Masalah Berpunca Dari Tun M


Kopi Pahit@Copy Paste

22/12/2018, Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily 林瑞源 (Lin Rui Yuan), telah menulis dalam kolum isu semasa dengan tajuk "问题出在敦马 – masalah berpunca dari Tun M"

Ikutilah terjemahan saya dari artikel ini. Artikel asal bahasa bahasa Mandarin boleh dilawati di http://www.sinchew.com.my/node/1824083
Pada hari semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebaik saja selesai mempengerusikan mesyuarat kabinet terus meluangkan masa selama 90 minit menaiki cruise mengelilingi Tasik Putrajaya sambil menikmati keindahan Putrajaya. Dengan berita ini memberikan anggapan kepada semua orang bahawa menteri-menteri dah berasa lega

Mengapa jiwa dah berasa lega, adakah semuanya telah berada dalam landasan yang betul atau hanya merasakan syok sendiri ? 
Mengikut kajian stategik dari Invoke baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan rakyat mendapati bahawa tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri dalam jangka masa setengah tahun ini saja sudah menjunam dari 72% kepada 53%. Bagi orang-orang Melayu telah merosot dari 66% ke 45%. Di kalangan orang-orang Cina jatuh kepada 65% daripada 87%. Manakala di kalangan orang-orang India pula, tahap kepuasan jatuh ke 64% daripada 84%

Sokongan dari orang-orang Cina jatuh menjunam sebanyak 22%, ada setengah menteri besar yang tidak dinyatakan nama pun masih mendapat sokongan lebih tinggi daripada Tun M. Dengan ini menunjukkan suatu masalah yang besar telah berlaku. Maka dengan itu, sekarang ini bukanlah masanya untuk berasa lega. Sepatutnya melipat-gandakan usaha pentadbiraan negara dan menyelesaikan masalah rakyat

Di awal bulan pertama dan kedua apabila Pakatan Harapan memerintah dahulu, memang didapati ada kekuatan untuk melakukan pembaharuan dan membetulkan keadaan yang kronik. Bagaimanapun, pada 16hb Julai yang lalu setelah Tun M mengisytiharkan yang manifesto pilihanraya hanyalah satu panduan, bukan sebagai kitab, dan kemudiannya Pakatan Harapan dari masa ke semasa menggunakan pelbagai alasan, tak henti membuat U-Turn, jauh menyimpang dari arah pembaharuan. Malah fokus diberikan kepada permainan politik tetapi tidak kepada menyelesaikan masalah rakyat

Kemudian dikuti dengan "amanat berharga" yang tidak kunjung putus. Ini termasuklah membina kembali jambatan bengkok, projek kereta nasional ke 3 adalah keperluan rakyat, demokrasi membenarkan lompat katak, UMNO juga ada orang yang baik, menolak untuk menerima lompat katak dan lain-lain adalah sama dengan menolak sokongan rakyat. Terus-menerus menghalalkan segala tindakan yang membelakangkan inspirasi rakyat. 
Lain-lain parti komponen juga meniru dengan permainan politik yang kotor. Dari isu bantuan kewangan University College Tunku Abdul Rahman (TARUC) sehinggalah kepada bantuan kewangan KOJADI, tidak tahu sehingga bila ianya akan berakhir

Merosotnya sokongan rakyat terhadap kerajaan baru ini disebabkan oleh faktor utamanya ialah tidak berpuashati dengan Pakatan Harapan yang tidak mentadbir negara secara profesional. Begitu juga ramai ahli-ahli perniagaan yang merungut, setelah berlaku perubahan kerajaan menyebabkan pasaran semakin sunyi. Ekonomi semakin suram, ia bukan sahaja telah menghancurkan semangat "tukar kerajaan" malah telah mengubah pandangan rakyat kepada sebuah kerajaan baru

Pengasas Invoke, Rafizi bercakap dengan betul. Orang-orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan bukanlah disebabkan Pakatan Harapan itu "lebih Melayu" daripada UMNO dan PAS. Tetapi disebabkan mereka percaya yang Pakatan Harapan akan memberikan penghidupan yang lebih baik kepada mereka

Jika kerajaan baru tidak berupaya untuk memberika kelesesaan kehidupan kepada rakyat, para pengundi di PRU yang akan datang sudah pasti tidak akan menyokong Pakatan Harapan

Pakatan Harapan tidak melaksanakan pelbagai janji-janji pilihanraya kepada pelbagai kaum telah mengoncang kepercayaan rakyat. Ini termasuklah janji melunaskan semua hutang-hutang yang tidak sepatutnya dikenakan kepada peneroka Felda. Tidak menunaikan janji untuk mengiktiraf UEC. Tidak juga menunaikan 25 janji yang ditaburkan kepada masyarakat India

Menggunakan alasan masalah kewangan untuk melambatkan pelaksanaan janji manifesto pilihanraya masih lagi boleh dimaafkan. Namun, kini didapati kerajaan baru terang-terang telah menyimpang dari landasan asal, termasuklah tidak menandatangani ICERD, menolak untuk melaksanakan pilihanraya tempatan, tidak memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (2016) dan lain-lain akta yang lapuk

Pakatan Harapan tidak menghormati inspirasi dan kehendak rakyat. Ini termasuklah berkeras mahu memansuhkan hukuman mati malah memberi amaran mana-mana ahli parlimen yang tidak menyokong haruslah meletakkan jawatan. Dengan menerima ahli parlimen UMNO yang melompat parti semakin membuat rakyat merasa meluat

Selain daripada itu yang menekan hati rakyat ialah prestasi para menteri kerajaan Pakatan Harapan. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee memaksa pemakaian kasut hitam ke sekolah, merosakkan imej dan kepercayaan terhadap kerajaan baru. Baru-baru ini, beliau telah mengeluar kenyataan di Dewan Rakyat yang mahukan para guru yang mengajar pengajian Islam yang berasal dari Kelantan, Terengganu, Kedah kini mengajar di Malaysia Timur terus mengajar di sana, ia terus membangkitkan kemarahan dan asakan dari DAP Sarawak

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy tidak berupaya menyelesaikan masalah yang membabitkan rusuhan kuil di USJ25, Subang Jaya. Setelah kematian anggota penyelamat bomba, Allahyarham Mohammad Adib Mohd Kassim, pihak pembangkang mahukan Tun M melucutkan jawatan menteri beliau. Malah sayap pemuda PPBM, Armada juga membuat desakan yang sama

Tun M melantik P. Waytha Moorthy adalah kerana mahukan undi dari orang-orang India dan sokongan dari HINDRAF. Jika melucutkan jawatan Waytha Moorthy akan menyakiti hati mayarakat India, maka sebab itulah Tun M harus menjaganya

Namun demikian, puak-puak pelampau kanan masih tidak mahu mengundur, mereka akan terus-menerus menggoreng isu ini. Ia akan membangkit satu lagi gelombang perkauman

Dalam keadaan perhubungan etnik yang genting, bagaimana para pemimpin  Pakatan Harapan boleh berasa lega

Adakah kerana UMNO telah hampir terkubur maka menyebabkan Tun M berasa amat gembira, tetapi dia masih banyak lagi perkara yang belum diselesaikan. Ini termasuklah pematuhan prinsip pembaharuan Pakatan Harapan. Prestasi para menteri baru yang tidak memuaskan. Dia juga harus mengawasi dengan rapat bagi mengelakkan sabotaj dalaman

Mengenai cakap-cakap politik yang mengatakan DAP akan menjadi MCA 2.0, Lim Kit Siang menegaskan jika kerajaan baru melepaskan matlamat untuk membina Malaysia Baru, DAP tidak teragak-agak untuk keluar dari Pakatan Harapan. DAP berani bercakap dan berani tanggung, berani untuk membetulkan dari dalam dan barulah dapat menyelamat keadaan yang kronik sekarang

Tahap kepuasan dah jatuh merudum sehingga membunyikan loceng penggera. Adakah Pakatan Harapan dah nampak keadaan genting ini atau perangkap semakin mendalam

Sumber daripada Sin Chew Daily dan ditulis oleh 林瑞源 (Lin Rui Yuan), Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily

Diterjemahkan oleh :Hisemudin Kasim5:50 pm, 22/12/2018BSP, Selangor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2018/12/masalah-berpunca-dari-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Benar Mahu Tunai Janji Serah Kuasa Kepada Anwar Untuk Apa Lagi Tun M Perlu Sokongan 36 Ahli Parlimen Bn

Jika Benar Mahu Tunai Janji Serah Kuasa Kepada Anwar Untuk Apa Lagi Tun M Perlu Sokongan 36 Ahli Parlimen Bn

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 421 hits
Bersama dengan tindakan keluar parti enam Ahli Parlimen UMNO baru baru ini terdedah sesuatu yang tidak dijangka oleh kita semua iaitu wujudnya akujanji atau akuan bersumpah melibatkan 36 Ahli Parlimen BN untuk menyokong Tun Mahathir Mohamad...
Memang Ada 2 Mp Pas Jumpa Dengan Tun Mahathir

Memang Ada 2 Mp Pas Jumpa Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 777 hits
KOTA BHARU Pas akui dua daripada ahli parlimennya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ia tanpa pengetahuan parti Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertemuan dengan Dr Mahathir...
37 Ahli Parlimen Umno Didakwa Tandatangan Sd Sokong Tun M

37 Ahli Parlimen Umno Didakwa Tandatangan Sd Sokong Tun M

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 405 hits
ISMA WEB Lokman Adam dakwa akuan sumpah dibuat selepas ada desas desus undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri akan dibuat di Dewan Rakyat BANGI Tiga puluh tujuh Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju menandatangani akuan bersumpah menyok...
Ada Pihak Cuba Lagakan Saya Dengan Tun M Anwar

Ada Pihak Cuba Lagakan Saya Dengan Tun M Anwar

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak tertentu cuba menimbulkan prasangka dan melaga lagakan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan tindakan beberapa ahli Parlimen parti meninggalkan UMNO baru baru ini...
Baitulmaqdis Perlu Kekal Seperti Sedia Ada Tun M

Baitulmaqdis Perlu Kekal Seperti Sedia Ada Tun M

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 289 hits
BANGKOK Baitulmaqdis harus kekal seperti sedia ada dan mana mana negara tidak berhak untuk memutuskan ia harus menjadi ibu negara Israel atau dibahagikan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Australia juga mahu membahagikan Baitulma...
Tun Janganlah Dimatikan Umno Ini

Tun Janganlah Dimatikan Umno Ini

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 342 hits
Sejak awal lagi Tun Mahathir Mohamad dilihat bukan sekadar mahu mengalahkan UMNO dalam pilihanraya malah ingin menjadikan Bersatu sebagai pengganti kepada parti Melayu itu Selain dalam kempen kempen sebelum PRU14 beliau selalu mengatakan UM...
Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 407 hits
Siang malam bertahun lamanya menghentam Najib Kiri Dan kanan bukan hentaman kosong Dan fitnah Sebaliknya Hari InI APABILA Ada puluhan Dan mungkin ke ratusan tuduhan Dan pendakwaan nyata hentaman dulu berasas Bukan setakat najib pemimpin UMN...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer