Mas Ermieyati Bentang Rekod Kerja Rauf Dibelenggu Persepsi


Zulkiflee Bakar

DALAM tempoh seminggu lalu apabila Datuk Ab.Rauf Yusof disebut-sebut akan menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ramai tidak begitu teruja sangat.
Dengan pelbagai krisis politik yang berlaku dan dikaitkan dengan beliau sehingga Kerajaan UMNO tumbang di Melaka, orang melihat pencalonan Ab.Rauf bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Orang pun tidak peduli bila Ab.Rauf disebut-sebut akan diletakkan di kubu UMNO iaitu DUN Tanjong Bidara, bagaimanapun segala berubah apabila Perikatan Nasional mengumumkan calonnya pada Sabtu lalu.
Pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Perikatan Nasional menyebabkan secara tiba-tiba pertarungan di Tanjong Bidara menjadi perhatian ramai.
Pencalonan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu untuk mencabar Ab.Rauf menjadi bualan ramai.
Walaupun Ab.Rauf dalam reaksinya menganggap kehadiran Mas Ermieyati bukan cabaran besar tetapi berdasarkan reaksi dalam media-media sosial dan tinjauan yang penulis lakukan di Melaka semalam, ia memberikan isyarat berbeza.
Ia kerana Mas Ermieyati bukan orang asing di situ, sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah, beliau setakat ini dikatakan menunjukkan prestasi cukup memuaskan.
‘’ Orang putih kata excellent jadi kita nak letak dia jadi ADUN pula,’’ kata seorang pengundi Tanjong Bidara ketika dihubungi. Malah penulis difahamkan ramai pengundi DUN tersebut teruja apabila nama Mas Ermieyati dicalonkan.
Ini bukanlah propaganda atau mahu berkempen untuk Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, sebaliknya inilah arus yang sedang berlaku di kawasan Parlimen berkenaan.
Di luar Melaka juga, ‘pertarungan’ yang dianggap oleh Ab.Rauf sebagai antara ‘sifu dan anak buah’ itu menjadi tumpuan.
Ab.Rauf sudah tentulah mahu memenangi kerusi tersebut kerana jika beliau tewas di situ, ia sekaligus akan menjejaskan reputasi beliau untuk bertanding dalam PRU-15 dan boleh mengakhiri karier politiknya.
Penulis percaya seperti juga Ab.Rauf, Mas Ermieyati juga sudah pasti ‘’tidak akan menyentuh perkara tidak sepatutnya terhadap lawan’ sepanjang kempen.
Seperti mana kata Ahli Parlimen Masjid Tanah itu,’’Ramai kata kubu kuat BN.Tetapi dalam pertandingan semua orang ada peluang. Dan kita harus guna kebijaksanaan dan paling penting terpulang kepada pengundi sendiri untuk menilai pencapaian saya sebagai Ahli Parlimen dan bagaiman mereka menilai khidmat saya dan apa harapan mereka.’’
Lagipun kalau mengkaji pendekatan politik Perikatan Nasional diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak pernah pun ‘serangan’ peribadi dijadikan modal untuk meraih sokongan politik, sebaliknya rekod perkhidmatan yang dibentangkan untuk dinilai oleh rakyat.
Ab.Rauf tidak perlu bimbang soal itu, yang perlu beliau bimbangkan ialah ‘ancaman dalaman’ dan ‘luaran’ yang melibatkan bekas-bekas rakannya dalam UMNO dahulu ketika parti itu berkuasa di Melaka. Macam-macam cerita penulis dengar. Sama ada betul atau tidak, kita tunggu sahaja ketika kempen berlangsung
Penulis bersetuju dengan kenyataan Ab.Rauf, persaingan di Tanjong Bidara bukan cabaran besar tetapi beliau perlu faham cabaran besar ialah menguruskan persepsi jika beliau bercita-cita untuk menang.
Dalam soal ini, Mas Ermieyati tidak ada apa-apa persepsi, yang ada kepada beliau ada rekod baik sepanjang menjadi Ahli Parlimen Masjid Tanah sejak dua penggal lalu tidak kira dalam parti manapun beliau sertai.
Penulis percaya pengundi Tanjong Bidara bijak menilai siapa sepatutnya mereka pilih selepas menyaksikan apa yang berlaku sebelum ini sehingga ‘menyeret’ mereka untuk terlibat dalam pilihan raya ketika baru sahaja mahu bangkit selepas ancaman pandemik Covid-19.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/mas-ermieyati-bentang-rekod-kerja-rauf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simulasi Harian Prn Melaka 13 Nov 2021 Ab Rauf Kalah Tipis Kepada Mas Ermieyati

Simulasi Harian Prn Melaka 13 Nov 2021 Ab Rauf Kalah Tipis Kepada Mas Ermieyati

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 240 hits
SIMULASI HARIAN13 NOVEMBER 2021AB RAUH KALAH TIPIS KEPADA MAS ERMIEYATIDENGAN PERKIRAAN N02 TANJONG BIDARABN 3162 VS PN 3641 MAJORITI 479 SEKADAR SIMULASI SAHAJASEKIAN
Mas Ermieyati Ke Tanjung Bidara Pas Lawan Bn Di 8 Kerusi

Mas Ermieyati Ke Tanjung Bidara Pas Lawan Bn Di 8 Kerusi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 201 hits
PETALING JAYA PAS akan bertembung dengan Umno Barisan Nasional di lapan kerusi pada PRN Melaka nanti mewakili gabungan pimpinan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin Perlawanan itu diumumkan oleh Muhyiddin sendiri pada sidang media selaku penge...
Rn Melaka Bertanding Di Dun Mas Ermieyati Serah Pada Pucuk Pimpinan Bersatu

Rn Melaka Bertanding Di Dun Mas Ermieyati Serah Pada Pucuk Pimpinan Bersatu

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 221 hits
Shuhada Abdul KadirMas Ermieyati memberitahu buat masa ini fokus beliau adalah pada tugasnya sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Gambar fail MASJID TANAH Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Bersatu B...
Ibu Suami Dan Anak Temani Mas Ermieyati Sebelum Ke Pusat Penamaan Calon

Ibu Suami Dan Anak Temani Mas Ermieyati Sebelum Ke Pusat Penamaan Calon

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 214 hits
AGENDA DAILY Calon PN DUN Tanjung Bidara Datuk Mas Ermieyati Samsudin Calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Datuk Mas Ermieyati Samsudin ditemani ahli keluarganya yang berkumpul awal pagi ini di Pusat Khi...
Mas Ermieyati Tawar Komitmen Prestasi Rempuh Kubu Kuat Bn

Mas Ermieyati Tawar Komitmen Prestasi Rempuh Kubu Kuat Bn

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 150 hits
Beliau yakin muka lama mempunyai sedikit kelebihan apabila kekangan SOP dilaksanakan sepanjang kempen Calon PN Mas Ermieyati mengangkat tangan selepas mengadakan sidang media di bilik Calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Nege...
Strict Sops Pose Big Challenge To New Candidates Says Mas Ermieyati

Strict Sops Pose Big Challenge To New Candidates Says Mas Ermieyati

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 239 hits
MALACCA POLLS Perikatan Nasional s candidate for Tanjung Bidara Mas Ermieyati Samsudin has raised concern over the impact of strict Covid 19 SOPs for the Malacca state election saying that it might hurt the chances of those who are contesti...
Adakah Sulaiman Atau Rauf Rafiq Atau Ermieyati

Adakah Sulaiman Atau Rauf Rafiq Atau Ermieyati

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 264 hits
November 8 2021 Siapa yang akan memimpin kerajaan negeri Melaka yang baharu Pakar strategi DAP membuat spekulasi siapa Umno dan PN bakal pilih PETALING JAYA Dengan Pakatan Harapan yang masih berbelah bahagi antara dua pesaing sebagai calon ...
Mas Ermieyati A Cm Candidate Top Leadership Play It Cool

Mas Ermieyati A Cm Candidate Top Leadership Play It Cool

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 100 hits
Perikatan Nasional s candidate for Tanjung Bidara state assembly Datuk Mas Ermieyati Samsudin NSTP MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALIMELAKA Four days after the Melaka state election nomination day Perikatan Nasional has yet to nominate a chief min...
Mas Ermieyati Dilabel Pengkhianat

Mas Ermieyati Dilabel Pengkhianat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 117 hits
MELAKA Walaupun diilabel pengkhianat ia tidak pernah melunturkan semangat Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin untuk terus menabur khidmat di kawasannya Malah beliau tekad meneruskan tugas diamanahkan parti untuk menyumba...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


5 Tips Mudah Rumah Sentiasa Kemas Walaupun Ada Anak Kecil

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Kempen Ramadan Dan Raya 2024 Kuskop Mari Beli Lokal Kembali Lagi

Sustainable And Ethical Practices

Aktiviti Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia 04 05 2024

Aktiviti Majlis Perasmian Richiamo Mart Dan Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Richiamo 2024 Ppim 05 05 2024