Masa Lahirkan Anak Pertama Mental Fizikal Tak Kuat Masa Tu Irma Hasmie Imbau Dua Momen Lahirkan Anak Di Pa Ma Gala Moms


Pertama kali melahirkan anak pastinya mencatatkan bermacam ragam pengalaman. Takut, tidak bersedia dan banyak lagi yang menggangu fizikal. Satu pengalaman yang meninggalkan kenangan cukup manis buat semua ibu.
Bagi pengacara Irma Hasmie, pengalamannya melahirkan dua orang cahaya matanya, Redza Syah Irfhan,8, dan Irma Nur Naylie, 7 tahun, kira-kira tujuh tahun yang lalu benar-benar meninggalkan kesan buat dirinya.

Pengalaman manis ini dikongsikan Irma ketika bersiaran di Live Pa&Ma Gala Moms sebaik dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms.

Mental fizikal tak cukup sedia
Mengimbau detik lapan tahun yang lalu kata Irma, ia satu pengalaman yang cukup indah biarpun waktu itu dia belum bersedia sepenuhnya.

“Waktu saya melahirkan Ifran, anak sulung saya, waktu tu sangat meriah dan terlebih-lebih perhatian sebab saya dan suami ni anak sulung. Jadi kiranya cucu sulung. Semua orang nak ambil tahu waktu itu.
“Saya pulak waktu tu sebab tak ada pengalaman, jadi tak kuat kuat mental dan fizikal. Lagi pulak saya tak dapat nak lahirkan anak secara normal, saya kena czer.
“Ada ada beberapa komplikasi dan seminggu sebelum melahirkan Ifran kaki saya cramp. Baru pertama kali, jadi waktu tu tak berapa tahu sangat sakit tu macam mana. Memang saya tak prepared.

“Tapi semua itu jadi satu pengajaran pada saya bila nak lahirkan anak kedua. Lagi pulak gab pun tak lama.
“Pada kelahiran kedua tu saya rasa sangat-sangat bersedia, mental saya betul-betul dah prepared.
Pun begitu, saya rasa tak menyesal lalui pengalaman pertama kali yang semacam itu sebab saya dapat lalui pengalaman cukup indah di kelahiran anak kedua.
“Dua-dua pengalaman tu sangat berharga pada saya, dua pengalaman yang berbeza. Masyaallah,” kongsinya lagi.

Besarkan anak kena banyak berkorban
Mengimbau kisahnya membesarkan dua anak, kata Irma, kepayahan seorang ibu sememangnya boleh dilalui dengan tenang oleh semua ibu.
“Bila buat terlalu banyak perkara, memang betul payah nak buat semua perkara dengan anak lagi, nak uruskan rumah dan sebagainya. Tapi bila kita dah lalui, kita sebagai ibu ni akan berusaha untuk jaga amanah ini dengan sebaik mungkin, lagi-lagi untuk orang yang kita sayang, iaitu anak-anak kita.
“Bagi saya, anak-anak ini anugerah untuk kita, nak tak nak kita kena pikul tanggungjawab ini sebaiknya,” kongsi Irma lagi.

Contohi gaya didikan Nabi Muhammad SAW
Dalam pada itu, Irma turut berkongsi gaya didikan ibu dan ayah masa kini yang boleh diguna pakai sepanjang zaman. Dan ini juga cara Irma mendidik dua anaknya.
1. Contohi cara didikan Nabi Muhammad, ajar anak ikut zaman dan ikut peringkat umur.
2. Guna positif parenting iaitu tak ada pukulan, tak ada jeritan, tak ada marah-marah dan tak ada merendah-rendahkan dan inilah konsep yang diajarkan oleh Nabi kita SAW.

3. Peringkat umur 0-6 tahun pula bagi kasih sayang, manjakan, belai, main dan berguraulah dengan anak.
4. Sampai umur 7-14 tahun, kekalkan kasih sayang tapi kita kena mulakan ketegasan dengan mulakan disiplin, tangungjawab, ajar anak solat, puasa dan sebagainya.
5. Umur 15 tahun pula Nabi kata jadikan anak sebagai kawan, kongsikan pendapat dengan anak dan gunakan komunikasi sebaiknya bila anak dah sampai umur remaja mereka sudah terbiasa.

Begitu kongsi Irma dalam membesarkan anak-anak dan inilah yang seharusnya dicontohi oleh ibu bapa untuk membesarkan anak-anak kita hingga membesar.
Terdahulu, Irma Hasmie mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Redza Syah Azmeer pada 29 Jun 2012 dan kini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Menarik: Pernah Mengesot Nak Ambil Susu Waktu Hamil, Perit Jerit Besarkan Anak Kembar, Farahanim Jadi Inspirasi

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @irmahasmie
The post “Masa Lahirkan Anak Pertama, Mental Fizikal Tak Kuat Masa Tu” Irma Hasmie Imbau Dua Momen Lahirkan Anak Di Pa&Ma Gala Moms! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masa-lahirkan-anak-pertama-mental-fizikal-tak-kuat-masa-tu-irma-hasmie-imbau-dua-momen-lahirkan-anak-di-pama-gala-moms/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama Mawar Rashid Buka Tirai Pa Ma Gala Moms

Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama Mawar Rashid Buka Tirai Pa Ma Gala Moms

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 433 hits
Setiap kali melewati Instagramnya ibu kepada dua orang cahaya mata Mawar Rashid tidak pernah menunjukkan kesedihannya hatinya Dia sentiasa ceria penuh aura keibuan walau dihimpit kesibukan menguruskan dua anaknya serta dua anak tirinya Dala...
Potret Baby Cara Rose Anak Rianti Cartwright Ultah Pertama Makin Cantik Dan Lucu

Potret Baby Cara Rose Anak Rianti Cartwright Ultah Pertama Makin Cantik Dan Lucu

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 293 hits
Cara Rose Kanaya Nainggolan putri cantik Rianti Cartwright dan Cas Alfonso kini sudah genap berusia satu tahun Ia tumbuh menjadi bayi yang lucu dan juga menggemaskan Di momen pertambahan usianya Rianti menggelar sebuah perayaan ulang tahun ...
Panda Gergasi Di Perancis Lahirkan Anak Kembar

Panda Gergasi Di Perancis Lahirkan Anak Kembar

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 231 hits
Panda dipinjamkan kepada Perancis lahirkan anak kembar PARIS Seekor panda gergasi dilaporkan melahirkan anak kembar di ZooParc de Beauval d tengah Perancis awal pagi ini Lapor BBC anak kembar panda gergasi yang dinamakan Huan Huan itu dilah...
Masa Sikat Rambut Anak Doa Ciumlah Dahinya Percayalah Anak Lebih Dengar Cakap

Masa Sikat Rambut Anak Doa Ciumlah Dahinya Percayalah Anak Lebih Dengar Cakap

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 329 hits
Ada beberapa cara yang boleh ibu bapa lakukan untuk anak sentiasa lembut hati dengar cakap dan rapat Bukan dengan niat yang baik baik sahaja semasa memasak atau menidurkan anak tapi ketika menyikat rambut pun tetap boleh dilakukan Tertarik ...
Keterbatasan Lahan Bermain Anak Di Masa Pandemi

Keterbatasan Lahan Bermain Anak Di Masa Pandemi

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 321 hits
Keterbatasan Lahan Bermain Anak di Masa Pandemi Keterbatasan lahan serta masih ditutupnya ruang publik terpadu ramah anak akibat aturan PPKM di masa pandemi Covid 19 yang berkepanjangan memaksa anak anak di kawasan tersebut nekat bermain di...
Rasa Nak Demam Sakit Tekak Masa Kontraksi Rupanya Positif Covid Doakan Rizky Kuat

Rasa Nak Demam Sakit Tekak Masa Kontraksi Rupanya Positif Covid Doakan Rizky Kuat

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 335 hits
Betullah Covid 19 ini tak kira sesiapa Dalam keadaan dah berjaga jaga pun virus jahat yang tak nampak ini telah buatkan seorang ibu yang baru selamat melahirkan cahaya mata terpaksa berpisah dengan bayinya buat sementara waktu Menerusi perk...
Abah Abah Kena Kuat Menangis Video Call Bapa Hasrat Terakhir Arw4h Minta Anak Ajar Mengvcap Tertunai

Abah Abah Kena Kuat Menangis Video Call Bapa Hasrat Terakhir Arw4h Minta Anak Ajar Mengvcap Tertunai

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 204 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi p1lu yang dilalui keluarga ini apabila terp4ksa menerima hakikat bahawa bapa tercinta akan ditidurkan selepas dij4ngkiti w4bak m4ut C0v1d ...
Covid 19 Air Mata Doktor Gugur Kecewa Gagal Selamatkan Ibu Anak Dua

Covid 19 Air Mata Doktor Gugur Kecewa Gagal Selamatkan Ibu Anak Dua

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 296 hits
Air mata doktor gugur kecewa gagal selamatkan ibu anak dua Setiap hari terdapat kes kematian akibat Covid 19 dilaporkan dengan 1001 kisah menyayat hati yang pasti meninggalkan kesan mendalam terutama mereka yang menempuhnya Menerusi hantara...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia