Resepi Ikan Keli Ikan Keli Masak Lemak Kencur Masakan Jawa Yang Ngences


Alkisahnya Kak Yang dah lama minta umi masakkan ikan keli masak lemak putih selepas kami balik dari Pengerang bulan Disember tahun lepas. Masa kat restoran hari tu dia ambil kuah tapi tidak ikan keli sebab nampak kembang dalam kuah tu. Tapi KY terus jatuh suka sampai dok canang nak suruh umi masakkan tapi  umi dan habibi bukan makan ikan keli pun. Agak fobia la.


Lauk Ikan Keli Masak PutihBila sajian makanan tu banyak, mata jadi rambang tapi seperti KY, umi suka kalau lauk tu panas-panas atau sedikit suam, baru rasa sedap dan menyelerakan. Memang tak boleh expect la diaorang akan panaskan sebab punya banyak juadah tu dan kami sampai pun dah agak lewat.


Umi memang tak pandang lauk ikan keli sebab tak gemar tapi lebih terliur dengan gulai lemak kulit lembu yang kenyal-kenyal sedap. Bukan senang nak dapat makan lauk kulit lembu ni kecuali kalau ke sebelah Selangor tapi sekarang ni Cik Meya pun dah tamat belajar. Mungkin kalau rajin boleh ke sana untuk bercuti dan cari makan sedap.


Resepi Ikan Keli Masak Lemak KencurJadinya umi google punya google sebab dari kuah tu umi tau ada dimasukkan ubi cekur dan daun cekur. Bukan susah sangat pun bila dah tua ni lidah pun dah pandai kenal bahan dalam masakan walau bukan pakar. Try and error kata orang, asal bila masak orang lain tak sakit perut atau masuk hospital. Heee



Paling best ubi cekur dan daun cekur tu umi ambil dari pokok dalam pasu, jadi tak perlu beli di pasar dah.
Bahan-bahan:
6 ekor ikan keli
5 helai daun cekur, dihris (letak lebih lagi sedap)
2 keping asam gelugur
2 mangkuk santan segar
Garam


Bahan ditumbuk
10 tangkai cili api (kalau nak lagi pedas tambah lagi)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
3 ketul ubi cekur sebesar ibu jari 
1 sudu lada hitam


Cara memasak:


1. Ikan keli dibersihkan, dicuci dengan asam jawa dan tepung supaya hilang lendir. Toskan dan digaul garam kunyit dan digoreng separuh masak atau disalai atas pan atau bakar 
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan asam gelugur dan santan tambahkan dan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam  secukupnya
5. Akhir sekali masukkan ikan  keli dan daun cekur. Masak seketika dan tutup api. Siap


Memang puashati la KY sebab craving dia terlaksana! 


InsyaAllah, mana tau kalau rajin nanti umi nak buat Daging Masak Lemak Kencur atau Ayam Masak Lemak Kencur


Kedai Kopi Jentayu CornerKami ke Pengerang bulan Disember 2022 atas pelawaan untuk raikan pesta bola. Selalunya kami sekeluarga ke Johor terus tuju ke Skudai atau Muar tapi pertama kali kami ke Pengerang yang tak kurang menarik tempatnya



Ni antara view cantik yang umi suka sangat ketika melalui laluan ke Pengerang. Waktu pergi tu cuaca cerah dan gambar yang umi ambil ni sewaktu bergerak balik ke Kuala Lumpur. Gambar tidak berapa cantik sebab hujan sudah mulai turun


Tapi bukan tu yang umi nak cerita, ni rentetan percutian ke Pengerang dan kami singgah makan di Kedai Kopi Jentayu Corner


Kedai kopi Jentayu ni terletak di Sri Gading di laluan untuk kembali ke Kuala Lumpur, jadi kami singgah makan tengahari di sini. Kedainya nampak biasa-biasa macam restoran lain tapi luas dengan juadah makanan yang banyak. 

Nampak tak kulit lembu yang dibersihkan tu dan dimasak gulai cili api, memang sedap sangat


Kami sampai pun bukan awal jadi banyak lauk yang dah kurang, jadinya kami cari sajian yang rasanya boleh diterima perut. Kekadang tu perut ni cerewet jugak kan.







Selesai makan, ramai pula kawan-kawan ke kedai sebelah, jadi umi yang nak ke bas terus patah balik masuk kedai jajan. 
Ya ampun! memang rambang mata dengan pelbagai jenis keropok bawang, pelbagai jenis antaranya rempeyek kacang hijau, rempeyek kacang dal, cookies dan umi beli rempeyek kacang kuda. Memang terbaik.


Lokasi : Kedai Kopi Jentayu Corner - Sri Gading, 86400 Sri Gading, Johor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/11/resepi-ikan-keli-turuti-selera-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Masak Sendiri Cuba Resepi Mudah 5 Snek Korea Ini Hanya Di Rumah

Boleh Masak Sendiri Cuba Resepi Mudah 5 Snek Korea Ini Hanya Di Rumah

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 256 hits
Masa untuk mencuba sesuatu yang berbeza ARTIKEL BERKAITAN Kita semua sudah biasa dengan makanan ringan Korea seperti tteokbokki dan kimbap bukan Kali ini KimchiDaily nak kongsikan beberapa resepi snek Korea yang mudah untuk korang cuba di r...
Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang

Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 253 hits
Sambal Ikan Bilis Kentang Bahan Bahan 3 biji kentang1 mangkuk ikan bilis3 ulas bawang merah hiris nipis2 ulas bawang putih hiris nipis1 sudu kecil sos tiram3 sudu besar cili kisar3 sudu besar sos ciligula secukup rasasedikit garam Cara Peny...
12 Resipi Masakan Stim Ikan Ayam Memikat Selera Seisi Keluarga Mesti Cuba

12 Resipi Masakan Stim Ikan Ayam Memikat Selera Seisi Keluarga Mesti Cuba

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 306 hits
Pelbagai jenis masakan STIM mesti cuba seisi keluarga Jom kita selongkar 1 Ayam Kukus HaliaBAHAN BAHAN500 gm ayam 4 sudu teh lada putih1 sudu besar minyak bijan2 sudu besar madu150 gm halia 9dikisar halus 100 gm bawang putih 100 gm bawang m...
Pisang Goreng Masak Guna Air Fryer Rangup Di Luar Lembut Lemak Manis Di Dalam

Pisang Goreng Masak Guna Air Fryer Rangup Di Luar Lembut Lemak Manis Di Dalam

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 273 hits
memang memudahkan urusan di dapur Pisang goreng pun sesuai dimasak menggunakan air fryer Hasilnya pisang goreng ranggup di luar lembut lemak manis di dalam Bertambah sedap bila makan sambil cicah sambal kicap Untuk mendapatkan hasil pisang ...
Pak Zain Masak Jangek Masak Lemak Cili Api

Pak Zain Masak Jangek Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum Hi korang Pernah makan Jangek x korang Jangek merujuk kepada masakan yang berasaskan kulit lembu terutamanya di bahagian tengkuk dan kaki Cara menyediakannya ialah kulit lembu dibakar kemudian dikikis sehingga bersih Rasanya...
Resepi 8 Tips Masak Telur Dadar Gebu Gebas

Resepi 8 Tips Masak Telur Dadar Gebu Gebas

papar berkaitan - pada 5/11/2023 - jumlah : 161 hits
1 Masa pukul telur tu pastikan pukul lama lama tau Maknanya dekat sini mula mula pukul telur itu dulu Nanti masa kita goreng telur dalam kuali telur itu akan naik dan kembung cantik je Lepas telur dah betul betul kembang dengan jayanya baru...
Masak Lemak Ciliapi Udang Kacang Panjang

Masak Lemak Ciliapi Udang Kacang Panjang

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 245 hits
Bahan bahan 10 15 ekor udang Kacang panjang secukupnya 1 kotak kecik santan sedikit air Garam Bahan tumbuk 1 inci kunyit hidup 1 genggam cili padi Cara cara Masuk bahan tumbuk tambahkan santan dan air secukupnya Kacau rata sehingga mendidih...
Nasi Lemak Calories Makanan Yang Mengemukkan Berat Badan

Nasi Lemak Calories Makanan Yang Mengemukkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 12/11/2023 - jumlah : 190 hits
Nasi Lemak Calories Makanan Yang Mengemukkan Berat Badan Nasi lemak adalah sajian sarapan yang menjadi kegemaran bagi masyarakat Malaysia Sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai makanan rutin pada waktu pagi Namun tahukah anda berapakah ...
Resipi Pengat Pisang Tanpa Guna Santan Sedap Rasa Lemak Lemak Manis

Resipi Pengat Pisang Tanpa Guna Santan Sedap Rasa Lemak Lemak Manis

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 260 hits
Pengat pisang antara sajian pencuci mulut yang sangat popular di kalangan masyarakat kita Tidak kira peringkat usia pengat pisang menjadi kesukaan ramai Rasanya yang lemak lemak manis memikat selera ramai peminat manisan atau pencuci mulut ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord