Masalah Dengan Bisnes Homestay Yang Diusahakan Oleh Orang Kita



Waktu tu sekitar jam 12 pagi. Saya baru sampai di Kuala Lipis, Pahang bagi memenuhi jemputan majlis kenduri kahwin yang akan diadakan disana.
 
Jemputan tu, bukannya untuk saya. Sebaliknya jemputan tersebut dipanjangkan kepada ibu mertua saya seisi keluarga. Sayalah yang kena jadi driver untuk bawa ke tempat itu.
 
Memandangkan perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke Kuala Lipis, mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan, maka saya ambil keputusan untuk bermalam di sana. Macam biasa, saya gunakan laman web Airbnb untuk buat tempahan homestay.
 
Malam tu saya duduk bersembang dengan ayah mertua. Baru lepas minum kopi, jadi mata tak begitu mengantuk pada masa tersebut. Tengah duduk bersembang, tiba-tiba saya terdengar bunyi yang memang tak begitu asing lagi.
ciiiit… ciiit… ciiit
 
Tak berapa lama selepas tu, jelas kelihatan kelibat Che Ti (tikus) sebagai pemilik suara tersebut.

“Inilah masalah bila orang kita buat bisnes homestay, kan bah… Diorang ni macam nak tak nak je buat bisnes ni…”
 
Ayat tu keluar secara automatik dari mulut saya. Rasa agak kecewa, sebab saya rasa tak sepatutnya malam tu kami ada pelawat seperti itu.

 
Saya kerap baca review dari para pengunjung yang pernah menggunakan laman web Airbnb untuk membuat tempahan. Ada antara review dari pengunjung terdahulu, yang bila kita baca, memang agak keras terhadap pemilik bisnes homestay ataupun guesthouse.
 
Misalnya, kalau rumah tersebut kotor, atau tidak seperti yang diiklankan, atau mempunyai sebarang kecacatan, memang akan ada pengunjung sebelum ini yang akan hentam point tersebut.
 
Kita ni bila baca review macam tu, sesekali akan rasa macam cerewet betul pengunjung ini. Semua benda serba tak kena bagi diri dia.
 
Tapi bila kita fikir balik, memang patut pun dia bagi review yang macam tu. Bila dia buat tempahan, dia sepatutnya akan dapat servis yang baik, seperti mana yang diiklankan. Kalau tak mampu nak bagi yang lebih baik, berbanding yang dinyatakan dalam iklan, sekurang-kurangnya janganlah berikan servis yang begitu teruk.
 
Saya pernah tulis satu artikel berjudul 10 Rahsia Pelaris Bisnes Homestay – Panduan menjalankan perniagaan homestay yang disukai pengunjung. Artikel tersebut adalah sempena mengambil nama sebuah ebook yang saya pernah baca, tentang perniagaan homestay.

Ebook ini boleh dimuat turun secara percuma sahaja dari laman web ini.
 
Saya harap, buat para penggiat dan pengusaha bisnes homestay tu, bolehlah baca ebook ini. Ebook ini PERCUMA sahaja. Kalau nak yang versi berbayar pun ada, tapi itu terpulang pada anda. Kalau rasa perlu, belilah.
 
Setelah menginap dibeberapa homestay, yang dimiliki oleh orang kita, saya boleh katakan ini adalah antara beberapa masalah yang seringkali saya temui.
 
(1) Ada kerosakkan yang tak dibaiki
Kerosakkan itu mungkin kerosakkan yang kecil. Misalnya ada pintu yang tak boleh dikunci, shower di bilik air dah tercabut tapi masih belum diganti, kepala paip yang tercabut tapi tak dibetulkan.
 
Ya, ia memang tak begitu mencacatkan, tapi dengan adanya kerosakkan kecil seperti ini, pasti akan buatkan keselesaan pengunjung yang datang menginap di homestay tersebut sedikit terganggu.
 
(2) Rumah nampak kotor
Nampak kotor tak bermakna rumah tersebut kotor. Ada satu homestay yang saya pernah sewa sebelum ni, dibahagian dapur ada banyak kesan cat dan seperti kesan tumpahan minyak. Kesan tersebut dah agak lama, dan nampaknya ianya agak sukar ditanggalkan lagi.
 
Kali pertama lihat, memang saya ingat tempat tu kotor. Bila saya cuba bersihkan, kesan tu dah tak nak hilang. Saya berpendapat, kalau rumah ada kesan yang sukar dihilangkan seperti ini, apa kata kita cat semua dengan warna yang baru, supaya kesan kotor dapat ditutup.
 
Ataupun, kalau kesan kotor tu terlekat pada dinding, tampal sahaja dengan wall paper. Apa yang penting, kesan kotor tu dapat dihilangkan. Tapi itulah… sesetengah orang, buat kisah tak kisah je dengan hal-hal macam ni.
 
(3) Kelengkapan dalam rumah yang tak mencukupi 
Saya pernah menginap di homestay, yang tak menyediakan cermin, kecuali satu cermin yang agak kusam yang tempatnya dalam bilik mandi.
 
Memang cukup seksa nak bersolek, bila berada dalam rumah tu. Saya rasa, rumah tu macam rumah yang tak berpenghuni. Ataupun mungkin tuan rumah tak pernah tinggal, walaupun satu malam dalam rumah tu. Cubalah tinggal di homestay milik anda, dan rasai sendiri pengalaman tinggal dalam homestay milik anda sendiri.
 
Rasa puas hati atau tidak? Selesa ke tak selesa? Kalau anda sendiri rasa seperti ada kekurangan pada homestay tersebut, jangan terkejut kalau pengunjung yang sesekali datang ke situ, akan jumpa lagi banyak kekurangan.
 
(4) Susun atur yang tak begitu menarik
Homestay tu boleh jadi ada ruang yang agak besar. Tapi oleh sebab susun atur yang tak begitu baik, jadi ruang dalam homestay jadi sempit. Ataupun keadaan yang kerap kali berlaku, adalah susun atur di dalam bilik tidur.
 
Katil terletak betul-betul sebelah bilik air, bagi masterbedroom.
Ataupun kedudukan katil agak jauh dari aircond. Bila pasang aircond, kita lambat terasa sejuk.
 
Ini saya bukan buat cerita. Saya memang betul-betul pernah lalui pengalaman tersebut.
 
(5) Perabot yang agak usang
Senang kata, kebanyakkan perabot dalam rumah memang yang dah lama. Mungkin sebab pemilik homestay ni, dah beli perabot yang baru. Jadi perabot lama yang dah tak pakai, yang dah buruk, semuanya diletakkan dalam homestay.
 
Barang yang baru, dia pakai sendiri. Barang lama dan yang dah buruk, letak dekat homestay. Patut ke pemilik bisnes buat macam ni? Itu yang saya kata, mereka ni macam nak tak nak je buat bisnes homestay.
 
(6) Tiada tanda arah kiblat
Bagi saya, ini penting. Tak tahu la bagi orang lain.
 
Walaupun handphone yang saya gunakan, memang dah ada apps yang boleh tunjukkan arah kiblat, tapi saya rasa kalau tuan rumah ada sediakan penanda arah untuk tunjuk arah kiblat, itu lagi baik. Setidak-tidaknya, saya rasa lebih yakin dengan panduan arah yang ditunjukkan oleh apps yang saya gunakan, jika ia menunjukkan arah yang sama.
 
Lagipun kita kan tengah check in di homestay milik orang Melayu Islam, kan. Kenapa tak boleh ke nak sediakan penanda arah tu?
 
Apa pun, bukanlah nak kata, semua homestay milik orang kita ada isu macam ni. Tak… yang bagus pun banyak. Kalau anda juga adalah pemilik bisnes homestay ini, dan homestay anda tu ada kekurangan, perbaikilah.
 
Benda baik orang jarang nak cerita. Tapi benda yang tak berapa baik, nanti cepat je orang tulis dalam review. Akhirnya pelanggan yang baru, akan rasa was-was nak menginap di homestay milik anda.
 
Ini dah tentu akan merugikan anda semula.
 
Alang-alang bercerita pasal homestay ni, saya nak iklankan homestay milik pelanggan saya. Jika anda ke Kota Kinanabalu dan mencari homestay murah di Kota Kinabalu, bolehlah buat tempahan dengan pelanggan saya ni ya.
Baca info disini: Homestay bajet di Kota Kinabalu
 
 
The post Masalah dengan bisnes homestay yang diusahakan oleh orang kita appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/masalah-dengan-bisnes-homestay/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan Bisnes Homestay

Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan Bisnes Homestay

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 381 hits
Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan Salam Ahad datang lagi Saya sangat suka Ahad kerana saya tingggal di Penang jadi Ahad adalah secara rasmi hari cuti saya Sebagaimana saya sangat suka hari Jumaat semasa saya bersekolah menengah di Kedah ke...
Boleh Berjaya Ke Kalau Buat Bisnes Homestay Di Kawasan Kampung

Boleh Berjaya Ke Kalau Buat Bisnes Homestay Di Kawasan Kampung

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 315 hits
Saya ada buat di kampung saya Mungkin sebab homestay saya yang terletak agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong jadi agak susah nak dapat penginap Boleh cadangkan pada saya apa yang patut saya buat untuk dapatkan lagi ramai orang datang me...
Cara Membuat Apple Strudel Rumahan Yang Tak Kalah Enak Dari Toko Oleh Oleh

Cara Membuat Apple Strudel Rumahan Yang Tak Kalah Enak Dari Toko Oleh Oleh

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 282 hits
Cara membuat apple strudel rumahan yang tak kalah enak dari toko oleh oleh Lengkap dengan diplomat cream sebagai topping saat disajikan Bisa dibuat untuk camilan hantaran atau oleh oleh bagi sanak saudara
6 Tips Hantar Anak Ke Pengasuh Oleh Yb Hanna Yeoh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat

6 Tips Hantar Anak Ke Pengasuh Oleh Yb Hanna Yeoh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 555 hits
6 TIPS HANTAR ANAK KE PENGASUH OLEH YB HANNA YEOH TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT Assalamualaikum Selamat malam uols Siapa yang tak kenal YB Hanna Yeoh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ...
Pelaporan Grace Natalie Oleh Eggy Sudjana Dinilai Lucu

Pelaporan Grace Natalie Oleh Eggy Sudjana Dinilai Lucu

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 260 hits
Dia bahkan menyarankan Eggy Sudjana membaca diskusi Badan Penyelidikan Usaha usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia
Usaha Rafizi Ramli Mengangkat Anwar Ibrahim Sebagai Pm Ke 8 Diperlekeh Oleh Pimpinan Kanan Parti

Usaha Rafizi Ramli Mengangkat Anwar Ibrahim Sebagai Pm Ke 8 Diperlekeh Oleh Pimpinan Kanan Parti

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 445 hits
KONGRES PKR Bekas naib presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan ada segelintir pemimpin kanan parti itu memperlekehkan usahanya mengangkat Anwar Ibrahim selaku perdana menteri kelapan Rafizi berkata ada dalam kalangan mereka menyifatkan masa A...
Mencegah Indonesia Dikuasai Oleh Genderuwo Ekonomi Dan Politik

Mencegah Indonesia Dikuasai Oleh Genderuwo Ekonomi Dan Politik

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 230 hits
Belakangan ini istilah genderuwo mendadak viral setelah dicetuskan Presiden Jokowi untuk menyebut politikus yang kerjanya hanya menakut nakuti masyarakat pandai memengaruhi dan tidak menggunakan etika maupun sopan santun politik Sejatinya g...
Teriaa Wanita 61 Tahun Nekad Tikam Suami Kaki Botol Lega Tidak Dihukum Oleh Mahkamah

Teriaa Wanita 61 Tahun Nekad Tikam Suami Kaki Botol Lega Tidak Dihukum Oleh Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 341 hits
620 h 413 crop 1 SEORANG wanita yang menikam suaminya dengan pisau dibebaskan mahkamah tanpa sebarang hukuman Ia berikutan alasan wanita tersebut yang sudah tidak tahan didera suaminya sepanjang 30 tahun perkahwinan mereka Puala Brady 61 be...
Anak Kerap Sakit Mungkin Disebabkan Oleh Kekerapan Makan Makanan Ringan Jom Ketahui Puncanya

Anak Kerap Sakit Mungkin Disebabkan Oleh Kekerapan Makan Makanan Ringan Jom Ketahui Puncanya

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 455 hits
Sistem pertahanan tubuh bayi dan kanak kanak belum matang sepenuhnya Ia berkembang selari dengan tumbesaran masing masing Jika kanak kanak kecil sering mengalami demam dan selesema mahupun batuk sehingga sehingga 5 6 kali setahun ia masih d...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa