Jika Benar Mahu Tunai Janji Serah Kuasa Kepada Anwar Untuk Apa Lagi Tun M Perlu Sokongan 36 Ahli Parlimen Bn




Bersama dengan tindakan keluar parti enam Ahli Parlimen UMNO baru-baru ini, terdedah sesuatu yang tidak dijangka oleh kita semua iaitu wujudnya akujanji atau akuan bersumpah melibatkan 36 Ahli Parlimen BN untuk menyokong Tun Mahathir Mohamad sekiranya berlaku usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen.


Tidak dipastikan siapa yang menggerak atau mengusahakan akaun bersumpah itu, tetapi yang pastinya ini memperlihatkan wujudnya persekongkolan atau pakatan sulit antara Tun Mahathir dengan 36 Ahli Parlimen BN bagi tujuan mengekalkan kuasanya.


Sudah pasti wujud pertemuan dengan Tun Mahathir, kalau pun tidak melibatkan kesemua 36 Ahli Parlimen berkenaan, setidak-tidaknya dengan ketua kumpulannya iaitu Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin.


Agak mustahil usaha mewujudkan akaun bersumpah ini hanya tindakan sebelah pihak atau atas inisiatif sendiri melibatkan 36 Ahli Parlimen berkenaan semata-mata tanpa persetujuan daripada pihak Tun Mahathir.


Pakatan sulit ini bukan saja diluar pengetahuan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN, malah juga tidak diketahui oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan.


Kenapa perlu Tun Mahathir mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen BN jika beliau benar-benar mahu menyerahkan jawatan Perdana Menterinya dalam tempoh dua tahun selepas memegangnya kepada Anwar Ibrahim sebagaimana dijanjikannya?


Bukankah Anwar juga sudah menyatakan beliau tidak akan tergesa-gesa untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, malah tiada masalah menunggu tempoh dua tahun yang ditetapkan itu?


Jadi, untuk apa lagi perlunya diwujudkan akuan bersumpah daripada 36 Ahli Parlimen BN itu jika Tun Mahathir benar-benar berpegang kepada janjinya?


Apakah ini bermakna Tun Mahathir secara diam-diam mahu memegang jawatan Perdana Menteri lebih daripada dua tahun dan kiranya kerana itu berlaku usul tidak percaya untuk menjatuhnya yang digerakkan oleh Anwar, beliau sudah bersedia untuk menghalangnya?


Atau, apakah dengan adanya akuan bersumpah daripada 36 Ahli Parlimen BN itu, Tun Mahathir boleh dengan mudah tidak mahu menunaikan janjinya menyerahkan kuasa kepada Anwar lantaran berpegang kepada hakikat bahawa beliau sudah ada sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen yang mahukannya terus kekal sebagai Perdana Menteri?


Bagaimana dengan pendirian Ahli Parlimen daripada DAP dan Amanah serta daripada PKR yang pro Azmin dalam hal ini?


Apakah kerana sudah selesa dengan jawatan menteri, nikmat gaji enam puluh atau tujuh puluh ribu ringgit sebulan, di samping pelbagai kemudahan lain, mereka juga dengan mudah turut sama memungkiri janji untuk menjadikan Anwar sebagai pengganti Tun Mahathir?


Dalam usia sudah melebihi 93 tahun, berapa lama lagi sebenarnya Tun Mahathir mahu jadi Perdana Menteri? (ShahbudinHusin 16/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/jika-benar-mahu-tunai-janji-serah-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamzah Zainuddin 36 Ahli Parlimen Bn Sokong Tun Mahathir

Hamzah Zainuddin 36 Ahli Parlimen Bn Sokong Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 652 hits
KUALA LUMPUR Seramai 36 Ahli Parlimen Barisan Nasional sudah menandatangani surat akuan sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam s...
37 Ahli Parlimen Umno Didakwa Tandatangan Sd Sokong Tun M

37 Ahli Parlimen Umno Didakwa Tandatangan Sd Sokong Tun M

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 361 hits
ISMA WEB Lokman Adam dakwa akuan sumpah dibuat selepas ada desas desus undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri akan dibuat di Dewan Rakyat BANGI Tiga puluh tujuh Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju menandatangani akuan bersumpah menyok...
Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 371 hits
Siang malam bertahun lamanya menghentam Najib Kiri Dan kanan bukan hentaman kosong Dan fitnah Sebaliknya Hari InI APABILA Ada puluhan Dan mungkin ke ratusan tuduhan Dan pendakwaan nyata hentaman dulu berasas Bukan setakat najib pemimpin UMN...
Memungkiri Janji Kepada Anwar Hanya Mencemar Nama Tun M Sebagai Negarawan

Memungkiri Janji Kepada Anwar Hanya Mencemar Nama Tun M Sebagai Negarawan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 339 hits
Janji wajib ditepati dan di dalam Islam mereka yang mungkir janji tergolong sebagai munafik Dalam pepatah Melayu pula selalu disebut lembu dipegang pada tali manusia dipegang pada janji Bermakna dalam apa keadaan sekali pun janji mesti dite...
Tun Semua Ahli Parlimen Umno Adalah Penyokong Kuat Najib

Tun Semua Ahli Parlimen Umno Adalah Penyokong Kuat Najib

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 541 hits
Menurut kata Tun Mahathir Mohamad permohonan bekas pemimpin UMNO khususnya Ahli Parlimen untuk menyertai Bersatu akan diteliti dan disaring dengan ketat sebelum penyertaan mereka dapat diterima Katanya Bersatu hanya mengalu alukan kemasukan...
32 Ahli Parlimen Umno Akan Tinggalkan Parti Secara Berperingkat

32 Ahli Parlimen Umno Akan Tinggalkan Parti Secara Berperingkat

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 297 hits
32 ahli parlimen Umno akan tinggalkan parti secara berperingkat Posted By on December 14 2018Sekurang kurangnya 32 ahli Parlimen Umno di Semenanjung didakwa sudah menukar taat setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad FMT difahamkan 5 daripada m...
Annuar Sahkan 6 Ahli Parlimen Keluar Umno

Annuar Sahkan 6 Ahli Parlimen Keluar Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 416 hits
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengesahkan 6 ahli Parlimen Umno keluar dari parti itu menerusi surat pemakluman yang dihantar ke Ibu Pejabat Umno pagi tadi Saya mengesahkan pagi ini pejabat saya menerima suatu pemakluman bersama ...
Hamzah Zainudin 5 Ahli Parlimen Hantar Surat Letak Jawatan

Hamzah Zainudin 5 Ahli Parlimen Hantar Surat Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 472 hits
IPOH Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dan lima ahli Parlimen lain secara rasmi meletakkan jawatan yang dipegang di dalam UMNO Bahagian masing masing sekali gus meninggalkan parti tersebut hari ini Lima Ahli Parlimen ialah ahli...
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya Keluar Umno

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya Keluar Umno

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 451 hits
GEORGETOWN Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mengumumkan keluar UMNO berkuatkuasa hari ini Shabudin mengesahkan perkara itu kepada NSTP melalui aplikasi WhatsApp Betul katanya ringkas ketika diminta mengesahkan mengenai lapo...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau