10 Cafe Menarik Di Alor Setar Kedah
Hai.. If korang bukan orang Kedah yang datang melawat kesini, pasti mencari cafe menarik dan sedap kan? Bahkan orang Kedah sendiri masih ada yang belum tau cafe yang boleh korang singgah, makan dan tenangkan fikiran.. Banyak tau cafe sekarang yang mengamalkan konsep tenang dan santai. Sampaikan korang boleh buat kerja disitu.
Aku selalu ke cafe dan masih terus mencari cafe yang best bukan sebab duit banyak tapi disebabkan dengan cafe lah aku boleh healing.. hehe. Rasa best dan inilah terapi aku.. Selepas dikumpul beberapa cafe, jadi aku masukkan dalam satu entri untuk memudahkan korang tengok pada senarai yang aku tulis dibawah.
1. Cafe Simpol
Aku order Croissant dan Iced Buttercream Latte.. Sumpah sedap korang! Ini satu-satunya cafe yang jual pastri paling sedap aku pernah rasa di Alor Setar. Korang wajib cuba kalau ke sini.. Even croissant yang aku ambil ni kosong je tak ada apa-apa flavor tapi cukup buatkan dia sedap dengan rasa manis tepung yang dibakar.. 5/5 rating aku bagi!
2. Cafe Art Nature Gallery
Aku order Coconut Latte dan Caramel Latte.. Sampai lah ke cafe mana pun caramel latte aku tak kan tinggal. haha. Maka dengan itu busyra takiyudin dapat compare kan dengan semua cafe. yang mana palinggg sedap! Caramel Latte - RM11.. Coconut Latte - Rm17..
3. Cafe Warong.
Aku cuba latte ais (tambah gula).. untuk penggemar kopi macam aku, dah okay rasanya. tapi kalau yang tak minum kopi, mesti akan cakap rasa air ni pahit. Selain dari tu, ada kopi o ais. Sedap dan kena bila makan dengan nasi goreng..
4. Cafe Kona Kopi
Aku order soft cookies with milk, croffle strawberry chocolate, matcha strawberry iced, signature coffee (kona kopi).. Serius sedap gila croffle diaaaa! 100/10.. Korang kalau kesini wajib cuba tau. Ada pelbagai jenis flavour yang korang boleh pilih.. yang biasa tak letak topping apa-apa pun ada.
5. Cafe 92 Celcius
Siapa orang kedah yang belum pernah sampai ke 92 Celcius? boleh lah cuba nanti. Aku pun first time sampai.. Nak cari cafe ni mudah je (tingkat atas), waze pun senang.. Sumpah sedap Quesadilla diaaa! tak rugi aku cuba. Rating 5/5.. Rasa semua cukup. Ada cheese, ayam then tomato sikit. hmm sedap.
6. Cafe Buna
Roti Cheesy Garlic Baguette penuh dengan cheese dan sumpah lembut sangat. Garing ditepi dan lembut ditengah. Rating 100/10.. haha. korang yang stay di Alor Setar wajib cuba this menu! Rasa pedas-pedas chili flakes tu bertambah selera. rasanya dorang letak daun parsley juga. Harganya berbaloi, murah..
7. Cafe Pintu Sepuloh
Portion untuk menu Aglio Olio Chicken Grill memang banyak. Dengan chicken grill sebesar alam tu.. haha. memang makan kenyang. Rasa bawang putih dan cheese dalam spaghetti memang ngam!. Puas makan. boleh kongsi 2 orang sebenarnya portion macam ni.. Rating 4/5.
8. Cafe Lot 21
Untuk yang nak buat kerja guna laptop dalam keadaan yang santai-santai, haaa cafe ni aku suggest! tenang dan tak ramai orang.. nak ala-ala hipster, inilah tempatnya.. hehe.. sebab ada cafe jenis yang ramai orang, sampai rasa tak tenang, bising.. cafe ni aku puji, terbaikkk! layanan dorang pun okay, so far..
9. Cafe Kopi & Seni
Haaa inilah menu yang aku paling suka.. terpaling sedap weyhh! korang wajib try kalau ke sini.. Ayam yang di marinated ni rasanya semua cukup.. ayam masih terasa juicy.. yang penting sos black pepper diaaa! aku selalu akan compare kan sos chicken grill dekat mana-mana cafe yang aku pernah makan. So far ada ni antara yang tersedap.
10. Cafe Mansion 28
Laluan ke cafe ni agak kedalam sikit.. dia bukan bersebelahan jalan utama.. bagi sesiapa yang familiar dengan alor setar, korang mesti tau ktm kan? haaaa Mansion 28 Cafe berdekatan area situ.. first aku tengok cafe ni terus rasa macam zaman english.. warna cafe dan susun atur di dalamnya sangat tenang.. sesuai jugak untuk yang nak siapkan kerja.. minum coffee sambil santai-santai..
Semoga bermanfaat untuk semua.. Nantikan part 2.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.busyratakiyudin.com/2024/06/10-cafe-menarik-di-alor-setar-kedah.html