Masakan Nogori Pikat Selera Orang Kedah




KECUR air liur teringatkan masak lemak ‘nohori’ Negeri Sembilan yang pedas dan berlemak. Daging salai atau ayam salai masak lemak yang dihidang dengan nasi panas serta cabai tempoyak sudah membangkitkan selera.
Begitu juga di Kedah ini, penggemar masakan ‘nogori’ (Negeri Sembilan) ini tidak perlu pergi jauh memandangkan ada sebuah restoran di bandar raya Alor Setar menyediakan menu berkenaan.
Pelbagai daging salai daripada ayam, itik, daging lembu sehingga ikan keli yang dijadikan hidangan masak lemak cili api adalah tarikan di restoran yang dinamakan Janggut Salai House itu.
Untuk mengekalkan cita rasa autentik nogori ini, bahan mentah itu disalai dalam rumah salai menggunakan sabut kelapa.

Terdapat lebih 13 menu masak lemak di Janggut termasuk siput sedut dan lainnya yang menarik selera orang Kedah adalah ikan patin tempoyak yang dibawa khas oleh pemilik restoran ini dari Temerloh, Pahang.
Menu lain yang menawan selera di Janggut Salai House adalah asam pedas ikan jenahak, masak lemak ketam, paru balado, daging dendeng, sambal sotong, tempoyak pucuk ubi, ayam goreng kampung serta pelbagai jenis ulam-ulaman yang boleh dipadukan bersama sambal belacan termasuk cencalok.
—————————————————————–
Janggut Salai House
Lokasi Masjid Akar Peluru, Jalan Pegawai Alor Setar Kedah
Operasi 11 pagi hingga 3 petang (Jumaat-Tutup)
—————————————————————
Menjamu selera di Janggut Salai House juga menarik selera pelanggan apabila makanannya dihidangkan di atas dulang yang bercirikan tradisional Negeri Sembilan.

Menurut pemilik restoran ini, Iswadee Ismail, 37, dia berguru dengan seorang rakannya yang juga pakar masakan Negeri Sembilan untuk membuka restoran itu beberapa tahun lalu.
“Apabila berhasrat membuka restoran ini, saya ingin mencari kelainan dan masakan dari Negeri Sembilan sukar ditemui di Kedah. Setelah mahir baru saya buka Janggut Salai House.
“Agak risau juga, takut tidak mendapat sambutan tetapi alhamdulillah, rupa-rupanya ramai orang Kedah menggemari masakan dari Negeri Sembilan,” katanya yang sudah dua dekad berniaga makanan termasuk nasi lemak di Kedah.
Tambah anak jati Kedah ini, dia mengolah serba sedikit resipi menu masakan di situ demi menyesuaikan dengan cita rasa atau ‘tekak’ orang negeri jelapang padi ini.
“Kalau diikutkan masakan dari Negeri Sembilan boleh tahan pedasnya kerana menggunakan banyak cili padi tetapi di Janggut Salai House saya olah menjadi kurang pedas kerana ramai orang Kedah tidak suka makan makanan terlampau pedas.
“Demi rasa autentik masakan tradisional ini Janggut Salai House hanya menggunakan santan asli bukan santan kotak,” katanya.
Iswadee berkata, ikan patin untuk masak tempoyak itu juga dibawa khas daripada pembekal dari Temerloh yang cukup terkenal sebagai pengeluarnya.
“Ikan patin dari Temerloh adalah yang terbaik dan segar berbanding tempat lain.
“Saya pernah cuba mendapat bekalan dari negeri lain tetapi kurang menyengat dari segi tekstur dan baunya,” ujarnya. – UTUSAN.




Source link
The post Masakan ‘nogori’ pikat selera orang Kedah appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/masakan-nogori-pikat-selera-orang-kedah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Archaeological Sites In Kedah Should Force A Rewriting Of Malaysian History

Archaeological Sites In Kedah Should Force A Rewriting Of Malaysian History

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 146 hits
An inconvenient truth Murray Hunter Built in 6th century A D Candi Bukit Batu Pahat is the most well known ancient Hindu temple found in Bujang Valley Kedah Malaysia Photo Credit abdullatif hamidin Wikimedia Commons Evidence of a once vibra...
Nearly 20 Workers Fall Ill After Chemical Spill At Kedah Factory

Nearly 20 Workers Fall Ill After Chemical Spill At Kedah Factory

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 156 hits
A worker at a factory producing rubber based products in Bakar Arang Sungai Petani Kedah lost consciousness while 16 others complained of eye pain and dizziness yesterday due to a chemical spill Sungai Petani Zone 2 Fire and Rescue senior o...
Sarapan Di Perak Lunch Di Penang Dinner Di Kedah

Sarapan Di Perak Lunch Di Penang Dinner Di Kedah

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 271 hits
Sempadan antara 3 Negeri Kedah Penang dan Perak Sebelah negeri Perak adalah pekan Parit Buntar dan Pulau Pinang ialah Nibong Tebal manakala sebelah kedah pula adalah Pekan Bandar Baharu Walaupun tinggal pada Negeri berlainan bahasa yg digun...
Isu Saham Mahb Tak Sama Dengan Kilang Berkaitan Blackrock Di Kedah Kelantan

Isu Saham Mahb Tak Sama Dengan Kilang Berkaitan Blackrock Di Kedah Kelantan

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 310 hits
malaysiakini comAhli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kewujudan kilang berkaitan Blackrock di Kedah dan Kelantan tidak boleh disamakan dengan perancangan pengambilalihan Malaysia Airport Holdings Berhad Menurutnya pelabura...
10 Cafe Menarik Di Alor Setar Kedah

10 Cafe Menarik Di Alor Setar Kedah

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 228 hits
Hai If korang bukan orang Kedah yang datang melawat kesini pasti mencari cafe menarik dan sedap kan Bahkan orang Kedah sendiri masih ada yang belum tau cafe yang boleh korang singgah makan dan tenangkan fikiran Banyak tau cafe sekarang yang...
Isu Air Langkawi Lambang Kegagalan Mb Sanusi Tadbir Kedah

Isu Air Langkawi Lambang Kegagalan Mb Sanusi Tadbir Kedah

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 191 hits
Masalah air di pulau peranginan Langkawi yang berlarutan sejak 2021 memberi kesan kepada industri pelancongan dan penduduk yang mendiami pulau berkenaan Menurut Timbalan Pengerusi KEADILAN Kedah Datuk Ir Zamri Yusof masalah bekalan air di p...
Nik Nazmi Dares Pn To Close All Blackrock Owned Factories In Kedah Kelantan

Nik Nazmi Dares Pn To Close All Blackrock Owned Factories In Kedah Kelantan

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 173 hits
According to Nik Nazmi BlackRock is not only one of the biggest investors in the Malaysian stock market but also operates many factories in Kedah and Kelantan PKR vice president Nik Nazmi Nik Ahmad has challenged Perikatan Nasional to close...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian