Masa Pantas Berlalu Tanda Hampir Kiamat




Seorang sahabat datang bertanyakan kepada Rasulullah SAW, bilakah akan terjadi kiamat? Rasulullah SAW yang ketika itu sedang menyampaikan tazkirah tidak menjawab, sebaliknya Baginda meneruskan ceramahnya.
Apabila selesai, Rasulullah SAW berkata, siapakah yang bertanya tadi dan sahabat itu menjawab: “Saya wahai Rasulullah.” Lalu Baginda SAW bertanyakan sahabat berkenaan, apa yang sudah engkau siapkan untuk hari kiamat.
Ini bukti Rasulullah SAW tidak mengetahui bilakah akan berlaku kiamat, justeru andai ada yang berkata mereka mengetahui bila kiamat, golongan itu bercanggah dengan al-Quran dan sunah.
Begitulah pengenalan tazkirah Zuhur yang disampaikan penceramah terkenal dari Sumatera, Abdul Somad Lc MA di Masjid Ar-Rahah, Bangsar South, baru-baru ini yang mengupas tajuk Tanda-Tanda Akhir Zaman.
Bagaimanapun, menurut Pensyarah Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau itu, Rasulullah SAW banyak bercerita mengenai tanda kiamat yang terbahagi kepada dua, iaitu tanda zahir dan maknawi atau maksud tersirat daripada apa disampaikan Baginda SAW.
“Antara tanda fizikal ialah ucapan Nabi SAW, umat akhir zaman akan berlumba-lumba membuat bangunan tinggi yang kini sudah kita saksikan. Jika dahulu paling tinggi di Makkah ialah Jabal Abi Qubais, iaitu bukit terletak di belakang bukit Safa, tetapi sekarang ia yang paling rendah.
“Seorang hamba melahirkan tuannya, juga sudah nampak. Ketika umat Islam berkuasa dan menguasai satu tempat, perempuan dulunya hamba melahirkan anak yang merdeka.
Enam tanda kiamat
“Namun, hadis ini condong kepada makna seorang ibu melahirkan anak dan anaknya menderhaka sehingga seolah-olah ibu menjadi kuda, manakala anak menjadi tuan,” katanya.
Meneruskan bicara, Abdul Somad menghuraikan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dalam Sahih Bukhari mengenai enam tanda hari kiamat yang dimulakan dengan ilmu dicabut oleh Allah SWT.
Beliau berkata, Allah SWT tidak mencabut ilmu seperti mencabut pokok kayu bersama akarnya, tetapi dengan meninggal ulama. Contohnya, ketika Imam Syafie meninggal dunia, berapa cabang ilmu yang hilang kerana beliau alim dalam bahasa Arab, tafsir, fiqh dan hadis.
Beliau berkata, sekarang muncul orang jahil yang kemudian dianggap berilmu, pandai berbicara dan memakai pakaian ulama tetapi dia sesat serta menyesatkan.
“Apabila diberi satu perkara bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kiamat. Sebenarnya isi dunia sudah kiamat tetapi alamnya belum lagi. Di negara ini, masih ada ulama dan mufti, maka hindari orang jahil yang tidak diketahui sanad ilmunya,” kata beliau.
Tanda kedua, kata Abdul Somad, ialah banyak terjadi gempa, bumi digoncangkan dan keluar isi daripada alam. Persoalannya, apakah kejadian itu membuat manusia merasa tertekan dan tidak beramal sedangkan ia sepatutnya meningkatkan semangat untuk meningkatkan amal soleh.
“Ketiga, masa saling mendekati hingga tidak terasa baru sahaja Jumaat dan esok sudah solat Jumaat lagi. Jika diperhatikan, waktu tidak berkurangan, tetapi alat seperti gajet dan teknologi membuatkan duduk lama tidak terasa, seakan masa yang cepat berlalu.
“Sebagai peringatan, manusia akan ditanya mengenai umur mereka di dunia, bagaimana ia dihabiskan dan adakah ini akan dapat dijawab nanti,” katanya.
Fitnah, bunuh berleluasa
Abdul Somad berkata, tanda keempat ialah banyak terjadi fitnah, baik perkataan atau di media sosial seperti Facebook, WhatsApp atau Twitter, begitu juga fitnah penyeksaan yang dihadapi umat Islam di Palestin dan Rohingya sehingga hari ini.
“Seterusnya, pembunuhan yang banyak, bagaimana mereka memusnahkan kaum Muslimin antaranya penghapusan etnik Bosnia, pembantaian di Iraq dan konflik di Palestin yang tidak nampak kesudahannya.
“Ada yang bertanya kenapa kita dihidupkan pada zaman ini dan bukan pada zaman Nabi. Ada khabar gembira daripada Baginda SAW, orang yang tetap istiqamah beribadah ketika pembunuhan terjadi adalah seperti orang yang berhijrah. Semoga kita tetap istiqamah,” katanya.
Beliau berkata, yang terakhir ialah ramai orang memiliki harta melimpah-ruah seperti air yang tumpah berbanding dulu kerana untuk kaya terpaksa bekerja keras mengeluarkan penuh, tetapi kini duduk sahaja pun boleh jadi kaya.
Katanya lagi, kiamat juga tidak akan terjadi sehingga Muslimin memerangi orang Yahudi dan batu besar berkata: “Ya Muslim, ada Yahudi di belakangku, bunuhlah dia, bunuhlah dia.”
Menurut Abdul Somad, itulah juga mukjizat hadis Nabi Muhammad SAW luar biasa yang mengatakan Yahudi akan bersembunyi di sebalik pohon gharqad, iaitu satu-satunya pokok yang tidak membela umat Islam.
Beliau berkata, sekarang orang Yahudi menanam sebanyak-banyaknya pohon gharqad yang membenarkan sabda Baginda kira-kira 1439 tahun lalu.
“Sebab itu orang Yahudi tidak musnah seperti kaum lain kerana janji Nabi Muhammad SAW kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu memerangi Yahudi. Mereka hanya 16 juta sekarang di dunia ini,” katanya.
Apa pun yang terjadi katanya, umat Islam harus bersiap siaga, beriman dan beramal soleh kerana itulah hikmah tidak dijelaskan secara panjang lebar mengenai hari kiamat yang tiada siapa tahu kecuali Allah SWT.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/23/masa-pantas-berlalu-tanda-hampir-kiamat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Berlalu Pantas Nina Iskandar Share Foto Baby Bump

Masa Berlalu Pantas Nina Iskandar Share Foto Baby Bump

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 501 hits
Suami dan saya teruja untuk mengumumkan kepada umum berita ini Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar telah berkongsi foto yang mendedahkan dirinya kini sudah hamil Menerusi laman Instagramnya pelakon berusia 28 tahun itu meluahkan...
Tulisan Jawi Beri Kuasa Kepada Pibg Tanda Melayu Mudah Mengalah

Tulisan Jawi Beri Kuasa Kepada Pibg Tanda Melayu Mudah Mengalah

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 260 hits
Tindakan kerajaan yang menyerahkan kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk membuat keputusan dalam pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah dianggap sebagai petanda orang Melayu sudah mula mengalah Pengerusi Majlis Dakwah Negara Prof Emer...
Ramai Yang Tak Tahu Tanda Mimpi Susukan Bayi Ustaz Kazim Elias

Ramai Yang Tak Tahu Tanda Mimpi Susukan Bayi Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 3904 hits
Ramai Yang Tak Tahu Tanda Mimpi Susukan Bayi Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Jangan Kata No Kalau Anak Nak Beli Buku Cerita Itu Tanda Mereka Sedang Berimaginasi

Jangan Kata No Kalau Anak Nak Beli Buku Cerita Itu Tanda Mereka Sedang Berimaginasi

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 406 hits
Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca menulis dan mengira Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak kanak Anak anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita ata...
7 Tanda Livermu Terserang Penyakit Perut Buncit Dan Kulit Menguning Tanpa Sebab Wajib Diwaspadai

7 Tanda Livermu Terserang Penyakit Perut Buncit Dan Kulit Menguning Tanpa Sebab Wajib Diwaspadai

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 449 hits
Hati atau liver merupakan organ tubuh yang memiliki banyak fungsi Akan sangat berakibat fatal untuk tubuh jika livermu terserang penyakit Jadi mengetahui tanda tanda kerusakan liver sangatlah diperlukan Berikut ini 7 tanda livermu tererang ...
Terlebih Tidur Pada Waktu Pagi Dan Siang Antara Tanda Awal Penyakit Alzheimer Kajian Terbaru

Terlebih Tidur Pada Waktu Pagi Dan Siang Antara Tanda Awal Penyakit Alzheimer Kajian Terbaru

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 259 hits
Adakah anda sering mengantuk pada waktu pagi dan tidur siang lebih daripada kebiasaan Kajian terbaru menunjukkan bahawa keadaan tidur siang yang berlebihan akan menyebabkan penurunan fungsi kognitif dan tanda awal penyakit Alzheimer atau ke...
Tanda Tanda Ilmu Yang Bermanfaat

Tanda Tanda Ilmu Yang Bermanfaat

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 595 hits
OlehAl Ustadz Yazid bin Abdul Qadir JawasIlmu yang bermanfaat dapat diketahui dengan melihat kepada pemilik ilmu tersebut Di antara tanda tandanya adalah 1 Orang yang bermanfaat ilmunya tidak peduli terhadap keadaan dan kedudukan dirinya se...
Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Concorde Hotel Shah Alam Raikan Kanak Kanak Good Samaritan Home Sempena Krismas


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Kj Comments On Huge Hamidin Banner At Stadium

The Latest Ai News We Announced In December

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku

One Avenue Band Kisah Baru Kita Chord