Masak Sambal Sotong
Assalamualaikum WBT
SEMALAM, plan lepas balik kerja nak masak Ayam Sambal untuk makan malam tapi terlupa rendam ayam. Pak Inche kata, makan kat kedai aje la.. tapi, Sk masak juga nasi sebab dia belum makan nasi satu hari katanya. Dah nak dekat-dekat Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor ni, memang Pak Inche agak sibuk sikit, tu tak sempat nak makan nasi. Hari ni pun dia pesan gosok baju dan seluar yang cantik sikit sebab nak kena pergi istana 😍.
Jadi, sampai jer rumah petang semalam, Sk terus rendam sotong, itu aje yang cepat defrost. Kalau rendam ayam, mahu pukul 10 malam baru makan agaknya 🤭. Sebenarnya hampir putus asa jugak nak masak sebab penat memandu. Semalam, jalan sesak susur lebuhraya Pasir Gudang nak keluar ke Jalan Skudai jadi Sk buat pusingan U di persimpangan bertingkat Plaza Angsana. Jammed melekat pulak dari Batu 5 sampai Kip Mart Tampoi
Fikir, nak kena kopek bawang dan rebus cili kering sebab stok cili giling dah habis. Lepas tu teringat, hari tu, masak Nasi Lemak masih berbaki lagi sambal tumis kosongnya, jadi kita transform dia jadi Sambal Sotong. Sotongnya tiga ekor aje tu, Sk goreng kilas dengan beberapa hiris halia, kemudian terus masukkan sambal tumis kosong tu. Renihkan sehingga sotong masak dan sambal kembali terbit minyak
Pak Inche balik kerja terkejut, eh, kata nak masak Sambal Ayam, hehehe. Mujurlah Sambal Sotong ni pun favourite dia jugak. Kalau kau ganti ayam dengan sardin cap ayam, mahu jadi amukan 🤣. Punyalah sedap eh sampai laki bini siap bertambah nasi. Kalau makan satu lauk macam ni laaa.. rasa enak sekali 😋
Tanya Pak Inche, nak telur dadar atau telur mata, padahal dah tahu dah, Pak Inche nak telur mata kalau makan dengan sambal tumis. Kalau asam pedas barulah matching dengan telur dadar. Masa telur sedang masak dalam kuali tu, curahlah kicap manis, barulah manis tu turun ke hati 😆
Jadi hari ni, Sk bawalah bekal nasi lebih malam tadi, sambal sotong tinggal sikit dan goreng jugak telur mata letak kicap manis. Jimatlah belanja hari ni maklumlah gaji lambat lagi 🤣
Rindunya ngan gajiiiiii 😆😆😆
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/11/masak-sambal-sotong.html