Hanya Berbekalkan Botol Susu Kanak Kanak Umur 3 Tahun Hilang Di Ladang Sawit Usaha Mencari Masih Diteruskan


Ditinggalkan sendirian oleh bapanya di sebuah pondok di ladang kelapa sawit Rapak Baru, Pantu di Sri Aman menyebabkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hilang tanpa jejak sejak Rabu yang lalu.
Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak yang dikenali sebagai Patrcik Igih Mohd Taufik itu mengikut datuk dan bapanya yang mengiringi kaki tangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) melakukan kerja pemasangan papan tanda pada pokok di dalam hutan bersebelahan ladang kelapa sawit itu.
Disebabkan laluan pendakian menuju ke tempat pemasangan papan tanda itu agak tinggi, Patrcik ditinggalkan di pondok kecil dengan hanya berbekalkan sebotol susu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, jarak antara pondok dengan tempat pemasangan papan tanda itu dianggarkan kira-kira satu kilometer.
“Pada pendakian pertama, datuk dan bapa kanak-kanak itu membawa satu papan tanda dan selepas sampai ke destinasi, mereka turun semula untuk mengambil satu lagi papan tanda.
“Ketika itulah datuknya menyedari kanak-kanak itu tiada lagi di pondok berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dalam laporan akhbar berkenaan.
Beliau berkata, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerah ke lokasi selepas pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman pada 2.33 petang.
Nampak kanak-kanak berjalan sendiri ke parkir motor bapanya “Sebaik tiba di lokasi, ada saksi mendakwa ternampak kanak-kanak itu berjalan sendirian ke tempat parkir motosikal bapanya.
“Penduduk kampung yang kebetulan menuai padi di lokasi yang sama juga mendakwa turut ternampak kanak-kanak berjalan ke arah sama yang jaraknya kira-kira 200 meter dari pondok tempat dia ditinggalkan oleh bapanya,” katanya.

Berikutan itu, katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sebaik maklumat diperolehi daripada beberapa saksi.
“Bomba dan polis turut dibantu penduduk kampung untuk menjalankan pencarian di kawasan sekitar ladang sawit itu,” katanya.
Operasi mencari dan menyelamat masih buntu OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak tersebut yang bermula sejak Rabu, masih buntu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi hari kedua, pada Khamis membabitkan unit anjing pengesan (K9).
Katanya, Selain 10 anggota bomba, operasi dibantu 11 anggota polis, lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 14 anggota Jabatan Relawan Malaysia (RELA), lapan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak (JHS), tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta 30 penduduk kampung.
“Operasi SAR hari ini bermula jam 9 pagi di dalam kawasan ladang sawit, sungai dan di cerun bukit dan dipecahkan kepada lima pasukan pada radius kira-kira enam kilometer keliling.

“Sepanjang pencarian, belum ada tanda-tanda kanak-kanak itu dikesan. Berikutan itu operasi tangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula esok” katanya dalam kenyataan pada Khamis Malam.
Laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak itu dibuat ahli keluarganya dan bomba menerima maklumat itu pada 2.33 petang sebelum gerakan SAR diaktifkan.
Sama-samalah kita mendoakan semoga misi mencari dan menyelamat adik Patrcik berhasil dan si kecil ini ditemui dengan selamat.
Sumber: Harian Metro
 
 
 
The post Hanya Berbekalkan Botol Susu, Kanak-kanak Umur 3 Tahun Hilang Di Ladang Sawit. Usaha Mencari Masih Diteruskan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-berbekalkan-botol-susu-kanak-kanak-umur-3-tahun-hilang-di-ladang-sawit-usaha-mencari-masih-diteruskan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 3 Tahun Hilang Selepas Ditinggalkan Bersendirian Di Sebuah Ladang Kelapa Sawit

Budak 3 Tahun Hilang Selepas Ditinggalkan Bersendirian Di Sebuah Ladang Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 762 hits
Budak 3 tahun hilang selepas ditinggalkan bersendirian di sebuah ladang kelapa sawitSeorang kanak kanak lelaki berumur empat tahun dilaporkan hilang setelah ditinggalkan bersendirian oleh bapanya di sebuah ladang kelapa sawit di Rapak Baru ...
Kanak Kanak Hilang Di Ladang Kelapa Sawit

Kanak Kanak Hilang Di Ladang Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 703 hits
SRI AMAN Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan hilang di ladang sawit Rapak Baru Pantu dekat sini hari ini Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata pihaknya menerima laporan be...
Masa Pam Hanya Dapat 2oz Tak Henti Usaha Ibu Ini Mampu Bf Anak Sehingga Usia 2 Tahun

Masa Pam Hanya Dapat 2oz Tak Henti Usaha Ibu Ini Mampu Bf Anak Sehingga Usia 2 Tahun

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 410 hits
Kisah ibu gigih yang berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak keduanya walaupun susu badannya tidak banyak Tidak berputus asa Asna Omar berusaha tanpa henti untuk meneruskan misi menyusukan anaknya secara ekslusif Kini anaknya itu sudah ...
Lebih 1 Juta Wanita Umur Lebih 30 Tahun Masih Bujang Di Selangor

Lebih 1 Juta Wanita Umur Lebih 30 Tahun Masih Bujang Di Selangor

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 666 hits
PERUBAHAN sosial tekanan pekerjaan dan ekonomi yang stabil untuk hidup bersendiri menyebabkan trend kahwin lewat terutamanya di bandar bandar besar Malaysia semakin meruncing Trend bujang senja ibu kota paling menakutkan apabila berdasarkan...
Anak Hanya Rapat Dengan Kita Hingga Umur 12 Tahun Sibuk Mana Pun Kena Layan

Anak Hanya Rapat Dengan Kita Hingga Umur 12 Tahun Sibuk Mana Pun Kena Layan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 496 hits
Bila anak datang tunjuk sesuatu ajak main layanlah sekejap walaupun sedang sibuk Mungkin masa tu kita rasa anak ni saja nak melambatkan kerja Dengan tak sengaja terus kita menaikkan suara dan melenting suruh anak main jauh jauh Perasan tak ...
Umur 0 7 Tahun Layanlah Anak Macam Raja Umur 8 14 Tahun Layanlah Anak Seperti Tawanan

Umur 0 7 Tahun Layanlah Anak Macam Raja Umur 8 14 Tahun Layanlah Anak Seperti Tawanan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 544 hits
Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara cara untuk melayan anak 1 Kelompok pertama 7 tahun melayan anak sebagai raja 2 Kelompok kedua 7 tahun melayan anak sebagai tawanan 3 Kelompok ketiga 7 tahun melayan anak sebagai sahabat ANAK SEBA...
Ibu Berusia 80 Tahun Yang Masih Rela Jadi Pemulung Di Makassar

Ibu Berusia 80 Tahun Yang Masih Rela Jadi Pemulung Di Makassar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 249 hits
Kesederhanaan kerja keras dan semangat pantang menyerah yang dibalut dengan cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang selalu diajarkan Daeng Bello seorang ibu berusia 80 tahun di Makassar Ia mengajarkan anak anaknya untuk bekerja keras dan...
Elak Bagi Anak Botol Berisi Susu Ketika Tidur Kalau Terpaksa Letak Air Masak Dalam Botol

Elak Bagi Anak Botol Berisi Susu Ketika Tidur Kalau Terpaksa Letak Air Masak Dalam Botol

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 477 hits
Dental caries atau lebih mudah dipanggil sebagai masalah gigi berlubang merupakan antara masalah normal yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira individu dewasa mahupun kanak kanak Tetapi masalah ini lebih kerap dialami oleh kana...
Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Kanak Kanak 2 Hingga 4 Tahun

Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Kanak Kanak 2 Hingga 4 Tahun

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 722 hits
Buku 125 Latihan Kawalan Pensel Untuk Kanak kanak 2 hingga 4 Tahun Assalamu alaikum Kali ni Ummi nak share buku terbaru yang Ummi belikan untuk Abang
Macc Proceeds With Asset Forfeiture Of Daim S Uk Properties

Cara Beli Ev Charger Rumah Di Malaysia Panduan Kos Pemasangan

We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Semangat Untuk Maju Harus Diteruskan

The Role Of International Law In A Globalized World Challenges And Opportunities

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan