Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh




Saya Kuliah persiapan Wanita Akhir Zaman oleh Ustazah Asma Harun di Surau Ad Dhuha 24 April 2024. Boleh tengok video penuh di SINI. 
Hari ini kita telah berada pada 15 Syawal, bermakna ada 15 hari lagi untuk kita berpuasa sunat Syawal di mana puasa selama 6 hari umpama berpuasa selama setahun. Bulan Ramadhan, kita berpuasa selama 30hari x 10, puasa 6x10. Setiap amalan digandakan 10 sehingga 700 kali ganda. Puasa Ramadhan disusuli 6 hari Syawal, umpama puasa setahun kerana kalendar hijrah ada 360 hari. Gabungan puasa Ramadhan dan puasa syawal adalah 36 hari dalam hakikat situasi sebenar.
Puasa sunat hari putih pada 13-15 setiap bulan Hijrah memberi pahala seumpama kamu berpuasa sepanjang tahun. Kalau tengok ke langit masa tu betul betul bulan mengambang. Hari putih, langit putih bersih.
Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya: Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 hari bulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”Riwayat Abu Daud (2449).
Puasa sunat hari putih adalah puasa sunat selama tiga hari di setiap pertengahan bulan Islam (Hijriah), iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 hari bulan. Dinamakan hari putih kerana bulan purnama bersinar terang pada malam-malam tersebut.
Banyak hadis yang menjelaskan berkaitan puasa hari putih, kelebihan beramal dengannya termasuk dari sudut sains. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata: Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)
Niat puasa hari putih “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.” Nak puasa syawal ke nak puasa hari putih ni? Tak sama puasa hari putih dengan puasa Ramadhan gabung sunat Syawal. Puasa hari putih, 3 hari cover semua. Setiap amalan diganda 10 sehingga 700 kali ganda. Jangan rasa aku dah puasa sunat hari putih tak perlu lagi puasa sunat syawal. Sebab fadilat hampir sama tapi berbeza.
Siapa mengamal puasa hari putih 3 hari setiap bulan hijrah fadilatnya sangat luar biasa. Sesiapa ada masalah kesihatan boleh diselesaikan dengan amalan puasa sunat hari putih. Setiap bulan kita memang perlu jalani proses detoksifikasi, lepas tu proses badan kita ini untuk hasilkan hormon yang terganggu bila kita makan minum, metabolism banyak lagi. Bila puasa 3 hari di tengah bulan betul betul tengah, ada kaitan dengan timing bulan mengambang, warna dan tenaga alam yang dikeluarkan, semua ada kaitan dan bila kita berpuasa, ada kesan baik pada kesihatan.
Tak sama dengan puasa hari lain. Kesan baik pada kesihatan bila beramal dengan sunnah Nabi.
Sementara masih dalam waktu Dhuha, kita Tadabbur surah Ad Dhuha yang juga berkait dengan tajuk wanita akhir zaman.
waḍ-ḍuḥā, wal-laili iżā sajā,
Demi waktu Dhuha, Allah bersumpah demi waktu Dhuha. Demi waktu malam apabila ia telah gelap gelita atau sunyi sepi. Waktu Dhuha ialah bila matahari terbit menerangi alam. Manakala waktu malam, cahaya hilang atau terhalang. Kalau tutup semua ruang cahaya, seperti langsir, pintu, kita jadi gelap walaupun di siang hari. Asalnya ada cahaya tapi cahaya terhalang oleh sesuatu, maka cahaya hilang. 
Perbualan seorang saintis dengan ahli falsafah Islam yang kata Tuhan tidak wujud. Kalau Tuhan wujud pasti Tuhan nak bagi sesuatu kepada manusia. Tapi kenapa ada manusia sesat dan akan masuk neraka. Kenapa Tuhan nak buat macam tu. Ahli falsafah cakap Tuhan wujud dan Tuhan beri kebaikan pada semua umpama cahaya yang menerangi semua yang terkena cahaya kecuali orang yang menolak cahaya tersebut. Yang dibahas adalah gelap yang wujud atau cahaya yang wujud. Yang wujud adalah cahaya tapi bila seseorang tidak berkehendakkan cahaya, maka dia akan berada dalam kegelapan. 
Bila ada cahaya seseorang boleh berjalan elok, tak terlanggar atau teraba raba. Bila black out, kita tanpa cahaya, kita akan susah untuk mencari sesuatu, teraba raba dan rasa sesak nafas, kita mula cari handphone untuk dapatkan sedikit cahaya sebagai penyuluh. Dapat sikit cahaya kita dah rasa lega. Kemudian pergi ke suis untuk hidupkan lampu. Bila hidup tak tenang, mungkin hati kita dalam kegelapan, dan hati kita mencari cari cahaya Allah. Ilmu adalah cahaya. Orang yang sentiasa belajar atau mengajar atau berada dalam majlis ilmu, menyebarkan ilmu akan mendapat cahaya Allah.
Ayat ke3, mā wadda‘aka rabbuka wa mā qalā, Allah tidak membiarkan kamu wahai Muhammad. Tuhan Mu tidak membenci mu. Kenapa Allah sebut begitu? Kenapa Nabi rasa seperti Allah membencinya. Surah ini turun selepas ujian berat pada Nabi. Ketika itu wahyu tertahan. Wahyu tidak turun dalam tempoh yang agak lama. Bukan dalam situasi normal. Malaikat jibril tak datang berjumpa nabi. 
Nabi dilihat sangat susah hati, resah gelisah sehingga baginda naik turun bukit dan sehingga kaum musyrikin mula kata Muhammad dah gila, naik bukit menunggu turun wahyu, ke2 Nabi Muhammad dikata dah tak jadi nabi sebab dah tak ada wahyu yang turun, ke3 dikatakan Tuhan dia dah benci dia. Nabi diejek dan dihina.
Pernah tak rasa kita dibiarkan atau suami buat tak tahu pada kita. Mulalah kita buat drama bila rasa suami dah tak sayang. Wanita syurga, ujian banyak. Jangan terbawa bawa watak drama dalam rumahtangga kita. Ada syak wasangka. Akhirnya kita berkata pada benda tak benar dan bertindak atas perkara tidak benar.
Perkahwinan bukan sejauh mana romantik sepanjang masa kerana tiba pada suatu masa dan keadaan di mana 70% adalah komitment dan tanggungjawab. Ok asal kasih sayang tidak membara. Jangan overthinking sangat. Jangan kata tak guna kalau tak ada kasih sayang. Ada orang bercerai kerana tiada kasih sayang. Perkahwinan dan kebahagiaan bukan sekadar dunia tapi kita nak bawa hasil dari hubungan ini sehingga ke syurga. Apa hasilnya? Dengan banyakkan sikap sabar, bertolak ansur, pemaaf dan berlapang dada dalam alam perkahwinan.
Bahagia adalah mudah jika kita terima apa apa seadanya. Tak ada ukuran tertentu untuk dikatakan bahagia. Kita akan rasa kecewa dengan harapan yang kita sendiri bina. Bahagia kena ada ucapan romantis, kena ada surprise, candle light dinner dsb. Itu semua bukan ukuran kasih sayang. Jangan expect terlalu tinggi hingga kita kecewa dengan harapan yang kita bina. Lebih baik harapan itu diberitahu pada pasangan kita supaya tidak kecewa. Banyak benda perempuan main dalam fikiran harapannya. Tak luah harapannya dan akhirnya kecewa sendiri.
Bila banyak suara suara sehingga Nabi terfikir ada benda yang Nabi buat yang Allah tak suka sehingga wahyu tak turun. Allah turunkan ayat ini untuk jawab apa yang Nabi fikir. Allah sebut ayat ke3 bukan sahaja untuk Nabi tapi juga untuk kita semua di mana, Allah tak pernah tinggalkan kita dan tak pernah membenci kita walau apa pun kita telah lakukan. Apa pun keburukan menimpa kita bukan bermakna Allah tak sayang kita. Jangan berkata, tak layakkah untuk aku disayangi. Apa salah ku dsb.

Ayat 4 wa lal-ākhiratu khairul laka minal-ūlā, sesungguhnya hari akhirat itu kesudahan keadaan mu adalah lebih baik bagi mu dari permulaan. Penutup kesudahan itu lebih utama berbanding awal atau permulaan.
Ayat 5 wa lasaufa yu‘ṭīka rabbuka fa tarḍā, sesungguhnya Tuhan mu akan memberi kepada mu sehingga kamu rasa puas dan rasa redha. Sekarang kita rasa diuji berat. Kena sabar kerana apa yang berlaku sekarang, akhirnya pada satu masa adalah lebih baik, satu masa kamu akan diberi nikmat sehingga kamu rasa puas dan redha. Sabar dan bertahan.
alam yajidka yatīman fa āwā, bukan kah kamu dulu yatim dan Allah bagi kamu perlindungan. Allah ingatkan Nabi bahawa Nabi dulu yatim dan Allah yang melindungi mu.
Ke7, wa wajadaka ḍāllan fa hadā, bukankah kamu dalam kebingungan dan mencari cari dan Allah bagi kamu petunjuk. Kamu akan dapat jawapan. Banyak tak kebingungan kita tak ada jawapan? Ada tapi sedikit. Lambat atau cepat Allah akan bagi kita jawapan dan hikmahnya.
wa wajadaka ‘ā’ilan fa agnā, bukan kah engkau dulu miskin dan Allah bagi kamu kekayaan.
fa ammal-yatīma fa lā taq-har, anak yatim jangan berlaku kasar terhadapnya, jangan herdik orang yang meminta minta.
wa ammā bini‘mati rabbika fa ḥaddiṡ, adapun nikmat dari Tuhanmu hendaklah disebut sebut, dizahir zahir dan disyukuri.
Nak rezeki murah, amal surah Dhuha, bila dalam kesulitan, amal surah Dhuha. Jadi bila kita rasa terbuang, rasa sedih dan dukacita, bacalah surah Dhuha. Itu situasi yang Nabi lalui ketika itu. Allah hibur dan bagi kebahagiaan pada hati Nabi dengan surah Dhuha.
Kita semua lah wanita akhir zaman kerana kita berada pada akhir zaman yang bermula dari kelahiran Nabi Muhammad. Nabi sebut tanda tanda kelahiran ku adalah tanda dekatnya dengan hari kiamat. Lahirnya nabi akhir zaman semua dikira umat akhir zaman. Apa ujian terbesar umat akhir zaman?
Ujian terbesar wanita akhir zaman adalah fitnah. Kita sebagai wanita sendiri adalah ujian. Nabi bersabda, wanita adalah ujian berat yang aku tinggalkan dan paling aku takuti pada lelaki. Tanggungjawab berat lelaki, wanita akan jadi ujian pada lelaki jika kamu tak jaga wanita.
Ke2 maksud wanita sebagai fitnah adalah wanita yang bermaksiat. Wanita yang jaga akhlak, jaga aurat, kita bukan wanita fitnah yang disebut tadi. Kalau lelaki beriman mungkin boleh kuat bila hadapi ujian dari segi harta seperti tawaran rasuah, datang godaan kuasa, mereka boleh hadapi ujian tarikan dunia ini. Tapi dalam banyak banyak ujian, yang berat ialah ujian wanita. Bila wanita berakhlak buruk, bermaksiat dan menggoda dengan suara, tubuh badan, lelaki mungkin tak boleh hadapi. Berhati hati dengan wanita begini yang sangat ramai di akhir zaman.
Bayangkan lelaki tua nak digoda oleh wanita muda yang seksi cantik semata mata untuk mendapat kekayaan dan kesenangan. Mampukah lelaki tua ini menepis godaan wanita seperti ini. Mereka nak goda dengan menggunakan media socia.
Nabi dah pesan pada lelaki. Supaya mohon dilindungi dari fitnah yang berat. Memang wujud wanita akhir zaman yang tak pernah Nabi tengok di zaman baginda. Yang belum ada lagi ketika itu. Tapi zaman sekarang ramai wanita seperti ini. Mereka tak cium bau syurga. Syurga sangat wangi boleh dicium baunya sehingga 500 tahun perjalanan. Betapa wanginya bau syurga. Kalau cium pun tak boleh, apalagi nak masuk syurga.
Antara golongan ini ialah pemimpin yang zalim dan wanita yang lakukan kejahatan dan ajak pada kejahatan. Mereka berpakaian tapi telanjang. Pakai tudung umpama bonggol unta. Tak termasuk dalam kategori ini kalau ianya terhasil dari rambut asli. Dibuat bertujuan supaya dilihat menarik dan tarik perhatian lelaki. Ada orang jual bonggol ni. Tinggi nampak menarik. Lelaki pun mula bermain dengan imaginasi pasti rambut wanita ini panjang mengurai sehingga akhirnya buat maksiat dengan imaginasi sendiri. Apa tujuan pakai? Nak nampak cantik. Ada kepalsuan di sebalik bonggol yang tinggi. Nabi sebut wanita jahat dan ajak pada kejahatan, wanita buat maksiat dan ajak pada maksiat. Memang bukan dia jatuh cinta tapi dia merancang untuk goda sehingga ke lembah zina. Akhirnya lelaki itu kena bertanggungjawab.
Wanita diuji dengan materialistik. Dulu tak nampak orang bawa handbag mahal. Hari ni ramai orang bawa handbag mahal di media social. Ada orang biasa dan mampu ikut standard kehidupan dia sebagai wanita berkerjaya. Ini bagi pelajar dan wanita muda yang sangat aim nak pakai handbag berjenama mahal, pakaian mahal. Sangat aim kasut berjenama, pakaian berjenama. Dapat cara maksiat pun tak kisah, yang penting dia dapat.
Nabi suruh kita mohon perlindungan selepas selesai tahiyat akhir, sebelum memberi salam, kita diajar untuk baca doa memohon perlindungan pada 4 perkara, perlindungan dari azab api neraka, azab kubur, fitnah ujian tipudaya hidup dan mati, kejahatan fitnah dajjal.
Nabi tidak pesan apa langkah kita perlu buat. Nabi tinggalkan adalah doa kerana yang melindungi kita adalah Allah yang maha bijaksana. Tugas kita minta perlindungan dari Allah.
Wanita pengikut teramai dajjal. Zaman Nabi hidup lagi dah ada yang mengaku jadi Nabi. Yang mengaku Nabi adalah dajjal kecil, wanita jahat adalah pelaksana kejahatan dajjal. Dajjal akan rosakkan sesiapa sahaja melalui wanita yang jahat. Bukan wanita yang baik.
Persiapan wanita akhir zaman ialah amal doa tersebut. Ajari dan pesan juga pada anak anak dan suami untuk mengamalkannya.
Ujian ketika nak mati adalah sangat berat, waktu roh nak keluar. Saat paling takut dan berat ialah saat kita mati. Mampukah kita sebut syahadah ketika itu. Fitnah hidup dan fitnah mati. Fitnah dajjal mata satu mungkin kita tak sempat jumpa. Andai kita ada masa itu, belum tentu kita boleh selamat dari fitnah dajjal. Nabi suruh kita beramal dengan doa ini. Nabi juga ajar baca surah Al Kahfi untuk perlindungan dajjal. 
Nabi tinggalkan wasiat dalam bentuk doa dan amalan pada kita. Nabi suruh kita minta perlindungan. Allah sahaja yang boleh bantu dan bagi perlindungan. 5 kali sehari, kita baca doa yang mustajab dalam solat, agak agak Allah kabulkan tak permintaan kita? Kita minta dalam waktu mustajab. Kita kena yakin, jangan ragu walau sedikit pun. Niat untuk diri kita dan keluarga kita. Niat untuk kami, masukkan semua ahli keluarga. Bukan untuk diri kita seorang sahaja. Kena yakin Allah akan kabulkan. Allah berfirman, Aku ikut sangkaan hambaKu. Jika hambaku yakin Aku akan kabulkan, maka Aku akan kabulkan.
Macam mana orang beramal tapi free hair. Jika beramal, satu hari dia akan jadi wanita taat dan solehah. Jika melihat kemungkaran, kena tegur atau halang dengan tangan kamu, jika tak mampu kena tegur dengam lidah kita tak suka, kamu kena tegur, dengan lidah, akhir sekali tegur dalam hati dengan doa pada Allah. Kalau kita tengok orang buat maksiat, kita tak rasa apa apa dengan perbuatan itu, malah kita memuji, kita seolah menggalakkan dia buat maksiat dan dia akan rasa seolah orang boleh terima perbuatannya. Namun begitu, jangan sesekali merasa kita sahaja yang baik. Jangan nampak kesalahan orang lain semata mata. Kita baru hijrah dah mula nampak keburukan orang lain. Kita mungkin ada bahagian lain yang tak sempurna seperti penyakit hati.
Wahai wanita akhir zaman, ujian terberat adalah media sosial. Dulu mak cik cakap sesama makcik adoi budak sekarang berjoget depan handphone. Sekarang makcik yang sama yang berjoget dengan anak cucu tanpa rasa malu. Para ulamak tekan kan tipu daya iblis jarumnya sangat halus, perkara yang rasa tak patut, sekarang dah jadi patut. Yang patut rasa malu, dah tak perlu malu. Zaman sekarang ok, tak ada apa. Mula mula ketat sikit sikit. Cucu puji nenek macam ni baru lah cun. Zaman dah berubah kan. Kena ikut peredaran masa. Jangan kolot sangat. Itu alasan yang digunakan.
Dekat hampir kiamat, akan jadi semakin teruk sehingga datang Al Mahdi. Acara menari tak akan berkurang tapi akan lagi teruk. Viewers joget yang di share dah berjuta. Sayang pula nak delete. Kita tak mampu melawan perubahan zaman. Tumpuan kita ialah jaga diri kita dan ahli keluarga kita dari terjebak. Dalam kubur kita akan meronta ronta untuk delete dosa jariah yang dah dibuat. Masa tu dah tak boleh delete. Masa hidup lah kita kena delete apa yang tak sepatutnya.
Wanita akhir zaman boleh pakai make up dengan kadar sederhana. Sehingga tidak menarik perhatian. Orang muda jadi obsess dengan make up dari sederhana jadi berlebihan. Bukan make up sahaja tapi sehingga mata disolek dengan pelbagai warna untuk jadi galak. Hari ni ramai jadi MUA. Ajar wanita bersolek untuk suami ok tapi selain lelaki halal memandang, tidak dibolehkan.
Muka rosak sehingga kena rawat. Wanita akhir zaman diuji dengan tiada keyakinan diri, bila tiada handbag mahal rasa tak yakin. Kalau yang mampu tak apa. Ini yang muda dan masih belajar juga mengimpikan untuk membawa handbag jenama mahal. Tiada keyakinan diri juga bila selepas makan kena tambah lipstik. Takut keluar jika tanpa make up.
Masalah krisis keyakinan pada diri adalah bukan suatu benda remeh. Anak muda rasa tak yakin dan rasa tak cukup dengan ciptaan Allah. Ramai student tak yakin dengan diri hari ini akan buat pembedahan plastik. Ubah hidung, kening dan bentuk muka. Ramai artis buat pembedahan plastik sehingga berubah muka. Kalau dulu orang buat pembedahan plastik tak ramai dan macam pelik tapi sekarang dah jadi kebiasaan dan trend. Haram hukumnya. Berubah muka. Setakat ini sahaja. Malaikat menaungi orang yang menuntut ilmu.

Seperti biasa, hari kedua dan ketiga Hari Raya, kita akan mula teringin untuk makan nasi putih dengan lauk pauk. Dah mula muak dengan lemang rendang atau lain lain masakan raya seperti masak lodeh, mee kari dsb.
Saya memang dah beli ikan bawal cermin sehari sebelum sebagai persediaan untuk memasak lauk selepas raya. Raya kali ini, semua rendang dan kuih muih licin semuanya. Rendang daging 1 kg setengah, ayam 4 kg, kuah kacang daging 1 kg semua habis. Jadi hari ini, memang tak ada makanan nak dimakan. Nak masak pun, tak ada lauk dalam freezer.  
Jadi hari ini saya sediakan masak lemak ikan bawal cermin dan sayur campur untuk dimakan dengan nasi putih sahaja.  Tak pasti kalau sempat untuk saya berbuka puasa, kalau tak sempat, saya order jer burger tepi jalan.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....

Masak Lemak Ikan Bawal CerminOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan bawal cermin - potong 41 keping asam kepingGaram1 mangkuk belimbing buluhDaun kunyit1 batang serai - ketuk1 kotak santan + air secukupnya 

Bahan kisar:Segenggam cili padi - ikut pedas disukai4 biji bawang merah3 inci kunyit hidup

Cara cara:Lumur garam dan serbuk kunyit pada ikan dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.  

Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak sehingga air hampir kering. 
Masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih.
Masukkan belimbing buluh dan kacau seketika. 
Akhir sekali, masukkan ikan goreng dan garam secukup rasa. Renih seketika sebelum ditutup api. 



Nota:Boleh juga letak sayuran lain seperti buah peria, kacang buncis dll



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/04/masak-lemak-ikan-bawal-cermin-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dinner Ketam Masak Lemak Cili Api

Dinner Ketam Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 181 hits
Assalamualaikum Hi korang Malam ni makan sedap sikit sebab Dania balik Dania dh habis semester pertama dan lepas ni bercuti 3 bulan next semester will be on end July nanti sementara cuti ni dia kata nak part time SA dh beli ketam ni Sabtu l...
Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 180 hits
Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch Masak lunch simple je hari ni hari sabtu yang santai santai je Kami masak sayur tauge masak lemak putih Lauk atau sayur kegemaran kami sekeluarga Kemudian campurkan dengan buncis dan tauhu putih Mem...
Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 185 hits
Kadang kadang tu jemu juga hari hari lauk ayam goreng Jadi hari ini Mama Yan masak Ayam Masak Lemak Tapi lauk macam ni ayahnya pula yang yang tak berapa suka Orang Jawa tak suka pakai santan diorang banyak pakai kelapa parut je Kuih kuih ba...
Ikan Keli Jenis Spesis Kandungan Nutrisi Cara Memasak

Ikan Keli Jenis Spesis Kandungan Nutrisi Cara Memasak

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 258 hits
Tidak hanya sedap masak ikan keli juga mudah dipelihara dan mempunyai banyak nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis jenis ikan keli dan khasiatnya kepada ke...
Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini Kalau Hendak Jaga Kesihatan

Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini Kalau Hendak Jaga Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 319 hits
ELAK MAKAN 7 JENIS IKAN INI KALAU HENDAK JAGA KESIHATAN1 Ikan GindaraIkan laut dalam ini boleh ditemui di kedalaman antara 280 900 meter dan dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan Namun ramai yang tidak sedar bahawa ikan gindara menga...
Sedang Cari Ikan Warga Mukomuko Tewas Diserang Buaya

Sedang Cari Ikan Warga Mukomuko Tewas Diserang Buaya

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 108 hits
Jasad korban ini tidak dibawa ke puskesmas atau RSUD tetapi langsung dibawa ke rumah duka
Barlaukkan Ikan Masin Dan Telur Kicap Menggoda

Barlaukkan Ikan Masin Dan Telur Kicap Menggoda

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 148 hits
BARLAUKKAN IKAN MASIN DAN TELUR KICAP MENGGODA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua DUA MINGGU AKHIR RAMADAN sampailah beberapa hari Syawal memang makan menu bersantan atau berempah Boleh dikatakan ...
Ikan Selar Kuning Berlado

Ikan Selar Kuning Berlado

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 260 hits
Insya Allah hari ini saya masih berpuasa Syawal Cara saya memang selepas raya terus berpuasa samada raya kedua atau ketiga Kalau lambat mulai banyak jemputan rumah terbuka majlis perkahwinan dsb Arwah Bonda saya pun macam tu hari raya kedua...
7 Manfaat Kesehatan Yang Bisa Diperoleh Dari Konsumsi Ikan Kembung

7 Manfaat Kesehatan Yang Bisa Diperoleh Dari Konsumsi Ikan Kembung

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 151 hits
Ikan kembung merupakan salah satu jenis ikan yang memiliki beragam manfaat kesehatan bagi tubuh kita
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka