Boleh Berjaya Ke Kalau Buat Bisnes Homestay Di Kawasan Kampung
Saya ada buat bisnes homestay di kampung saya. Mungkin sebab homestay saya yang terletak agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong, jadi agak susah nak dapat penginap. Boleh cadangkan pada saya, apa yang patut saya buat untuk dapatkan lagi ramai orang datang menginap di homestay saya?
Salah satu faktor yang akan memberi pengaruh kepada kejayaan mahupun kegagalan perniagaan berkonsepkan homestay adalah faktor lokasi.
Rumusnya mudah. Jika homestay terletak dikawasan yang menjadi tumpuan pengunjung, maka besar kemungkinan homestay anda akan sentiasa ada orang yang akan menginap. Jika tidak, maka anda terpaksalah terima hakikat bahawa tiada siapa yang datang untuk check in di homestay milik anda.
Namun, ini tak bermakna bisnes jenis homestay langsung tak sesuai untuk anda.
Lagipun orang yang check in homestay, bukanlah semata-mata sebab nak pergi bercuti sahaja. Boleh jadi ada banyak lagi sebab lain, yang membawa seseorang itu untuk pergi ke sesuatu destinasi.
Baru-baru ini, saya ke Kuala Lipis, Pahang untuk memenuhi jemputan majlis kenduri kahwin. Kalau ikutkan maklumat dari Google Map, untuk ke Kuala Lipis dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan sahaja.
Tapi oleh sebab saya tak nak ambil risiko, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, jadi saya ambil keputusan untuk sewa sebuah homestay di sekitar kawasan Kuala Lipis.
Macam biasa, salah satu laman web yang saya suka guna untuk buat carian homestay, adalah di laman web Airbnb. Setidak-tidaknya saya boleh gunakan travel credit untuk buat tempahan homestay nanti.
Kalau anda yang baca posting ini, dan masih belum pernah dapat travel credit dari Airbnb, bolehlah ke laman web ini sekarang untuk claim travel credit anda. Setiap orang cuma boleh claim sekali sahaja.
Bila saya buka sahaja laman web Airbnb tu, untuk cari homestay di Kuala Lipis, saya dapati, tak banyak pilihan yang tersedia.
Bila taip Kuala Lipis, memang banyak hasil carian yang keluar.
Tapi sebenarnya, tempat-tempat yang tersenarai di listing airbnb tu agak jauh dari Kuala Lipis. Ada yang sebenarnya terletak di Kuala Lumpur, ada yang di Raub, Jerantut, dan Kelantan.
Ia muncul dipaparan carian kita ni mungkin sebab semasa host tersebut buat listing, dia ada sebut yang rumah mereka ini tak berapa jauh kalau nak pergi ke Kuala Lipis.
Bukan sebab tiada yang berminat tapi mungkin sebab tiada yang tahu
Sebaik sahaja saya tiba di Kuala Lipis, saya dapati di kawasan sekitar masih terdapat beberapa lagi homestay yang boleh saya sewa.
Tapi disebabkan mereka tak buat listing di Airbnb, jadi saya tak tahu tentang kewujudan homestay milik mereka. Kalau anda nak tahu, sebenarnya di luar sana, masih terdapat banyak lagi laman web yang berperanan seperti Airbnb.
Ia memudahkan pihak pemilik rumah untuk iklankan homestay milik mereka dan individu seperti saya yang cari tempat penginapan juga akan lebih mudah buat tempahan.
Kalau anda tak berapa suka nak gunakan laman web Airbnb, boleh cuba gunakan khidmat dari Agoda dan juga Booking.com
Kedua-dua laman web ini bukan sahaja akan berikan anda tapak untuk beriklan, pada masa yang sama, mereka ni juga akan tolong carikan penyewa untuk bisnes homestay anda. Apabila anda iklankan homestay anda melalui laman web tersebut, sekiranya anda tak buat sebarang promosi pun tak ada masalah.
Laman web tersebut yang akan bantu anda buat kerja-kerja promosi.
Apa kos untuk dapatkan khidmat promosi dari laman web tersebut?
Setiap laman web yang saya sebutkan, sama ada laman web Airbnb, Agoda mahupun booking.com mempunyai terma dan syarat yang berbeza.
Namun kebanyakkan laman web ini, tidak mengenakan sebarang bayaran untuk kita iklankan bisnes homestay kita di laman web mereka. Sila baca terma dan syarat laman web yang anda bakal gunakan ya.
Walaupun tiada sebarang caj dikenakan untuk iklankan bisnes homestay anda di laman-laman web yang saya sebutkan tu, anda akan dikenakan caj sekiranya ada tetamu yang datang menginap hasil daripada kerja pemasaran yang dilakukan oleh pihak laman web berkenaan.
Saya ambil contoh laman web Airbnb. Anda sebagai host, akan dikenakan hosting fee sekiranya ada tetamu yang membuat tempahan melalui laman web Airbnb untuk menginap di homestay milik anda.
Dalam keadaan ini, anda patut tahu berapa keuntungan yang anda sasarkan supaya boleh letakkan harga yang betul pada listing anda. At least, anda nanti boleh gunakan sebahagian daripada keuntungan yang anda perolehi itu nanti.
Menggunakan khidmat promosi seperti ini, lazimnya anda akan dikenakan caj atau bayaran setiap kali anda dapat pelanggan baru. Sekurang-kurangnya anda tak perlu keluar duit sendiri untuk buat promosi. Pihak pengiklan yang akan keluarkan bajet untuk iklankan homestay anda.
Jika dapat pelanggan, barulah anda dikenakan bayaran.
Saya faham, ada individu yang tak berapa setuju dengan kaedah iklan seperti ini. Mungkin bagi dia, kalau boleh semua nak percuma. Untuk itu, saya syorkan anda bina sendiri laman web, atau gunakan servis iklan percuma seperti di mudah.my, gunakan media sosial facebook dan sebagainya untuk beriklan.
Jika homestay anda terletak dikawasan yang kurang popular, maka disini nampaknya anda perlu lebihkan buat aktiviti pemasaran. In Shaa Allah ia akan dapat tampung kekurangan dari segi lokasi yang tak begitu strategik.
Sekiranya anda inginkan lagi banyak tips-tips mengenai perniagaan homestay, bolehlah ke laman web ini.
The post Boleh berjaya ke kalau buat bisnes homestay di kawasan kampung? appeared first on Soal Jawab .MY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://soaljawab.my/boleh-berjaya-ke-kalau-buat-bisnes-homestay-di-kawasan-kampung/