasi tempatan, yang saya percaya tidak kurang hebatnya dalam kalangan rakyat Sabah.

“Sememangnya kita ada ramai bakat. Jadi kenapa menafikan peluang mereka untuk menonjolkan bakat? Sesungguhnya, kami cukup berbangga kerana memiliki bakat kreatif dalam pasukan kami,” katanya.


Untuk membuktikan bahawa Malaysia, secara amnya dan Sabah, khususnya, tidak kurang bakat kreatif, terutamanya dalam animasi, Sinn, dan pasukannya, menghasilkan Legend of Ancient Borneo, sebuah filem pendek animasi yang hampir keseluruhannya dibuat oleh bakat Sabah, dengan sedikit bantuan artis-artis dari Kuala Lumpur dan komposer dari Kuching.

“Legend of Ancient Borneo, filem animasi pertama dalam bahasa Kadazan, merupakan cara kami memberikan penghormatan kepada budaya dan warisan anak negeri Sabah.

“Menerusi filem ini, kami berharap dapat meningkatkan industri animasi Sabah dan menyediakan lebih banyak pendedahan mengenai kisah-kisah rakyat Sabah.”

Sinn berkata filem pendek itu dibuat berdasarkan komik fiksyen yang diterbitkan sendiri oleh Robertson Sondoh Jr dan Kwan Thung Seng, dan berpendapat, ia lebih baik diceritakan menerusi animasi.



Filem ini tidak akan berjaya tanpa bakat tempatan seperti Rizo Leong, yang terkenal dengan pameran ukiran kayu di Perancis dan Jepun serta Boni Mosios, pelakon utama filem Huminodun, yang merupakan narator filem animasi pendek ini,” katanya.

Sinn mengakui berdepan beberapa kekangan dalam penghasilan filem pendek terbabit, daripada kekurangan peralatan sehinggalah kepada ketidakstabilan kewangan, tetapi kerja keras mereka membuahkan hasil apabila mereka memenangi Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC), yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Digital Malaysia (MDEC) pada September tahun lepas.

“Kami mengalahkan kira-kira 84 buah syarikat dari seluruh negara dan memenangi hadiah utama, geran berjumlah RM100,000 daripada MDEC untuk menyiapkan produksi Legend of Ancient Borneo dalam tempoh setahun.

“Filem pendek animasi ini juga telah memenangi anugerah antarabangsa,” kata Sinn, yang merupakan Pengarah Seni Kreatif All for One Production.

Mengenai industri animasi, Sinn menyifatkannya sebagai “perniagaan yang menguntungkan”, dengan nilai keluaran global sekitar AS$250 bilion setakat ini.

“Kami juga percaya negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat banyak melabur dalam bidang ini. Pasaran animasi yang luas kini sedang mencari cerita-cerita baharu dan segar... ini berita baik untuk kami,” katanya.

Sinn berkata ketika ini, filem pendek animasi terbabit terus ditayangkan dalam banyak festival filem antarabangsa.

“Kami berkongsi kisah asli Sabah kepada khalayak di seluruh dunia. Kami merancang untuk menjalankan siaran perdana Legend of Ancient Borneo di Sabah pada acara Hobbycon pada Disember 2019,” katanya.

Sementara itu, Sinn ketika ini bekerja dengan pasukkannya bagi membangunkan Legend of Ancient Borneo kepada siri televisyen (TV), yang mana mereka harap akan disiarkan di pelbagai saluran TV dan platform striming.

“Kami juga berharap kerajaan Sabah menyokong pertumbuhan industri tempatan dan industri kreatif, bukan sahaja untuk pulangan kewangannya, tetapi juga melihatnya sebagai satu cari untuk mempromosikan budaya dan cerita kita menjadi produk yang mampu dieksport sebagai mengimbangi industri besar lain, seperti pelancongan dan pertanian.


“Sila sokong industri animasi tempatan kita. Sokongan anda bermakna mengiktiraf bakat Sabah. Marilah kita meningkatkan industri ini dan menonjolkan bakat kita kepada dunia,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/05/filem-animasi-pertama-kisah-rakyat-asli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Pertama Ketuai Alunan Takbir Raya Tsmy Buat Seluruh Rakyat Malaysia Sebak

Pm Pertama Ketuai Alunan Takbir Raya Tsmy Buat Seluruh Rakyat Malaysia Sebak

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 404 hits
Gembira bercampur sebak itulah rata rata perasaan seluruh umat Islam yang menyambut hari raya puasa pada tahun ini apabila ramai dalam kalangan tidak dapat berhari raya di kampung halaman masing masing Lebih mengharukan pada tahun Perdana M...
Tiada Laporan Rasmi Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di New York Kementerian Luar Negeri

Tiada Laporan Rasmi Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Di New York Kementerian Luar Negeri

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 378 hits
PUTRAJAYA 28 Mei Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana mana agensi kerajaan Amerika Syarikat berhubung rakyat Malaysia yang dijangkiti atau meninggal dunia akibat COVID 19 di...
Lupakah Rakyat Momen Yg Anda Berikan Seluruh Jiwa Kepada Negara Tercinta Ini

Lupakah Rakyat Momen Yg Anda Berikan Seluruh Jiwa Kepada Negara Tercinta Ini

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 191 hits
HAMSINA HAMZAHIkutkan hati biar Muhyidin dan PN kayuh COVID19 dan ekonomi merudum ni Nak sangatkan jadi kerajaan Tapi bila mengenangkan negara ini akan hancur dan nasib rakyat lebur harapan kepada PH kembali memulihkan Tapi tulah sikap waki...
Sony Imx500 Dan Imx501 Merupakan Sensor Kamera Pertama Di Dunia Dengan Pemprosesan Ai

Sony Imx500 Dan Imx501 Merupakan Sensor Kamera Pertama Di Dunia Dengan Pemprosesan Ai

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 250 hits
Apabila berkata mengenai pengeluar sensor kamera Sony merupakan salah satu nama yang terbesar Kini syarikat tersebut telah mengumumkan sensor terbaharu IMX500 dan IMX501 yang merupakan sensor pertama di dunia dengan pemprosesan kecerdasan b...
Qatar Airways Mahu Beri 100 000 Tiket Percuma Untuk Petugas Perubatan Seluruh Dunia

Qatar Airways Mahu Beri 100 000 Tiket Percuma Untuk Petugas Perubatan Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 264 hits
DOHA Syarikat penerbangan Qatar Airways menawarkan 100 000 tiket percuma kepada petugas barisan hadapan dari sektor penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai tanda penghargaan di atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membantu membantera...
Covid 19 Hampir 4 6 Juta Dijangkiti Dengan 310 Ribu Kematian Di Seluruh Dunia

Covid 19 Hampir 4 6 Juta Dijangkiti Dengan 310 Ribu Kematian Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 328 hits
SEKURANG kurangnya 309 296 orang terbunuh akibat Covid 19 sejak ia mula merebak di China Disember lalu menurut angka rasmi yang diperoleh AFP Sebanyak 4 588 360 kes direkodkan di 196 negara dan wilayah Daripada jumlah itu sekurang kurangnya...
Kisah Lelaki Meninggal Dunia Positif Covid 19 Jalan Kaki Dari Johor Ke Terengganu Nak Jumpa Keluarga

Kisah Lelaki Meninggal Dunia Positif Covid 19 Jalan Kaki Dari Johor Ke Terengganu Nak Jumpa Keluarga

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 519 hits
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat seorang lelaki tekad untuk pulang bersendirian ke kampung untuk menemui keluarganya dengan berjalan kaki dari Johor ke Terengganu Namun ketika dalam perjalanan hajat tersebut tidak kesampaian ...
Rakyat Tak Kisah Siapa Perdana Menteri Asalkan

Rakyat Tak Kisah Siapa Perdana Menteri Asalkan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 205 hits
KOMENTARBERTUKAR kerajaan dalam tempoh 22 bulan sahaja selepas berkuasa 9 Mei 2018 ada rakyat kisah Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari 2020 ada orang ramai ambil peduli berbeza reaksi pilu sedih...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Don T Dim Your Dreams Let Integrity Electrical Illuminate Your Vision

Specialization And Excellence Headwater Health S Crna Focus

Ipr Lonjak Pendapatan Peniaga B40

Perintah Berkurung Untuk Kanak Kanak Bawah 13 Tahun

Wee Mca Not A Hypocrite