Air Panas Walaupun Dah 15 Minit Dibiarkan Tetap Boleh Menyebabkan Anak Melecur Teruk Jika Tertumpah


Pada tahun 2018, seramai 900 orang kanak-kanak di bawah usia 2 tahun telah ditimpa kecederaan kebakaran (burn injury) di dalam rumah. Semuanya disebabkan oleh kelalaian ibu bapa meletakkan minuman panas di sudut penjuru meja. Eh, ramainya sampai 900 orang, betul ke? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Teriakan kesakitan dek terkena air panas Kadangkala sifat ingin tahu boleh memudaratkan, terutamanya kepada si anak kecil yang suka mencapai benda di sekeliling mereka. Bayangkan anda sudah siap membancuh Milo panas dan anda meletakkannya di penjuru meja. Anda kemudiannya, berlari-lari anak untuk mengambil jemuran kerana hari sudah hujan. Tiba-tiba anda terdengar teriakan kecil dari ruang tamu. Anak anda menangis dalam keadaan basah dan kemerahan, terkena minuman panas.
Menurut pakar, minuman panas yang telah dibancuh 15 minit yang lalu pun masih boleh menyebabkan kulit kanak-kanak melecur. Kecederaan ini boleh mengakibatkan komplikasi yang serius selain daripada ia akan meninggalkan kesan parut buat seumur hidup. Kecederaan kebakaran boleh mengancam nyawa individu, malangnya ia merupakan jenis kemalangan yang sering berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Data yang telah dikeluarkan oleh NHS telah menunjukkan 50% daripada jumlah keseluruhan kes kecederaan kebakaran (35,000) di England dan Wales untuk tempoh 5 tahun dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 16 tahun adalah diakibatkan oleh makanan dan minuman panas. Statistik ini telah mendorong The Royal College of Surgeons dan British Burn Association untuk mendesak ibu bapa supaya lebih berhati-hati dalam meletakkan makanan atau minuman panas di atas meja. Lebih tepat lagi adalah untuk meletakkan makanan atau minuman panas jauh daripada pandangan kanak-kanak.
Mencegah lebih baik daripada mengubati Masa adalah merupakan faktor penting dalam merawat mereka yang ditimpa kecederaan kebakaran. Ramai ibu bapa yang tahu akan kepentingan menggunakan air sejuk sejurus selepas kejadian dalam memberikan rawatan awal untuk mereka yang terkena air panas. Namun, jika kemalangan tersebut meninggalkan parut yang besar, ia mungkin tidak akan membesar selari dengan usia kanak-kanak tersebut. Ini kebiasaannya diatasi dengan beberapa jenis terapi dan pembedahan namun perlu diingatkan, ia merupakan cabaran yang besar perlu ditempuhi oleh anak anda dari sudut pandangan psikologi untuk jangka masa yang panjang.
Bayangkan jika parut tersebut berada pada kawasan muka. Ia boleh menyebabkan anak anda disisih oleh rakan sebaya kerana perbezaan pada rupa luaran seterusnya merendahkan keyakinan diri mereka untuk menjalinkan hubungan sosial yang sihat. Sebab itulah penting bagi ibu bapa untuk memahami kepentingan bagi mencegah perkara tersebut daripada berlaku terlebih dahulu.
Pada tahun 2018, jumlah kanak-kanak di bawah 2 tahun yang telah dirawat oleh unit kebakaran hospital di England dan Wales mencecah 1,576 individu. 900 daripadanya mengalami kecederaan kebakaran disebabkan oleh tertumpahnya minuman teh dan kopi yang panas. Namun apa yang perlu kita tahu adalah statistik ini berkemungkinan lebih kecil jumlahnya berbanding dengan jumlah sebenar mereka yang dirawat disebabkan oleh insiden yang sama. Ini kerana statistik ini tidak mengambil kira kecederaan kecil yang dirawat di unit kecemasan hospital.
Konklusi Jadikan satu kebiasaan buat anda untuk meletakkan minuman atau makanan panas jauh daripada penjuru meja. Letakkan anak-anak anda yang aktif bergerak ke sana ke mari di dalam katil atau kerusi bayi sebelum anda meninggalkan mereka untuk mengerjakan sesuatu. Kelalaian anda boleh menyebabkan kesengsaraan psikologi buat anak anda untuk tempoh masa yang lama.
Sumber: Hello Doktor
 
The post Air Panas Walaupun Dah 15 Minit Dibiarkan Tetap Boleh Menyebabkan Anak Melecur Teruk Jika Tertumpah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/air-panas-walaupun-dah-15-minit-dibiarkan-tetap-boleh-menyebabkan-anak-melecur-teruk-jika-tertumpah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuang Dulu Air Masak Kemudian Air Panas Barulah Anak Dapat Khasiat Minum Susu

Tuang Dulu Air Masak Kemudian Air Panas Barulah Anak Dapat Khasiat Minum Susu

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 565 hits
Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab sebab tersendiri Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si ...
Kaedah Perubatan Terkini Semburan Wap Air Yang Dipanaskan Selama 15 Minit Boleh Membantu Membaiki Paru Paru Yang Rosak

Kaedah Perubatan Terkini Semburan Wap Air Yang Dipanaskan Selama 15 Minit Boleh Membantu Membaiki Paru Paru Yang Rosak

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 520 hits
Kaedah semburan stim memberi harapan baru kepada beribu ribu orang yang sedang berjuang untuk menyembuhkan sakit sesak nafas Prosedur baru ini membantu orang yang mempunyai emfisema yang teruk penyakit paru paru biasa yang biasanya memberi ...
Bilik Tidur Itu Privasi Laki Bini Je Ajar Anak Supaya Tak Boleh Suka Suka Masuk

Bilik Tidur Itu Privasi Laki Bini Je Ajar Anak Supaya Tak Boleh Suka Suka Masuk

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 374 hits
Ramai yang tidak peka dengan isu masuk bilik tidur pasangan suami isteri tanpa kebenaran Ramai juga yang mengambil remeh perkara ini terutama sekali apabila yang memasuki bilik itu adalah kanak kanak Ibu bapa seharusnya mengambil perhatian ...
Jual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dipenjara Dua Tahun

Jual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dipenjara Dua Tahun

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 453 hits
KUALA LUMPUR Air zam zam dilarang dijual di negara ini menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan Kenyataan itu memaklumkan individu yang menjual air zam zam boleh berdepan tindak...
Suami Rajin Masak Suap Makan Anak Jadi Makin Rapat Ibu Pun Boleh Kalah

Suami Rajin Masak Suap Makan Anak Jadi Makin Rapat Ibu Pun Boleh Kalah

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 386 hits
Tiada yang mustahil dalam rumah tangga jika suami atau isteri saling membantu dan bertolak ansur Ingat apabila dah berkahwin semua urusan rumah tangga dan membesarkan anak perlu sama sama Bagi suami yang ada kelebihan memasak sekali sekala ...
Tengok Anak Membesar Depan Mata Hari Hari Nak Tahu Apa Lagi Dia Boleh Buat

Tengok Anak Membesar Depan Mata Hari Hari Nak Tahu Apa Lagi Dia Boleh Buat

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 467 hits
Ibu ayah mana yang tidak teruja apabila mengikuti perkembangan bayi mereka Sedari lahir bayi akan terus berkembang dan menunjukkan kemampuan mereka seiring dengan usia Sungguh pantas perkembangan seorang bayi Ibu ayah kena ambil tahu bagaim...
Anak Mula Main Air Liur Habis Rambut Gugur Sebenarnya Tak Ada Kaitan Pun

Anak Mula Main Air Liur Habis Rambut Gugur Sebenarnya Tak Ada Kaitan Pun

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 516 hits
Anak dah start mengences main air liur Habis rambut gugur Pasal apa ae Apa kaitan air liur anak dengan rambut kita Anak start main air liur sangat berkait rapat Kalau anak tak main air liur ditakuti perkembangan anak ada masalah Setiap bayi...
Berdengkur Boleh Menyebabkan Kematian Tak

Berdengkur Boleh Menyebabkan Kematian Tak

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 486 hits
Krohh krohhh krohhhh Bunyi inilah yang sering menemani waktu Hani yang dihasilkan oleh suaminya yang tidur di sebelahnya Bukanlah tidak pernah menegur mengenai bunyi dengkurannya yang kuat sehingga membuatkan Hani terjaga tetapi Hani juga t...
300 Realme Buds Air Berjaya Terjual Dalam Satu Minit

300 Realme Buds Air Berjaya Terjual Dalam Satu Minit

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 267 hits
Siapa sangka model yang baru sahaja dilancarkan daripada jenama yang semakin naik iaitu realme berjaya terjual sebanyak 300 unit sepanjang seminit pertama promosi dilancarkan di Shopee Model yang dimaksudkan adalah realme Buds Air sebuah Tr...
Alamak Kembar Lah

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

Birthday Bouquet The Perfect Floral Gift For A Special Celebration

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told

Misteri Di Sebalik Menara Jam Di Tengah Tasik

Berehat Di Rock Village Kampung Kura Sik Kedah