Dakwa Diserang Cucu Sm Idris Saman Setpol Anwar


FMT Reporters
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (kiri) dan Tunku Nashrul Tunku Abaidah. PETALING JAYA: Seorang cucu bekas presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris, memfailkan saman berhubung kejadian dia diserang Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim.

Muhammed Yusoff, 26, dalam tuntutan difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam berkata, Farhash tanpa apa-apa provokasi mendatangkan kecederaan ke atas dirinya, ditumbuk bertubi-tubi di pejabat Anwar di Bukit Gasing pertengahan Mei lalu.

“Serangan dilakukan defendan (Farhash) terhadap plaintif (Yusoff)… merupakan satu perbuatan yang kejam dan menyalahi undang-undang. Lebih-lebih lagi ia dilakukan dalam lingkungan tempat kerja plaintif,” katanya dalam pernyataan tuntutan yang dilihat FMT.

Yusoff juga menyaman setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah mengenai beberapa kenyataan medianya berhubung kejadian itu.

Yusoff berkata Tunku Nashrul antara lain memfitnahnya apabila menuduh dia mengalami masalah ketagihan dadah, dan menafikan kejadian serangan itu ada berlaku.

Dia dilantik sebagai pembantu penyelidikan pada September tahun lepas, dan tugasnya termasuk menjawab surat-surat yang dihantar kepada Anwar, presiden PKR dan ahli Parlimen Port Dickson.

Yusoff menuntut ganti rugi atas kecederaan dialami serta kos membaiki kerosakan jam tangan dan menggantikan telefon bimbit.

Dia juga meminta ganti rugi teladan daripada Farhash atas “serangan tanpa sebarang provokasi” serta relif lain dan selanjutnya yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Yusoff berkata pada 10 pagi 16 Mei tahun ini, Farhash, 37, mendatanginya di pejabat, memarahi dan menuduhnya berkelakuan kasar terhadap setiausaha Anwar, Shukri Saad.

Yusoff menafikan telah berbuat demikian.

Dia mendakwa Farhash kemudian menolaknya ke dinding, mencekiknya dan mengatakan akan membunuhnya.

Selepas melepaskan diri, Yusoff berkata Farhash meluru ke arahnya dan menumbuknya bertubi-tubi, dan mencampakkan telefon bimbitnya ke atas meja.

“Setelah itu defendan menolak plaintif ke lantai dan terus menumbuk plaintif sehingga plaintif mengalami kecederaan,” kata Yusoff.

Yusoff menambah dia dapat melepaskan diri dan Farhash beredar dari tempat kerjanya sambil mengugut akan membunuhnya.

Dia berkata dia menghantar pesanan ringkas kepada Anwar memaklumkan kejadian tersebut. Anwar memintanya mendapatkan rawatan doktor dan berehat di rumah.

Yusoff berkata keesokan harinya, Farhash datang ke tempat kerjanya dan memberitahu dia berhak untuk membuat apa sahaja di pejabat tersebut dan sekali lagi mengugutnya kerana memaklumkan kejadian itu kepada Anwar.

Dia mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan kemudian membuat laporan polis terhadap Farhash di Balai Polis Petaling Jaya pada 26 Mei.

Yusoff berkata Farhash menghubunginya dua hari selepas laporan dibuat tetapi dia mengelak daripada bertemu Farhash.

Dia tidak lagi bekerja dengan Anwar sejak Jun kerana trauma, tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat kejadian itu.

Datuknya, Allahyarham SM Idris, aktivis hak pengguna terkenal yang mengasaskan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, meninggal dunia pada 17 Mei di usia 93 tahun.

FMT sedang cuba menghubungi Yusoff bagi mengesahkan tuntutan itu. Farhash dan Tunku Nashrul ketika dihubungi berkata mereka belum menerima sebarang tuntutan daripadanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/dakwa-diserang-cucu-sm-idris-saman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Akan Saman Syarikat Vape Selepas Dakwa Alami Kerosakkan Paru Paru Yang Teruk

Remaja Akan Saman Syarikat Vape Selepas Dakwa Alami Kerosakkan Paru Paru Yang Teruk

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 341 hits
Seorang remaja mendakwa paru parunya berfungsi seakan berusia 70 tahun dan akan menyaman sayarikat terkemuka Vape di Amerika Syarikat Menurut remaja yang berusia 18 tahun ini dari Illinois telah mendakwa Syarikat itu telah memasarkan vape k...
Polis Masih Kesan Setpol Anwar Kata Igp

Polis Masih Kesan Setpol Anwar Kata Igp

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 477 hits
Pihak berkuasa masih mengesan setiausaha politik presiden PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkaitan kes serangan fizikal maklum Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Katanya walaupun pengadu telah menarik balik laporan namun polis ma...
Pengadu Gagal Kenal Pasti Saya Kata Setpol Anwar

Pengadu Gagal Kenal Pasti Saya Kata Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 356 hits
Setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mendakwa pengadu dalam kes rusuhan di Ampang baru baru ini gagal mengenalpastinya sebagai salah seorang yang terlibat sewaktu sesi pengecaman Farhash berkata demiki...
Setpol Anwar Gagal Dikesan Pengadu Tarik Balik Aduan

Setpol Anwar Gagal Dikesan Pengadu Tarik Balik Aduan

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 303 hits
Farhash Wafa Salvador PETALING JAYA Polis yang masih gagal mengesan setiausaha politik Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador yang merupakan suspek utama dalam siasatan kes rusuhan di Ampang pada 31 Ogos lepas meminta beliau menyerah diri Ketu...
Ibu Tunggal Ini Dakwa Diserang Bekas Suami Lepas Balik Dari Mahkamah Sampai Kepala Berdarah

Ibu Tunggal Ini Dakwa Diserang Bekas Suami Lepas Balik Dari Mahkamah Sampai Kepala Berdarah

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 349 hits
Dipercayai akibat daripada konflik rumahtangga menyebabkan lelaki ini didakwa bertindak luar kawalan Tular satu video rakaman CCTV di mana seorang lelaki bertindak agresif memukul bekas ayah mentuanya dan isterinya tular di media sosial Men...
Wanita Dakwa Dirinya Hamil Saman Mat Delivery Lambat Hantar Kondom

Wanita Dakwa Dirinya Hamil Saman Mat Delivery Lambat Hantar Kondom

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 372 hits
Seorang wanita mendakwa dirinya hamil kerana Mat Delivery kelewatan 8 minit untuk menghantar kondom yang dipesannya di Suzhou China Wanita ini dikatakan melakukan hubungan seksual tanpa kondom bersama teman lelakinya di sebuah hotel Bagaima...
Anwar Yakin Jadi Pm Ke 8 Tahun 2020 Anwar Yakin Jadi Pm Ke 8 Tahun 2020

Anwar Yakin Jadi Pm Ke 8 Tahun 2020 Anwar Yakin Jadi Pm Ke 8 Tahun 2020

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 604 hits
Anwar yakin jadi PM ke 8 tahun 2020Oleh September 18 2019Peralihan kuasa perdana menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dibayangkan akan berlaku pada tahun depan Hal itu ditegaskan dengan keyakinan Presiden PK...
Anwar Pm 8 Tahun 2020

Anwar Pm 8 Tahun 2020

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 618 hits
Keyakinan Anwar Ibrahim bahawa beliau akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2020 sebenarnya adalah juga harapan bagi rakyat Malaysia Selain beliau merupakan satu satunya pilihan pengganti yang telah dijanjikan lawannya yang me...
Anwar Sedang Bersiap Untuk Rebut Jawatan Pm

Anwar Sedang Bersiap Untuk Rebut Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 376 hits
Anwar sedang bersiap untuk rebut jawatan PM kata penganalisis Seorang penganalisis politik menyuarakan keyakinan bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim sedang mempersiapkan diri untuk merebut jawatan perdana menteri bukannya menunggu Dr Mahathir...
Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online

Drama Impiana Karma

Menikmati Tau Fu Fah Kayangan Di Dinoy By The Soya Seremban

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati