Anak Hanya Rapat Dengan Kita Hingga Umur 12 Tahun Sibuk Mana Pun Kena Layan


Bila anak datang tunjuk sesuatu, ajak main, layanlah sekejap walaupun sedang sibuk. Mungkin masa tu kita rasa anak ni saja nak melambatkan kerja. Dengan tak sengaja terus kita menaikkan suara dan melenting suruh anak main jauh-jauh.
Perasan tak bila kita bersikap sedemikian, anak yang mulanya muka ceria terus berubah wajah. Tak adakah rasa bersalah? Jangan hairan bila anak semakin besar dia mula jauh hati dan susah nak berkongsi sesuatu masalah dengan ibu bapa.

Keadaan ini jika tak ditangani boleh menyebabkan anak akan lebih percaya rakan berbanding ibu bapanya apabila sudah meningkat dewasa.
Perkongsian dari seorang guru, Mohd Fadli Salleh ini boleh membuka minda kita sebagai ibu bapa untuk lebih memahami perasaan anak dan masa kecil mereka dengan kita pun sekejap saja.

Anak hanya rapat dengan kita hingga umur 12 tahun
Suatu ketika, aku mengeteh bersama kawan-kawan hingga lewat malam.
Diantara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.
“Anak-anak kita ni, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga darjah 6 sahaja. Selepas itu dia mula masuk ke sekolah asrama.
Makin jauh, dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itu pun kalau kita tidak sibuk.”

Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberi idea dan pandangan. Kesimpulannya, kami semua setuju dengan apa yang dia kata.
Benarlah. Walau anak itu tidak ke asrama sekali pun, dia dah meningkat remaja. Bila menginjak remaja, dia mula ada rahsia. Mula ada rasa ingin berteman. Mula rasa ingin ruang untuk diri mereka.
Biasalah, remaja. Kita pun pernah remaja kan?
Mereka mula pandai berdikari. Tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap jauh sekali lah.
Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. 6 bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi bisnes seterusnya.
Bila tanpa kerja, sehariannya hanya di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah, melayan apa jua permintaan mereka.
Penat. Tapi dia puas. Letih, tapi hubungan dia dan anak lebih berkualiti dan rapat.
“Agaknya Allah sengaja uji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak,” ujarnya sambil menguntum senyum.
Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar baru ini. Lebih gah dan besar berbanding bisnes dulu.
Tapi kali ini, dia sudah pandai bahagi masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah ‘tegur’ dia dulu, kali ni dia ingat.

Tinggalkan kenangan manis dalam memori anak
Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang dimasa akan datang.
Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja.
Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya.
Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa; harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya.
Jangan sehingga anak itu membesar, hanya kenangannya dengan bibik yang kekal diingatan. Jangan!
Sumber: Mohd Fadli Salleh (MFS)
* Anak itu harta dunia akhirat.
The post Anak Hanya Rapat Dengan Kita Hingga Umur 12 Tahun. Sibuk Mana Pun Kena Layan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-hanya-rapat-dengan-kita-hingga-umur-12-tahun-sibuk-mana-pun-kena-layan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Pam Hanya Dapat 2oz Tak Henti Usaha Ibu Ini Mampu Bf Anak Sehingga Usia 2 Tahun

Masa Pam Hanya Dapat 2oz Tak Henti Usaha Ibu Ini Mampu Bf Anak Sehingga Usia 2 Tahun

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 360 hits
Kisah ibu gigih yang berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak keduanya walaupun susu badannya tidak banyak Tidak berputus asa Asna Omar berusaha tanpa henti untuk meneruskan misi menyusukan anaknya secara ekslusif Kini anaknya itu sudah ...
Hanya Berbekalkan Botol Susu Kanak Kanak Umur 3 Tahun Hilang Di Ladang Sawit Usaha Mencari Masih Diteruskan

Hanya Berbekalkan Botol Susu Kanak Kanak Umur 3 Tahun Hilang Di Ladang Sawit Usaha Mencari Masih Diteruskan

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 770 hits
Ditinggalkan sendirian oleh bapanya di sebuah pondok di ladang kelapa sawit Rapak Baru Pantu di Sri Aman menyebabkan seorang kanak kanak berusia tiga tahun hilang tanpa jejak sejak Rabu yang lalu Menurut laporan Harian Metro kanak kanak yan...
Umur 0 7 Tahun Layanlah Anak Macam Raja Umur 8 14 Tahun Layanlah Anak Seperti Tawanan

Umur 0 7 Tahun Layanlah Anak Macam Raja Umur 8 14 Tahun Layanlah Anak Seperti Tawanan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 483 hits
Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara cara untuk melayan anak 1 Kelompok pertama 7 tahun melayan anak sebagai raja 2 Kelompok kedua 7 tahun melayan anak sebagai tawanan 3 Kelompok ketiga 7 tahun melayan anak sebagai sahabat ANAK SEBA...
Umur Baru 6 Tahun Tapi Sangat Biadap Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung

Umur Baru 6 Tahun Tapi Sangat Biadap Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 343 hits
Pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya sesuai untuk menggambarkan bahawa setiap didikan anak anak harus bermula sejak dari kecil Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak kanak kebiasaa...
Jururawat Kongsi Tip Mudah Isi Rekod Kesihatan Anak Dalam Borang Daftar Tahun 1

Jururawat Kongsi Tip Mudah Isi Rekod Kesihatan Anak Dalam Borang Daftar Tahun 1

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 2919 hits
Bagi ibu bapa yang baru pertama kali mempunyai pengalaman anak akan masuk Tahun 1 anda akan rasa sukar sikit kerana ada beberapa perkara perlu dilakukan dulu sebelum semuanya selesai Antaranya wajib isi borang secara online sebelum cetak da...
Rumah Mana Yang Bebas Anak Conteng Semua Merasa Biarkan Mereka Terus Kreatif

Rumah Mana Yang Bebas Anak Conteng Semua Merasa Biarkan Mereka Terus Kreatif

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 380 hits
Lumrah menjadi ibu ayah berhadapan dengan perangai anak yang pelbagai ada masanya buat kita hilang sabar juga Habis semua benda nak dibuat main Boleh dikatakan semua rumah yang ada anak kecil pasti pernah atau masih ada dinding yang bercont...
Demi Biayai Sekolah Anak Anak Ini Rela Jualan Basreng Hingga Cilok

Demi Biayai Sekolah Anak Anak Ini Rela Jualan Basreng Hingga Cilok

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 191 hits
Walau hidup dalam kekurangan masih banyak anak yang semangat mencari ilmu Demi biayai sekolah mereka rela berjualan makanan tanpa lelah Biaya sekolah yang tak murah membuat anak anak ini terpaksa berjualan makanan tanpa lelah Semua pendapat...
Tiada Kubur Tiada Pesan 6 Tahun Berlalu Sampai Hari Ini Anak Sebut Papa Papa

Tiada Kubur Tiada Pesan 6 Tahun Berlalu Sampai Hari Ini Anak Sebut Papa Papa

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 288 hits
Tahun 2014 merupakan tahun yang meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan krew kabin Malaysia Airlines MH370 Pesawat yang membawa 239 orang itu dipercayai terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di...
5 Fakta Kasus Pembunuhan Anak Usia 6 Tahun Palaku Puas Setelah Melancarkan Aksi

5 Fakta Kasus Pembunuhan Anak Usia 6 Tahun Palaku Puas Setelah Melancarkan Aksi

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 228 hits
Pelaku mengaku melakukan pembunuhan karena terinspirasi oleh film film yang ditontonnya Bahkan Ia mengaku melakukan aksi keji itu dengan sadar dan tanpa adanya rasa penyesalan
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers