Masalah Kelewatan Bahasa Kalau Tak Di Rawat Boleh Beri Kesan Pada Emosi Anak


Masalah kelewatan bahasa mungkin tidak nampak serius bagi bayi, tetapi apabila kanak-kanak meningkat usia, jika ianya berterusan akan memberikan impak yang sangat besar dan berterusan kepada kanak-kanak jika tidak dirawat dengan sepatutnya.
Berikut adalah kesan-kesan yang boleh dilihat atau terjadi jika masalah bahasa pada kanak-kanak dibiarkan tanpa rawatan.

1. Emosi
Kanak-kanak dengan kelewatan bahasa sudah semestinya mengalami kesukaran untuk memahami apa yang dituturkan dan sukar juga untuk menyampaikan mesej kepada orang lain. Bayangkan kanak-kanak ingin meminta atau meberitahu sesuatu tetapi mereka tidak berupaya untuk menyebutnya disebabkan oleh kekurangan kosa kata mereka.
Sudah semestinya mereka akan merasa marah, kecewa, sedih dan sebagainya. Ini akan mengganggu perkembangan emosi mereka. Ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka yang lambat bercakap suka melakukan tantrum. Kenapa ini terjadi?.. Kerana dengan tantrum mereka dapat menarik perhatian ibu bapa untuk mendapatkan sesuatu yang mereka ingini dan mungkin juga mereka marah kerana tidak mendapat apa yang mereka ingini.
2. Sosial
Selain emosi, perkembangan sosial mereka juga boleh terganggu disebabkan oleh masalah kelewatan bahasa. BAGAIMANA?. Kanak-kanak dengan kelewatan bahasa bukannya tidak boleh berkawan, tetapi disebabkan oleh masalah mereka maka akan wujudlah jurang diantara mereka dan kanak-kanak sebaya. Mereka kurang pandai untuk berkomunikasi dan ada kalanya kanak-kanak lain akan mengejek dan membuli mereka.
Bayangkan apa yang mereka rasa dan kesannya pada psikologi mereka. Perasaan malu, rendah diri dan kurang keyakinan diri akan terbentuk dalam diri mereka lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang memasuki usia persekolahan. Walaupun perkembangan bahasa mereka akan berkembang apabila usia meningkat, tetapi kekurangan pendedahan dan pengalaman bersosial semasa mereka kecil akan menyebabkan mereka kurang pandai untuk bersosial dan menangani masalah dengan baik semasa berkawan atau berhubung dengan orang lain.
3. Kognitif
Perkembangan kognitif atau perkembangan mental kanak-kanak dengan kelewatan bahasa sudah semestinya akan terganggu kerana perkembangan bahasa adalah berkait rapat dengan perkembangan kognitif. Apabila mereka kurang berinteraksi, sukar untuk memahami percakapan orang lain, sukar untuk berkomunikasi dan berkongsi, maka kuranglah kebolehan mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru sejak dari kecil yang mana pembelajaran tersebut akan mengembangkan kognitif mereka seperti kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan memori mereka.
Jika kelewatan bahasa ini tidak dirawat dan berterusan sehingga kanak-kanak memasuki alam persekolah, mereka akan ketinggalan dan sukar untuk mempelajari matapelajaran akademik dengan baik.
4. Tingkahlaku
Sikap kanak-kanak dengan kelewatan bahasa juga ada kalanya berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal yang sebaya. Mungkin tidak semua tetapi masalah kelewatan bahasa sememangnya akan memberi kesan kepada perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Mana tidaknya, seperti yang disebut sebelum ini, masalah bahasa akan menyebabkan kanak-kanak sukar untuk berkomunikasi dan tidak tahu bagaimana ingin memberitahu sesuatu orang lain secara verbal, jadi, apa yang mereka boleh gunakan adalah pergerakan fizikal seperti memukul apabila marah atau berguling-guling di lantai.
Apabila emosi terganggu dan mereka tidak tahu mencurahkannya dengan cara yang betul akan terbentuklah masalah tingkah laku.
5. Masalah Pembelajaran (Akademik)
Ini adalah masalah yang selalu merungsingkan ibu bapa iaitu apabila kanak-kanak hendak memasuki alam persekolahan. Mana tidaknya, ibu bapa mana yang ingin melihat anak mereka ketinggalan di sekolah.
Jika kelewatan bahasa tidak dirawat dari awal, kanak-kanak sememangnya akan mempunyai masalah untuk mempelajari dan memahami mata pelajaran di sekolah. Selain itu, kesukaran mereka untuk memahami apa yang diajarkan di sekolah membuat kanak-kanak ini akan hilang semangat untuk belajar.
Saya bukan hendak menakut-nakutkan ibu bapa di luar sana terutamanya yang mempunyai anak dengan masalah kelewatan bahasa, tetapi langkah dan rawatan awal boleh membantu anak-anak ini berkembang dengan lebih baik. Sepertu yang saya selalu ingatkan, “jangan tunggu jika terdapat tanda-tanda kelewatan bahasa”. Teruskan usaha dan jangan mengalah.
Sumber: Aishah Kassim, Pakar Pertuturan Bahasa
The post Masalah Kelewatan Bahasa Kalau Tak Di Rawat Boleh Beri Kesan Pada Emosi Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masalah-kelewatan-bahasa-kalau-tak-di-rawat-boleh-beri-kesan-pada-emosi-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seawal 4 Bulan 5 Tahun Boleh Nampak Tanda Anak Delay Red Flag Ini Sebagai Panduan

Seawal 4 Bulan 5 Tahun Boleh Nampak Tanda Anak Delay Red Flag Ini Sebagai Panduan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 606 hits
Apa mak ayah nak tengok untuk tahu anak delay ke tak Ya anak yang delay ni tidak terjadi secara tiba tiba Delay ni biasanya bermula dengan tanda tanda kecil delay Bila kita boleh pickup tanda tanda kecil ni senang nak reverse kan balik dan ...
Air Panas Walaupun Dah 15 Minit Dibiarkan Tetap Boleh Menyebabkan Anak Melecur Teruk Jika Tertumpah

Air Panas Walaupun Dah 15 Minit Dibiarkan Tetap Boleh Menyebabkan Anak Melecur Teruk Jika Tertumpah

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 370 hits
Pada tahun 2018 seramai 900 orang kanak kanak di bawah usia 2 tahun telah ditimpa kecederaan kebakaran di dalam rumah Semuanya disebabkan oleh kelalaian ibu bapa meletakkan minuman panas di sudut penjuru meja Eh ramainya sampai 900 orang be...
Anak Lambat Bercakap Pelat Mama Kena Periksa Mungkin Ada Masalah Tongue Tie Atau Lidah Pendek

Anak Lambat Bercakap Pelat Mama Kena Periksa Mungkin Ada Masalah Tongue Tie Atau Lidah Pendek

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 301 hits
Perkembangan setiap kanak kanak memang berbeza sebagai ibu bapa kita memang perlu sentiasa peka dengan apa yang berlaku kepada si kecil agar dapat memastikan mereka membesar seperti kanak kanak lain Setiap kali bayi menangis pasti membuatka...
Ibu Ini Kongsi Petua Rawat Masalah Ekzema Hanya Guna Bahan Dapur

Ibu Ini Kongsi Petua Rawat Masalah Ekzema Hanya Guna Bahan Dapur

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 336 hits
Ibu Ini Kongsi Petua Rawat Masalah Ekzema Hanya Guna Bahan Dapur Ekzema pada kulit sering membuatkan seseorang tidak selesa Jika seseorang itu terdedah dengan ekzema kulit akan menjadi gatal hingga boleh menyebabkan luka Jadi melalui perkon...
Mujahid Letak Jawatan Jika Tak Boleh Selesai Isu Penjualan Anak Syarikat Th

Mujahid Letak Jawatan Jika Tak Boleh Selesai Isu Penjualan Anak Syarikat Th

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 278 hits
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menunjukkan yang dipercayai bukti penjualan aset Tabung Haji pada sidang media khas di Menara Dato Onn PWTC Kuala Lumpur foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR Penjualan 14 anak syarikat Tabung Haji P...
Anak Suka Berlari Tak Boleh Duduk Diam Jalan Berjengket Lakukan Urutan Tapak Kaki

Anak Suka Berlari Tak Boleh Duduk Diam Jalan Berjengket Lakukan Urutan Tapak Kaki

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 461 hits
Anak suka berlari Anak saya tidak boleh duduk Anak saya jalan berjengket Ini antara salah satu kerisauan ibu bapa bila mempunyai anak yang mempunyai ciri ciri ini Menerusi perkongsian dari Terapis Cara Kerja Nurul Sheriena ada cara yang bol...
Doa Doa Dari Ayat Al Quran Yang Boleh Diamalkan Untuk Anak

Doa Doa Dari Ayat Al Quran Yang Boleh Diamalkan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 1205 hits
Doa doa dari ayat Al Quran yang boleh diamalkan untuk anak Umi sharing perkongsian dari Team Mommyhappy untuk sama sama kita amalkan kepada anak anak Alhamdulillah Semoga perkongsian ini mendapat keberkatan kepada mereka yang The post appea...
Tak Letak Ubat Gigi Langsung Pun Boleh Janji Berus Gigi Anak Jangan Tak Berus Pula

Tak Letak Ubat Gigi Langsung Pun Boleh Janji Berus Gigi Anak Jangan Tak Berus Pula

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 297 hits
Pemilihan ubat gigi penting untuk anak anda terutama yang berumur 4 tahun ke bawah Tidak semua ubat gigi sesuai untuk anak kecil Ikuti saranan doktor tentang ubat gigi berflorida dan bilakah sesuai digunakan oleh anak anda Doktor anak saya ...
Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah

Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 313 hits
Anak yang pandai berdikari tentu menjadi kebanggaan ibu bapa Persoalannya bagaimana untuk memupuk sikap berdikari sejak dari kecil Jawapannya ada ditangan anda sendiri Jadikan ia rutin yang diajar sejak dari kecil pasti ia dapat menjadikan ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension