Masa Untuk Tetapkan Semula Haluan Malaysia Pascapandemik


BH ONLINE Foto fail AFP KUALA LUMPUR: Selaras dengan jangkaan Malaysia mencapai imuniti kelompok menjelang akhir Oktober ini dan beralih daripada fasa pandemik COVID-19 kepada endemik, langkah seterusnya ialah menetapkan semula haluan Malaysia dalam kebiasaan baharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik dan barisan pemimpin pembangkang, berikrar untuk mencari titik persamaan bagi menangani pandemik, merangsang ekonomi selain berusaha meredakan pergolakan politik yang berlanjutan sejak sekian lama, satu permulaan yang baik untuk melangkah ke hadapan buat masa ini.
Perdana menteri juga berjanji Kabinet akan berorientasikan hasil, berasaskan tiga prinsip iaitu peka terhadap keperluan rakyat, bertanggungjawab dan amanah, serta mengembalikan keyakinan rakyat.
Penekanan akan bersandarkan pada budaya kerja berprestasi tinggi dengan setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Semua menteri diberikan tempoh 100 hari untuk mencapai sasaran jangka pendek masing-masing.
Ketika semua menteri menjalankan tugas masing-masing untuk mengembangkan negara, kita juga bertanggungjawab memainkan peranan yang sama. Apatah lagi satu daripada prinsip yang digariskan oleh Ismail Sabri ialah peka kepada keperluan rakyat, justeru rakyat perlu bekerjasama menyuarakan keperluan mendesak mereka, khususnya ketika pascapandemik.
Era pascapandemik adalah masa dan peluang terbaik untuk menggubal tetapan semula negara.
Datuk Seri Nazir Razak, anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak, menggesa agar sistem yang dilaksanakan oleh Allahyarham bapanya itu ditentu ukur semula.
"Yang kita perlukan ialah tetapan semula negara, baik pulih secara menyeluruh demokrasi, institusi dan sosioekonomi kita. Ini bukan kali pertama. Kita pernah lakukan perkara sama selepas peristiwa 13 Mei 1969 apabila sistem Westminster yang kita warisi tumbang pada pilihan raya umum ketiga.
"Pihak yang terbabit dalam membuat tetapan semula itu percaya sistem tersebut boleh berjaya namun tidak akan bertahan untuk selama-lamanya, sistem berkenaan perlu ditambah baik, mungkin perlu diset semula sekali lagi. Malah, mereka menetapkan had masa 20 tahun bagi DEB (Dasar Ekonomi Baru)," kata Nazir.
"Pada 1990, DEB dinamakan semula namun dilanjutkan dan sistem selebihnya pula diteruskan tanpa perubahan. Semakin lama keadaan itu berterusan, lagi teruk kesan sampingan negatif melunturkan kebaikan yang dihasilkan oleh sistem tersebut," tambah beliau.
"Masa telah berubah dan kita tidak harus meniru bulat-bulat apa yang kita lakukan pada 1970 ketika semuanya dipacu oleh Tun Razak sebagai ketua Majlis Gerakan Negara. Hari ini kita perlukan satu proses yang jauh lebih konsultatif, inklusif dan kurang elitis. Kita harus menggembleng agenda dalam nama majlis yang boleh kita namakan sebagai 'Better Malaysia Assembly' (BMA)," katanya.
Penulis ruang dan penganalisis dasar awam, Dr Lim Teck Gee, berkata pada 1988, Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) diwujudkan bagi menggubal dasar ekonomi selepas 1990 untuk menggantikan DEB yang jangka hayat 20 tahunnya hampir tamat.
Beliau berkata syor-syor 'di luar kotak' tentang cara menggerakkan Malaysia ke era pasca-DEB dalam ekonomi dan juga sektor penting bukan ekonomi serta tadbir urus menjadikan laporan itu sesuatu yang mesti dibaca dan dirujuk oleh sesiapa yang berpotensi dilantik sebagai ahli majlis kebangsaan yang diwujudkan bagi menetapkan semula hala tuju pembangunan negara.
Sebuah majlis yang sedemikian boleh berperanan sebagai satu badan peringkat tinggi bukan politik negara ini bagi memastikan akauntabiliti atau kebertanggungjawaban yang lebih baik dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
Kabinet baharu kerajaan Malaysia mengangkat sumpah jawatan sehari sebelum negara meraikan Hari Kemerdekaan ke-64 dan agenda utama pastinya mengenai kemunculan Malaysia pascapandemik dalam kebiasaan baharu.
Apa yang diperlukan oleh negara sekarang ialah sebuah kerajaan dwipartisan yang tidak mustahil dapat diwujudkan jika ahli politik akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong mengenai landskap politik baharu yang mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kehendak peribadi dan keuntungan politik.
Seiring sambutan Hari Malaysia minggu depan, penubuhan 'People's Assembly' atau 'Majlis Rakyat' adalah jalan terbaik untuk menyatukan kepentingan berbeza pelbagai komuniti. Penubuhan majlis sedemikian untuk melengkapi dasar kerajaan boleh menjadi anjakan paradigma ke arah Malaysia Yang Lebih Baik. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/masa-untuk-tetapkan-semula-haluan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suke Tv Umum Rangkaian Siaran Buatan Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia Di Mana Sahaja Sepanjang Masa

Suke Tv Umum Rangkaian Siaran Buatan Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia Di Mana Sahaja Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 296 hits
Industri media dan hiburan mengharungi pandemik dengan sokongan tidak putus putus komunitinya dan peningkatan dalam penggunaan media televisyen dan penstriman The post appeared first on
Gsc Bersedia Untuk Membuka Semula Pawagam Di Malaysia

Gsc Bersedia Untuk Membuka Semula Pawagam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 207 hits
Ketua urusan korporat PPB dan Ketua Pegawai Eksekutif GSC Koh Mei Lee PPB Group Bhd telah bersedia untuk membuka semula Pawagam di Malaysia PPB Group Bhd siap sedia untuk membuka perniagaan tayangan dan pengedaran filemnya di bawah anak sya...
Seram Kena Kacau Masa Hantar Barang Waktu Malam Night Delivery Horror Game Malaysia

Seram Kena Kacau Masa Hantar Barang Waktu Malam Night Delivery Horror Game Malaysia

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 418 hits
Assalamualaikum Hairangers Selepas kisah seram pak guard yang jaga di security booth haritu kali ini aku bawakan kepada korang kisah seram abang delivery kena kacau masa hantar barang Al kisah abang ini kena buat night delivery waktu malam ...
Konsep Keluarga Malaysia 1malaysia Dan Islam Hadhari Apa Yang Kita Faham

Konsep Keluarga Malaysia 1malaysia Dan Islam Hadhari Apa Yang Kita Faham

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 260 hits
Oleh Nurul Aisyah KONSEP itu boleh dicipta namun setakat mana keberkesanan pelaksanaannya dan sejauh mana relevan konsep tersebut dengan masyarakat kita Ramai yang masih terpinga pinga dengan nama nama konsep dan pemahaman yang cuba dibawa ...
Adakah Politik Malaysia Sudah Lapuk

Adakah Politik Malaysia Sudah Lapuk

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 229 hits
Sebab apa kita perlu Umno DAP PAS PKR Bersatu Amanah MCA MIC Gerakan dan parti parti politik yang lain di zaman moden ini
Silterra Malaysia Managers Arrested In Anti Corruption Probe

Silterra Malaysia Managers Arrested In Anti Corruption Probe

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 252 hits
Several managers at semiconductor firm SilTerra Malaysia have been arrested by the MACC said parent company Dagang NeXchange Bhd in a stock exchange filing today SilTerra Malaysia was the subject of a takeover battle in February which saw D...
Sabah Sarawak Lebih Kaya Sejak Pembentukan Malaysia Penganalisis Persoal Kenyataan Dr M

Sabah Sarawak Lebih Kaya Sejak Pembentukan Malaysia Penganalisis Persoal Kenyataan Dr M

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 503 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan di Sabah dan Sarawak adalah lebih baik sejak pembentukan Malaysia KOTA KINABALU Kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan keadaan di Sabah dan Sarawak lebih baik sejak pembentukan Malaysia adalah kura...
Kenapa Malaysia Jadi Pilihan Pelacur

Kenapa Malaysia Jadi Pilihan Pelacur

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 482 hits
KUALA LUMPUR Bayaran lumayan menjadi pendorong ribuan wanita warga asing menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menjalankan aktiviti persundalan Difahamkan permintaan tinggi turut menjadi faktor bayaran perkhidmatan seks yang ditaw...
Gazette Sabah Day To Recognise The State As Co Founder Of Malaysia Says Star

Gazette Sabah Day To Recognise The State As Co Founder Of Malaysia Says Star

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 285 hits
Sabah Star deputy president Jalumin Bayogoh Pic courtesy of Sabah StarKOTA KINABALU It is time for Sabah to be given due recognition as a co partner in the formation of Malaysia This could be done through gazetting Sabah Day to mark the day...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya