Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama Mawar Rashid Buka Tirai Pa Ma Gala Moms


Setiap kali melewati Instagramnya, ibu kepada dua orang cahaya mata, Mawar Rashid tidak pernah menunjukkan kesedihannya hatinya. Dia sentiasa ceria, penuh aura keibuan walau dihimpit kesibukan menguruskan dua anaknya serta dua anak tirinya.
Dalam usia yang baru menginjak 26 tahun, pelakon popular ini sudah punya tanggungjawab yang cukup besar membesarkan dua anaknya, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

Tidak hanya dua anaknya, bahkan kasih sayang dibahagi sama rata pada dua anak tirinya, Raden Seri Raysaa Chanela dan Raden Ahmad Rayyan, hasil perkahwinan terdahulu suaminya, Raf Yaakob.
Melihat ketabahan hati dan kesungguhan Mawar membesarkan dua anaknya juga memberi kasih sayang pada dua anak tirinya, tidak hairanlah Mawar Rashid di pilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms yang dibawakan bersama Cetaphil.

Mawar yang membuka tirai sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms yang dibawakan bersama Cetaphil bermula hari ini banyak berkongsi kisah kehidupannya bersama keluarga.
Namun kisah Mawar berkongsi detik cemas menyambut kelahiran bayi sulungnya dua tahun lalu begitu memilukan. Dalam usia yang terlalu muda ketika itu, dia berdepan detik cemas bila mana anaknya tiba-tiba perlu diberikan alat bantuan pernafasan sebaik beberapa jam dilahirkan.

” Waktu beberapa jam lepas lahirkan Rafeal, waktu tengah tidur, nurse datang ambil baby sebab nak check baby. Doktor kata Rafeal kena masukkan oksigen sebab oksigen tak mencukupi.
“Waktu tu saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya. Sebab baru pertama kali kan. Waktu tu saya ikutkan sahaja apa doktor nak buat.
“Bila dah tengok semua procedur, bila tengok dia, tak sampai satu hari dilahirkan dah kena cucuk sana sini, masuk tiub dan macam-macam lagi.
“Pandangan mata saya kosong tapi air mata saya tak berhenti waktu itu. Apa saya boleh buat ketika itu hanya berdoa sahaja. Saya yakin hanya doa sahaja yang dapat menyelamatkan anak saya,” kongsi Mawar sebak.

Berkat doa dan kesungguhan hatinya serta disokong kuat oleh ahli keluarga, akhirnya keadaan kesihatan bertambah baik dari hari ke hari.
“Alhamdulillah dengan berkat doa dari semua ahli keluarga, hari demi hari keadaan Rafael bertambah baik dan alhamdulillah juga sampai ke hari ini tak ada sebarang kesan.
“Bagi saya, bila diuji dengan dengan perkara yang semacam ini, apa yang penting adalah semangat dan doa. Anak perlukan semangat dari kita untuk dia bertahan. Kita sebagai ibu perlu kuatkan semangat,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan dari Dr Say, pengacara Pa&Ma Gala Moms mengenai dua anak tirinya, Mawar mengakui dia sememangnya suka memanjakan dua anaknya itu dari sebelum kahwin lagi.
“Mawar mula kenal Rayyan dari usia 4 tahun, Raysaa pula waktu itu baru setahun lebih. Dan sekarang ni masing-masing dah besar, Rayyan dan 10 tahun dan Raysaa 6 tahun.
“Bila tengok anak-anak membesar Mawar rasa happy. Bagus sangat keduanya, macam Raysaa begitu rapat dengan Rafael. Mereka sangat loving, sweet macam ayah mereka,” kongsi Mawar lagi.

 
Banyak perkongsian hebat Mawar mengenai kisah anak-anaknya yang dikongsikan sepanjang Live Pa&Ma Gala Moms hari ini.
Dan ini pula 5 perkara menarik mawar kongsikan sepanjang Live Pa&Ma Gala.
* Waktu malam adalah waktu Mawar dan suami tetapkan untuk habiskan waktu bersama anak-anak.
* Paling teruja bila Rafael start dah boleh panggil ‘mummy’. Rasa seronok sangat kata Mawar.
* Kata Mawar, keputusannya untuk meneroka bidang perniagaan buat dirinya belajar banyak ilmu.
* Mawar paling gembira bila Allah rezekikan untuk punya anak perempuan. Bila pertama kali pegang baby, kata Mawar dia sangat berterima kasih sebab Allah bagi rezeki timang anak perempuan.
* Kunci dan tip Mawar lancarkan kerjaya, lakonan dan urusan rumah tangga adalah dengan tetapkan jadual ikut keperluan.

Menikmati kehidupan berumahtangga semasa usianya baru 22 tahun dianggapnya sebagai satu cabaran dalam hidupnya. Perlahan-lahan Mawar belajar dan alhamdulillah dia kini mengecap bahagia bersama suami dan empat anaknya.
Menarik: Dah Datang Feeling Dia Tu, Bukan Main Aafiyah Berjoget, Menyanyi Pun Persis Datuk Siti

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Airmata Tak Berhenti Turun Waktu Tu” Kongsi Kisah Sedih Bersalinkan Anak Pertama, Mawar Rashid Buka Tirai Pa&Ma Gala Moms! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/airmata-tak-berhenti-turun-waktu-tu-kongsi-kisah-sedih-bersalinkan-anak-pertama-mawar-rashid-buka-tirai-pama-gala-moms/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuma Nak Rasa Bahagia Diana Amir Berkorban Tinggalkan Dunia Lakonan Kongsi Kisah Di Pa Ma Gala Moms

Cuma Nak Rasa Bahagia Diana Amir Berkorban Tinggalkan Dunia Lakonan Kongsi Kisah Di Pa Ma Gala Moms

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 402 hits
Nama Diana Amir dahulunya sangat terkenal di kaca tv dengan lakonanya yang sangat baik namun kini dia meninggalkan dunia lakonan dengan ikhlas demi keluarga tercinta Wanita hebat kepada 3 orang cahaya mata ini kini aktif dengan aktiviti akt...
Biasa Tidur 4 Jam Sehari Selesaikan Kerja Rumah Kisah Inspirasi Shima Anuar Di Pa Ma Gala Moms

Biasa Tidur 4 Jam Sehari Selesaikan Kerja Rumah Kisah Inspirasi Shima Anuar Di Pa Ma Gala Moms

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 352 hits
Bergelar ibu kepada dua anak yang masih kecil bukan mudah Semuanya memerlukan pengorbanan demi melihat anak anak membesar dengan sempurna Sehebat mana pun kita bergelar ibu pasti akan ada suka dukanya Seperti perkongsian Shima Anuar yang ju...
Cuba Panduan Ini Kalau Mak Ayah Terpaksa Kongsi Bilik Tidur Dengan Anak

Cuba Panduan Ini Kalau Mak Ayah Terpaksa Kongsi Bilik Tidur Dengan Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 446 hits
PERKARA pertama apabila anak makin membesar adalah mengasingkan bilik tidur bukannya kongsi bilik Mungkin semasa anak masih kecil tidak menjadi masalah tapi apabila makin membesar memang kena sediakan bilik berasingan Ada sesetengah mak aya...
Hiburan Fedtri Yahya Kongsi Orang Palestin Memang Sensitif Isu Anak Yatim

Hiburan Fedtri Yahya Kongsi Orang Palestin Memang Sensitif Isu Anak Yatim

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 265 hits
Beberapa minggu ini terlalu banyak pendedahan yang dikongsikan kepada semua rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku di Palestin dan ia bermula apabila Caprice menyatakan orang Arab terutamanya rakyat Palestin tidak berpuas hati apabila rak...
Comel Je Muka Cuak Tu Emma Maembong Kongsi Video Check Up Anak Warganet Sayu Hati Tengok Gabriel

Comel Je Muka Cuak Tu Emma Maembong Kongsi Video Check Up Anak Warganet Sayu Hati Tengok Gabriel

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 350 hits
Sejak melahirkan bayi sulungnya Shariq Gabriel pada November tahun lalu apa sahaja yang dikongsikan Emma Maembong mengenai anak sulungnya di Instagram turut menjadi perhatian Mana tidaknya si comelnya Gabriel yang putih melepak dan bermata ...
Hiburan Masha Allah Lelaki Yang Kacak Cukup Sebulan Lisa Surihani Kongsi Wajah Anak Ketiga

Hiburan Masha Allah Lelaki Yang Kacak Cukup Sebulan Lisa Surihani Kongsi Wajah Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 252 hits
Mesti ramai peminat yang tak sabar mahu melihat wajah anak ketiga pasangan Yusry dan Lisa Surihani Yunos Lalith kan BACA AdvertisementCukup sebulan anak ketiga itu lahir Lisa akhirnya berkongsi wajah Yunos menerusi sebuah entri di laman Ins...
Kisah Wanita 30 An Hilang Arah Tuju City Girl Drinkers Kongsi Barisan Pelakon Utama

Kisah Wanita 30 An Hilang Arah Tuju City Girl Drinkers Kongsi Barisan Pelakon Utama

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 374 hits
Akhirnya drama asal TVing iaitu City Girl Drinkers sudah mengesahkan barisan pelakonnya Drama ini mengisahkan tiga wanita yang tonggak hidup mereka bersandar pada mendapatkan minuman selepas kerja Berdasarkan webtoon popular naskhah ini aka...
Anak Kita Pun Tahu Penat Sesekali Biarlah Anak Buat Apa Dia Suka Biar Dia Ada Waktu Sendiri

Anak Kita Pun Tahu Penat Sesekali Biarlah Anak Buat Apa Dia Suka Biar Dia Ada Waktu Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 294 hits
Sama macam kita yang kepenatan di rumah anak pun ada waktunya dia penat dan buntu Walau dari luar kita nampak anak bertenaga dan aktif namun dia juga sama seperti kita mindanya tetap kepenatan Menurut perkongsian En Mohd Fhais Salim sesekal...
Hiburan Peminat Risau Mawar Rashid Tiba Tiba Hilang Di Ig Rupa Rupanya

Hiburan Peminat Risau Mawar Rashid Tiba Tiba Hilang Di Ig Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 318 hits
Setelah hampir dua minggu mendiamkan diri daripada media sosial pelakon Mawar Rashid dan suami Raff Yaakob mendedahkan bahawa mereka sekeluarga sebenarnya telah dijangkiti virus COVID 19 BACA AdvertisementMawar atau nama sebenarnya Wan Mawa...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Gleneagles Follow Up

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2