Masa Depan Bn Di Sabah


SITUASI politik Sabah kini bergantung kepada keputusan mahkamah mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan keabsahan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri pada Mei 2018.
Isnin ini, mahkamah akan memutuskan sama ada sekumpulan 33 Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Sabah mempunyai hak untuk mendapatkan injunksi (penanggu-han) pembubaran DUN.
Kita juga akan menanti penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Sri Musa Aman yang mencabar proses membuat keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah ketika melantik Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri.
Jika salah satu keputusan memihak kepada kumpulan Musa Aman, maka politik negeri Sabah mungkin akan kembali aman buat seketika.
Andainya mahkamah memutuskan Yang di-Pertua Negeri Sabah telah menjalankan tugas beliau dengan berhemat dan cermat, maka satu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan pada bulan depan. Jika beberapa bulan sebelum ini, Barisan Nasional (BN) Sabah hampir pasti memenangi semula kerajaan negeri jika diadakan PRN atau PRU, namun senario kini telah berubah dengan drastik.
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kepimpinan BN dan UMNO jika mahu kembali merebut tampuk pemerintahan negeri Sabah.
Antara yang terpenting perlu diselesaikan adalah isu pembahagian kerusi antara BN dan Bersatu Sabah. Keghairahan pemimpin Bersatu untuk bertanding puluhan kerusi dan mengetuai kerajaan akan datang memberi kelebihan kepada parti Warisan.
Realiti di Sabah, walaupun puluhan pimpinan UMNO meninggalkan parti menyertai Bersatu dan Warisan, ahli serta penyokong akar umbi tidak berganjak.
Sokongan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis adalah bukti jelas bahawa sokongan rakyat Sabah kepada BN tidak berganjak. Selepas PRU14, UMNO Bahagian Kimanis kehilangan 2/3 jawatankuasa bahagian termasuk Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian.
Namun, apabila berlaku PRK, calon BN bukan sahaja disambut dengan kemenangan menewaskan calon Warisan yang disokong Bersatu dan kerajaan Persekutuan, malah memperoleh kemenangan yang lebih besar.
Walaupun UMNO sentiasa terbuka dan boleh bertolak ansur dengan Bersatu, namun BN seharusnya bertanding antara 35 hingga 40 kerusi bagi meyakinkan rakyat bahawa mereka akan memilih sebuah parti yang mampu membawa kestabilan politik.
Bukan soal tamak kerusi atau tidak mahu bertolak ansur tetapi Sabah memerlukan ke-stabilan politik untuk berhadapan cabaran kemelesetan ekonomi akibat kegagalan pentadbiran Mohd Shafie dan kesan pandemik Covid-19.
BN juga harus berhati-hati kerana beberapa tokoh daripada parti Bersatu yang datang dari Semenanjung telah dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab ‘memaksa’ PRN diadakan. Slogan anti-Semenanjung dengan menyerang watak-watak daripada Bersatu peringkat Perseku-tuan yang cuba mengatur kerajaan negeri baharu telah mula meresap dalam kala-ngan anak muda Sabah.
Jika tidak ditangani, pengundi Sabah mungkin akan melupai ‘dosa’ Mohd Shafie merampas kerajaan negeri secara tidak demokratik dan kemerosotan ekonomi negeri sejak 26 bulan lalu.
Selain itu, BN sendiri harus menampilkan calon kepimpi-nan negeri yang mempunyai personaliti kuat dan berkarisma sebagai bayangan Ketua Menteri Sabah bagi menyaingi kepimpinan Shafie.
Menguruskan negeri yang mempunyai kepelbagaian etnik, suku, kepercayaan dan dialek yang sangat luas bukan kerja mudah. Rakyat Sabah mahukan seorang Ketua Menteri yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam ekonomi bagi memulihkan semula ekonomi negeri yang merudum teruk sejak setahun lalu.
Realitinya, peluang BN merampas kembali pentadbiran negeri terbuka luas, namun jika tersalah langkah, ia mungkin tersungkur sebelum bertanding.
*Ab Jalil Backer merupakan Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR)
The post Masa depan BN di Sabah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/16/masa-depan-bn-di-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 726 Masa Depan Bersatu Semakin Kabur

Rentasan 726 Masa Depan Bersatu Semakin Kabur

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 246 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7261 SIAPA LAGI YANG TINGGAL DALAM BERSATU 2 PIMPINAN PAS PERDAYA AHLINYA SEJAK 2011 3 BERSATU PERLEKEH GUNA LAMBANG DACING 4 SPRM SIASAT KES RASUAH AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU
Pati Segera Tinggalkan Sabah Jika Tiada Dokumen Sah Operasi Besar Besaran Dalam Masa Terdekat

Pati Segera Tinggalkan Sabah Jika Tiada Dokumen Sah Operasi Besar Besaran Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 403 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pendatang tanpa izin yang gagal berbuat demikian dan berhasrat terus menetap di Negeri Di Bawah Bayu itu bakal ditangkap menerusi operasi besar besaran dalam tempoh terdekat Mana mana...
Bersatu Parti Yang Semakin Tiada Masa Depan

Bersatu Parti Yang Semakin Tiada Masa Depan

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 168 hits
Sekurang kurangnya dua perkara sedang menggugat kedudukan Bersatu ketika ini Pertama kewujudan parti baru pimpinan Tun Mahathir Mohamad Kedua keengganan UMNO menyertai Perikatan Nasional atau PN jauh sekali untuk parti yang kalah pilihanray...
Sabah Election Elopura Incumbent Prepared To Defend Seat

Sabah Election Elopura Incumbent Prepared To Defend Seat

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 242 hits
SABAH 2020 Despite claims that he was bankrupt incumbent Elopura state assemblyperson Calvin Chong insists he has a clean record and is prepared to defend the seat in the coming Sabah election if nominated to contest He said a Facebook acco...
Longer Campaign Period For Overseas Voters Global Bersih Urges Ec On Sabah Polls

Longer Campaign Period For Overseas Voters Global Bersih Urges Ec On Sabah Polls

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 215 hits
Electoral reform group Global Bersih has urged the Election Commission to ensure there would be a workable voting system and sufficient campaign period for overseas voters for the upcoming Sabah snap election In particular Global Bersih wou...
Menjelang Prn Shafie Jelajah Sabah Untuk Rasuah Geran Tanah Adat

Menjelang Prn Shafie Jelajah Sabah Untuk Rasuah Geran Tanah Adat

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 219 hits
Menjelang pilihan raya negeri Sabah Ketua Menteri sementara Sabah Mohd Shafie Apdal menjelajah negeri itu sejak beberapa hari lalu untuk menyerahkan pemilihan hak tanah kepada penduduk Pemberian geran tanah adat negeri kepada masyarakat bum...
Gula Gula Prn Sabah Pemberian Geran Tanah Pbs Warisan Berbalah

Gula Gula Prn Sabah Pemberian Geran Tanah Pbs Warisan Berbalah

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 266 hits
Parti Bersatu Sabah dan Warisan saling berbalah mengenai siri jelajah Mohd Shafie Apdal yang menyaksikan ketua menteri Sabah itu menyerahkan geran tanah kepada Orang Asal Setiausaha Agung PBS dan Adun Tamparuli Jahid Jahim mendakwa Shafie m...
Kunci Utama Dalam Prn Sabah

Kunci Utama Dalam Prn Sabah

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 194 hits
APABILA keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 diumumkan pada Mei 2018 mana mana parti ketika itu sama ada Barisan Nasional mahupun Warisan serta sekutunya Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik tidak memperoleh jumlah majoriti yang...
Advantage Bn For 13 New Sabah Seats

Advantage Bn For 13 New Sabah Seats

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 225 hits
SABAH 2020 The upcoming Sabah elections will see contests for 13 new legislative assembly seats which will expand the playing field to 73 from 60 presenting new opportunities for main contenders BN and Warisan As the 13 new constituencies a...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist