Retak Tempurung Kepala Mabuk Lagi Lihat Indah Adil Solusi Cara Islam



Penunggang motor retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk


SEORANG lelaki yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas pergi ke kedai runcit retak tempurung kepala dilanggar pemandu mabuk malam tadi.Mangsa Bishamhadi Mohamad Hasbi, 41 dilanggar suspek berusia 63 tahun yang memandu kereta Iswara terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa dari belakang di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong, Kangar, Perlis.“Suspek dari Kangar yang memandu dalam keadaan mabuk dikatakan ingin pulang ke rumahnya di Taman Bunga Padi.“Bagaimanapun setibanya di hadapan pasar raya NFS AMG Trading, kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sehingga merempuh mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal dan turut merempuh sebuah lori di parkir di bahu jalan,” kata Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada Berita Harian.Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-SMKomen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita lihat bagaimana indah dan adilnya solusi cara Islam terhadap kemalangan maut yang disebabkan mabuk.PENGHARAMAN arak(1) Ramai yang masih lagi tidak tahu bahawa Islam menyediakan undang-undang yang sangat berpatutan. Cumanya disebabkan ketebalan Sekularism, masyarakat tidak sedar Islam ada penyelesaiannya.Antara yang menjadi perbincangan hangat pada hari ini ialah kemalangan disebabkan mabuk. Menggambarkan undang-undang yang sedia ada seperti ‘tumpul’.(2) Iaitu tidak mampu menyelesaikan masalah. Manakala jiwa-jiwa yang mati semakin bertambah. Mereka yang mati dilanggar oleh pemabuk, ada isteri dan anak di rumah.

Persoalannya, siapakah yang sepatutnya membela keluarga si mati? Adakah undang-undang sedia ada mampu membela keluarga si mati? Itu soalannya.

(3) Perkara pertama yang perlu kita faham bahawa Islam mengharamkan arak atau apa-apa unsur yang memabukkan. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas;أن النبي صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل فقال‏:‏ يا محمد إن الله لعن الخمر وعاصرها ومعتصرها‏،‏ وحاملها والمحمولة إليه وشاربها وبائعها‏،‏ ومبتاعها وساقيها‏

“Sesungguhnya Nabi S.A.W didatangi oleh Jibril lalu berkata: Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya”(4) Kerajaan yang meluluskan lesen kilang arak perlu berwaspada, bimbang tergolong dalam golongan yang terlaknat ini. Justeru, pengharaman arak adalah poin pertama untuk menyelesaikan kes pemandu mabuk.

Jenis-jenis pembunuhan

(1) Perlu tahu bahawa dalam Islam, ‘bunuh’ terbahagi kepada 3 jenis, bunuh sengaja قتل عمد, bunuh tidak sengaja قتل بغير عمد, bunuh seolah-olah sengaja قتل شبه عمد

Hari ini kita berhadapan dengan krisis kemalangan disebabkan mabuk. Kemalangan yang ‘membunuh’ seperti ini termasuk dalam قتل شبه عمد (bunuh seolah-olah sengaja).

(2) Bunuh dengan sengaja terbahagi kepada dua jenis, sekiranya dimaafkan oleh waris mangsa maka pembunuh tadi perlu membayar pampasan (diyat) kepada keluarga si mati.

Bunuh seolah-olah sengaja dan juga bunuh tidak sengaja, perlu bayar pampasan sebagai hukuman. Nilai pampasan kedua-duanya berbeza.

(3) Andaikan orang kafir di Malaysia ini dianggap sebagai Zimmi, maka mereka perlu dijatuhkan hukuman pampasan sekiranya tidak sengaja atau seolah-olah sengaja bunuh orang Islam.

Antara yang disebut dalam kitab العلاقات الدولية في الشريعة الاسلامية karangan Dr Abbas Syuman, dari al Azhar;إذا قتل المسلم الذمى أو الذمى المسلم خطأ أو شبه عمد عوقب المعتدى بالدية المقررة في القتل شبه العمد أو الخطأ لأنه قتل نفسا معصومة بالإسلام أو الأمان فوجب عليه الضمان

“Apabila seseorang Muslim itu membunuh seorang Zimmi atau seorang Zimmi membunuh seorang Muslim tanpa sengaja atau seolah-olah sengaja, akan dijatuhkan hukuman dengan diyat yang ditetapkan dalam pembunuhan seolah-olah sengaja atau tidak sengaja, kerana ia membunuh satu jiwa yang dipelihara atas nama Islam, ataupun diberi keamanan. Maka wajib ke atasnya jaminan.”Pampasan kepada keluarga si mati

(1) Dalam perbahasan fekah mengenai pendakwaan bagi kes bunuh seolah-olah sengaja ini terdapat perselisihan. Maka hal perselisihan itu serah kepada jawatankuasa fatwa yang dilantik oleh kerajaan untuk memilihnya.

Cumanya hukuman diyat yang dikenakan bersifat الدية المغلظة boleh dibayar secara ansuran selama 3 tahun kepada keluarga si mati, berbeza dengan bunuh secara sengaja. [1]

(2) Perbahasan mengenai perselisihan dalam kes ini agak panjang dan ada perinciannya. Kes ini boleh dikenakan denda kepada pelakunya senilai dengan 100 ekor unta.

Kalau hari ini harga seekor unta RM4000, maka kos yang perlu dibayar kepada ‘keluarga si mati’ sebanyak RM400,000. Bayaran dibuat kepada ‘keluarga si mati’.

(3) Saya tertarik dengan kenyataan Dekan Kolej Undang-undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Ahmad Martadha Mohamed. [2]

Beliau mencadangkan Malaysia meniru hukuman seperti Thailand. Menurutnya, setiap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa kerana mereka hilang punca pendapatan.

“Pada saya, penjara mestilah dari dua tahun ke empat tahun, denda pula minimum RM10,000. Selain itu, saya mencadangkan kita buat seperti di Thailand,” katanya.

“Pampasan perlu diberikan kepada keluarga mangsa untuk bantu mereka”.

(4) Hakikatnya kaedah ini ada dalam Undang-undang Islam sendiri, iaitu pampasan diberikan kepada keluarga si mati. Memang itulah yang digariskan dalam Islam.

Hal ini pernah dikemukakan dalam Dokumen Hijau yang diterbitkan oleh PAS dalam menerangkan konsep penyelesaian Islam dalam Undang-undang Jenayah. [3]

Undang-undang Sivil
(1) Pada 13 Februari, media melaporkan. [4]

“Pada 29 Jan lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian.

“Loke dilaporkan berkata ia melibatkan pindaan tiga seksyen di bawah APJ 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45.

“Pada masa ini, pesalah jalan raya yang memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol dikenakan hukuman mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

“Ditanya mengenai cadangan pihak tertentu supaya pemandu mabuk yang membabitkan kemalangan maut didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat, Liew berkata, kesalahan jalan raya adalah tertakluk di bawah APJ 1987”.

(2) Saya bukanlah pakar Undang-undang Sivil. Cumanya sekiranya kekal di bawah APJ 1987 dengan penjara 2 hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000 memadaikah?

(3) Dalam hukuman ini, apa elemen yang boleh membantu keluarga si mati? Apabila si ayah dilanggar pemandu mabuk, maka keluarga itu akan hilang mata pencarian mereka.

Kalau dalam Islam, duit pampasan itu diambil daripada pesalah dan diberikan kepada keluarga si mati. Manakala Undang-undang Sivil duit denda itu diberikan kepada kerajaan.

Penjara

(1) Dalam menjatuhkan hukuman penjara pula, mari kita fikirkan. Individu A memandu dengan mabuk, dan melanggar individu B sehingga mati. A mempunyai keluarga. B juga mempunyai keluarga.

Apabila B mati, maka Undang-undang Sivil menetapkan si A perlu bayar denda dan penjara. Apabila si B mati, menyebabkan keluarga hilang mata pencarian.

(2) Manakala apabila si A dipenjara, keluarganya juga hilang mata pencarian. Maka apa penyelesaiannya? Sebab itu dalam Islam hanya meletakkan Undang-undang Diyat dalam bab ini bukannya penjara.

(3) Biasanya di zaman pemerintahan Islam, penjara lebih dikenakan kepada pemerintah-pemerintah yang songlap duit atau merampas harta rakyat.

Contohnya hukuman ini dijatuhkan kepada pemerintah-pemerintah seperti ini pada zaman Saidina Umar Abd Aziz. Menggambarkan hukuman penjara itu sesuai dengan kesalahannya.

Iaitu pesalah dikekalkan dalam penjara sehingga keluarganya menebus mereka dan duit tebusan itu dibayar kepada mangsa-mangsa penipuan dan rampasan tadi.

(4) Berbeza dengan cara Sivil, yang mana duit denda kes kemalangan mabuk-maut tersebut akan diberikan kepada kerajaan, bukan diberikan keluarga si mati yang menanggung perit.

Sedangkan apabila A langgar B, menyebabkan kedua-dua keluarga mereka hilang mata pencarian. Hal ini yang perlu difikirkan semula untuk kembali kepada sistem Islam.

*Boleh rujuk tulisan Ustaz Zaharudin Muhammad, Pengarah Dokumen Hijau PAS. [3]

[1] Fiqh Islami Wa Adillatuhu, المبحث الثالث ـ القتل شبه العمد وعقوبته
[2] https://careta.my/article/isu-pemandu-mabuk-malaysia-perlu-tiru-thailand-beri-pampasan-kepada-keluarga-mangsa
[3] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=970279129669189&id=312456128784829
[4] https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-mabuk-bakal-berdepan-dengan-hukuman-penjara-20-tahun-230662%3famp=1
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 16/2/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/retak-tempurung-kepala-mabuk-lagi-lihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cedera Retak Tempurung Kepala Dilanggar Pemandu Mabuk Suspek Larikan Diri Berjaya Ditahan

Cedera Retak Tempurung Kepala Dilanggar Pemandu Mabuk Suspek Larikan Diri Berjaya Ditahan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 366 hits
KANGAR Seorang penunggang motosikal cedera termasuk retak tempurung kepala selepas dirempuh pemandu warga emas yang mabuk di Jalan Raja Syed Saffi Bintong malam tadi Dalam kejadian jam 10 malam mangsa Bishamhadi Mohamad Hasbi 41 dikatakan s...
Masalah Pemabuk Rakyat Menanti Solusi Daripada Parti Islam Terkemuka Dunia

Masalah Pemabuk Rakyat Menanti Solusi Daripada Parti Islam Terkemuka Dunia

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 237 hits
Walaupun kerajaan bertukar nampaknya isu mabuk tetap tidak dapar diselesaikan Pemandu mabuk kian meningkat setiap hari Jika semalam kita disajikan dengan pemabuk yang melanggar dan mengheret penunggang motosikal sejauh 2km Hari ini polis pu...
Cara Semak Baki Tabung Haji Online Di Bank Islam Online Banking

Cara Semak Baki Tabung Haji Online Di Bank Islam Online Banking

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 627 hits
Cara Semak Baki Tabung Haji Secara Online di Bank Islam Online Banking Pihak tabung haji kini telah memberi kemudahan kepada anda untuk membuat linkkan akaun tabung haji dengan akaun bank anda yang lain seperti Bank Islam dan juga Maybank F...
Kami Tak Nafi Hak Bukan Islam Tapi Hentikan Memandu Ketika Mabuk Kata Menteri

Kami Tak Nafi Hak Bukan Islam Tapi Hentikan Memandu Ketika Mabuk Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 334 hits
Hak orang bukan Islam untuk meminum minuman keras tidak dinafikan namun mereka mesti mematuhi undang undang bahawa mereka tidak sepatutnya minum arak dan memandu Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undan...
Cara Semak Bantuan Asnaf Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan

Cara Semak Bantuan Asnaf Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 1174 hits
Alhamdulillah ada juga sedikit sebanyak rezeki orang kampung kita yang terjejas akibat covid 19 ni Walaupun ada juga dikalangan kita yang keputusannya masih lagi 50 50 atas angin Tak pasti samada tersenarai ataupun tidak sebagai penerima ba...
Cara Alternatif Merawat Resdung Sakit Kepala Bersin Berterusan

Cara Alternatif Merawat Resdung Sakit Kepala Bersin Berterusan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 619 hits
Masalah Resdung sangat sinonim dengan masyarakat kita Apa itu resdung dan bagaimana nak kurangkan masalah resdung Nama lain bagi penyakit ini ialah penyakit alahan hidung Kalau hidung selalu gatal selalu bersin dan kadang kala boleh mendata...
Cara Print Bank Statement Bank Islam Online

Cara Print Bank Statement Bank Islam Online

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 1827 hits
Cara Print Bank Statement Bank Islam Online Pada kali ini saya kongsikan cara untuk kita dapatkan bank statement melalui Bank Islam Online Kebanyakan bank teleh memberikan kemudahan untuk mendapatkan statement online Bagi Bank Islam anda bo...
Jatuh Pada Syawal Pertama Anak Saudara Cat Farish Jalani Pembedahan Tempurung Kepala Mohon Doa Dari Semua

Jatuh Pada Syawal Pertama Anak Saudara Cat Farish Jalani Pembedahan Tempurung Kepala Mohon Doa Dari Semua

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 327 hits
Tatkala umat Islam sedang menyambut hari raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa keluarga Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli mengalami satu insiden yang mana anak buahnya yang dikenali sebagai Benjamin Pawanteh dimasukkan ke hosp...
Masak Ayam Tanpa Kulit Hadkan Makanan Bergoreng Cara Kawal Pemakanan Anak Obesiti

Masak Ayam Tanpa Kulit Hadkan Makanan Bergoreng Cara Kawal Pemakanan Anak Obesiti

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 436 hits
Kanak kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan Ini termasuk penyakit jantung kencing manis tekanan darah tinggi strok...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025