Hanya Mampu Makan Sekali Sehari Isteri Pula Tengah Sarat Dengan 2 Orang Anak Masih Kecil Siapa Sudi Silalah Bantu


Setiap manusia dugaan yang diterima pasti berlainan. Tapi apa yang penting adalah sabar disamping terus berusaha dan bertawakal kepada yang Maha Esa. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.
Seperti perkongsian oleh Suriati Shamsuddin seorang fasilitator di Persatuan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hulu Langat yang berkongsi cerita tentang kehidupan sebuah keluarga yang serba kekurangan dengan dua orang anak yang masih kecil serta ibu yang tunggu hari untuk melahirkan anak ketiga.
Dalam satu perkongsian lain dari Azlan Shah Nabees Khan, CEO ARBA Foundation yang juga turun padang untuk meninjau keadaan rumah keluarga tersebut memaklumkan anak kedua pasangan ini mengalami kelewatan bercakap walaupun sudah berumur 6 tahun.

Makan sekali sehari Hanya tinggal di bilik kecil yang kotor, panas dan sempit, dengan tandas dan dapur hanya dipisahkan dengan langsir yang usang, dalam perkongsian Azlan, keluarga ini hanya makan sekali sehari sahaja. Sudah sebulan kehabisan gas dan beras, keadaan isteri yang sarat dan suami yang tidak pandai membaca menyukarkan dirinya untuk mendapat pekerjaan tetap. Apa yang dilakukan hanya mengambil upah membaiki kereta dan motor serta menjual sate di waktu malam.
Turut ditanya adakah anak-anaknye dihantar ke sekolah, menurut si ayah hanya yang sulung yang kini berusia 7 tahun dihantar ke sekolah, namun anak keduanya yang berusia 6 tahun tidak dihantar ke tadika kerana tidak mampu untuk membayar yuran.
berikut perkongsian yang dibuat:
“Baru hari ni kami dapat tengok Nur senyum manis macam ni. Selalunya kalau datang klinik, muka suram je.”
Bukan sahaja Nur, nurse yang ‘jaga’ beliau pun turut rasa lega. Akhirnya ada sedikit sinar harapan buat keluarga ini.
Kisahnya,
Dalam misi turun padang untuk Projek Susu Ibu Bagi Bayi Miskin di Klinik Kesihatan pagi tadi, ditemukan dengan seorang ibu muda, berusia 29 tahun yang hamil 38 minggu. Kandungan ketiga. Anak yang besar berusia 7 dan 6 tahun. Ibu tidak bekerja. Suami kerja repair kereta di siang hari, malam pula bantu Pak ciknya berniaga di gerai sate.

Memang perlu dibantu segera. Kebetulan hari ni beliau datang ke klinik untuk check-up. Terus interview dan cerita tentang Projek Susu Ibu. Alhamdulillah, beliau berminat dan bersetuju untuk join. Saya berjanji akan hubungi beliau lagi untuk temujanji seterusnya.
Tidak menunggu lama, terus call tim ARBA Foundation, Tuan Azlan Shah Nabees Khan. Saya tau, dalam hal ni, dia akan buat sesuatu.
“Jom kita pergi tengok petang ni.”
Maka petang tadi, saya dan tim AARBA Foundation dengan diiringi dua orang nurse, berkunjung ke rumah keluarga miskin ini.
Sah, ceritanya semua benar. Kesempitan hidup mereka itu real. Miskin bandar yang masih ada di tahun 2020.
Sedih. Sangat! Hampir kami kehilangan kata melihat tempat mereka berteduh. Ini bukan rumah, pondok pun bukan. Cuma bilik kecil yang menempel di belakang sebuah rumah (rumah adik si suami). Kotor, panas dan sempit. Di situlah tilam, almari dan situ juga kasut sekolah anak. Dapur dan tandas hanya disempadani langsir.
Titis-titis peluh di dahi anak-anak yang seronok bermain dengan sepupu mereka, sudah dapat membayangkan bahang yang penghuni rumah ini perlu hadap setiap hari.
“Adik dah makan?” Geleng.
“Adik lapar ya?” Angguk.
Saya pergi ke kereta. Ambil roti.
Laju je budak-budak tu makan disuap oleh Afiqah, dari ARBA Foundation.
Rupanya, sudah hampir sebulan mereka kehabisan gas. Kalau ada pun mereka hanya mampu makan sekali sehari, di waktu malam. Tergantung pada upah berjualan sate. Saya tak boleh nak fikir, macamana seorang ibu hamil yang sering kali rasa nak mengunyah je, terpaksa menahan lapar kerana tiada makanan. Sungguh, ini tak wajar berlaku dalam dunia hari ini. Allahu. Rasa berdosa dengan keselesaan diri sendiri.

Inilah realiti. Bukan mereka tidak berusaha. Sudah. Jangan salahkan mereka. Itu sahaja kemampuan yang mereka ada. Dengan buta huruf, apalah sangat pekerjaan yang si suami boleh mohon. Dengan kudrat empat kerat itulah, dia bersungguh menyara keluarga.
Mereka benar-benar perlu dibantu.
Bayi yang bakal lahir nanti tidak mungkin dapat membesar sempurna dalam persekitaran ini. Bukan sahaja tidak sesuai, malah berbahaya. Kerap kali juga rumah mereka ini ‘dikunjungi’ oleh makhluk berbisa seperti ular dan lipan. Seram wei kami dengar.
Siapa sudi bantu boleh hubungi nombor whatsapp Tuan Azlan Anak-anak mereka masih belum mengerti apa-apa. Mereka juga perlukan perhatian segera. Anak kedua pasangan ini mengalami speech delay dan tidak ke tadika. Kakak yang sulung pula, yurannya masih lagi belum dijelaskan. InsyaAllah dik, kami cuba bantu adik semampu mungkin. Kalian juga anak-anak kami.
Untuk itu Tuan Puan, sekiranya kalian ingin bersama-sama dengan kami membantu keluarga ini, pihak ARBA Foudation sedang usahakan sesuatu. Ya, dengan kadar segera.
Mereka akan belikan:
Tilam dan bantal baru. Gantikan tilam dan bantal yang dah kotor dan hitam itu.
2. Barang-barang baby. Baju, lampin dan yang sewaktu dengannya.
3. Kelengkapan dapur dan bekalan makanan.
4. Sumbangan duit untuk mereka beli makanan sihat, bayar hutang dan baiki rumah yang usang. Sila whatsapp Tuan Azlan, wa.me/601156879189
Beliau akan guide untuk sumbang melalui saluran yang betul. Bukan masuk akaun bank peribadi sesiapapun.
Sekiranya ada yang ingin sumbangkan pakaian dan buku-buku terpakai, boleh juga hubungi kami.
Terima kasih terlebih dahulu buat penyumbang-penyumbang. Semoga usaha baik kalian dirahmati Allah s.w.t.

Dah Ada tanda nak bersalin Sebelum balik, sempat Nur berbisik kepada nurse,
“Nurse, sebenarnya saya sudah ada sikit-sikit tanda nak bersalin. Tapi saya tak nak pergi hospital lagi. Suami saya belum dapat duit repair kereta. Jadi baju dan lampin bayi belum dapat beli lagi.”
Apa???
Maka panjanglah pesanan penaja dari nurse untuk Nur sebelum balik tadi.
Doa saya,
Janganlah Nur bersalin malam ni. Berilah kesempatan kepada kami untuk buat sedikit persiapan sambut kelahiran anak yang tak berdosa ni.
Tunggu kejap ya sayang.
Suriati Shamsuddin
Hanya mampu bersyukur.
Sumber: Suriati Shamsuddin & Azlan Shah Nabees Khan
 
The post Hanya Mampu Makan Sekali Sehari, Isteri Pula Tengah Sarat Dengan 2 Orang Anak Masih Kecil. Siapa Sudi Silalah Bantu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-mampu-makan-sekali-sehari-isteri-pula-tengah-sarat-dengan-2-orang-anak-masih-kecil-siapa-sudi-silalah-bantu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilu Sungguh Nasib 6 Anak Kecil Ini Ayah Pula Meninggal Saat Jasad Si Ibu Dimandikan

Pilu Sungguh Nasib 6 Anak Kecil Ini Ayah Pula Meninggal Saat Jasad Si Ibu Dimandikan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 627 hits
Dalam sehari sekelip mata 6 beradik ini menjadi yatim piatu buat selamanya Ayah mereka meninggal saat jasad ibu dimandikan lebih memilukan lagi arwah meninggalkan 6 orang anak kecil tidak lama kemudian dia pula meninggal ketika kami sibuk d...
Sekeluarga Hanya Dapat Makan Sekali Sehari

Sekeluarga Hanya Dapat Makan Sekali Sehari

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 232 hits
Mereka sekeluarga hanya dapat makan sehari sekali malah gagal menyediakan kelengkapan pakaian sekolah sempurna buat anak anak mereka Anak anak berkongsi seluar sukanOrang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di aka...
Anak Cepat Risau Takut 7 Cara Ini Pakar Saran Untuk Bantu Si Kecil Atasinya

Anak Cepat Risau Takut 7 Cara Ini Pakar Saran Untuk Bantu Si Kecil Atasinya

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 339 hits
Rasa risau dan juga rasa takut ialah dua perasaan yang lazim dalam hidup manusia Bukan manusia namanya jika kita tidak pernah berasa risau dan takut Begitu juga kisahnya tentang kanak kanak dalam lingkungan usia 0 6 tahun Yang pasti pada pe...
Masa Pam Hanya Dapat 2oz Tak Henti Usaha Ibu Ini Mampu Bf Anak Sehingga Usia 2 Tahun

Masa Pam Hanya Dapat 2oz Tak Henti Usaha Ibu Ini Mampu Bf Anak Sehingga Usia 2 Tahun

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 355 hits
Kisah ibu gigih yang berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak keduanya walaupun susu badannya tidak banyak Tidak berputus asa Asna Omar berusaha tanpa henti untuk meneruskan misi menyusukan anaknya secara ekslusif Kini anaknya itu sudah ...
Hargai 3 Momen Ni Kalau Nak Anak Bijak Layanlah Selagi Anak Kita Masih Kecil

Hargai 3 Momen Ni Kalau Nak Anak Bijak Layanlah Selagi Anak Kita Masih Kecil

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 477 hits
Sifat anak anak ni sangat seronok untuk diperhatikan Kadang kadang memanglah rasa macam geram nak rotan rotan je anak anak ni kan Tapi sebagai ibu bapa ada momen yang kita kena layan perangai mereka ni Bukan untuk menggalakkan mereka melamp...
Isteri Tak Minta Hadiah Pujian Kalau Suami Luang Masa Bantu Apa Yang Patut Isteri Pun Tambah Sayang

Isteri Tak Minta Hadiah Pujian Kalau Suami Luang Masa Bantu Apa Yang Patut Isteri Pun Tambah Sayang

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 330 hits
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri Dalam hubungan suami isteri ada masanya kita alami satu perselisihan faham yang kecil Maklum sahaja bila dengan orang yang tersayang dia punya kecil hati tu cepat je walaupun k...
Kanak Kanak Nyaris Maut Buah Anggur Tercekik Pada Salur Pernafasan Potong Dulu Buah Sebelum Bagi Anak Makan

Kanak Kanak Nyaris Maut Buah Anggur Tercekik Pada Salur Pernafasan Potong Dulu Buah Sebelum Bagi Anak Makan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 369 hits
Baru baru ini tular satu kes dimana seorang kanak kanak berusia 5 tahun terpaksa dikejarkan kerana alami sesak nafas selepas tercekik biji anggur Walaupun buah anggur nampak kecil dan lembut ia sudah cukup untuk menyekat salur pernafasan kh...
Terlalu Taksub Dengan Permainan Video Ibu Manjakkan Anak Sampai Makan Di Kafe Siber

Terlalu Taksub Dengan Permainan Video Ibu Manjakkan Anak Sampai Makan Di Kafe Siber

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 364 hits
Akibat terlalu taksub dengan permainan video seorang remaja lelaki terpaksa makan disuap ibunya di sebuah kafe siber dekat Manila Filipina selepas bermain permainan video di situ selama 48 jam tanpa henti Lilybeth Marvel 37 berkata dia menj...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip